September 23, 2014

Day 5 : UK Honeymoon Trip - Manchester United Football Club & Cheshire Oaks Designer Outlets



Salam semua.
Jom kita sambung lagi perjalananku di Manchester pulak. Di hari ke 5...awal pagi kami dah bangun. Siap masak untuk breakfast dan makan kenyang-kenyang alas perut sebelum memulakan perjalanan. Sebaik kami bangun pagi....kami dikejutkan dengan berita kehilangan flight MH370. Itupun aku baca di FB. Berderau jantung sekejap.....biar betul. Apa yang tak kena dengan negara kita ni? Sekarang duk pikir camana nak balik nanti....sure hati berdebar. 

Sebenarnya aku dah pun menjejakkan kaki ke Manchester sebelum ni dan sudah pun masuk stadium Kelab MU. Tapi kali ni husband kata dia nak pergi jugak ke Old Trafford Stadium...maklumlah MU Fan katanya. So terpaksalah aku repeat lagi ke sana...wlaupun sebenarnya tak nak pergi hehehe. Suami punya pasal.....ikutkan ajerlah. 

Perjalanan dari Northampton ke Manchester mengambil masa 2 jam lebih. So kami bertolak lebih kurang jam 8 pagi sebab kami dah booking stadium tour tickets melalui online jam 11.00 pagi lebih kurang. Cuaca sangat sejuk pagi tu....lebih kurang 2C macam tu. Kami sempat berhenti di RnR sekejap untuk minum coffee and pergi ke toilet. Pantang nampak Mark & Spencer mesti aku nak borong biskut hehehe. 


berhenti di RnR...entah tak tau kat area mana. Cuaca sejuk sangat di luar.

aku suka sangat dengan RnR kat sana.....toilet bersih...mcm2 jenis kedai ada.

Manchester...here we come. 

Alhamdulillah dah sampai. Tengoklah husband aku.....sukanya dia. Itu belum lagi pic dia melompat yg sempat aku snap...tapi malas nak letak sini hehehe.


Bagaikan pahlawan menuju ke medan perang...siap angkat tangan tuuuuuuuuuu....


gambar replika lagenda bolasepak MU Club

ahkak pun nak gak berposing uols...walaupun sebelum ni dah puas berposing di sini. I"m coming back....

Dulu datang.....benda ni takda.

tu diaaa...... pencabar Rooney dah mai


belum masuk lagi...muka dah kekwat...hiksss. Uols jangan terkejut tengok gambar2 di bawah ni nanti...sebab gambar orang lain lebih banyak daripada gambar tuan blog ini. Tuan blog telah dilantik menjadi tukang amik gambar....baiklah encik


inilah dia kebanggaan Kelab Manchester United yang begitu gah. Amat ketara keluasan luar stadium ini berbanding kelab yg lain yg pernah kami jejak sebelum ni.

gitiewwwlahhh...layankan ajer.

kami beli online ticket masuk stadium tour...sebabnya hari Sabtu...ramai orang. Kalau tak... sia2 ajer kami datang dari jauh kalau dah penuh.

bersama koleksi piala yg pernah dimenangi oleh MU sebelum ini

nampak real tak??? Bukan gambar betul tu...kat layar ajer. 

bersama koleksi2 jersey MU sebelum2 ini....

wahhh dah nampak. Giler cantikkk dan sangat canggih. Masa ni sedang dalam pembaikan  padang rumput....pancaran sinaran.

agak mengganggu jer bila nampak ada benda lain atas padang. Dulu masa aku pergi...okay ajer...takda gangguan pun.

Here I am.....Old Trafford Stadium, Manchester

kami dibawa ke ruang bawah stadium.....tempat penonton membeli snacks.

nampak tak belah kanan tu....kiosk jualan snaks. Bersih gilerkan tempat ni. Kalau nak baring pun boleh uolssss.

again....bergambar di tempat yang sama mcm dulu

laluan penonton untuk masuk ke tempat duduk. Kebersihan di sini sangat dititik beratkan. Pelik yea...kenapalah stadium di negara kita tak bersih mcm ni.

tempat untuk sessi press conference....sebalik habis game akan diadakan soal jawab bersama media di sini.


tu dia... dah tersenyum lebar dia nampak ruang dalam stadium ini. Dalam hatinya berkata...ko ada ke???





lepas ni angan2 suamiku ialah...nak tengok match MU di sini. Hmmm....lain tahun lah yea cik abe.

our tour guide memberi kan penjelasan tentang stadium ini kepada kami tourist. Tau tak....tourist lain kusyuk jer mendengar tapi kami berdua sibuk mengambil gambar sana sini hehehe. 



Proud of you MU Club

masuk bilik persalinan player. Tengok tu siap landing mcm tak nak bangun jer suami ku tu.....

mak dah pegang jersey Rafael....korang ader ke..hehehe? Itu ialah baju sebenar player u know.



kenangan bersama jersey Rooney...walaupun tak jumpa orangnya.

then kami dibawa ke tempat ini? Tempat ini ialah di mana player akan berkumpul sebelum memasuki padang. Masa ni tour guide tu memanggil kami yang wanita sahaja ke depan dan diikuti dengan kaum lelaki. So....aku dah ke depan bersama 2 orang lagi tourist wanita. Husband kat belakang. Masa ni dia memasang lagu semangat MU ...maka lagu bergema dengan begitu semangat sekali. Hishhh kalaulah ini yg betul2...mau menangis aku kat situ. Sebab rasa feel tu lain sangat....berdebar2 pulak. So kami semua berlari2 anak menuju ke padang dengan iringi lagu dan sorakan penonton. Masa ni aku tau...husband aku dah berangan tak sudah.

nampak tak? Ada Rooney...ada Kagawa...ada Rafael sedang menuju ke padang...hehehee.

padang rumput Old Trafford Stadium

tangan sapa lah tu ....siap ada inai gitiewwww

jom kita posing lagi sebelum balik




laki bini di Old Trafford Stadium, Manchester



bukti!!

Tiba2 husband aku dipanggil oleh seseorang masa kami nak balik tu. Eh....tetiba jer ni. Mana pulak dorang tahu nama husband aku ni. Risau pun ada. Yelah kami ni berada di tempat orang. Adakah dia telah melakukan apa2 kesalahan di dalam stadium ini. Aku panik dah masa ni. Oooooooooooooo.....rupa2nya ada berita gembira untuk husband aku. Nak tau apa berita nya??? Berita yang sangat dia nanti2kan dan tidak disangka2 ia berlaku di Stadium Old Trafford yang melahirkan bintang2 bolesepak ternama dunia. 


>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
Bahawasanya husband aku telah terpilih menjadi pemain bolasepak Manchester United yang baru. Cuba lihat gambar di bawah. Bekas Pengurus Manchester United iaitu Sir Alex Ferguson telah menyampaikan perlantikan itu pada husband aku.


tak percaya ke??


ini bukti dia telah mendapat jersey MU yang terbaru .......tahniah suamiku.

sebaik dia keluar dari stadium...dia telah diserbu oleh peminat MU yang ingin mengambil gambar bersama dengan dia. Kelassss...belum main di padang dah ada peminat. Bukan takat orang tua...orang muda pun minat kat dia uolssss. Habislah ahkak.....suami dah glamer lepas ni. Adoiiii...pening!!!


 tambah lagi peminat tuuuuuuuuuuu.....hahaha kelassss 

tengok tu....dia macam tak sabar nak berjumpa dengan teman2 seperjuangan dia ...hahaha

Bukan itu saja...dia juga telah di beri penghormatan duduk di atas kerusi itu. Korang ingat senang ke nak duduk kat situ. Hanya player jer boleh duduk di kerusi itu. Sedangkan aku sendiri pun tak dibenarkan duduk situ.

Lepas tu....kami ke tempat jualan merchandise....lebih mahal daripada beli online

harga jersey pun lebih mahal

Then kami lalu jer di bandar Manchester....tak berhenti pun. Sebabnya kami nak pergi shopping di satu tempat ni. Jaraknya lebih kurang 45 minit dari Manchester.

Tadaaaaa.....kami nak shopping di Cheshire Oaks Designer Outlet. Kebanyakan brand yang dijual di sini ialah brand yang mampu milik. Kalau di Bicester Village pulak....banyak brand yang aku tak mampu milik hehehe.

ada 3 outlet yang aku rasakan wajib pergi....iaitu Next, Clarks and Mark & Spencer. Yang lain tu....aku singgah gak.



orang punya ramai...sebabnya hari ini ialah hari Sabtu

nampak ada rakyat Malaysia juga shopping di sini.

aku beli 2 pasang kasut di sini......ikut taste aku ler. 2 pasang hanya RM160 sahaja. Walaupun outdated kasut Clarks di sini...but i don't mind. Banyak size aku dah habis...uhukkkk.

my husband membeli jugak di sini....Mark & Spencer



aku memang suka membeli di outlet Next.....barang dia kualiti dengan harga yg berpatutan. Aku banyak beli baju2 anak buah di sini.

Okay...kami dah penat bershopping dan duit pun banyak dah habis. Then kami singgah makan di McD di sini. Lebih kurang jam 6.00 petang kami balik ke Northampton. Esok pulak kami ada urusan di Nursing Home di sana. Untuk apa yea?????


p/s - i miss London....plan mcm next year nak gi lagi.







3 comments:

  1. part shopping2 tu sgt besh...rindu nak shopping2 kat UK.. :'(

    ReplyDelete
  2. huaaaaaa.. nak gi chesire oak village lagi.. rinduuu..

    http://captvitamin.com/2014/09/captvitamin-jelajah-eropah-netherland-day-2-keukenhof-2014.html

    ReplyDelete
  3. Leez ....lawak la en somi leez tu. Pandai posing lg n over acting dr leez. hehehe....teruja sgt la tu dpt pi stadium lg.

    ReplyDelete