January 13, 2016

Day 6 : UK & Paris Roadtrip - Manchester


Salam semua.
Dah lama tak update blog. Actually taklah busy mana pun. Tapi mood malas tu bila dah start melanda....memang sudah nak start berblogging semula. Bila tengok entry UK ni tak habis2 lagi....terpaksalah merajinkan diri mengupdate huhuhu.

Hari ke 6 di bumi UK.
Awal pagi kami dah gerak dari Edinburgh. Kami tak larat nak stay lama di dalam hotel ni. Salah satu sebabnya ialah tempat ini tersangat sejuk. Walaupun ada heater...tetap sejuk sampai ke tulang. Sementara kami nak bersiap mandi, aku dan En Bos mencuba untuk menempah ticket untuk stadium tour di Old Trafford Stadium. Tetapi alangkah sedihnya habis for the whole day pada hari ini. Padahal aku dah banyak kali pesan kat my brother jangan lupa booking awal ticket tu secara online sebab selalunya on weekends selalu penuh. Kami berdua memang tak join this stadium tour sebab kami dah pun pergi tahun sebelumnya. My brother memang sangat dissapointed sebab tujuan dia datang ke UK ni ialah nak menjejakkan kaki ke stadium ini. Tapi apakandaya....bukan rezeki dia. My brother said dia terlalu sibuk dengan urusan kerja sehinggakan tiada masa nak selitkan waktu untuk booking ticket ini. Aku just bagi option kat dia....kita try walk in jer today. Kalau ada rezeki dia...alhamdulillah. Kalau takda rezeki...terpaksalah dia datang semula ke Manchester ni naik train dari London dengan his son. Sebabnya malam esok kami dah nak serahkan semula van yang kami sewa ni. Ohh...mood memang ke laut masa ni. 

Lebih kurang jam 8.30 pagi kami dah bergerak check out from this hotel. Tak sarapan dan tak minum air. Masa ni kami macam kelam kabut semacam. Salah satu sebab juga ialah kami nak rushing sampai ke Manchester pada hari ini juga sebelum waktu gelap.



 inilah hotel yang meninggalkan kenangan pahit kepada kami...sebab dapat bilik kecil giler dan takda kitchen seperti yg kami dah booking. 


 masa ni nak bergerak check out from this hotel. Tengoklah barang kami di belakang dah penuh sebelum bershopping sakan.


Perjalanan kami ke Manchester. Ikut laluan ladang biri2. Navigator bawa kami laluan ini...memang cantik sangat permandangan.


 di awal pagi dan cuaca yang sejuk...kelihatan biri2 sakan meragut rumput. Nampak tenang jer di sini. Sebijik mcm NZ......tapi bezanya biri2 di NZ lebih banyak dan ladangnya lebih terbentang luas.


hijau yg mendamaikan....bila tengok kehijauan ini lupa seketika kerja-kerja di office. 

perjalanan dari Edin ke Manchester memang sangat cantik dan kepada pencinta alam semulajadi jangan lepaskan peluang menikmati keindahan ini. Anda wajib pergi ke Scotland. 



masa dalam van puaslah aku duk panggil my anak buah tengok biri2 tu...depa duk selamba tengok  jer mcm takda perasaan. Ooo ok baru aku faham....jiwa kanak-kanak memang berbeza dgn jiwa org dewasa mcm aku. Cuba kalau tunjuk kat depa taman tema...fuhhh memang tak sabar nak turun kereta. Ini adalah fakta.


ketika melalui laluan ini....jalan agak bengkang bengkok sebab berada di tepi lereng-lereng gunung ini. Agak sempit juga sebab boleh melalui sebuah kereta ajer utk satu laluan. Dua orang anak buah aku tetiba kemuntahan pening kepala katanya. Mungkin sebabnya kami tidak ambik breakfast lagi dan salah satu sebab lagi ialah  perjalanan di sini yang agak bengkang bengkok. Kesian depa.


My brother kata pecah rekod dia memandu di UK sampai beribu batu sedangkan di negara sendiri dia tak pernah buat macam tu hehehe. Lahai negara sejuk....memang tak terasa penat. 

saujana mata memandang.


ternampak rumah Inggeris di tengah ladang


entry kali ni memang banyak aku masukkan gambar2 ladang kehijauan ini





alahai comelnya meragut rumput....


memandangkan laluan ini memang sempit dan hanya muat sebuah kereta sahaja...so my brother susah nak berhenti kereta di bahu jalan untuk kami snap keindahan permandangan ini. Dah hujung jalan baru ada space nak park kereta tepi jalan. Masa kami snap photo ini agak kabus sikit. Sejuk sangat sampai ke tulang kat luar...fuhhhhhh.






Masing-masing dah kelaparan. Marilah kita berhenti di Service untuk mengisi perut. Budak2 plak dah bising nak keluar dari van. Aku dah terlupa apa nama station ni. Tapi not so far from Manchester....ada lebih kurang sejam lagi nak sampai. Kami laki bini makan fries yang dibeli di McD dan nasi impit lebihan semalam...makan dengan sambal ikan bilis memang mengenyangkan. Budak-budak makan vege breakfast yang ada dijual di sini.


lepas makan...aku ajak En Bos berjalan sebentar di belakang bangunan ini. Walaupun sejuk sangat....tak kisahlah. Sebabnya...permandangan di luar ini sangat cantik. Ada tasik, rumput, swan dan berlatarbelakangkan gunung ganang. Dulu masa aku gi Scotland ni hujung musim sejuk...jalan sepanjang perjalanan ni penuh keputihan dengan salji...memang tak nampak pun biri2. Kali ni alhamdulillah rezeki aku nak tengok sekali lagi permandangan ini malah lebih indah daripada dulu.




berposing itu memang wajib





dah kenyang....jom kita sambung lagi perjalanan....masih lagi dengan keindahan gunung ganang ini. 




Tepat pukul 1.30 petang kami dah sampai Manchester. Ke manakah kami nak tuju? Inilah tempat yang my brother nak sangat jejak. Salah satu tujuan utama dia ke UK ialah untuk menjejakkan kaki di Stadium Old Trafford. Peminat tegar football Manchester United club. Kami gamble ajer datang ke sini untuk membeli ticket for stadium tour secara walk in setelah pembelian online dah habis.

My brother and En Bos turun dulu dan pergi check sama ada ticket masih available or not. Kami yang lain tunggu di dalam van. Dari jauh aku dah nampak mereka tersenyum...alhamdulillah ada lagi ticket untuk jam 2.30 petang. So maknanya mereka ada masa sejam lagi nak bersiap masuk ke dalam sebelum start stadium tour. Syukur akhirnya mereka dapat jejakkan kaki juga. Kami berdua memang tak masuk pun sebab dah pun masuk tahun lepas punya trip. Ibu mertua my brother tak join...so dia ikut kami laki bini lepak kat cafe stadium ni.


Masa ni aku nak buang air kecil sangat...so masuk dalam restoran MU ni. Sambil menunggu turn masuk toilet...ada seorang pekerja restoran tanya aku buat apa di sini. Hmmm...macam pelik plak bila dia tanya mcm tu. Aku just bgtau yg aku tunggu turn nak masuk toilet. 





Cantiikkan restoran ni...siap ada nama2 player di setiap kerusi. Di tepi jendela belah kiri tu boleh melihat permandangan bandar Manchester...memang cantik sangat. So, aku bgtau En Bos jomlah kita order hot chocolate dan lepak kat sini. Lepas order di kaunter......kaunternya di depan sana. Aku pun dengan bangganya pergi balik tempat ni. Tetapi......ada orang menghalang aku. Aikkkk...kenapa plak??
Rupanya tempat ini hanya khusus untuk pelanggan restoran sahaja....kena order food hokay!!! Kalau hanya order coffee atau hot choc di kaunter tadi.....tempat lepaknya bukan di situ tetapi....

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 tetapi di sini

cafe yang tak berapa cantik hehehehe. Sebelah restoran tu ajer. Hmmm patutlah masa aku nak buang air tadi dorang tanya aku buat apa di situ. Hmmm.....gitiewww ke?
Maka aku lepak lah di sini....tak dapat nak lepak depan jendela yg cantik permandangannya tadi. Uhukkk.




lepas melepak dalam bangunan Old Trafford Stadium ni....kami bergambar di luar plak....kat belah belakang dulu.




kali ke tiga jejak tempat ini...alhamdulillah





cuaca hampir nak gelap.....sejuk sangat.





siap bawak mafla Malaysia tu hehehe.....


jujur cakap harga merchandise di dalam ni memanglah sangat mahal. So kalau nak dapatkan yg murah....beli kat luar ni ajer. Kualiti pun sama. Sehelai mafla tu rasanya GBP10...boleh minta discount lagi.



takda gambar laki bini berdua di sini....terpaksalah selfie huhuhuhu.


orang yang tengah stadium tour sempat whatsapp pic dari dalam


betapa bangganya orang ini....impian menjadi kenyataan

kedua-dua adik-beradik ni memang kaki bola mcm daddy jugak. Suka bola dan pandai main bola. Tapi jgn terkejut....kedua2nya tidak minat football club yg sama. Yang kiri minat MU dan yang kanan minat Chelsea. Yang kanan tu kalau boleh tak nak minat yg sama mcm abang. Dia suka lain dari yang lain hehehehe. Memang sesuai pun...sesuai dengan saiz badan yang berbeza....hahaha.


kami masuk dalam kedai merchandise ni.....terjumpa my brother and family di sini...depa baru selesai stadium tour. Sejam lebih jugak untuk stadium tour.





kali ni kami tak beli apa2 di dalam ni. Mahai sangat huhuhu. 




Punyalah lama anak beranak tu membeli di dalam. Kami boring sangat menunggu....jomlah kita keluar semula. Fuhhhhh dah gelap dan malam. Suhu bertambah sejuk.




Next destination ialah kami ke HRC Manchester. Berjam2 nak sampai ke sini dari Old Trafford Stadium. Sebabnya masa kami gerak dari sana ialah waktu orang balik kerja. Pulak tu nak masuk ke area HRC ni memang jalannya sempit dan betul2 dalam town. Memang menguji kesabaran dan keimanan masa ni. Kalau boleh elakkan peak hour. Traffic light banyak dan kereta pun banyak. Sepatutnya kami sampai 15 minit.....akhirnya jadi sejam setengah.

Satu lagi masalah di sini ialah susah parking. Terpaksalah my brother parking kereta jauh dari sini. Kami berdua berjalan kaki menapak nak sampai. Yang lain just stay dalam kereta. Kami berdua jer yang keluar. Banyak juga orang yang order HRC di sini. Orang dalam ni boleh tahan ramai jugak. So, kena tahan sabar lagi hehehe.



Banyak juga RM kami spent di sini untuk order dari kawan-kawan. Satu yang aku perasan...design tshirt di sini agak unik sikit berbanding di tempat lain. Untuk diri sendiri...aku tak beli pun. Dah ada yang lama.






Jomlah kita balik. Nak check-in hotel pulak. Nasib baik taklah jauh sangat hotel kami dari hrc ni. Betul2 tengah town. Oh yea...nak citer pasal hotel di sini. Kami memang last minute baru dapat booking hotel di Manchester ni. Lagi 2 minggu nak pergi UK baru sempat booking. Susahnya nak dapat apartment yang ada 3 bilik untuk 8 orang di sini. Sangat susah nak cari. Kalau ada pun....dah fully booked. Kami 2 pasang suami isteri masing2 pegang tab mencari hotel di Manchester....akhirnya dapat juga...tapi harganya fuhhhhhhhhhh. Ingatkan kat Manchester ni apartment lebih murah daripada London.....tapi malangnya sangat mahal!!!!!!!


Bila kami dah sampai sini....lepas dah selesai check-in semua....time nak masuk apartment fuhhhh berliku-liku. Security sangat ketat. Setiap pintu ada code number. Banyak pintu pulak tu. Bagi aku kat London jugak yg mudah. Satu lagi masalah kami....tak tau nak parking van kat mana. Dalam building ada sediakan parking tapi van tak muat nak masuk dan bayarannya pun mahal. So, my brother parking ajer kat seberang jalan depan bangunan apartment ni....bukan parking area sebenarnya. Semoga selamatlah tak kena saman hehehe. Kebetulan pulak memang malam tu ialah malam minggu dan esok hari ahad. Polis mungkin tak check katanya...entahlah.


Ada dua bilik...setiap bilik ada katil queen mcm ni. Jangan tak tau...kat UK ni katil queen depa memang kecik tak mcm katil queen kat mesia. Nama apartment ni ialah Modern City Centre Apartment. Harga satu malam GBP250 (RM1,650) ...mahal sangat sbb apartment ni kecil jer pun.


Yahooo ada kitchen. Boleh masak-memasak. Rindu nak masak dan makan sedap2. Dah 2 malam kami stay hotel takda kitchen dan dah 2 hari jugak kami tak makan nasi...uhukkkkk sedih.


ruang tamu sangat kecil dan bersambung dengan kitchen. Sofa bed ini boleh dijadika bed. My brother and si bambam tidur di sini.


ada satu lagi bilik kat belah atas. Kena naik tangga mcm ni. Tapi jangan terkejut...kat atas ni ada tilam ajer. Sapa lagi yang nak naik atas...kami laki bini lah jawabnya hahaha. 


mcm nilah rupa tilam kami. Ada 2 tilam...satu lagi melintang belah kanan. Dah naik atas memang malas nak turun. Umpama tidur atas bumbung.




Tengah nyenyak tidur....my hubby's lecturer called. Dia dah sampai depan apartment kami. Memang En Bos ada bgtau lecturer dia yang kami akan ke Manchester. Dia studying PHD di sini. Sempat bawakkan bekalan ikan bilis untuknya. 





Esok kami memang nak balik semula ke London. Memang tak sempat nak borak lama dengan lecturer dia. Masa ni aku tak join,,,sebab tengah nyenyak tidur hehehe. En Bos bgtau...masa mereka tengah berbual kat luar ni tetiba hujan ais turun. Berketul2 ais sebesar syiling 10sen turun. Dia punya excited sampai tak sempat nak snap gambar hahahaha.

Ok sekian cerita kami di Manchester. Next entry nak citer pasal aktiviti kami di tempat shopping. Memang jadi giler dibuatnya. Sesuatu terjadi pada my nephew. Kenapa agaknya????? Tungguu...



p/s - tak sabar tunggu next trip.





4 comments:

  1. ada pulak temapt beza2 ya untuk yang minum sahaja...hahaha... ya betul..scotland memang wajib pergi kalau dah ke UK. Memanglah tersangat cntiknya...edin tu dah mcm fairy tale pon ada rasa bila lalu di castle2 dalam bandar kan...

    ReplyDelete
  2. hotel apartment style memang mahal and tak byk choice..kalau hotel2 biasa..byk jer kat manchester tu...me pegi sana thn 2010 :) dh 5 tahun lebih rupanya :) memang pegi stadium tour tu

    ReplyDelete
  3. Farikica -

    yea betul....scotland mmg cantik. I masih tak puas nak ronda2 scotland lagi....takat 2 malam di sini mmg tak cukup...kena stay seminggu baru puashati.

    ReplyDelete
  4. mama zharfan -

    kami mmg nak mencari apartment sbb boleh memasak. Tak larat lah nak makan kat luar selalu...mahal dan bukan ikut selera kita.
    Mahal betul apartment di sini.

    ReplyDelete