Salam semua.
Rasa macam dah lama tak update blog. Ada beberapa entry lagi nak habis untuk London trip ni. Berbulan jugak nak dihabiskan...huhuhu.
Hari ke 9 kami di bumi London.
Pada hari ini aktiviti kami ialah sight seeing. Tempat pertama kami nak pergi ialah Tower Bridge...tempat wajib kepada pelancong yang datang ke London. Termasuk ni kali ke tiga aku jejak ke tempat ini. Layankan ajer.
Disebabkan kami punya oyster card masih banyak berbaki....apa kata kita naik tube ajer. Aku malas nak tengok city mapper dan aku serahkan kepada my brother untuk guide jalan kami. Turun naik tube tukar lane...rupanya kami dah sesat hahahah. Tak habis-habis sesat. Pengalaman indah namanya tu
Di depan apartment kami. Turun bawah tu ialah rumah yg kami stay. Rasanya ada 4 tingkat di sini. Jadi kami punya unit di bawah sekali...kena turun tangga sikit.
Bila dah ramai-ramai macam ni.....mesti ada jer yg lambat siap. Kami yg dah siap ni naik atas berposing dulu.
Ok jom kita jalan kaki menuju ke Paddington station. Lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki dari rumah yang kami stay.
my beloved nephew Danish
on the way ke tube....pantang nampak pokok berdaun kuning ni mesti nak bergambar my En Bos ni.
nampak kedai souvenir.....berhenti lagi. Sebenarnya kami nak cari luggage untuk bawa barang2 shopping yang melambak-lambak tu. Hahaha....rasa kan.
underground Paddington station
masa ni bukan peak hour.....orang pun tak ramai sangat di dalam train. Anak buah aku seronok betul naik train laju.
Dalam train lagi En Bos baru sedar yang kami ni dah tersasar dari laluan sebenar. So turun jer kat mana-mana station. Bila tengok balik tube map.....tetiba En Bos kata apakata kita naik balik train ni sebab satu laluan dengan station ke Chelsea Stadium. Oklah.....jom.
selang beberapa station dah sampai Fullham Broadway Station untuk ke Chelsea Stadium
untuk kali kedua kami sampai di sini.
wajib bergambar di sini
kami tak masuk dalam stadium...just bergambar di luar. Then kami singgah ke kedai merchandise. Dulu kami tak sempat masuk pun. Kami beli fridge magnet ajer di sini.
yang lain hanya tengok2 ajer .....tapi yg paling banyak membeli ialah anak buah aku yg bambam tu si Rayyan. Peminat Chelsea katanya hahahaha. Daddy layankan ajer apa dia nak beli.
Tersenyum lebar si bambam. Tu dia...dah dapat beg sebuah...tshirt dan gelang tangan Chelsea. Hahaha......dalam banyak2 dia boleh pilih gelang tangan getah. Sampai sekarang dia setia memakai gelang tu hehehe. Budak 6 tahun....apa dia tau.
kenangan kami di Stadium Chelsea....walaupun kami bukan peminat Chelsea huhuhu.
sambung naik tube kami berhenti di Tower Hill station.....the nearest station untuk ke Tower Bridge.
ramainya manusia ketika ini.
Alhamdulillah cuaca terang dan cantik utk mengambil gambar. Cuaca di London ni tidak menentu...anytime boleh jadi mendung mcm nak hujan dan ada kalanya terang benderang walaupun suhu sejuk di ketika ini.
bila cuaca terang nak ambil gambar pun cantik.
kali kedua kami bergambar di sini. Tahun sebelumnya disini jugalah tempat kami honeymoon.
langit kebiru-biruan
hamboi...
Tower Brdige menjadi saksi....muahaha
tempat ini memang tidak pernah sepi dari pelancong. Sentiasa ramai dan sesak
my brother and family.
Tengoklah si bambam tu...susah betul nak bergambar dengan senyuman hehe.
Setakat ini untuk entry kali ni. Lepas ni kami ada gerak ke tempat lain pulak. Seharian sight seeing dan malam baru shopping kejap. Sesuatu terjadi pada diri aku malam tu. Tak tertahan sakitnya. Macam nak pengsan. Nak tahu ceritanya...tunggu entry akan datang.
p/s - next trip end of this month. Dah lama tak travel aduhhh.
Jeles tengok sis travel :-p
ReplyDeletebeshnya every year u pegi london tuuuu
ReplyDeleteMacam mana ya akak pakai service uber kt sana? Kena register guna local number ke? Mmg lagi murah dari cab eh?
ReplyDeleteteringat moments bawak parents jalan2 Europe, diorang yang request untuk ke London, wahaaa, siap mention lagi pasal Thames cruise. Saya ni Thames river tu pun baru tahu bila diorang mention :D
ReplyDeletehanisamanina.com