May 24, 2016

Day 2 : Incredible India-Kashmir Trip 2016 - Carpet Factory, Heritage Mughal Garden & Shopping (Kashmir)


Salam semua. 

Promosi India Kashmir trip bulan November ini bertambah hangat. Hanya tinggal beberapa seats sahaja. Cepat-cepat bagi nama anda jika berminat untuk join trip yang saya akan bawa...saya yang akan menjadi tour leader. Trip ini adalah pada penghujung musim luruh dimana ketika ini salji akan mula turun. Jangan lepaskan pengalaman yang berharga ini. 

Kenapa saya pilih tarikh ini 19-26 November?
Seminggu sebelum cuti sekolah. Kenapa tidak pada cuti sekolah? 
1. Harga lebih mahal di mana ticket penerbangan naik mendadak pada cuti sekolah kerana permintaan tinggi. Di India juga cuti sekolah di mana ramai local India akan bercuti di Kashmir.
2. Suhu sejuk melampau...walaupun hanya beza seminggu tetapi perubahan cuaca mendadak mungkin berlaku bila mencecah bulan December
3. Akhir bulan/cuti sekolah selalunya ramai ahli rombongan yang susah nak apply cuti kerana closing account dan bertembung cuti dgn family yang ada anak dimana mereka pun apply pada hari yang sama

So, kepada ibubapa yang nak sangat ke India Kashmir membawa anak-anak tetapi masalahnya bukan pada cuti sekolah...jangan risau. Hubungi saya....saya akan selesaikan masalah anda. My hp number 013-3305023.

Jika anda ingin pergi bersama lebih daripada 2 orang....saya akan beri harga diskaun. Contact saya segera!!!!



Hari ke-2 di bumi India.
Selepas puas bergambar dengan pokok-pokok tulips yang tinggal nyawa-nyawa ikan itu...kami beredar ke tempat lain pula. Cuaca sejuk sangat. Bukan takat sejuk...baju pun dah basah lencun. Aku hanya memakai jeans jacket...makanya baju tu pun turut basah lencun. Kena telan ubat panadol sebelum kena demam nanti.

Mr Farooq bawa kami ke kilang carpet. Di Kashmir memang terkenal dengan pembuatan carpet. Selalunya kita dengar Turki menjadi pengeluar carpet terkemuka dunia tetapi di Kashmir tidak kurang mengeluarkan carpet yang berkualiti juga, Jangan main-main...rupanya nak menghasilkan carpet yang bermutu mengambl masa berbulan-bulan juga untuk disiapkan. Sebab itu ada yang mencecah harga ribuan ringgit.


Jurucakap menerangkan bagaimana carpet dibuat dan jenis material yang digunakan. Pakcik ni punya English wowww!!! very the fluent....


 Untuk menghasilkan corak karpet, mereka menggunakan kaedah formula nombor. Lihat kertas warna oren di celah tali putih itu. mcm No 1 = merah, No 2 = biru..mcmtulah lebih kurang. Makan masa berbulan-bulan nak siapkan satu karpet ni.



then kami dibawa naik ke atas untuk penerangan tentang harga-harga carpet yang dijual. Ahli rombongan sedang kusyuk mendengar.



Mula-mula hanya sehelai carpet yang besar dibentang kan....makin lama makin banyak dikeluarkan. Semuanya rambang mata....semuanya cantik-cantik belaka. Material lembut. Untuk pengetahuan semua boleh dikatakan setiap rumah orang Kashmiri wajib mempunyai carpet. Carpet dibentang di ruang tamu. Jika ada tetamu yang datang ke rumah...mereka akan duduk bersila di bawah dan berbual-bual. Then...mereka akan jamu tetamu dengan pelbagai jenis makanan. Masa makan juga di atas carpet. Satu lagi faktor ialah cuaca di sana adalah sejuk dan dengan adanya carpet lantai tidaklah sejuk sangat. Mereka juga bebangga dengan produk buatan mereka sendiri.



entah apa lah yang menggelikan hati JM tu...hehehe. Ramai yang tanya...JM pun join group you ke India ke? Yea....tu dia yang tengah rancak ketawa tu. 


Kak Zah orang yang pertama bangun dan membeli carpet. Then seorang demi seorang pun membeli. Jangan tak tau...ahkak tudung merah dan abam ni pun beli uolsss. Kami beli sejadah ajer. Supaya kami lebih kusyuk bersolat dan lebih lama berada di atas sejadah. Ameeenn Insya Allah.


Amboi Kak Zaleha...siap landing atas carpet lagi. Dah mcm zam zam alakazam pulak


Tuan tanah nak posing satu na. Bestnya kalau dapat bawak balik satu carpet besar mcm ni.


Jika anda membeli carpet di sini...pekerja ini akan bungkuskan carpet anda cantik2 seperti dalam gambar di atas. Handy. Bawa balik Kl dengan hati yg senyum. Kashmir carpet menghiasi rumah anda.


Then...Mr Farooq bawa kami ke kedai buah-buahan pula. Macam-macam jenis buah ada...ramai yg membeli delima merah yg manis. Kalau dtg sekarang memang takda musim buah-buah yang boleh dipetik dari pokok. Pokok epal tgh berbunga skrg ni. Musim panas atau awal luruh barulah buah boleh dipetik.


Disekitar kedai jual buah tadi...ada pulak gerai orang meniaga kueh-mueh Kashmir yang digoreng panas. Pada mulanya ramai yg takut2 nak membeli. Aku pulak dgn Mr Farooq sibuk ke kedai telco untuk mencari phone line yg boleh guna data di sini. Hampeh tak boleh guna. Aku tak tau apa berlaku di kedai ni. Masa balik barulah aku nampak beberapa orang sedang enak makan cucur bawang dan roti canai Kashmir yg digoreng panas. Ya Allah...sedap sangat. Lepas tu.....ahli rombongan mula kerumun tempat ini. Masing2 nak bergambar di kedai ni. 



Nampak pulak pakcik Kashmir ni di sini. Kesian pakcik ni buat muka pasrah ...tetiba jadi femes di kerumun awek2 dari Malaysia. Dah feeling Shah Rukh Khan pulak uolssss. Retis sangat tu!!!! Kak KC happy lah tu tersengeh-sengah dapat bergambar dgn Shah Rukh Khan....ahakssss.
Tu diaaaa....tengok tangan Emma.....dia berangan jadi Kajol lah pulak hahaha.


Jom kita tengok apa abang2 Kashmir ni buat. Dia tengah tebar roti canai Kashmir. 



Dah siap digoreng. Sedap uolsss. Besar tuuu.


Yang dekat tiang tu ialah cucur bawang. Sedap sangat2. 


Yang ini pulak aku tak pasti kueh apa.



Semua pakat beli. Sikit-sikit pakat rasa. Sambil tu kita tolong masyarat muslim di sini. Rezeki mereka hari ini kami datang.



Memang sesuai sangat Kak Jem. Gaya dah ada.



Dalam diam Nani dan Noni ada skandal dgn driver van kami yea. Siap amik sorang satu tu. Pakai baju pun sedondon masing-masing. Heheheh...gurau jer jangan marah yea.


Kak Aini dan Kak Jem dah dapat mak angkat Kashmir kat sana. 



Tempat ini baru jer lepas hujan masa kami sampai tadi. Udara segar dan nyaman. Best sangat.



Beginilah pekan kecil di kawasan Srinagar.....walaupun kedai2 hampa daif dan usang tapi rakyat Kashmir di sini hidup dengan aman.



Jarang tengok gadis2 Kashmir berkeliaran di kedai-kedai kecuali mereka baru balik dari kerja or universiti. Menurut Mr Farooq...sekarang pemikiran mereka dah agak moden berbanding dulu....wanita Kashmir tak boleh keluar rumah. Lepas kahwin kena duduk rumah tak boleh kerja. Sekarang ni ramai wanita Kahmir dah belajar tinggi dan bekerja. Mereka sangat mementingkan pelajaran supaya anak2 boleh menguasai English dengan fasih.


Kemudian kami singgah di Heritage Mughal Garden Nishat. Lokasi tempat ini berhadapan dengan Dal Lake.


Taman ini dibina pada zaman pemmerintahan Empayar Mughal dan dinobatkan bawah UNESCO World Heritage. Mughal Garden Nishat ini juga dikenali sebagai "Garden of Joy". Garden ini bina oleh Asif Khan iaitu adik kepada Maharaja Jehangir pada tahun 1632. Taman ini bukan sahaja luas malah ia dibina bertingkat-tingkat sebanyak 7 tingkat. Dibelakangnya terdapat Gunung Zabarwan dan di depannya mengadap Dal Lake.

Di sini juga ada disediakan sesi fotografi jika sesiapa nak menggayakan pakaian orang Kashmir. Kami berdua tidak melepaskan peluang ini. Berbayar yea...bukan free. Yang tidak best kat sini mereka seakan-akan memaksa kita memakai pakaian itu dan membeli foto-foto yang telah dirakam. Kalau dia snap 5 kali gambar...maka 5 gambarlah kita kena bayar. Untuk menggunakan camera sendiri tidak dibenarkan. Nasib baik aku sempat snap pakai hp sendiri. Gambar pada camera dah kena delete...siap kena kejar lagi..hahaha. Ganas betul dia orang ni. Lantaklah...aku lawan cakap mereka. Aku hanya akan bayar pada SATU gambar sahaja.  Aku takkan bayar 5 gambar hokay. Aku complaint pada Mr Farooq berkenaan perkara ini....tolong jangan ambil kesempatan pada pelancong. Memang kecoh sikit masa ni. Ada pulak tu....yang dah pakai cantik2 dan snap bagai nak rak guna camera mereka....pastu bila dia dengar kena bayar 5 gambar...cepat-cepat dia menghilangkan diri. Hahahaha...dia memang bijak. Anak sapo lah tu. Angkat tangan cepat!!!! 



View dari pintu masuk


berhadapan dengan Dal Lake


Taman dikelilingi oleh pokok bunga dan buah-buahan. Kalau musim buah, pelancong boleh dtg petik sendiri buah kt sini.


Teka bunga apa nie ?


Macam2 jenis bunga. Yang aku minat bunga tulip jer. huhuhu


Mr Farooq memberi penerangan tentang sejarah taman ini.



Di belakang ialah Gunung Zabarwan.


masa ni cuaca nyaman jer sebab baru lepas hujan....gunung di belakang pun berkabus jer,


tadaaaaa...kami berdua baru lepas bersanding dengan menggayakan pakaian pengantin Kashmir




tak perasan plak pakaian kami sedondon. Padahal tak pilih pun baju....orang tu yg pilihkan


Tu dia....masing-masing dah jadi orang Kashmir. 


Pelbagai jenis baju tradisional Kashmir .....


Dah puas sight seeing di sini...sekarang masa untuk bershopping pulak. Selalunya agent akan membawa kita shopping di kedai saree. Ada pelbagai jenis kain saree...ada yg mahal...ada yg murah...bergantung pada kualiti kain. Satu lagi ialah kena pandai tawar menawar harga. Kalau kita beli dengan kuantiti yang banyak....jangan lupa mintak lagi kurang harga.

Selain daripada kain saree, ada juga dijual baju kurta, kurti, sarung kusyen, pashmina dan alas meja. Pilih aje yg berkenan di hati. Bagi akulah....harga yg ditawarkan consider murah after convert dgn harga Ringgit. Nak meniaga pun boleh....memang boleh untung. Aku bawa 15 helai kain saree...habis dah dijual. Ingatkan nak jual di online...belum masuk online kain dah habis laku. Jom sesapa nak jalan2 ke Kashmir sambil berbusiness...ikut aku travel bulan November ni. 



pilih kak nany jangan tak pilih.


sambil shopping sambil posing. Comel Nani ...mcm gadis Kashmir...auwww. Taulah dah dapat bf Kashmir kan...hahaha. 



Alya memborong saree....dengar citer jualan laku hehehe


Tunjuk jer nak jenis yang mcmane


amboi Aunty As...apalah yg disenyumkan tu. Mesti tengok gambar dgn pakaian Kashmir tu.....comel dah tu Aunty!!!


tiba-tiba.....ada sesuatu yg terjadi masa tgh syok shopping. Ada adegan tarik-menarik. Tarik apa agaknya tu yea.

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

Aikkkk aku nampak yg baju hitam tu pun tarik-menarik juga. Laki siapakah itiewww????

Alahai....laki i lah tu!!!!! Dia tarik apa tu.......dia sorang lelaki pulak tu. Yanti sakan ketawa hahaha.


Tu dia...alya telah berjaya menarik satu.....ooooo tarik pashmina uolssssss!!!!!


Gitiewlah gelagat ahli rombongan aku ni bila bershopping. Tak sah berhenti mana-mana jika tak bershopping. Di Kashmir ni bukan sahaja syurga dunia....tapi juga syurga shopping.


Akhirnya dia telah berjaya merebut sepeluk pashmina dan alas meja. Cayalah suami ku.



Balik rumah dah gelap....tak sedar dah malam. Tulah sakan semua shopping. Kami makan malam pada jam 9. Gigih butler kami menunggu kepulangan kami di tepi jendela houseboat. Malam ni kami makan kambing...sedap sangat.



Lepas makan.....ada peniaga yg sabar menunggu kami. Di sini jika anda stay di houseboat akan ada peniaga yg datang belah malam menjual brg seperti batu permata, pashmina, saree dan jacket kulit.


Intan permata belian semua ada..hehe


akhirnya born-born berjaya membeli satu cincin...






Penat sangat seharian penuh dengan pelbagai aktiviti. Dari pagi keluar di Delhi...naik flight ke Srinagar dan malam ni tidur dengan nyenyaknya. Malam sejuk sangat....tapi berjaya juga lelapkan mata. Alhamdulillah selesai sudah hari kedua kami di sini. Nexy entry anda semua akan terpegun dgn kecantikan bumi Kashmir. Tunggu.




3 comments:

  1. Best Leez kak jem mcm nk ikut lg trip leez ni. Mmg bebaloi k

    ReplyDelete
  2. Kak Jem: Insyallah...boleh join lg next trip nie..dpt travel dgn kak jem pun sgt best..enjoy n sporting jer

    ReplyDelete
  3. Kak tempat beli pashmina n saree tu area mana kat kashmir tu?

    ReplyDelete