September 26, 2014

Day 7 : UK Honeymoon Trip - Market Harborough & Leicester


Salam semua.
Dah hari ke 7 kami di bumi England. Alhamdulillah tiada apa yang tidak diingini berlaku sepanjang kami berada di sini. Hari ini kami plan nak jalan-jalan countryside pulak. Ke manakah? Kami plan nak tengok lembu gomok dan kambing biri-biri. Kawan kami kata nak bawa kami jalan-jalan rumah kawan dia di Leicester sambil tengok countryside sepanjang perjalanan ke sana.

Lebih kurang pukul 10 pagi kami bertolak ke Leicester. Sebelum sampai ke sana....kami singgah di pekan Market Harborough sebentar. Kalau uolss pernah ikuti catatan trip aku ke London dulu mesti ingat aku ada singgah ke sini. Aku ada mention kat sini kebanyakan penduduknya ialah orang-orang tua. Cute ajer nampak mereka berpasang-pasangan jalan berdua lepak tepi kedai...tepi bus stop...tepi taman. Kali ni kami nak singgah lagi. Aku suka datang sini sebab charity shop di sini best. Barang2 yg dijual memang best. Dari satu kedai ke satu kedai kami bergerak. Lebih kurang sejam di sini....then kami sambung lagi perjalanan ke Leicester. 


sejuknya pagi ni

tu dia....dah nampak kambing biri2...

inilah dia pekan Market Harborough

tempat ni memang cool dan tidak sesibuk di kota London......umpamanya mcm kawasan kampung lah.

musim bunga di sini....

ketika aku berjalan di sini tetiba aku disapa oleh pakcik ni. Dia seperti membuat kerja-kerja amal. Aku dengarkan ajer apa yg dia cakap. Then...dia tanya aku datang dari mana? Bila aku kata Malaysia...dia macam terkejut. Dia sempat tanya pasal MH370 kat aku. Dah tentu aku pun tau pasal kejadian tu di FB dan tidak tahu apa2 sebab berada di sini semasa ia berlaku. Baru berlaku semalam.....sekarang satu dunia dah tahu pasal Malaysia. 

permandangan countryside sepanjang perjalanan ke Leicester. Kalau musim sejuk....penuh salji di sini...putih permandangan.

ni ialah permandangan ladang biri-biri.



wahhh...dah nampak biri-biri di sini. Tapi tetap tak boleh lawan biri-biri NZ yg sangat gomok dan ladangnya yang sangat terbentang luas.

kami dah sampai Leicester....rumah kawan kepada kawan kami. Orang Malaysia juga. Dia dah tinggal di sini selama 40 tahun huhuhu....now dah pun ada rumah sebiji dan sebuah mercedez. 

Bestnya tengok kawasan perumahan di sini.....terletak di kawasan countryside. Cantik sangat dan suasananya sangat cool.

berangan nak duduk kawasan rumah macam ni...entah bila lah.

garden kat belakang rumah. 



kami makan tengahari di sini...alhamdulillah kenyang. Terima kasih tuan rumah. Bersih sangat rumah dia....

sambil lepak dan berborak....kami lihat latest news di tv sana....Malaysia Missing Plane

Jom kita pergi ke bandar Leicester. Suka pulak aku kat bandar ni...sebabnya ramai masyarakat Muslim dan banyak kedai makan Halal. Kami laki bini sempat lagi makan burger halal di sini. Sorry pic takda...hehehe lupa.



bandar Leicester agak sesak juga...ramai penduduk. Kat sini juga ada beberapa buah universiti terkenal.

Tak habis-habis shopping laki bini ni. Best lah Primark di sini...besar dan banyak choice pakaian. Boleh tahan juga aku membeli di sini.

Berjalan sana sini mencari kedai kasut Converse yang dikirim oleh adik ipar aku. Tak jumpa yg dia nak...pulak tu harga sangat mahal. Ok jom kita balik....dah nak maghrib tu.

Malam tu kami kepenatan sebab seharian di luar tadi. So kami mengemas bag apa yang patut. Pening tengok bilik kami yang penuh dengan barangan shopping. Bila dah paking sikit2 boleh letak kat bilik sebelah. Esok flight kami jam 10 malam. Last entry ialah hari ke 8 kami di UK. Tunggu esok yeaaa.

p/s - tak sabar nak jalan-jalan lapangkan otak di oversea.


4 comments:

  1. Untung kalau Ada mmbr kt Sana. Senang Ada org bwk jln2

    ReplyDelete
  2. JM pun dh lama x terobang nih..rasa otak dah beku hahaha...

    Leezz,,sedondon. sweater merah ;-)

    ReplyDelete
  3. zarulfarhana....

    yeas...syukur ada teman yg boleh bawa jalan.

    ReplyDelete
  4. Jarimanis...


    heheh...tunggu JM plak sedondon.

    ReplyDelete