March 21, 2016

Day 1 : Pattaya Honeymoon Trip - U-Tapao International Airport & Imperial Pattaya Hotel


Salam semua.
Kembali kita di alam maya.
Sibuk sikit lately ni membuat persiapan untuk next trip. Trip pertama aku bersama ahli rombongan. Cabaran nak membuat visa...aduhai. Alhamdulillah semua dah settle.  Ke manakah? Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang tak tahu lagi. Tunggulah aku akan update di sini. 

Entry kali ni aku nak share pengalaman ketika aku dan En Bos makang angin di Pattaya sempena hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2. Alhamdulillah dengan kebahagiaan kami. Kami memang dah lama nak plan bercuti yang dekat-dekat ajer. Sebab lepas ni banyak trip yang jauh. Oklah tu...yang penting kami enjoy trip ini.

Aku pasti ramai biasa dengar pasal Pattaya di Thailand tetapi tak pernah jejak. Jaraknya dengan Bangkok lebih kurang 2 jam perjalanan darat. Sebelum ni sesiapa nak ke Pattaya kena turun di Bangkok terlebih dahulu...lepas tu boleh naik bas atau teksi direct ke Pattaya. Tapi kali ni AA telah buka route direct ke Pattaya Airport iaitu U-Tapao International Airport. Cuma satu flight sehari dan dalam seminggu hanya ada 2-4 kali terbang ke Pattaya.

Penerbangan dari KL hanya ada belah petang iaitu 2.25 petang. Kami sampai di U-Tapao International Airport  mengambil masa 2 jam. Aiportnya alahai keciknya. Sekarang masih dalam pembinaan memperbesarkan airport ini. Aku rasa airportnya untuk navy sebab banyak flight navy di sini. 



dari KLIA2...menunggu boarding.


dah sampai Pattaya Airport. Lama sangat beratur di bahagian imigresen. Memang lembap betul pekerja sini buat kerja. Hampir sejam kami di sini. Tension betul. Lepas selesai...nampak ada 2 kiosk menjual prepaid simcard. Tak tahu mana satu bagus...aku pilih yang ramai orang. Hahaha...psycho betul....orang kata kalau tempat tu ramai sure bagus. Padahal kiosk satu lagi...kosong takda orang.


dia siap pasangkan simcard dan do everything. Kita tau dah siap jer. Ini yang aku suka.


sebaik keluar. Nampak beberapa kiosk jual ticket ke Pattaya City. Kalau naik minibus atau mcm van gitieww harganya 250Baht dan hantar ke hotel penginapan kita.


atau kalau nak naik bus ke pattaya city harganya 150Baht dan turun di Terminal Bas Pattaya. Hmmmm rasanya lebih baik naik minibus ajer...terus sampai depan lobi hotel. Tak payah susahkan diri nak naik teksi lagi. Terpulang pada citarasa masing-masing. Nak murah amik bus tapi agak susah payah sikit kena naik teksi or tuktuk ke hotel plak. Sama jer rasanya.


ada banyak kiosk...harganya sama. Akhirnya kami pilih yang ini. Nampak tak apek baju putih tu. Nanti aku citer pasal dia.


safely arrived. Jom kita naik minibus pulak.



Ini bentuk minibus yang kami naik. Dalam ni boleh masuk 8 penumpang.


perjalanan dari airport ke pattaya city mengambil masa sejam uols. Aduhai lama betul nak sampai. Jalannya agak macet setiap kali ada traffic light. Ramai betul orang meniaga mcm gambar di atas ni. Dah serupa Jakarta pulak.  Aku sampaikan tertidur di buatnya.....



Sepanjang perjalanan ini kejap aku terjaga...kejap aku tidur. Tidak selesa. Tau tak kenapa? Ingat tak aku citer kat atas ni pasal apek yg tengah beli ticket minibus kat airport tu. Dia duduk di sebelah aku dalam minibas. I mean....sebelah kiri. Di tengah-tengah ada lorong laluan. Ya ampun....tak boleh duduk diam. Rasa nak sekeh jer dia ni. Kalau datang Pattaya sorang...pastu tengok pompuan seksi macam nak terkeluar bijik mata. Apa korang pikir?

Bila minibus ni dah sampai Pattaya City....driver akan hantar kami 8 orang ni ke hotel masing-masing. So...meratalah minibas bergerak. Tapi si apek ni macam kera kena belacan. Kejap dia tengok tingkap kiri....kejap dia tengok tingkap kanan. Tau jerlah Pattaya ni camana...sana sini penuh pompuan seksi. Aku kat sebelah dia ni..asik kena langgar ajer dgn dia. Korang rasa irritating tak? Nampak pompuan seksi kat luar berjalan...mata dia terjojol mcm nak terkeluar. Aduhhhh......rimas aku. Kalau dia tak kacau aku...lantaklah ko lah. Tapi dia ni mengganggu konsentrasi aku. Rasa nak sound jer....tapi En Bos kata biarkanlah dia. 

Dia stay hotel betul2 di area Pattaya Beach Road. Masa dia turun siap tanya kat driver tu. Kat mana "Walking Street"? Hmmm. Nanti aku citer apa itu Walking Street. 



kami dah sampai hotel. Betul2 berhenti di depan lobi.


Kami stay di Imperial Pattaya Hotel.





Sebaik kami sampai di dalam bilik. Fuyohhhhhh....memang tidak menyesal kami memilih hotel ini. Bilik kami betul2 mengadap laut yg terbentang luas. Setiap bilik ada balcony. Memang strategik giler hotel ni. Hotel ini terletak di kawasan Pattaya Beach Road. Setiap bilik memang mengadap laut. Kalau dapat bilik di tingkat atas lebih best. View memang sangat cantik.


Bilik pun besar dan sangat selesa.


Sila tengok di belakang katil tu...cermin depan belakang uolsss...hahahaha. Tengoklah muka sendiri nanti. :p


bilik air pun best dan ada bathtub.


Di sebelah hotel kami ialah HRC Hotel. 



Balcony bilik kami. Boleh nampak jiran kami disebelah kalau ke depan sedikit. 


Best sangat tempat ni. Highly recommended. Kat sini memang susah nak mencari makanan halal...nasib baiklah aku bawa bekalan nasi. Pagi sebelum bertolak...aku dah masak nasi beriyani dan ayam goreng. Sampai hotel jer...kami mengenyangkan perut dulu di dalam bilik hotel. Alhamdulillah.



Sempena wedding anniversary kami yang ke 2 ni...kononnya nak celebrate malam tu. Mana lagi nak pergi yang paling dekat dengan hotel kami...kami pergi ke HRC Pattaya...sebelah jer. Yang boleh kami makan ialah kek ajer hehehe. Order air dan makan kek.....sambil ditemani sinaran lilin yang samar-samar. Memang gelap tempat ni. Tengoklah muka kami pun dah tak nampak.



 Anniversary cake yang sangat sedap. 



 di tepi pantai iaitu di depan hotel kami ada pasar malam. Kami tengok2 ajer sampai mengambil udara malam. 


 ramai orang meniaga buah. Aku memang suka buah Thailand...sedap dan manis. 


 ada pertunjukan tarian Thailand. Yang menari bukan pompuan tapi bapok hehehe. Lembut dan lemah gemalai mereka menari. Best pulak tengok.




Malam tu lebih kurang jam 12 tengah malam barulah kami pulang semula ke hotel. Berjalan kaki sahaja tak terasa sakit kaki pun . Sebabnya tempat ni happening sangat. Padahal kami dah berjalan jauh tu. Di Pattaya ni ramai betul mat salleh tua hahahah....pastu pasangannya mesti minah Thai. Hmmm susah nak komen...sebab muka minah Thai ni dah macam maid Indon. Hai berselera pulak mat salleh ni kat mereka.

Esok apalah aktiviti kami? Tunggu next entry yea. Niat hati kami nak ke satu tempat ini. Tapi kami cancel....tapi ke manakah kami pergi? Chiawwwwww.


p/s - menghitung hari. 



11 comments:

  1. dasyat betul apek tu..hahaha. Happy anniversary leez. Kemana aja leez pergi..kisahnya mesti menarik :)

    ReplyDelete
  2. hi.. menariknya entry u, thanks for sharing, memang ada ura-ura nak ke pattaya ni jugak

    ReplyDelete
  3. zila -

    Hehehe...apek tu nak cari amoi Thai lah tu.
    Zila punya entry pun best..gambar semua cantik.

    ReplyDelete

  4. Nina -

    Menghitung hari nak naik kapal terbang hehe

    ReplyDelete
  5. Wan Amira-

    thanks sis.
    Harap entry pattaya ni membantu sis nanti

    ReplyDelete
  6. Azwar -

    Alhamdulillah best...rasa pengalaman baru di tempat baru jejak.

    ReplyDelete
  7. As salam Kak...

    Berapa ye harga hotel ni semalam?
    Terima Kasih, Nice Entry 👍👍👍

    ReplyDelete
  8. Nizam,

    hari tu dpt harga di agoda RM650 for 3 nites

    ReplyDelete