Salam Ramadhan.
Sekejap jer masa berlalu...minggu depan dah nak raya. Tapi aku masih sibuk dgn cookies yang belum disiapkan. Fuhhh....masa begitu pendek bagiku utk siapkan semua. Pulak tu ada juga yg last minute baru nak order. Aduhai minta maaf byk2 lah. Bukan taknak amik...tapi aku yg tak tau boleh buat ke tak. Susah nak layan kalau last minute baru nak order. Kalau yg nak order coconut cookies masih ada lagi....sbb stock mmg banyak. Lepas raya nak order pun boleh. Tapi cookies lain...minta maaf byk2.
terjamin rasanya sedap dan rangup
Ok nak sambung cerita pasal birthday En Bos. Esok paginya kami bersedia untuk breakfast di bawah hotel. Jujur cakap..memang sedap makanan di sini. Sebelum ni aku ada baca review kat Agoda....yes ramai kata sedap. Walaupun tak byk choice mcm 5 start hotel....but then more than enough. Balik bilik kami melepak lagi...malas nak keluar. Memang betul2 fully used bilik kami ni...tak rugi bayar hahaha.
Jam 12 tengahari kami bergerak balik. Nak singgah bandar Melaka jap untuk beli ole-ole Melaka. Kami singgah di area Padang Pahlawan...kat sana byk jual mcm2 ole2. Lupa plak apa nama tempat ni. Kat sini juga ada kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan istimewa negeri Melaka. Tapi kami tak singgah makan pun sebab masih kekenyangan masa breakfast tadi.
singgah beli belacan Melaka. I likeee....sbb sedap berbanding belacan lain.
ole-ole belacan dan gula melaka utk bagi my mum dan ibu mertua.
Lepas membeli kami terus balik. Rasanya mcm tak sesuai nak keluar highway PLUS ikut Ayer Keroh. Sure jem teruk sbb hari ni ialah cuti Hari Buroh. Katanya kat highway jem teruk. So kami decided untuk lalu jalan kampung melalui Klebang dan terus ke Alor Gajah....maknanya exit Alor Gajah.
Jalan memang smooth giler dan tak jem langsung. Sempat singgah beli air coconut shake yg terletak di area jalan kampung...sedap giler.
Then baru kami sampai di bandar Alor Gajah. Masa ni perut terasa lapar. Jomlah kita makan cucur udang di Food Court Alor Gajah yg dikatakan sedap tu. Org punya ramai uolsss.
Tapi rasanya biasa2 ajer...ada lagi tempt yang sedap. Lepas makan...mata mengantuk plak. Then kami proceed ke Highway Plus melalui Alor Gajah.
Sebaik sampai di highway.........fuhhhhhhhhh jem macam cuti nak balik kampung raya. Tapi belah kami yang menghala ke KL okay ajer tak jem. Tapi menghala ke selatan.....melekat uolssss. Aku hanya mampu melambai ratu kat kereta2 sebelah hehehe.
cucur udang alor gajah yg katanya sedap....hmmm...rasanya aku buat lagi sedap kottt.
lambaian ratu kat lane sebelah...hahaha
Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai KL. Eventhough only short trip...tapi aku rasa puas dapat meraikan birthday En Bos. Hope you like it.
Okay entry ini stop seketika untuk memberi laluan kepada cuti Raya. Nanti lepas raya aku sambung lagi InsyaAllah.
Kepada yg balik kg utk berhari raya tu...berhati2 memandu dan ingat yg tersayang.
InsyaAllah aku akan beraya di KL dulu...lagipun En Bos on night shift duty dari raya pertama hingga raya ketiga. So, raya keempat barulah kami pulang ke kampung En Bos hingga hari Khamis. Jumaat aku dah start bekerja semula.
Di kesempatan ini kami berdua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog ini. Jika saya ada terkasar bahasa harap dimaafkan. Kepada blog readers yang ada membeli cookies raya yang saya jual ni...saya mengucapkan byk2 terima kasih di atas sokongan terhadap business kami ini. Appreciate it so much and tanpa anda semua mungkin saya dah lama pencen jadi blogger. Tapi alhamdulillah saya masih mampu meneruskannya.
p/s - counting months for next trip.
Selamat hari raya Leez..cookies sedap
ReplyDelete
ReplyDeleteAnony...
Ye ke sedap. Siapa ni yea. Bgtaulah nama.