March 8, 2016

Day 10 & 11 : UK & Paris Roadtrip - Oxford Street & Back to KL



Salam rakan-rakan semua.
Alhamdulillah baru jer balik dari honeymoon sempena anniversary kami berdua yang kedua tahun. Ke manakah? Tunggu aku share di sini selepas entry ini. Gigih nak menghabiskan UK trip ni...berbulan-bulan nak siapkan adohai.

Hari ke 10 di bumi UK.
Itinerary hari ini ialah shopping sampai lebam. Kemanakah kami? Sudah tentulah ke Oxford Street. Aku dah imagine sempat ke kami nak cover dari awal ke hujung dalam masa sehari. Keluar rumah pun dah lambat....hmmmm kita tengok dan lihat. Perut kasi kenyang dulu. Then barulah selesa nak berjalan tanpa memikirkan perut berlapar. 

Berpandukan pada Citymapper...paling cepat dan mudah ke Oxford Street dari apartment kami ialah dengan menaiki bas. Kami kena jalan kaki 5 minit ke bus stop. Naik bas dalam 5 minit. Fuhhhh dekat giler tempat ni. Kami stop Marble Arch station bus...iaitu betul-betul di depan Primark. Kami nak tuju ke situ dulu...then baru gerak ke kedai lain. Lagipun Primark paling hujung sekali dan memang paling hampir dengan tempat kami naik bas.


 cuaca hari ini mendung...tanda nak hujan


 fuhh hujan lebat pulak masa ni. Bus kami sampai betul2 di depan Primark. Then kami melintas jalan. 





Tidak sah bershopping di Primark jika anda dah sampai di London. Setahu aku Primark di Oxford Street ni ialah outlet yang paling besar sekali. Kat daerah lain pun ada banyak tapi kecik ajer. Sebaik sampai.....my bro and family jadi giler kejap...sebab harga murah hehehe. Mummy, nenek dan bambam satu group....daddy, abang dan chacha si princess satu group...aku plak dgn En Bos. So kami terpecah kepada 3 group...masing-masing membawa haluan mengikut citarasa sendiri. Kami berdua paling lama kat tempat baju musim sejuk. Pilih punya pilih akhirnya aku tak beli....hahaha. Memang murah giler dan kualiti sangat tip top...cuma takda brand jer.

Kami naik tingkat atas kat bahagian baju lelaki sbb En Bos nak beli blazer utk kerja. Fuhhh harga murah giler, Satu set blazer dan seluar boleh dapat seratus lebih depands pada quality kain. Tetiba aku ternampak my brother.....tanya dia mana anak2. Tu dia kat satu sudut ni. Sorang tengah duduk kat lantai muka boring dan sorang lagi dalam stroller diam jer. Heheheh...tergelak aku. Bila tanya mana mummy? Semua tak tau. Mummy dorang entah ke mana shopping kat bahagian lain. Pastu boleh plak my brother suruh aku tengokkan anak2 dia sebab dia nak try baju jugak...hahahaha. En Bos plak sibuk memilih kemeja dan blazer, Kesian anak2 terbiar...mak bapak sibuk shopping hehehe.



 blazer banyak murah2 dan cantik belaka


 tu dia...dia dah jumpa. Tapi bukan beli yg ini. Beli yg colour hitam.....persiapan utk seminar or presentation dia kata. Kat mesia tak dapat harga yg kami beli. Kualiti pun bagus.


 anak-anak yang terbiar...hehehe


Sebenarnya kami terlupa nak bawa camera. So pakai ajerlah hp camera hehehe. Aku rasa dalam 4 jam jugak kami berada di dalam Primark. Lepas tu bebudak dah penat sangat. Masing-masing malas nak jalan....semua dah boring. Tapi mak bapak tak boring masih nak shopping. Lepas tu my bro and nenek dan budak2 ambil black cab dan balik ke apartment. Kami berdua dan mummy sambung lagi shopping. Kami bergerak dari satu kedai ke kedai lain. Singgah Selfridges sebab mummy nak beli something....tak jumpa pulak.

Lepas shopping...kami berdua sambung lagi perjalanan. Kami dah berjanji dengan En Bos punya x-lecturer untuk singgah rumah dia. The lecturer stay di sini sebab sambung buat PHD. Berpandukan alamat kami redah ajer. Nasib baik sampai...tapi masa ni dah gelap...lebih kurang pukul 5 petang. Angin kuat giler dan agak sunyi tempat yang kami pergi ni. Ingatkan kami dah sesat....betul rupanya. Cuma susah nak cari rumahnya sebab dia stay di atas rumah kedai. 



 kami dijamu dengan spaghetti, roti nan dan buah mangga. Thanks puan.


 En Bos dengan his lecturer. Kami banyak berbual pasal kos hidup di kota London. Di sewa rumah satu bilik dengan harga GBP1200 ...pengsan!!! Rumah kecil sangat. Aduhai...susah nak hidup di sini.


Malam tu kami balik apartment jam 11 malam. Dah penat sangat tapi gigih jugak menahan mata packing beg. Sebab esok pagi kami kena check out jugak....walaupun flight kami belah malam. Orang lain dah tidur tapi aku dan En Bos busy kemas beg. Pukul 3.00 pagi jugak kami tidur. Adohai mata dah berpinar2 mcm nak pengsan. Tulah sapa suruh shopping entah apa2...bila nak packing kelam kabut jadinya.

Esoknya jam 11.00 pagi kami dah kena keluar daripada apartment itu. My bro mintak extend sampai jam 4.30 petang....hampa tak boleh. Sebab ada guest lain nak masuk pada hari yang sama. So my bro minta agent carikan mana2 apartment berdekatan untuk kami simpan beg dan lepak sebentar sementara menantikan jam 4.30 petang untuk bertolak ke airport. Nasib baik dapat...kena bayar GBP100, So terpaksalah kami angkut beg yg byk itu ke apartment lain. Jalan kaki 50 meter ajer. 

Sementara menunggu jam 4.30 petang....aku dan mummy pergi Oxford Street untuk menghabis sisa baki duit GBP. En Bos dan my bro pulak gigih pergi ke stadium tennis wimbledon. 2 jam menaiki tube nak sampai ke sana. Fuhhh nasib baik kami tak pergi. Shopping lagi best. Budak2 tinggal kat apartment dengan nenek mereka.

Tepat jam 4.30 petang kami bersiap untuk ke airport. Aku dah siap tempah melalui online. Same company yg aku amik masa sampai di London hari tu. Tapi kami ini kami naik dari Paddington. Harganya lebih murah GBP50 sahaja. Masa kami balik ini ialah peak hour sebab time mereka balik kerja. Jalan jem giler punya. Kami dah tak senang duduk asik tengok jam. Driver mat salleh ni pulak sombong semacam. Kami suggestkan jalan lain ikut waze....tapi dia buat tak layan. Mat salleh tua berlagak betul. Kami hadap jerlah jammed tu. Tiga jam nak sampai Heathrow Airport dari Paddington. Pengsan!!!!

Sampai airport kelam kabut dibuatnya. Terus pergi ke VAT Refund Counter utk dapatkan duit tax. Kalau lah tadi tak sempat...memang menangis kami. My bro dapat refund beribu2 ringgit gak. Aku hanya dapar RM600 ajer. Memang memangis kalau tak dapat duit balik disebabkan jammed tadi. Syukur alhamdulillah semuanya sukses. 

Masa scan beg...salah satu toys my nephew kena tahan sebab berbunyi. Terpaksalah bukak kotak. Depa scan setiap sudut....adohai. Toys tu besar jugak...sebab u kami hand carry ajer. Harga RM1000 utk itu sajer. Takkanlah nak check in luggage. Muka my nephew dah pucat lesu....sebab takut toys kena rampas. hehehe....lawak sgt masa ni.


 nak masuk stadium wimbledon....byk gelanggang rupanya. Harga pun lain2 nak masuk.

 En Bos and my bro bayar entah berapa nak masuk stadium ni








 beg yg banyak


 nasib baik tak ramai yg beratur...syukur




alahai si bambam



passenger tak ramai. Boleh tidur baring hehehe





masa breakfast minta nasi lemak....dapat mee. Katanya nasi lemak ada 4 unit ajer. Dah habis. Alahai MAS teruk sangat skrg. Next time nak try airline lain plak.






koleksi perfume yg beli di sana.


Tamat sudah cerita kami di UK dan Paris. Maaf jika lewat nak habiskan. Dah 3 bulan berlalu baru habis cerita di sini hehehe. Next entry nak citer pasal honeymoon trip kami. Tungguuu


p/s Next month one more trip insyaAllah









7 comments:

  1. OMG nak perfumeeeeeeee .. nak beli satuuuu :)
    Memang tertunggu entry last ni. Hari2 jalan kat blog leez ni hehe :)

    ReplyDelete
  2. siapalah yang tak seronok barshopping kann.. cuma tanya pocket je lah..

    ReplyDelete
  3. Mama Zharfan -

    Dah berbulan2 baru habis tulis sis...hehe

    ReplyDelete

  4. Hani -


    Heheheh sorry sis takda lebih.
    Thanks reading my blog

    ReplyDelete
  5. Kak Yan -

    Yea kak...kena tanya poket.
    Kalau poket kempes kena kumpul duit kasi penuh dulu...baru leh jalan.

    ReplyDelete