May 28, 2009

Day 2 : Holiday to Bali - Tampak Siring


Selepas itu, kami ke Tampak Siring. Selalunya sesiapa yang akan ke Kintamani akan singgah ke tempat ini. Akan tetapi kami tidak mahu ke Kintamani sebab sudah pernah ke sana sebelum ini. So, Pak Isme terpaksa melalui short cut ke Tampak Siring.

Jalannya agak sempit di tepi gaung yang curam. Ada sungai di bawahnya. Kami juga melalui permandangan sawah padi di kawasan kampung. Sungguh nyaman sekali melalui kawasan ini. Ketika ini cuaca agak mendung sudah menunjukkan tanda untuk hujan.


dah sampai Tampak Siring


Ketika sampai di Tampak Siring, sudah mula renyai-renyai. Pak Isme pun turut serta dengan kami. Dia menceritakan tentang apa yang menarik di Tampak Siring.
Tampak siring adalah kawasan pura tempat di mana orang Hindu Bali datang untuk mandi menggunakan ‘holly water’ yang keluar semulajadi dari bawah tanah.
Menurutnya air yang depa mandi itu adalah untuk mencuci segala dosa. Kiranya dosa akan terhapus selepas mandi di Tampak Siring itu. Air mengalir melalui beberapa saluran air dan hendaklah mandi bermula dari saluran air yang pertama hinggalah ke akhir saluran. Begitulah ceritanya.


mandi holly water untuk cuci dosa...

mandi satu persatu di saluran air ini...


masa ini hujan turun renyai-renyai

Semasa kami melihat-lihat di kawasan ini, hujan telah turun dengan lebatnya. Nasib baik Pak Isme sudah menyediakan payung untuk kami. Walaupun berpayung tetapi ia tetap membasahi baju kami. Semasa perjalanan balik masih lagi hujan lebat. Pak Isme sempat menelefon temannya di Sanur dan keadaaan cuaca di sana terang-benderang tidak hujan.
Cerita lawak keluar lagi semasa kami menuju jalan pulang. Kalau orang tanya dari mana ni dan kenapa basah bajunya? My bro jawab….kami baru balik dari Tampak Siring…baru habis mandi cuci dosa. Muahahaha….berdekah-dekah kami ketawa.
holly water di Tampak Siring
kena pakai tali pinggang kuning lah pulak...hehehe

hujan turun dengan lebatnya.....kami basah kuyup ibarat dah mandi cuci dosa...hehehe

No comments:

Post a Comment