Salam semua.
Dah hujung tahun ni tentu ramai tengah bercuti panjang untuk menghabis kan cuti tahun. Tahun ini i break a record....cuti dah tinggal telur ayam. Macam tahun-tahun sebelum ini cuti aku memang carry forward sampai berbelas-belas hari. But not for this year. Tak cukup cuti uolssss.
Ok kita sambung citer last entry.
Hari ke 5 di bumi UK.
Bila kami bangun jer pagi lepas solat subuh...selang beberapa minit tetiba aku terdengar En Bos memanggil2 nama aku suruh tengok di luar bidai tingkap. Subhanallah cantik sangat permandangan ini. Kelihatan beberapa kelompok kambing biri-biri dengan asyiknya sedang makan rumput. Ohh so comel. Memang berbaloilah stay kat sini...patutlah review daripada orang ramai yang pernah stay di hotel ini sampai 9.5
Pagi tu jam 7.30 kami dah turun ke dining hall untuk breakfast. Bila kami sampai jer dah ada reservation untuk kami 8 orang. Ada lah nampak beberapa couples sedang breakfast di dalam ni. Bila kami datang jer...jadi huru hara bising tempat ini. Aduhhh malunya dengan hotel guest yang lain. Dorang makan senyap jer sambil menikmati permandangan indah di sebalik jendela. Yang kami bising tak habis2 bercakap...hehehe. Maklumlah kami ramai 8 orang. Kami dihidangkan English breakfast - bread, red bean, egg, pancake dan coffee/tea. Cukup mengenyangkan kami semua.
Ok kita sambung citer last entry.
Hari ke 5 di bumi UK.
Bila kami bangun jer pagi lepas solat subuh...selang beberapa minit tetiba aku terdengar En Bos memanggil2 nama aku suruh tengok di luar bidai tingkap. Subhanallah cantik sangat permandangan ini. Kelihatan beberapa kelompok kambing biri-biri dengan asyiknya sedang makan rumput. Ohh so comel. Memang berbaloilah stay kat sini...patutlah review daripada orang ramai yang pernah stay di hotel ini sampai 9.5
Pagi tu jam 7.30 kami dah turun ke dining hall untuk breakfast. Bila kami sampai jer dah ada reservation untuk kami 8 orang. Ada lah nampak beberapa couples sedang breakfast di dalam ni. Bila kami datang jer...jadi huru hara bising tempat ini. Aduhhh malunya dengan hotel guest yang lain. Dorang makan senyap jer sambil menikmati permandangan indah di sebalik jendela. Yang kami bising tak habis2 bercakap...hehehe. Maklumlah kami ramai 8 orang. Kami dihidangkan English breakfast - bread, red bean, egg, pancake dan coffee/tea. Cukup mengenyangkan kami semua.
comelnya biri2 tu
En Bos snap disebalik jendela bilik kami
ni pulak...di sebelah lagi satu...keliling hotel kami ialah ladang2 indah ini.
kehijauan dan cuaca yang sangat terang dan nyaman,
nampak pulak perigi yang sangat antik dan rare
belum mandi kami dah turun bawah untuk breakfast. Menantikan hidangan kami sampai.
di sebalik jendela ini dihiasi permandangan indah ini
makan dengan roti...cukup mengenyang kan kami pagi tu
lepas beakfast kami naik atas semula untuk bersiap mandi dan check-out. Aduhhh kejap jer rasanya duduk di hotel indah ini. Rasa mcm nak stay lagi di sini. Tempat ini sesuai untuk relaxkan minda, tenangkan jiwa dan damaikan hati. Untuk honeymoon pun sesuai sangat. Senyap dan sunyi jer.
abg danish dan rayyan bambam......punyalah happy dengan cuaca yg sejuk ni. Daddy dia punyalah risau takut dorang ni tak tahan sejuk.....ghopanya depa lagi suka hehehe
kami dah bersiap untuk ke destinasi seterusnya. Tapi sebelum tu jom kita bergambar terlebih dahulu.
suka tengok kehijauan ladang ini. Jangan tak tau...masa ni cuaca sgt sejuk sebab angin kuat.
menantikan musim sejuk...daun2 kering dah berguguran.
my bro and family
di kawasan ini hanya ada sebuah hotel ini ajer. Just imagine malam tadi camana kami sampai gelap gelita tak nampak apa2....tetiba bangun pagi tengok permandangan indah ini.
setiap backgroup tetap nak berposing tu hahaha
kalau sesapa nak holiday ke Glasgow.....highly recommended this place. Tapi jangan sampai malam...nanti you all sesat tak jumpa tempat. Better sampai masa waktu siang.
tetap nak berposing di tepi perigi ini. Memang antik sungguh perigi ni. Jumpa kat countryside area ajer.
my beloved anak buah. Lepas balik dari London...aku tanya dorang nak holiday ke London lagi tak? Nakkkkk...cepat jer jawab. Tempat sejuk budak2 mestilah suka.
alahai si bambam ni kalau depan camera mesti nak buat muka sengal dia tu. Geram betul dengan budak montok ni.
and again dia buat muka sengal...aduhai anak buah aku
aduhai my bro....tepi perigi pun jadi hahaha.
Selepas puas berposing kami bergerak dari tempat ini. Sayu rasa hati meninggalakn tempat cantik ini. Ikut Waze ada lagi sejam atau 30km untuk sampai ke bandar Glasgow. Bandar yang tidak masuk dalam itinerary kami. Malam tadi En Bos sempat lagi open order HRC tshirt dan merchandise kepada sesapa yang berminat nak order. Fulamak......hotline hp dia menerima order yang tidak putus2 dari malam hingga ke pagi tu. Memandangkan HRC di Glasgow ini tidak termasuk dalam itinerary kami makanya kami tidak buka order awal. Terpaksalah kami menggunakan duit kami dulu membayarkan barang2 tempahan yang diterima. HRC Glasgow memang jarang orang sampai.....sebab itu tempahan masuk sangat banyak!!!!
Bila kami sampai di Glasgow.....sunyi jer bandar ni. Mungkin awal pagi kot. Nampak sebuah university di tengah bandar....patutlah nampak ramai student yang berjalan ke arah uni sambil memegang file masing2. Nak mencari parking di sini bukan perkara mudah. Berpusing berpuluh kali jugak kami nak mencari parking. Nak parking dalam bangunan tapi van kami terlalu besar untuk menembusi pintu gate masuk. So terpaksa mencari parking di tepi-tepi jalan. Akhirnya jumpa juga....tapi kena jalan jauh sikit. Kami mencari HRC terlebih dahulu...kemudian baru cari parking yang berdekatan. Just nice HRC betul2 berada di Buchanan Street yang happening tu.
bandar Glasgow dengan senibina bangunan yang cantik dan unik
bagi aku....bandar2 di UK ni takda beza dari segi senibina bangunannya. Lebih kurang sama dan sangat cantik.
berjalan kaki menuju Buchanan Street
dah sampai Buchanan Street....masa ni tak berapa ramai orang....tunggulah kejap lagi.
jam 12 tengahari barulah HRC dibuka. Ok kita jalan2 dulu nanti singgah semula di sini.
tu dia...sekejapan dah ramai dengan manusia. Tempat ini memang happening sebab pusat membeli belah memang berada di sekitar kawasan ini. Ramai yang keluar untuk shopping for Christmas.
nampak H&M....ada sales.
sambil menunggu mummy shopping kat H&M....kami berposing di luar dulu. Tengoklah si bambam tu...mata dah tertutup sebelah. Aku duk betulkan...dia tetap nak tutup mata sebelah. Dari hotel tadi sampailah ke sini dia memang dah tutup mata sebelah.....marah kalau aku ubah cap tu. Sukatilah Rayyan oi..asalkan dia happy dgn fesyen yg ntah apa2 tu hahaha. Nampak tak minah salleh belah kanan sekali baju hitam tu tengok si bambam ni dari tadi lagi...pelik dengan tengok fesyen budak tutup mata sebelah ni hehehe.
fuyohhhh...mumyy keluar dari H&M dengan baju ni. Masuk tadi baju lain,,,,kuar H&M dengan baju lain. Ada sales katanya....terus tukar baju kat situ hehehe.
My brother kata jom kita kenyangkan perut makan tengahari kat restaurant ni. Dari dalam van dia dah nampak Malaysian Kopitiam ni. Jom kita tengok menu apa yang sedap. Belum masuk lagi...kami tengok menu di luar....alamak ada pork!!! Terus tak jadi. Berdiri tepi jalan sambil tengok kedai makan yang lain pulak.
Just opposite restaurant tadi ada kedai fish and chips....boleh tapau atau makan di situ ajer. Jomlah kita makan tu ajer.
Fish and chips yang sempoi...tapi sedap. Lupa plak nak bawa chili sauce ...ada dalam van. Kalau gi negara mat salleh ni kena bawa chili sauce dari Mesia sebab kat sini takda.
lepas makan kami balik semula ke HRC tadi. Nasib baik tak ramai orang. Kami spent duit di sini membayar barang HRC tempahan kawan2 sebanyak GBP350 (RM2300). Itupun banyak juga tempahan last minute yang kami tak ambil sebab takut budget kami tak cukup.
Masa ni kami membeli macam lipas kudung sebab mengejar masa. Kami kena kembali ke tempat parking secepat mungkin sebab kami bayar hingga jam 1 tengahari sahaja. Lepas membeli terpaksalah En Bos berlari ke tempat parking...takut kena saman.
ok dah selesai membeli. Alahai bergoyang lah pulak gambar ni...ia diambil oleh SA HRC tu huhuhuhu.
Dari sini jam 1.45 petang barulah kami bergerak ke destinasi seterusnya. Next kami akan ke Edinburgh pulak. Ada masa sejam untuk sampai ke sana. Sebaik kami tiba di sana....macam2 hal telah terjadi. Memang menahan kesabaran jer. Ada dugaan yg menakutkan dan dugaan yang membuatkan kami geram sangat. Apakah itu????? Tunggu next entry okay.
p/s - tak sabar nak tunggu 2016. Macam2 plan for our vacation.
Tengok gambar je boleh terasa ketenangan kat sana.Syok nya.
ReplyDeletecantiknya view
ReplyDeletehotel tu sgt superb pemandangannya!!! cantik mcm lukisan gitu
ReplyDeleterindu nya kat bumi UK...