Salam semua.
Hari ke-3 di bumi Hong Kong.
Semalamnya kami dah seharian di Disneyland. Hari ni pulak kami nak ke Ocean Park. Giler tak...back to back. Orang kata at least ada gap sehari di antara Disneyland dan Ocean Park. Sebab anda akan kepenatan. Al-maklum kedua-dua tempat ini padat dengan outdoor activity...memang confirm flat. Nak tahu apa jadi pada kami di hari akhir malam nanti....tunggu.
Pagi tu kami para isteri dah bangun awal untuk persiapan breakfast dan bekalan lunch nanti. Menu kami untuk breakfast ialah nasi impit dgn kuah kacang dan untuk lunch pula ialah nasi lemak. Malam tadi aku dah masak sambal tumis segera...aku tambahkan sikit bawang dan perisa. Nasi dan telur rebus pun kami dah masak awal untuk memudahkan pagi ni tidaklah kelam kabut. Nasi impit pun dah masak awal malam tadi. Aku berjaga hingga jam 1 pagi untuk tunggu nasi impit masak. Pagi ni cuma panaskan sambal dan kuah kacang. Memang heavy makanan hari ni...sebabnya nak tambah energy untuk main outdoor game di Ocean Park hahahah.....konon.
nasi lemak dah siap bungkus dalam bekas. Sambal kami asingkan.
tu dia nasi impit dan kuah kacang untuk breakfast. Serunding daging pun ada baki sikit.
Pukul 9.00 pagi kami keluar rumah...menuju ke MTR Jordan Station. Gambar ini ialah menunjukkan tempat mengambil bas no. 629
Ocean Park
By MTR : Ambil MTR dari Jordan Station ke Admiralty Station. Sampai di Admiralty Station, keluar di Exit B3. Dari situ anda boleh nampak anak panah ke Ocean Park, sebenarnya menunjukkan ke arah stesen bas untuk ke Ocean Park . Ambil Bas nombor 629 (HK$10.60) untuk ke Ocean Park. Anda tidak perlu risau kerana ada ramai staf Ocean Park di sini dan mereka akan memberi arahan yang sepatutnya. Di stesen bas ini, anda boleh membeli tiket pergi balik di kaunter khas Ocean Park. Jika ingin membeli tiket masuk ke Ocean Park di sini pun boleh. Anda tidak menunggu lama di sini. Bas bergerak setiap 5-10 minit.
Dari Jordan Station ke Admiralty Station memakan masa lebih kurang 15 minit. Manakala perjalanan dengan bas ke Ocean Park pula mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Kami bayar tambang bas menggunakan Octopus Card dgn harga HK$10.60. Banyak bas di sini. So anda tidak akan menunggu lama. Cumanya....bila bas dah penuh barulah bas akan bergerak.
berganbar dulu sebelum naik bas.
dalam masa 30 minit...kami dah tiba di destinasi. Kat sini tak strict sangat pun masa nak check beg...lepas ajer. Taklah kalut macam kat Disneyland. Lebih kurang pukul 10.00 kami dah sampai. Masa ni tak berapa ramai manusia. Tunggulah kejap lagi. Datang pelancong ganas dari mainland China....habis kita.
ticket yang kami beli di DingDing Travel HK$300 (RM138)
Opening hour ialah 10.00 am til 7,00pm
kat sini ada kiosk yang akan mengambil gambar kita untuk dijual. Tapi kalau minta tolong depa ambilkan gambar kita pun okay....takda masalah. Dorang sedia membantu.
aksi terover laki bini...hikss
Sebaik kami sampai di Ocean Park, macam biasa makanan sorok kat dalam stroller baby...alhamdulillah lepas. Masa ni cuaca sejuk giler siap berangin sebabnya Ocean Park terletak di tempat tanah tinggi. Luas giler tempatnya. Ia terbahagi kepada 2 bahagian :
1) The Waterfront - bahagian bawah
2) The Summit - bahagian atas (naik cable car atau train ocean express)
Kami sampai ajer terus cari cable car untuk naik ke atas. Aku cadangkan lebih baik kita selesaikan aktiviti game di atas (The Summit) then barulah turun bawah (The Waterfront). Di atas ada lebih banyak game yang happening untuk adults.
kena beratur panjang untuk naik cable car. Tapi tak lah lama sangat beratur. Kami nak naik ke The Summit
wajib bawa ke mana-mana map Ocean Park ini untuk memudahkan anda menuju game pilihan masing2
pandangan dari atas cable car....bawah tu ialah The Waterfront area
memang banyak cable car.....satu cable car boleh masuk 6 orang...tapi kalau nak lebih selesa 3-4 orang sesuai.
kalau anda pernah naik cable car ke Genting Highland....sama ajer mcm ni.
pandangan aku...tak payah naik Ngongping 360 sebab naik cabel car ni pun dah okay dengan permandangan yang superb.
sampai ajer kami menuju ke area Thrill Mountain....kita tengok sapa yg paling kuat menjerit di sini hahaha.
di sini ada pelbagai jenis extreme activity
Hair Raiser....5 orang dewasa sakan main activity ini tapi aku seorang di bawah jaga baby Musa hehehe....
nak tengok tak muka2 kami (tak termasuk aku, D dan B) menjerit sakan main game di bawah ini (The Flash)
CB, CQ dan En Bos bersemangat.......masa ni baru nak start
then...naik atas sikit.....muka CQ dah cuak sambil pejam mata
kemudian...naik lagi atas...mulut En Bos pulak dah nganga semacam....heheheh
tadaaa........masa ni dorang berada pada paras paling atas.....kepala di bawah dan kaki di atas. Hehehehe.....aku dengar suara CB yang paling kuat menjerit kekekeke. Lepas tu aku kelam kabut buka video merakamkan aktiviti ini...hahaha.....terdengar jeritan sana sini. Pucat lesi muka masing2.
Then kami gerak pula ke Marine World - Ocean Theatre untuk melihat dolphine and sea lion punya show. Cantiknya permandangan dari atas.
sea lion ni jinak sangat dan comel giler
dolphine ni pun jinak sangat dan show ni memang superb
Then kami gerak ke Adventure Land pulak. Untuk info semua...bentuk muka bumi di atas ni sangat lah tinggi dan kami asik turun naik bukit ajer. Habis kalori kami terbakar hahaha. Jangan lah duk sakan nak pakai high heel ke sini hokayyy...tak sesuai langsung.
posing permandangan dulu.........
tadaaaaa.... inilah satu2nya game yang aku main hahaha. Nampak sangat tak pengecut. Itupun En Bos sakan tarik tangan aku suruh main game ini. Aku rasa game ni sesuai dgn aku sebab tidak memerlukan pusingan 360 darjah.
hahahah habis basah kami berdua.....sikit jer basah bukan banyak pun. Tengok muka tak boleh blah hehehe.
para isteri yang sakan hehehe.
Nama game ni ialah Mine Train. Semua dah tak larat masa ni tapi ada 2 orang ahli rombongan yang masih bersemangat nak main. Siapakah mereka????
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
Mereka ialah CQ dan En Bos... (yang sakan angkat tangan tu) hahahaha. Suami CQ jaga anak dan isteri En Bos pulak tukang snap gambar. Sporting tak kami...hehehe.
Fuhhh tepi laut uolssss....kalau aku lah...terus pengsan agaknya kat situ.
Then kami ke atas semula untuk naik Ocean Park Tower. Permandangan ini diambil dari dalam tower ini. Ia akan bergerak ke atas sambil berpusing. So kami boleh merakamkan gambar Ocean Park ini dari setiap sudut. Menarik kan???
sebahagian sudut Pulau Hong Kong
kami dah kelaparan masa ni. Dah terbayang nasi lemak pagi tadi. Di sini takda masalah nak cari kerusi meja...memang bersepah2 ada di mana2. Masa ni dah nak tengahari...so kami nampak makin ramai pelancong sampai....yang paling ramai ialah pelancong China mainland. Pakaian cantik stylo tapi perangai hampeh.
lepas makan ...kami gerak ke Arctic Blast.....tak masuk pun...
singgah beli sikit souvenir Ocean Park. Aku tak banyak membeli di sini sebab....tak menarik pada pandangan aku. Masa ni masing2 pun dah penat. Jomlah kita ke bawah pulak. Kali ni kami taknak turun dengan Cable Car....
kami nak naik train ocean express pulak. Ni pintu masuk ke ocean express. Masa ni aku duk berebut dengan pelancong China mainland. Udah lah tak nak beratur....boleh plak dia main tolak ajer masa train nak sampai. Ishhh.....sorrylah. Aku halang dorang sebelum aku masuk hehehehe.
Kami turun bawah ke area Aqua City untuk masuk ke dalam Grand Aquarium. Memang besar tempat ni. Giler panjang beratur. Masa ni kaki aku dah start sakit aduhai. Lama plak nak tunggu beratur. Sebelum masuk kena ambil gambar dulu ikut group...ingatkan apa...rupanya depa jual pic tu kalau berminat. Aduhai....patutlah lama beratur nak masuk. Kalau takda group foto ni...sure tak beratur panjang punya. Ishhhh menyusahkan orang ajer. Masa pekerja ni nak arrange kami satu group beratur....boleh plak pelancong China di belakang kami duk sibuk mendengar penerangan pekerja ni. Sekali kena tegur baru depa beredar...aduhai kepoci betul.
okay tepat jam 4.00 petang kami dah beredar dari Ocean Park ini. Naik bas dan ikut perjalanan yang sama masa datang pagi tadi.
Lepas ni ke mana kah destinasi kami? Ada peristiwa pahit En Bos dan CB bertekak dengan seorang pekerja ini. Masa ni lah keluar segala maki hamun dari mulut kami. Kenapakah? Di manakah? Tungguuuuuuuuuu.......
p/s - setelah setahun wedding kami....rezeki pindah ke tempat tinggal baru.
Assalam kak leez,
ReplyDeleteiols yang teringin nengok lauk aka tapau tu he3
takuitnya neengok roller coater tu :)
ok dah baca post ni rasa excited gilerr.. 😅 x sempat tgk panda eh kak.. hihi.. nampak mainstream betol game nya tepi laut.. (*_*)
ReplyDeleteKak leez cepat sambung cite Okeh! Setia menanti ni
ReplyDelete-lina
Kak leez cepat sambung cite,x SABO nak baca..kih3
ReplyDeleteSaya silend reader blog akak. Hi kak. saya Bie. huhu. Dari blog akak saya terus book tiket ke Korea (spring season). blog akak memang best. Thumbs up!
ReplyDeletenurzakiah,
ReplyDeletealhamdulillah seronok
ary+sha,
ReplyDeletehahah lauk cincai ajer tu.
roller coster sana mmg gempak...kita yg takut
ReplyDeletesato -
mmg extream game kat sana.
tak sempat tgk panda....kelam kabut nak balik cepat...rugi plak rasanya
ReplyDeletelina zaini,
maaf baru sempat nak reply.....dah habispun buat entry hk...fuhh lega.
thanks yea....sudi menunggu hingga ke akhir entry
Anony,
ReplyDeletethanks yea baca blog i ni..
singgah dan singgah lagi yea
Assalam kak leez,
ReplyDeletegame2 dia macam genting jugak kan3
iols pun geng akak tau3
penakut pahit he3
sorry laaaaaaaaaaa nak naek segala mende yg boleh mintak2 nyawa tu he3
ReplyDeleteAry,
Lebih kurang mcm genting tapi yg ni lebih besar dan luas. Penat berjalan turun naik bukit. Mmg happening lah.
akak..agaknya tempat Ni sesuai ke utk bdk umur 3 thn.kalau OK nak masuk..kalau xsesuai mcm xberbaloi
ReplyDelete