Salam semua.
Lama rasanya tak update blog. Aku bercuti lama sebab busy buat cookies tempahan dari customer untuk wedding. Alhamdulillah rezeki. So bila dah cuti tu...busy kat dapur lah jawabnya. Satu lagi kat rumah memang aku susah nak update blog...especiallya time cuti ni. Kalau kat ofis aku tak kuar lunch...itulah masanya aku update blog or after work.
Ok kali ni nak citer pasal aktiviti kami berdua ketika raya haji yang lepas. Ikutkan plan memang kami tak balik kampung sebab turn beraya di KL kali ni. Aku pun memang tak apply cuti. Entah camana En Bos (suami) kata dia nak balik jugak walaupun hanya 2 hari iaitu selepas beraya di KL. Hmmm....oklah isteri beralah kita balik awal. Tapi next year 2-2 raya memang turn KL yea hehehe. Maka pada hari Sabtu iaitu sehari sebelum raya kami bertolak balik ke Besut. Pagi tu En Bos masih bekerja dan petang pukul 3.30 barulah kami bergerak. Sebaik sampai Tol Gombak....oh My God jemmmmmmmm. Tak pernah kami balik kg jem macam ni teruk. Bukan takat jem malah hujan lebat lagi. Start dari KL hujan tak henti sampailah di Chenoh baru berhenti hujan. Sian En Bos memandu sepanjang jalan dalam keadaan hujan yg lebat itu.
Bermula Tol Gombak dah jem sebab banyak accident di Karak Highway. Sebaik masuk LPT Highway barulah smooth tapi still bawa perlahan sebab masih hujan. Bukan takat hujan renyai tapi hujan lebat uolss. Memang aku tak leh lelap mata...menemankan En Bos memandu. Dia kata nak kunyah makanan...aku bagi. Dia kata nak minum...aku bagi. Dia kata lenguh badan...aku urutkan. Dia kata rasa mengantuk sikit...aku temankan dia berborak. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan mengambil masa 9 jam untuk sampai ke Besut. Kami memang tak suka lalu Gua Musang....kami lebih selesa lalu LPT Highway dan terus ke Jabor. Family mertua menunggu kami di kampung. Lebih kurang jam 12.30 malam juga kami sampai. Alhamdulillah.
bekalan utk bawa balik kg. Aku baking choc cake dan rainbow butter cake
Ni di Karak Highway. Jem teruk sangat....lenguh duk lama dalam kereta. First time experience.
Esok pagi...kami solat sunat AidilAdha di masjid yang terletak di depan rumah family mertua. Semua family balik dan ada di kampung. Wah En Bos mcm YB berbaju melayu emerald green...hehehe.
Juadah kami di pagi raya ialah nasi dagang air tangan ibu mertua yang paling sedap di dunia. Kalau jual di KL ni mesti meletop jualan. Sungguh aku cakap yang jujur. Aktiviti kami di hari raya pertama ialah menziarahi nenek En Bos di Pasir Putih dan memenuhi jemputan makan daging korban. Ya Allah sedapnya daging masak singgang. First time aku rasa. Boleh dikatakan semua rumah masak daging singgang dan bukan masak daging sop. Sedap uolsss....pulak tu dimakan dengan sambal belacan. Fuhhh terliur ahkak tau.
Hari raya kedua kami berkumpul di rumah nenek En Bos yg di Besut. Ada acara memotong daging korban. Semua sedara mara datang gotong royong sama2 masak daging korban. Meriah uols. Aku perasan kat sini raya korban lebih meriah banding raya puasa. Ada sedara mara En Bos yang aku tak pernah nampak masa raya puasa....tapi raya haji baru aku nampak. Memang wajib berkumpul time raya korban di sini.
Tengok tu ada orang jadi mandur. Aikkk tengok ajer ke? Mana pisau sembelih hehehe.
Pastu aku ternampak ada pokok dokong berbuah lebat di depan rumah nenek En Bos. Apalagi si isteri terkinja2 suruh suaminya petik buah tu nak makan. Half way En Bos panjat pokok Dokong...lepas tu dia turun semula hehehe. Sebabnya...banyak kerengga. Makanya sepupu dia yang naik panjat petik dokong. Satu baldi dokong sudah dipetik. Aku ambil setengah baldi untuk bawa balik KL hehehe. Org KL jakun tengok pokok dokong.
Petangnya kami memetik pokok rambutan pulak. Bapa mertua awal lagi dah bgtau aku...jangan lupa bawa balik buah rambutan kat belakang rumah ada dua pokok. Hah???? terkejut aku. Sebab musim rambutan dah habis. Camana ada lagi plak? Rupanya 2 buah pokok ni lambat berbuah dan tidak ikut musim rambutan masa raya puasa hari tu. ALhamdulillah memang rezeki kami. Kali ni En Bos panjat sampai ke atas sambil menjolok dengan galah. Aku plak tukang kutip buah di bawah. Seronok sebab banyak kalori dibakar hehehehe. Dapatlah sebakul rambutan untuk dibawa balik KL. Rambutan anak sekolah orang sana kata.
Hari raya ketiga kami dah bertolak balik KL. Kami singgah kejap di Uitm Dungun untuk menghantar adik ipar. Lepas tu kami berdua berselfie di Pantai Kemasik Kemanan. Cuaca memang tak cantik dan laut pun bergelora.
Nampak tak laut colour tak cantik. Angin kuat masa ni. kalau cuaca terang memang laut akan berwarna turqois.
Perut pun dah lapar. Jom kita cari ikan celup tepung. Tetiba azim msg dia ada kat area Kemaman...masa ni dia on the way nak ke KL. Nasib baik sempat cal dia balik. Kami makan di Pantai Mak Nik. Sambil makan kami berborak. Dah lama tak jumpa dia. Macam2 topik dibincangkan. Ada yg panas dan ada yg sejuk hehehe. Blog Azim lah yg menjadi penghubung jodoh kami berdua. Terima kasih blog azim dan empunya blog juga.
Kami sampai KL malam jugak. Alhamdulillah semuanya selamat. Belakang bonet kereta penuh dengan buah2an seperti rambutan, dokong, pisang, petai dan keropok. Seronok balik kampung ni.
sajer nak share pisang goreng cheese. Sendiri buat lah. Menjilat jari uolsss. Popular di FB
satu lagi yg menjadi viral di FB jugak. Mangga asamboi. Laki bini makan terasa sedap...ada rasa manis masin dan pedas. Wallahhhh.
p/s - lagi 2 minggu nak terbang...ke manakah? Dekat ajer
nak terbang mana tu ? nak ikut huwaaaa.. syoknye braya kat kg. CT raya kat rumah aje korban semua tak buat tahun ni. time musim buah dokong duku langsat memang meriah kat pantai timur kan..
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleteseronoknya raya di Pantai Timur ye Leez...cuma bila jem tu lah yang tak tahan kan..
ReplyDeletesakan tu berselpi di Kemasik.. akak suka sangat area tu.. gambo memang cantik jadinya masa akak ke sana tu..
weiii.. sib baik akak pegnen tau.. jeruk tuuu..sedapnyaaa.
meriah nya raya di sana...
ReplyDeleteberkenalan melalui blog ka...
ReplyDeleteCT Humairah...
Thanks CT.
Memang syok beraya di kg...maklumlah saya org bandar yg jakun.
Yes...kat pantai timur mmg menjadi pokok dokong....teruja sgt hehehe.
ReplyDeleteNurzakiah...
Sedap dimakan sebaik dipetik....
ReplyDeleteKak Azian..
Yea kak...jem nya memang tak tahan time raya...pasrah ajerlah.
Pantai kemasik tu mmg cantik..tapi masa saya gi lautnya tak cantik hehe.
Terliur kan tgk mangga asam boi tu.
ReplyDeletezarulfarhana..
Bukan kenal melalui blog saya tetapi blog kawan saya....cinta pandang pertama katanya...heheh