May 28, 2009

Day 2 : Holiday to Bali - Tegalalang Padi Terrace


Selepas berbelanja di Pasar Ubud, destinasi seterusnya ialah menikmati keindahan sawah padi teres di Tegalalang. First time ke tempat ini. Ketika itu padi sudah masak dan nampak kekuningan. Kalau padi sedang menghijau lagi cantik panoramanya. Tapi ini pun dah ok cantik juga.

Sungguh cantik kehijauan permandangan di sini. I really like it. Sejuk saujana mata memandang. Tenang seketika hatiku di ketika ini. Lupa sebentar kesibukan kerja dan masalah di kepala.


Pak Isme yang tolong ambilkan gambar ini...cantikkan..

cantik betul permandangan padi teres ini







my bro idham and wife
so nice...alya sempat turun bawah lagi...
aduhh pak..... kok jadi pesawah gitu..

Sakan kami bergambar di sini. Pak Isme tolong kami ambilkan gambar. Cantik sekali angle yang dia ambil. Dia ni memang bagus. Kalau kami pergi tempat-tempat pelancongan, dia akan ikut kami sekali untuk ambilkan gambar kami berempat. Cuma pergi berbelanja aja dia tidak ikut serta.
Di ketika ini sudah nampak kemesraan antara kami dengan Pak Isme. Boleh tahan lucu jugak Pak Isme ni. My bro Idham memang kaki lawak and berdekah-dekah Pak Isme ketawa especially bila my bro asik sebut babi guling and nak makan Bakso Maling…padahal Bakso Malang. Hehehehe. Masih tersenyum ku di ketika ini. I really miss the moment


inilah dia Pak Isme tu.....ganteng kan...hehehe
Pak Isme and my mum...

No comments:

Post a Comment