October 28, 2016

Day 2 : Turkey Trip Sept 2016 - Salt Lake & Cappadocia


Salam semua.
Bersemangat nak update blog sebab aku nak habiskan cepat-cepat. Ada 2 percutian coti2 mesia belum update lagi. Padahal percutian tu sebelum gi Turki lagi. Takpa....kita habiskan Turki trip terlebih dahulu. Nanti basi plak cerita ni.

Sambung lagi.
Lepas lunch dan solat, kami meneruskan perjalanan lagi. Sebenarnya kami dalam  perjalanan nak ke Cappadocia. Sure ramai dah tahu apa yang menarik tentang Cappadocia ni kan. Nanti dalam next entry aku ceritakan panjang lebar tentang Cappadocia. Ingat tak filem Manis Cinta di Cappadocia....gitiewww!!!

Aku kalau travel memang jarang tidur dalam bas. Ia sesuatu yang merugikan kalau anda tidur. Mata aku akan pandang kiri dan kanan melihat keindahan bumi Allah. Tapi kadang kala tu ada juga terbabas hehehe....kalau dah ngantuk sangat. Tapi boleh dikira dengan jarilah. Bentuk muka bumi Turki ni sangat cantik. So,,,jangan lepaskan peluang melihat keindahan ini. Aku akan pastikan mengambil gambar dari setiap sudut.  Setiap route yang kami lalui memaparkan bentuk muka bumi yang berbeza. Macam laluan ke Cappadocia ni banyak melalui bukit bukau yang tak nampak tumbuhan pun. Cantik saujana mata memandang.

Dalam perjalanan ini kami akan singgah ke Salt Lake. First time aku sampai tempat ni. Dulu datang sini tak singgah pun.  Jom kita tengok gambar apa yang menarik sangat pasal Salt Lake ni.


permandangan sepanjang perjalanan ke Salt Lake. Bukit bukau di kiri dan kanan. 



Kami tanya Hasan kat sini highway ada tol tak? Ada...dia kata. Cuma yang membezakan ialah bayaran tol tidak dikenakan semasa perjalanan. Pada pondok tol nanti akan ada automatic scan plat number kenderaan kita. Dan dia akan tolak harga tol melalui situ. Cara dia tolak tak pasti camana. Mungkin masa kita nak renew road tax atau camana. Terlupa nak tanya details.



Oh yea nak cerita tentang keistimewaan bus pelancong di sini. Canggih uolllsss. Dalam bas ada wifi percuma dan ada entertainment. Nak tengok movie boleh dan naik main game seperti dalam pic di atas pun boleh. So...kita takkan boring dalam bus. Mineral water disediakan tiada had. Minumlah banyak mana pun. Minuman juga sentiasa sejuk....ada fridge dalam ni. Wifi boleh tahan laju tetapi ada di sesetengah area agak weak sikit...it depands. Sempatlah juga update FB dan IG semasa dalam bus ni. 


Nampak tak yang belah kanan tu? Tu lah dia Salt Lake. Jom kita berhenti di sini.



Kami berhenti di sini lebih kurang sejam macam tu. Di sini juga ada kedai jualan health product dan barangan souvenirs.





On the way kami nak ke Salt Lake tu...kami kena melalui kedai ni. Tetiba mamat baju putih ni tegur kami. "Buka tangan" ...aikkkk pandai plak dia cakap melayu. Kami pun tadahlah tangan. Dia letakkan serbuk garam atas tapak tangan kami.
"Gosok tangan" Kami pun ikut jerlah apa yg dia suruh. Punyalah bersemangat menggosok ni.
"Cuci tangan" Dia tunjukkan arah dalam kedai tu ada tempat sinki untuk cuci tangan.

Then....aku tanya dia. "Apa ni?" 
Dia jawab dalam Bahasa Inggeris. Amboiiiiii...bukan main kau cakap melayu tadi kan...duk bukak tangan gosok tangan...cuci tangan. Itu jer yang kau tahu sebut kan.
Rupanya dia nak bgtau....garam yang kami gosok tu diambil dari Salt Lake dan bagus untuk kesihatan. Kami tengok dan baca sikit2 pasal produk ni...lepas tu kami pun angkat kaki. Tak beli pun.



nak meniaga pada pelancong tapi tulis dalam bahasa Turki...siapa yg paham?





musim panas air tasik akan kering seperti ini. So...agak jauh untuk jalan sampai sana. Half way kami stop dan berposing lah apa lagi. 


Salt Lake ini merupakan tasik kedua terbesar di Turki. Ia terletak di daerah Anatolia. Tasik ini memang benar-benar cetek iaitu sedalam 1 kaki. Fungsi tasik ini ialah sebagai perlombongan garam dimana ia menghasilkan 60% daripada garam yang digunakan di Turki. 

Cuaca panas terik masa ni. Ada juga ahli rombongan sempat mengambil garam yang terhasil bawak balik Malaysia. Bagus untuk kesihatan katanya.



jomlah kita stop di sini dan berposing. Tak mampu rasanya nak jalan jauh ke hujung sana. 


Kak Ani dan Kak Ton,,,,adik dan kakak sehati sejiwa makan angin bersama. Jangan tak tahu boleh tahan pelawak juga Kak Ani tu. Tiap kali kami berborak tak sah kalau tak ketawa hahahaha. Bak kata Hasan...mummy...mummy...mummy hahahaha.


Ok nak perkenalkan 2 pasangan suami isteri yang tengah honeymoon yang entah ke berapa kali agaknya. Asik berduaan ajer. Yang pasangan kiri tu asik berpimpin tangan ajer ke mana-mana romantik gitu dan pasangan yang belah kanan tu asik berbisik-bisik ajer tak dengar apa yg diborakkan....husband kerjanya asik snap gambar wife jer kekekekeke. Yang tengah-tengah tu...mana plak lah husband dia yea. Ooooooo lupa. Husband dialah yg tengah snap foto ni.  hikhikhik.



Yang baju merah ni masih bujang yea hehehe. Inilah gambar garam yang dah kering.  


Garam yang diambil untuk bawa balik. Jomlah kita naik atas bas semula.....tak tahan panas terik kat luar tu...tapi angin tetap bertiip kencang.


Di sini juga terdpat banyak jualan barangan souvenir. Ramai yang tanya aku sama ada di sini mahal atau murah untuk shopping. Hmmm.....aku bgtau kalau rasa berkenan di hati belilah sikit. Nanti kat kedai lain kita beli lain pulak. Susah nak cakap sebab yang penting kita kena pandai bargain harga. Kalau dapat kurang kan harga memang advantage lah. Kalau tak dapat kurangkah harga....angkat kaki kita beli tempat lain, 

Dalam bas aku dengar derai ketawa ahli rombongan. Entah apa yg digelakkan yea. Ooooo rupanya mereka duk ajuk percakapan budak baju putih tadi. "Buka tangan" " Gosok tangan" "Cuci tangan" Hahahahaha...nada sama jer. Yang paling pandai ajuk ialah umi. Sebijik gitiewwww.  Agaknya itu ajer yg budak tu pandai kan.



dalam perjalanan nampak pondok2 jualan buah melon. Sekarang ni musim buah melon. 


alhamdulillah dah selamat sampai Cappadocia. Kami stay di Suhan Hotel. Sampai ajer kami terus dinner di sini. Nampak tak buah apa tu? Comelkan anggur tu tapi isinya sangat manis uolsss. Katanya anggur jenis ni digunakan untuk membuat kismis. 


hotel ini menyediakan pelbagai jenis makanan. Memang 1st class lah makanan di sini setaraf dengan hotel 5 bintang yang kami stay ini.


pelbagai jenis fruist...vege...salad...pasta...cheese.....manisan...kekacang dan macam-macam lagi. 



manisan atau desert Turki yang unik dan sedap....cumanya agak manis. 


alahai model mana plak ni kan...tetiba ada di celah-celah salad. 


selain kami terdapat juga pelancong Jepun. Yang pastinya pelancong Malaysia tiada ketika ini...hanya group kami sahaja. Memang rezeki kami merasai pengalaman yang sangat privacy ini. Ikut experience orang lain.....tidak sah kalau tidak jumpa orang Malaysia di mana-mana....di hotel...di masjid....di rnr....di bazaar.


makan spaghettie jer ke amoi?



memang banyak sangat makanan di sini...





Kak Ani marah kat sapa? Sampai tunjuk-tunjuk sudu plak tu hahahaha.  YB Yosri sempat lagi pandang ke arah camera. Amboi makan tak toleh kiri kanan yea YB. Betul-betul menikmati makanan.


Meriah makanan di atas meja masing-masing. Penuh satu meja sampai dah takda tempat nak letak pinggan hahaha. 



Dah kenyang...jom kita masuk bilik plak. 


memang cantiklah hotel ni....bilik pun selesa dan sangat puashati. 


kami akan stay di hotel ini selama 2 malam.



Esok jam 5 pagi sebahagian ahli romnbongan akan bangun awal sebab bersiap sedia untuk terbang tinggi. Apa....terbang? Hehehehe.....tengoklah nanti siapa yang terbang paling tinggi esok. Tuan tanah tak join sebab pernah terbang sebelum ini...cukuplah sekali.

Siapakah mereka itu? Adakah amoi? Adakah wardah? Adakah YB Yosri? Adakah Umi? Adakah Papa Lolan? Adakah Adam? Tungguuuuu next entry kita tengok siapa yang kena. Hahahaha.



p/s - cuti tahunan dah habis...duduk diam2 kat rumah yea.



October 27, 2016

Day 2 : Turkey Trip Sept 2016 - Bolu & Ankara (Mustafa Kamal Attarturk Memorial)

Hari ke 2 kami di bumi Turki. 
Sekarang ni berada di Bolu. Tidur sangat nyenyak malam tadi.  Cuaca pulak sejuk...aduhhh rasa nak sambung tidur lagi. Jam 6.30 pagi kami dah keluar bilik untuk ke hotel cafe for breakfast. On the way ke cafe tu kami jalan-jalan menikmati keindahan resort ini, Punyalah banyak pokok buah-buahan di sekeliling resort ni. Ada pokok buah peach, buah lai dan buah apple. Geram tengok uolss.  Nak petik tapi pokoknya sangat tinggi tak sampai nak hulur tangan. 

Nampak keceriaan di wajah setiap ahli rombongan pada pagi ni. Masing-masing dah cukup tidur, cukup rehat dan bersemangat nak memulakan perjalanan hari ini. Bila tengok semua ceria...aku pun jadi ceria juga. 

Tak percaya? Cuba tengok gambar kat bawah ni. Tersenyum lebar semua....happy jer.


keriangan dan keceriaan di wajah mereka......



kami berdua laki bini pun ceria juga. Jom kita mulakan hari ini dengan hati yg lapang dan fikiran yang terbuka...jiwa pun tenang...alhamdulillah



tengoklah resort ini....cantik dan tenang jer, Pokok buah2an di sekeliling tu. Kalau winter...tempat ni penuh dengan salji.



2 tingkat sahaja...buka pintu kaca tu...ambil angin pagi di luar...memang nyaman jer pepagi.


ada buaian uolsss.....apakandaya kami dah kena berangkat pagi ni. Tak puas nak bercanda sambil main buaian  dengan cik abe i kat sini hehehe.


cuba teka buah apa tu? Itulah buah apple. Petik dan terus makan. Ya Allah sedapnya..manis dan crunchy sangat. Walaupun saiznya comel ajer....tapi aku tetap puashati dapat makan apple fresh dari ladang. Pokoknya tinggi...kena minta tolong my uncle petikkan.



dah siap breakfast...jom kita siap2 naik dalam bas. 


sebelum naik bas...Hasan dah pesan untuk check luggage masing2 ada di bawah ni.


oppsssss.....siapakah itiewww???


tengok tu baru 2 hari di Turki...semua dah tak sabar2 nak bergambar dengan Hasan. Nanti tengoklah esok2 pula. Nasib baik free...haha.




Di sebelah aku tu Kak Zuraida. Sebelum ni dia join trip ke India dan kali ni dia join sekali lagi ke Turki pulak... tqsm kak zue....lepas ni join lagi trip saya yea kak...Europe April 2018 jom kita. Disebelahnya ialah Kak Nani...teman sekerja Kak Zue. Suka saya tengok kakak2 ni cerita pagi tu.



Ke manakah destinasi kami pagi ni. Kita ke Ankara............jommmmm


Hari yang indah...perjalanan yang lancar...cuaca yang cerah....suasana yang nyaman....semuanya perfect. Siapa kata Turki tak selamat? Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yg tidak diingini. Saya rasa sangat safe masa ni.....syukur sangat. Cuba tengok highway di sini,,,,,view memang terbaiklah!!! 



Kami sedang berada di Mustaffa Kamal Attaturk Memorial yang terletak di Ankara. Serius aku cakap,,,,tempat ni tak ramai orang. Sunyi. Even tourist pun tak ramai. Cuba tengok pic ni...hanya group kami berada di sini. Ikut experience orang lain yg pernah ke sini...ada juga yg tidak dapat masuk sebab tutup jalan atas faktor keselamatan dan juga ada yg berlaku kesesakan untuk naik ke atas. Tapi...cuba tengok rezeki kami pada hari ini.....Alhamdulillah syukur sangat...Allah permudahkan urusan kami di sini.



Hasan sibuk menceritakan tentang memorial ini dan kenapa attartuk sangat hebat di mata rakyat Turki. Tetapi ahkak sibuk selfie kannn. Malas nak dengar pasal attarturk ni...dah byk baca ttg pemerintahan kerajaan sekular dia. Aku pernah argue dengan tour guide masa aku gi Turki sebelum ni....but then mereka masih tetap pertahankan pemimpin itu. Kali ni...ahkak malas dah. 



tengoklah ahkak dan abam tetap nak selfie dengan abang polis guard ni. Muka dia tegak jer hehehe.



Walaupun ketika ini panas terik tapi angin tetap kencang. Tak berpeluh langsung.



Nampak tak orang lain? Boleh dibilang dengan jari. Sumpah tak tipu.



Masa ni kami nampak polis guard ni tengah berkawat....barulah nampak tourist lain mula kerumun mereka untuk bergambar. Tapi tetap aku rasa tak ramai. Kebanyakan ialah local tourist.


Hasan bgtau...kat Turki ni rakyatnya diwajibkan sertai national services selepas habis sekolah. Walaupun dah kawin atau dah kerja...memang wajibkan. Kalau tak silap 5 bulan mcm tu. Betulkan aku kalau silap yea.


jom kita masuk dalam...apa yg best sangat pasal attarturk ni.


walaupun tak suka pemimpin ini...tetap nak bergambar sama kan...hahahaha. Ikutkan tak boleh mengambil foto di sini....tapikan En Bos ni kan paparazzi, 



orang tak ramai....rombongan kami yg bolot segala ruangan




Siapakah Mustaffa Kamal Attartuk ini?
Orang turki kagum dengan dia ni sehingga digelar Bapa Permodenan Turki. Dialah yg mencetuskan gerakan Turki muda dan akhirnya telah berjaya menjatuhkan institusi Empayar Uthmaniyah dan menghapuskan sistem kesultanan di Turki ini. Kenaikan dia bukan menyatukan umat Islam malah telah menjadi agen tali barut yg menghancurkan Islam.

Malas nak cerita panjang lebar. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh google di internet. Tapi yang pastinya aku boleh lihat perubahan pada rakyat Turki 8 tahun lalu semasa aku pertama kali ke sini dan dibandingkan ketika aku sampai kali ini. Dulu nak tengok rakyat yg bertudung memang susah dan setiap kali kami berhenti solat di surau atau masjid memang boleh dikira dengan jari yang solat...tapi sekarang ni alhamdulillah rakyat Turki dah mula mendalami Islam. Masjid pun dah penuh dgn rakyat mereka dan malah yg paling aku terkejut masa nak ambil wuduk di salah sebuah masjid ramai wanita2 turki yg penampilan agak moden tapi tetap berhenti ambil wuduk dan solat. Yang pakai hijab pun makin ramai. Dulu yg pakai hijab ialah golongan tua sahaja tetapi sekrang dah banyak berubah. Anak2 gadis ramai dah bertudung. Orang yg meniaga tudung turki pun melambak2. Dulu.....memang susah nak jumpa. Syukur alhamdulillah suatu perkembangan yg sangat positif. 



gambar agak blur sbb pencahayaan kurang ...maklumlah curi2 snap gambar.


dia ni yang mengubah Turki mejadi kerajaan sekular.


aksi zaman perang dulu.


di sini dimana segala merchandise berkernaan attartuk di jual. Sempat beli sekeping FM hehehe. 



ada yg kata mayat dia tidak diterima bumi masa nak dikebumikan. Tapi Hasan kata dia ditanam di tempat yg tinggi ....bukannya tidak diterima bumi. Lantaklah......hanya Allah yang mengetahuinya.



tomb of attarturk


jom kita balik...dah habis kita jelajah tempat ini. Oh yea lupa nak cerita. Memang agak penat juga nak jalan di sini dari panjat bukit hinggalah panjat tangga. Memang agak memenatkan dengan keadaan cuaca yg panas mcm ni. So, aku dah bagitau awal2 pada ahli rombongan jika ada yg tak larat jalan boleh tunggu di bas. 


masa nak tengok tomb tu aku malas nak panjat ke atas tu...aku suruh en bos gi sendiri. Malaslah...dulu dah pergi pun. So aku duduk kat bawah ni sambil melepak dengan ahli rombongan yang lain.


kami sambung lagi perjalanan. Kali nak pergi makan lunch plak. Ankara merupakan bandar kedua terbesar di Turki selepas Istanbul. Di sini juga merupakan pusat pemerintahan dan pentadbiran Turki. Kita punya embassy pun ada di sini. Jalan raya agak jammed juga ketika kami sampai di sini. 



bangunan di sini semuanya mesti ada gambar attaturk. Bagi mereka....Turki moden sebab dia. Hmmmm.


bandar Ankara


kami makan lunch di salah satu restaurant yang terletak di dalam hotel ini. Untuk pengetahuan semua...makanan Turki tidak pedas tau. So,,,kalau datang sini kena bawa sambal pedas dari Mesia. Aku bawa sambal bilis berapi....memang pedih mulut lepas makan hehehe. YB Yosri suka sambal bilis ni  sampai tak boleh berkata-kata...pedas katanya hehe.



makanan turki mesti ada cheese, yogurt, salad, olive oil,.....memang sesuai untuk mereka yang diet. Memang betul2 healthy food. Fresh fruit memang wajib ada....yang best pergi musim ni ialah banyak fruits yg baru dipetik. 


baru hari ke-2...semangat nak makan makanan turki. Tapi lepas hari ke 5 tekak dah rasa lain macam...masa ni teringat nasi lemak, roti canai dan sambal.



baru hari ke 2 tapi dah nampak kemesraan di antara mereka...makin rapat. Alhamdulillah ukhuwah yang sangat indah. Dah boleh bergurau senda...tidak lekang kami ketawa berdekah-dekah.



Ok aku stop sampai di sini dulu. Next entry aku sambung lagi dengan kisah-kisah lebih menarik. Banyak gambar nak dikumpulkan ni. Insyaallah pelan-pelan aku update. Next entry plak kisah lucu yg membuatkan kami tertawa bila diingatkan balik. Apakah itu. Next entry yea.


p/s - lambatnya tunggu bulan Jan. Apakah?