Salam semua.
Kita sambung lagi sikit kisah di hari ke 4.
Kami meneruskan perjalanan lagi....lama jugak perjalanan kali ni. Mungkin lewat petang baru sampai ke Pamukkale. Ikut planning nak singgah ke Cotton Castle sebelum kami check-in hotel. Hasan kata kalau tak sempat...esok pagi baru kita ke Cotton Castle. Tapi harap-harap sempatlah nanti. Sepanjang perjalanan aku tidur ajer....tak taulah kenapa mengantuk sangat. Masuk bas ajer dah terlelap. Jarang aku jadi mcm ni.
Lepas 2 jam perjalanan, lebih kurang jam 2 petang kami singgah di RnR untuk lunch dan solat. Lunch kami disediakan secara hidang. Biasanya kalau makan di hotel hidangan buffet di sediakan. Satu yang menarik bercuti hujung musim panas ni....sangat mewah dengan buah-buahan yang sedap. Tiap kali makan lunch akan disediakan pencuci mulut buah-buahn fresh seperti grapes, peach, plum, apple dan orange. Sampai tak larat nak habiskan.
Lepas makan dan solat aku jalan-jalan disekitar di RnR ni tengok kedai-kedai jualan. Yang menarik minat aku ialah buah-buahan kat gambar di bawah ni. Hasan bagitau ni semua buah-buahan musim panas.
Suka betul aku tengok buah-buahan ni. Manis dan fresh
Turki juga terkenal dengan pengeluaran barangan penjagaan kulit muka. Kalau korang tengok kulit muka gadis-gadis Turki...perghhhhhh boleh cair uolssss. Kulit mereka mulus dan cantik.
ini lah bentuk RnR di highway negara Turki. Entah apa yang dibualkan oleh Hasan dan Syukri tu. Macam serious talk jer...hehehe. Memandai jer aku ni.
Dah kenyang dan solat semua...jomlah kita sambung lagi perjalanan. Cantik sungguh bentuk muka bumi Turki ni. Sepanjang jalan kami dari hari pertama hingga hari terakhir.....bentuk muka buminya memang berbeza-beza.
Kiri dan kanan kami bergunung-ganang.
langit kebiruan. Cuaca cantik dan perjalanan kami smooth jer. Tak banyak kenderaan di atas highway.
Lepas 2 jam perjalanan kami stop again di RnR. Ada yang nak pergi toilet dan membeli-belah. Ternampak kedai jual tshirt. Harganya 20Lira....hmmm aku rasa mahal. Tak payah belilah. Boleh dapat lebih murah di Grand Bazaar. Akhirnya semua tak jadi beli. Lagipun tuan kedai ni berlagak.....susah nak bagi diskaun. Hmmm...my style kan....jom kita angkat kaki. Jangan beli kat kedai ni.
Nampak ada jual pure yogurt + pure honey + biji poppy. Sedapnyaaa....harga 8 Lira. Ini makanan sihat rakyat Turki. Habis makan dan minum coffee.....jom sambung lagi perjalanan. Hasan kata lepas ni no more toilet okay. Sebab kami nak rushing sampai ke Cotton Castle, Pamukkale sebelum waktu gelap.
ok...we managed to arrive here at 6.45 pm. Hasan bagitau aku....thanks Allah we arrived here before dark. Aku nampak muka dia risau jer sepanjang perjalanan. Apa taknya....bila stop kat RnR jer mesti ambil masa lama. Kalau dia kata 20 minutes...akan jadi 40 minutes. Hahaha. Gambar atas ni ialah ticket untuk masuk ke Cotton Castle....tak pasti berapa harganya. All included in package.
bas berhenti di tempat parking. Then di area situ juga ada kedai jualan souvenirs, jualan food and drinks dan toilet. Kena tunjukkan ticket di sini. Then kena berjalan boleh tahan jauh juga utk sampai ke dalam Cotton Castle tu. Ada disediakan buggy car tapi kena bayar sendiri. Kalau sesiapa yang tak larat nak jalan jauh boleh sewa buggy car ni.
Pamukkale terletak di bahagian utara Turki. Ia terkenal dengan peninggalan sejarah dan keindahan alamnya. Nama Pamukkale di ambil dari perkataan Turki yang membawa maksud "Cotton Castle". Di sini juga terdapat 2 lokasi unesco world heritage iaitu Hierapolis & Necropolis. Hieropolis merupakan kota tua pada zaman Roman empayar dan Byzantine empayar. Kita boleh lihat sisa runtuhan bangunan, tembok-tembok, istana lama, runtuhan teater dan kubur lama (necropolis ) di sini. Anda akan dapat melihat kota runtuhan Hieropolis dan Necropolis ini terlebih dahulu sebelum sampai ke kawasan Cotton Castle.
Cotton Castle ini merupakan teres-teres tingkat kolam air panas dari gunung berapi yang mengandungi campuran mineral karbonat dan kalsium . Airnya suam-suam panas dan bagus untuk rendaman kaki dan mengubati penyakit. Ramai penduduk tempatan datang ke sini untuk rendamkan kaki.
kesan runtuhan bangunan Hierapolis dan Necropolis.
luas sungguh tempat ini. Sebab tu kena jalan agak jauh juga. Masa kami sampai ni dah nak masuk senja. Entah kenapa tetiba aku rasa seram plak lalu di sini. Hehehe.
di hujung sana nampak ada kesan runtuhan dan tembok-tembok zaman roman empayar.
Masa ni kami dah berpecah. Ada yang jalan ikut group masing-masing dan ada yang sewa buggy car. Aku plak berjalan berdua dengan cik abang sayang. Tengah syok melihat kesan runtuhan ni....tetiba aku nampak 2 orang wanita Turki pangkat ibu kita berjalan ke arah kami. Maknanya dia dah nak balik. Kami pulak baru nak menuju ke sana. Mereka berhenti dan tetiba memegang tangan aku. Terkejut ahkak tau.
Dia bertanya. "Malizie?"
Aku spontan jawab "Yes Malizie".
Dia tanya lagi. "Muslim? MasyaAllah...."
Aku pun dalam keadaan blur menjawab. "Yes...yes I'm Muslim"
Nak tau tak....apa dia buat lepas tau aku ni Malaysian Muslim.
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
(panjang plak)
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
Cuba tengok apa dia buat kat aku. Hiksssss.
dengan spontan dia cium pipi aku. Aduhhhhh terkezut mak!!! En Bos plak macam dah standy dengan camera. Hahahaha.
Dia cuba berkomunikasi dengan aku dengan panjang lebar tetapi masalah bahasa menjadi kekangan untuk kami berbual lebih lama. Dia siap peluk cium aku berulang kali. Aduhhh terharu nya ahkak ni. Dah macam mak dan anak pulak. Ok jangan jeles....i dah ada mak angkat Turkey hahaha.
ok dah sampai di sini. Tetiba aku terkejut beruk. Sebab kenapa tempat ni dah lain. Dulu 8 tahun yang lepas....tenpat ini sangat indah. Now dah jadi seperti kering kontang.
mana perginya air panas yang ada di sini. Aku turun bawah lagi mencari.
ooooo ada di bawah sana. Dah tinggal sedikit air panas ni. Air ini merupakan air dari gunung berapi yang mengandungi mineral karbonat dan kalsium. Bagus utk ubat penyakit. Ramai yang merendamkan kaki di sini. Tapikan dulu...masih banyak air ni mengalir di tingkat2 teres ini. Sekarang dah tak banyak. Faktor cuaca barangkali.
aku dan En Bos pijak batu kapur yang dah kering kontang tu...tetiba orang yang jaga tu menegur kami. Ooo rupanya tak boleh pijak. Manalah kami tau. Lain kali tulis sighboard huhuhu.
Air panas ni berwarna kehijauan. Kalau penuh air ni dalam teres-teres tu lagi cantik.
Masa ni orang dah tak berapa ramai sebab dah nak masuk senja. Cepat-cepat kami mengambil gambar dan berjalan pulang ke tempat bas tadi. Sebabnya bila dah gelap memang takda lampu di kawasan ni.
Tetiba aku nampak En Bos berlari-lari anak menuju ke sebelah sana. Laaaaa...rupa-rupanya dia mengejar kawannya masa di UIA Kuantan dulu. Sebelum ni dia dah berjanji dengan kawan tu untuk berjumpa di Istanbul....rupanya rezeki kami jumpa di Pamukkale. Kami ada bawakan tart nenas untuk dia. Dia sebenarnya bekerja menjadi tour guide di sini. Kebetulan dia bawa group ke sini. Stay di Istanbul. So En Boss berjanji nak jumpa di lobi hotel malam ni. Hotel kami bersebelahan jer.
Cantik sebenarnya tempat ni.
Pasangan romantik suami isteri dari Singapore....Encik Mazlan dan Puan Habsah. Mula-mula aku panggil uncle dan auntie...lama-lama melekat panggil papa dan mama. Nampak tak keakraban kami camana. Kami memang tidak pernah kenal sebelum ni. Pertama kami bertemu muka di KLIA dan selang beberapa hari dah jadi bapa dan ibu angkat kami. Indah tak? Itulah istimewanya kalau join trip macam ni. Mula-mula tidak mengenali dan akhirnya bagaikan sebuah keluarga. Rindu sangat dengan Papa Lolan dan Mama Lola. Nanti kita jumpa di Singapore yea. Muahhh.
hari dah makin gelap....jomlah kita pulang.
kesan runtuhan bangunan zaman Roman Empayar
masa nak balik....En Bos entah ke mana tak nampak dia. Agaknya dia tak habis borak dengan kawan tadi. So aku jalan sorang-sorang...ternampak pulak Amoi dan Linda...jomlah kita selfie.
dah sampai hotel. Terus kami dinner di sini. Makanan di sini sedap jugak.
Untuk group kami mereka reservekan 4 buah meja.
meriah betul meja ni....asyik bergelak ketawa. Mereka dah rapat each other. Kemana-mana mesti makan di meja yang sama. Entah apa yg diriuhkan agaknya. Rupanya ada seorang cowok Turki telah main mata dengan dengan salah seorang anak dara tu hehehe. Cowok Turki mata hijau uolssss. Siap selfie lagi mereka tu....hahahaha.
sebuah lagi meja. Di meja ni ada 3 orang anak dara. Agak-agak ada yang dah jatuh hati dengan cowok Turki tak?
kami stay di Colossae Hotel. Hotel ini juga 5 bintang. ALhamdulillah selesa sangat.
tidur yang nyenyak hari ni. Esok nak berangkat lagi ke destinasi berikutnya.
Esok kami akan ke Kusadasi. Banyak sangat aktiviti akan berlaku esok. Jangan terkejut ada yang bakal tukar profesion bila dah sampai Turki. Profesion apa agaknya yea. Dalam diam berbakat sungguh. Tak sangka yea, Jangan lupa nantikan next entry. Banyak gambar dan banyak cerita lucu berlaku.
Doakan aku dapat siapkan entry Turki ini sebelum masuk new year 2017. Cuba nak habiskan secepat yang mungkin Insya Allah.
p/s - counting days. Fairy tale.
wow bestnya
ReplyDeletebeshnyaaaaa
ReplyDeletenurzakiah -
ReplyDeletemmg best sgt
Mama zhafran -
ReplyDeletesgt best sis