September 2, 2016

Day 6 : Incredible India-Kashmir Trip 2016 - Taj Mahal, Agra

Salam semua,
Lama betul tak update blog, bercinta betul nak habis entry India ni. Sebenarnya bukan sibuk sangat pun tapi bila sindrom malas dah melanda satu badan....makanya jangan harap nak suruh update blog. Bila pikir balik lagi 2 minggu nak terbang lagi..,nanti kena buat entry tu pulak. Yang ni dah bertangguh...bila plak nak siap tu. Oleh itu ahkak gigihkan juga update entry India ni yea. 

Sambung hari ke 6 kami di bumi Shah Jahan dan Mumtaz ni. Sebelum tu our tour guide dah tanya nak gerak awal atau gerak lambat sikit. Kalau nak gerak awal kena berada di sini jam 6 pagi untuk tengok sunrise. Kalau lambat sikit...jam 8 pagi boleh gerak dah. Makanya kami semua malas nak bangun pagi sangat sebab kami tiba malam tadi pun dah lewat malam. Oklah jam 8 pagi kami gerak. After breakfast kami dah siap sedia di lobby hotel. Tempat yang kami akan tuju pagi ini ialah ke Taj Mahal.

Di dalam bas our tour guide ada bagitau beberapa perkara yang pelu kita ketahui apabila memasuki kawasan Taj Mahal ni :
1, Tidak boleh makan di sini. Minum boleh lagi. Maklumlah panas terik di sini. 
2. Tidak dibenarkan membawa benda-benda tajam di sini
3. Beg tangan akan discan terlebih dahulu sebelum memasuk kawasan pintu masuk
4. Tidak boleh memakai kasut bila berada di dalam Taj Mahal ini. Ada disediakan plastik sarung kasut untuk pelancong. Tapi utk orang local...mereka kena tanggalkan kasut.
5. Kenderaan bermotor tidak dibenarkan masuk ke dalam. 


Tahu tak kenapa tidak dibenarkan buat perkara-perkara di atas?
Kawasan Taj Mahal ini ialah kawasan tempat sejarah yang perlu dijaga kebersihan untuk memelihara struktur seni binaan baru marmar daripada terhakis atau dikotori oleh benda-benda asing yang dibawa masuk. Jika anda masuk jer ke dalam ni tidak nampak satu bangunan lain pun yang berhampiran. Hanya ada pokok-pokok sahaja. Angin bertiup kencang di sini walaupun cuaca panas berdeting ketika kami sampai. Taman di sekitar Taj Mahal ini sangat besar. Kami perlu berjalan kaki sejauh 700 meter untuk sampai ke pintu masuk iaitu tempat bayaran ticket. Bayaran masuk untuk pelancong ialah 1000 rupiah (RM60). Baru naik beberapa hari sebelum kami sampai. Huwakkkkk....tapi takpa dah masuk semua dalam pakej.



Bas berhenti di tepi jalan besar. Kami perlu jalan kaki sejauh 700 meter. Kenderaan bermotor tidak dibenarkan masuk ke dalam. Pakai kasut yang selesa....jangan pakai high heel okay.



Geng anak dara yang happening. Alamak ada terselit 3 orang mak dara. Dalam diam korang bawa masuk kawan baru dalam group kita yea. Tetiba jer gambar terselit. Sila cari gambar tersembunyi. I bagi hadiah hehehehe.


Comel jer Maz....yang juga seorang blogger. Rupanya ramai juga blogger dalam group ini. Dah datang ke India baru tau ramai blogger yang join. Ada juga blogger yg low profile tak nak orang tau dia juga seorang blogger. Siapa kah itu....hahaha i dah tau yea. 



ok kami dah sampai tempat membeli ticket. Our tour guide uruskan semua. Kami hanya perlu beratur di sini. Nasib baiklah tak ramai orang.


Kami bertiga orang yang paling belakang sekali beratur. Sedondon pulak kami yea...hehehe.


aikkk...terselit pakwe baju hijau kat belakang tu.  Nani siap main jeling2 lagi...haha.


ini dia ticket masuk ke Taj Mahal


muka-muka ceria tak sabar nak masuk ke dalam. Sapa tak happy nak tengok 7 wonders of the world kan.


Ketika ini cuaca adalah sangat panas terik iaitu 44C. Tapi yang bestnya di sini angin kuat. So...tak lah berpeluh kami di sini.





Senibina yang halus dan usianya beribu-ribu masih utuh lagi.


kami memasuki taman di sekitar Taj Mahal. Masa ni belum sampai lagi. Kena melalui pintu gerbang tu barulah kelihatan Taj Mahal. Perasaan ketika ini....memang berdebar-debar. 


taman-taman di sekitar tempat ini.


cantik dan bersih. 


Jom kita masuk melalui pintu gerbang ini. Masa ni tidaklah ramai sangat pelancong. Tempat ini ditutup pada hari Jumaat dan bulan Ramadhan.


Tour guide memberi sedikit penerangan tentang tempat ini. 


Adakah kisah cinta Shah Jahan dan Mumtaz ada kesamaan dengan kisah cinta Saupi dan Syarliz? Kekekekeke....jangan dok beranganlah hai. Sajer jer menceriakan keadaan.



Tetiba rasa berdebar. Yelah.....tak sabar nak tengok betapa ajaibnya monumen itu sehingga berjuta-juta pelancong datang ke sini nak melihat depan mata sendiri.


Ok dah nampak sikit. Wahhhhh.....memang terpegun sekejap. Gah berdiri.



Inilah dia Taj Mahal iaitu monumen ajaib yang membuktikan keagungan cinta seorang raja bernama Shah Jahan di zaman empayar Moghul terhadap isterinya Ratu Mumtaz Mahal.  Nak tahu cerita selanjutnya...tunggu aku kupas sedikit demi sedikit. 


close up untuk tengok lebih dekat. Bentuknya seperti kubah masjid. Tapi anda jangan tertipu yea...ini bukan masjid. Tapi ini ialah monumen di mana makan Mumtaz dan Shah Jahan berada. Raja Shah Jahan buat momumen ini untuk memperingati isterinya tetapi akhinrya dia sendiri di makamkan di sini.


Ceritanya macam ni.
Pada zaman empayar Moghul tahun kurun 1600 dulu, seorang raja bernama Shah Jahan telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Mumtaz ul zamani. Ketika itu Shah Jahan telah pun mempunyai 2 isteri. Namun rupa paras Mumtaz yang mempesona, di tambah pula tutur kata dan tingkah lakunya yang indah membuatkan Raja tidak fikir dua kali untuk mempersuntingkan gadis tersebut. Mereka nikah pada tahun 1612.

Isterinya itu telah diberi gelaran Permaisuri Mumtaz Mahal yang bermaksud Permata di Istana. Ke mana sahaja Raja Shah Jahan pergi isterinya setia menemaninya. Pada kelahiran anak yang ke 14, Mumtaz telah meninggal dunia. Di sinilah bermulanya sejarah Taj Mahal. Dengan kematian itu, suatu kisah pilu berlaku dalam hidup Raja. Baginda berjanji tidak mahu menikah lagi dan bersumpah hendak membangunkan sebuah makam yang sangat megah untuk isteri kesayangannya. Ia sebagai lambang cinta agung terhadap isterinya Mumtaz.

Maka terbinalah Taj Mahal yang mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan dengan menggunakan tenaga pekerja seramai 20,000 orang. Sebanyak 44 jenis batu permata digunakan sperti jed, nilam, kristal, berlian sebagai memperindahkan interior monumen ini. Sehinggalah pada tahun 1983 monumen ini telah rasminya diletak sebagai satu warisan budaya UNESCO dan dimasukkan sebagai salah satu 7 keajaiban dunia.


Lambang cinta kami disaksikan oleh monumen cinta Shah Jahan dan Mumtaz. Cewahhhhhhhh!!!! Sila muntah hijo.


Tak habis-habis berposing laki bini ni. 


Aduhai...layankan ajer. Sila jangan kecam kami. Bagilah chance kat kami. Entry ni memang banyak gambar kasih sayang cinta Saupi-Syarliz kekekeke.



Unik tak pakaian kami? Tu diaaa...awal kami dah beraya kat Taj Mahal. Sejak kami bergambar dengan baju melayu dan baju kurung di sini nampaknya ia menjadi ikut blogger-blogger lain ketika melancong ke luar negara. Gigih tu bawa samping dan songkok. Tapi janganlah gelak tengok kasut ahkak tu....tak kosa nak bawa high heel yea. Melecet nanti....udah ler menapak jauh nak sampai ke sini.



pakaian En Bos ini telah mendapat perhatian pelancong-pelancong local. Mereka tanya adalah En Bos datang dari Jepun. Aduhaiiii.....awatlah sampai ke Jepun. 


Shah Jahan dan Mumtaz versi Melayu...ahaksssssss!!!!!



dah lagi...dan lagi...dan lagi.



Ada juga yg nak menyelit tu. Mak angkat kami ketika di India.


Group kami My Journey My Travel Tour. Kami akan buka satu lagi trip ke India Kashmir ini pada cuti sekolah bulan 3. So...boleh menabung sekarang yea.



Pantang nampak orang local yg memakai baju saree...pasti kami nak bergambar sama. 



Dah macam artis pulak mereka ni...suka plak tu bergambar hehehe.


Cuaca terang benderang dan angin bertiup kencang


langit biru menambah kecantikan tempat ini.



sayangnya ketika kami datang....monumen ini tengah under constructiuon. Sebab gambar nampak jaring2 di 4 menara tu.



close up lagi dekat.

 Group anak dara berkurti di depan taj mahal. Semua masih single lagi. Semua nya kerja hebat-hebat. Kalau sesapa yang berkenan boleh contact saya yea. hehehe.


Tour guide sedang beri penerangan tentang sejarah Taj Mahal. Betapa hebatnya Raja Shah Jahan. Tetapi cuba lihat penduduknya yang miskin. Raja nya kaya raya hingga kan sanggup membazir hanya kerana seorang isteri yang dah mati. Kesian kan.



 Rindunya dengan mak angkat saya yang bertudung purple tu. 


 Cuba kita fikir sejenak. Betapa hebatnya Islam di India zaman kerajaan Mughal dulu. Tetapi cuba lihat sekarang? Sedihkan. Taj Mahal yang diagung2kan sekarang oleh orang India adalah dibawah kerajaan Islam dulu. Memang isu ini sangat sensitif untuk diperbahaskan. 



Bersemangatlah tour guide ni bercerita hehe.



 sambil mendengar guide bercerita....sempat lagi berposing. Duduk lepak kat sini best sejuk dengan angin yang kuat. Walaupun panas terik ketika ini.


 mek kelate ni kuat posing. Monopod menjadi bukti.


 Lihatlah tanganku yang mengerlip. Borong di Kashmir untuk jualan di Mesia. Murah plak tu.


 Nak masuk kena tanggalkan kasut yea. Tapi untuk pelancong kena pakai sarung plastik.


Model sarung plastik...sangat comel uolssss. 


Bila aku masuk jer ke dalam monumen Taj Mahal ni aku duk sibuk perhatikan senireka dan seniukiran menggunakan batu marmar bagi membina Taj Mahal ni. Dah beribu2 tahun tetapi masih utuh lagi. Cuma colour dah agak pudar sedikit. Sebab itu kena selalu bersihkan bagi memelihara keaslian ukiran batu ini. 22 tahun untuk menyiapkan monumen ini...ajaib tak?

Aku ada terbaca pada waktu malam monumen ini akan mengeluarkan pelbagai colour bila disenarikan dengan cahaya. Entah tak pasti betul ke tak.








 ada ayat Al-Quran pada tulisan di batu ini. 


korang rasa impressed tak tengok ukiran batu macam ni? Alhamdulillah mimpiku menjadi kenyataan untuk menjejaki salah satu tujuh keajaiban dunia ini.


kenanganku berada di sini...syukur alhamdulillah.


 ternampak local India datang ke sini memakai saree....berebut semua orang nak bergambar....dah mcm model plak yea.


rindu dengan ibu Indira. Nanti kalau saya ada rezeki ke tanah suci...pasti akan hubungi ibu.


ramai yang tidak tahu sebenarnya di dalam monumen Taj Mahal ini hanyalah makan Shah Jahan dan Mumtaz...bukannya masjid yea. Ramai ingatkan ia adalah sebuah masjid. Makam ni sebenarnya hanyalah sebuah tugu sahaja....makam sebenar terletak di bahagian bawah sekali. Tak boleh ambil foto disini. Tetapi gambar curi telah berjaya dirakamkan oleh En Bos hehe.



gambar ini diambil dari dalam Taj Mahal...di depan tu ialah pintu gerbang yang kami masuk tadi.


 Taj Majal ini terletak di persisiran Yamuna River. Dari sini juga boleh nampak Fort Agra yang jauhnya one and half miles away from here. Nanti aku ceritakan sejarah Fort Agra pulak. Ceritanya ada kena mengena dengan Taj Mahal ni.



 Tu dia Kajol dah mai. Kajol Dilwale versi melayu tersesat di Taj Mahal. Korang mampu buat aksi macam ni kat India. Sorry yea.....Kak Zaleha juga yg terbaik. Mantop kak!!!!



 Sedara mara Kajol melepak di Taj Mahal. Sorry hah cik abe saya terlebih rajin amik gambar candid.
Entah sesapa dia snap.


 Ni plak entah sedara sapa. Kami selamba jer amik gambar. Kebetulan plan kami bertiga memang pakai baju colour pink. Sesuai sangat hai. Sajer kasi glamer adik2 baju pink ni. 



 Tak habis-habis lagi. Pun nak bergambar jugak. Ahkak baju saree purple tu stress jer muka. Penat senyum kot. Peminat dari Mesia ramai benor. Yang pasti kain saree mereka sangat cantik hokay.



 Ni dah kenapa plak ni? Udah ler pakai sarung kaki plastik.....sembah ratu kat Shah Jalan ke hehehe.



 melepak di tepi pintu keluar sementara menunggu yang lain sampai. Rindu sangat dengan group ni. Entah bila agaknya boleh jumpa lagi. Nanti kita buat reunion kay.


 Miss u guys so much. Rindu nak gelak sama2...Rindu nak borak sama2...Rindu nak makan sama2.


Taj Mahal di dalam kenangan.



AKhirnya habis juga nak siapkan entry Taj Mahal ni. Entah berapa kali stop mengupdate entry ni. Gambar sangat banyak...pening nak pilih satu demi satu. Alhamdulillah berjaya ku menghabiskannya walaupun kekadang tu tulisan aku agak merapu hari ni. Harap semua terhibur...ahaksss.

Lepas kami keluar dari tempat ini...ke mana agaknya kami pergi yea? Esok malam kami dah nak balik KL. Alahai sedihnya.....rasa macam tak nak balik. Nak gi jalan-jalan lagi. 

Aku akan pastikan dapat habiskan entry ini sebelum aku terbang ke tempat lain. Insya Allah lagi 2 minggu nak terbang ke sebuah negara ini. Doakan yea.

p/s - counting days....tak sabar.







No comments:

Post a Comment