September 29, 2014

Day 8 : UK Honeymoon Trip - Heathrow Airport and Back to KL



Salam semua.
Hari terakhir kami di sini. Sedihnya nak meninggalkan bumi UK ni. Rasa macam tak nak balik jer. Tapi memikirkan esoknya suami dah start kerja...huhuhu....cukuplah tu. Ikutkan hati nak jalan2 lagi. Takpalah yea...kita datang lagi next time kalau ada rezeki. Flight kami malam.....so petang jam 3 kami dah bergerak ke Heathrow Airport di Terminal 4.

Beg kami bertambah lagi. Tapi disebabkan kami naik MAS Flight...so kami tak pikir sangat pasal berat beg. Untuk 2 orang kami dapat 60 kg. Memang seronoklah...lebih dari cukup. Tak macam dulu...aku balik sorang pastu dapat 30 kg sahaja.....terpaksalah bayar excess baggage. Letih betul.


 babai Northampton....

 ikutkan niat hati my husband dia nak sangat merasa snow di UK ni. Memang takda rezeki dia. Musim sejuk tahun tu memang setitik snow pun tak turun...apatah lagi musim bunga. Kami plan nak jalan2 ke utara skit nak merasa snow....tapi hampeh mengikut weather forecasting. Lain tahun lah kita gi Kashmir kay cik abe....mainlah snow puas2.

 sejuknya masa ni. Dah pun sampai di Heathrow Airport terminal 4. Thanks to my friend and family for the great hospitality.

 Beg kami laki bini selama 8 hari di UK.



 pertama kali balik KL melalui Heathrow Airport

 kami sampai awal di sini. Husband sempat lagi lelapkan mata di sini hehe...penat katanya.

 Aku bawa bekal roti dan buah. Sempatlah kami isi perut di sini sambil menunggu masa untuk masuk ke dalam flight. 

 flight kami tak delay. Kami dihidangkan dgn nasi...aku pilih chicken. Kali ni tempat duduk kami luas dan hanya kami berdua tanpa orang lain disebelah. Memang nyenyak tidur lepas tu. Happy sangat leh lentuk atas bahu husband...hehe.

 makanan utk kali kedua....kami makan noodles...sedap sangat. Pastu sambung tidur lagi.....memang makan tidur ajer kami kalau dalam flight

 sambil tu sempat tengok movie sambil makan tadi.

alhamdulillah dah sampai KLIA. Syukur sangat. Sampai KL pukul 6.30 petang. Esok husband dah start kerja tapi aku masih sambung cuti lagi. 

Demikianlah percutian honeymoon kami di UK. Happy sangat dan akhirnya kami berjaya makan angin berdua laki bini yang sah. Lepas ni ke manakah kami nak pergi? Tunggu yea...bulan Nov ni ialah second time honeymoon di oversea. Sebulan lebih jer lagi. Tak sabar rasanya. Lebih 7 bulan dah tak kuar Malaysia. Serba tak kena dibuatnya. Asik tengok orang check in airport ajer...ahkak ni tak juga jejak airport.....eeee jelesnyaaaa. Nak buat camna...cik abe terikat dgn tugasan kerja di tempat baru...tak boleh cuti. Ni pun paksa dia amik cuti gak.

p/s - alhamdulillah berjaya pujuk husband gi jalan2 bulan Nov ni...hehehe



September 26, 2014

Day 7 : UK Honeymoon Trip - Market Harborough & Leicester


Salam semua.
Dah hari ke 7 kami di bumi England. Alhamdulillah tiada apa yang tidak diingini berlaku sepanjang kami berada di sini. Hari ini kami plan nak jalan-jalan countryside pulak. Ke manakah? Kami plan nak tengok lembu gomok dan kambing biri-biri. Kawan kami kata nak bawa kami jalan-jalan rumah kawan dia di Leicester sambil tengok countryside sepanjang perjalanan ke sana.

Lebih kurang pukul 10 pagi kami bertolak ke Leicester. Sebelum sampai ke sana....kami singgah di pekan Market Harborough sebentar. Kalau uolss pernah ikuti catatan trip aku ke London dulu mesti ingat aku ada singgah ke sini. Aku ada mention kat sini kebanyakan penduduknya ialah orang-orang tua. Cute ajer nampak mereka berpasang-pasangan jalan berdua lepak tepi kedai...tepi bus stop...tepi taman. Kali ni kami nak singgah lagi. Aku suka datang sini sebab charity shop di sini best. Barang2 yg dijual memang best. Dari satu kedai ke satu kedai kami bergerak. Lebih kurang sejam di sini....then kami sambung lagi perjalanan ke Leicester. 


sejuknya pagi ni

tu dia....dah nampak kambing biri2...

inilah dia pekan Market Harborough

tempat ni memang cool dan tidak sesibuk di kota London......umpamanya mcm kawasan kampung lah.

musim bunga di sini....

ketika aku berjalan di sini tetiba aku disapa oleh pakcik ni. Dia seperti membuat kerja-kerja amal. Aku dengarkan ajer apa yg dia cakap. Then...dia tanya aku datang dari mana? Bila aku kata Malaysia...dia macam terkejut. Dia sempat tanya pasal MH370 kat aku. Dah tentu aku pun tau pasal kejadian tu di FB dan tidak tahu apa2 sebab berada di sini semasa ia berlaku. Baru berlaku semalam.....sekarang satu dunia dah tahu pasal Malaysia. 

permandangan countryside sepanjang perjalanan ke Leicester. Kalau musim sejuk....penuh salji di sini...putih permandangan.

ni ialah permandangan ladang biri-biri.



wahhh...dah nampak biri-biri di sini. Tapi tetap tak boleh lawan biri-biri NZ yg sangat gomok dan ladangnya yang sangat terbentang luas.

kami dah sampai Leicester....rumah kawan kepada kawan kami. Orang Malaysia juga. Dia dah tinggal di sini selama 40 tahun huhuhu....now dah pun ada rumah sebiji dan sebuah mercedez. 

Bestnya tengok kawasan perumahan di sini.....terletak di kawasan countryside. Cantik sangat dan suasananya sangat cool.

berangan nak duduk kawasan rumah macam ni...entah bila lah.

garden kat belakang rumah. 



kami makan tengahari di sini...alhamdulillah kenyang. Terima kasih tuan rumah. Bersih sangat rumah dia....

sambil lepak dan berborak....kami lihat latest news di tv sana....Malaysia Missing Plane

Jom kita pergi ke bandar Leicester. Suka pulak aku kat bandar ni...sebabnya ramai masyarakat Muslim dan banyak kedai makan Halal. Kami laki bini sempat lagi makan burger halal di sini. Sorry pic takda...hehehe lupa.



bandar Leicester agak sesak juga...ramai penduduk. Kat sini juga ada beberapa buah universiti terkenal.

Tak habis-habis shopping laki bini ni. Best lah Primark di sini...besar dan banyak choice pakaian. Boleh tahan juga aku membeli di sini.

Berjalan sana sini mencari kedai kasut Converse yang dikirim oleh adik ipar aku. Tak jumpa yg dia nak...pulak tu harga sangat mahal. Ok jom kita balik....dah nak maghrib tu.

Malam tu kami kepenatan sebab seharian di luar tadi. So kami mengemas bag apa yang patut. Pening tengok bilik kami yang penuh dengan barangan shopping. Bila dah paking sikit2 boleh letak kat bilik sebelah. Esok flight kami jam 10 malam. Last entry ialah hari ke 8 kami di UK. Tunggu esok yeaaa.

p/s - tak sabar nak jalan-jalan lapangkan otak di oversea.


September 24, 2014

Day 6 : UK Honeymoon Trip - Northampton



Salam semua.
Hari ke 6 kami berada di Northampton. Hari ni tak nak pergi jauh2 sebab plan nak masak sedap2 skit today. Tetiba aku rindu masakan Malaysia (padahal baru jer 6 hari di negara orang). Husband aku kata dia nak makan nasi lemak air tangan isterinya. Maklumlah sejak kami berkahwin aku belum sempat masak untuk dia. Yelah kan...lepas 3 hari menikah dah terbang ke negara orang hehe.

So pagi tu kami dah bergerak ke bandar Northampton untuk membeli barang mentah untuk memasak. My friend cakap masak ajer lah apa sajer you nak masak. Selain daripada nasi lemak...aku plan nak buat rendang ayam....kononnya. Agak2 aku sempat tak nak masak rendang tu...hehehe.


hari ini cuaca sangat cantik...terang benderang. Spring @ Northampton

sempat singgah kat outlet Boots. Aku borong perfume di sini....tapi tak semua jenis perfume yang murah di sini. It depands on what day gak....so aku hanya beli yg murah2 ajer dan kebetulan ada diskaun.

jom kita beli bahan2 mentah di sini. Kawan aku bawa ke kedai Bangla.

aku pun pilih apa benda yang aku nak masak. Alamak....tak semua bahan2 utk buat rendang ada di sini...so kita cancel masak rendang. Kita masak kari ayam ajer lah kay.

geramnya tengok lamb tu......ikutkan semua benda nak masak hehehe

kawan aku kata pizza ni sedap...halal tau!!


Sebaik sampai di rumah, aku terus bersilat di dapur menyiapkan nasi lemak dan kari ayam. Ibaratkan makan nasi lemak untuk lunch sekali lah ni. Maaf lupa nak snap gambar sebab bila busy jangan harap nak pandang camera. Alhamdulillah husband aku menjilat jari sampai licin menikmati masakan isterinya. Pecah rekod....pertama kali merasa masakan isteri di UK hokay...bukan di KL.

Lebih kurang jam 12 tengahari kami ada urusan sikit. Kebetulan isteri kepada kawan aku tu nak jumpa bos dia. So kami ni terhegeh2 nak ikut. Memandangkan hari ni ialah hari Ahad...so boleh jer kalau nak menyibuk kan. Sajer nak tengok tempat orang. Isteri dia bekerja sebagai nurse di sebuah Nursing Home di area sini. Di Nursing Home ini juga bukan takat menjaga orang tua...tetapi juga ada pesakit mental.

Sebaik kami sampai di tempat itu, kawan kami ni terus masuk ke bilik bosnya dan kami laki bini duk di lobby ajer. Husband aku plak kata dia nak gi toilet jap....tinggallah si bini duduk sorang2 di situ. Tetiba......aku ternampak seorang pemuda masuk ke lobby. Ingatkan dia nak duduk...tetapi bukan!!! Pemuda itu datang ke arah aku seperti nak menerkam ....Oh My God.....matilah aku macam ni. Tak semena-mena dia berhenti seketika dan terus memalingkan kepala ke kiri...ke kanan berulang2 kali. Alamak dia nak buat apa ni???? Kaki aku memang nak lari jer masa tu. Tetiba ada orang bersuara di sebalik kaunter di lobby tu. "Hey....what are you doing?". Pemuda tu jawab. " Hmmmm...." Fuhhhh lega mak oi!!! Orang sakit mental rupanya.....

Terus aku nampak husband aku keluar dari toilet. Alahai lamanya dia di toilet.....sian kat bini kena kacau dengan orang sakit mental. Dia tercengang kenapa mamat mental tu ada depan aku...hehehehe. Aku terus kata kat husband...jomlah kita kuar dari sini. Alaaaa.....buat tak tau ajer....jangan pandang muka dia..kata husband aku. Ya Allah...memang seram giler tengok telatah org sakit mental ni. 

Tak lama kemudian .....ada pulak seorang makcik tua ni (juga pesakit mental) duk peluk2 bos kawan aku ni....dia kata dia sayang kat bos tu. Hehehe...lawak pun ada. Bos ni muda hensem...tapi diminati oleh pesakit mental yg dah tua mcm nenek hehehe. Sempat juga aku berborak dengan bos tu.....dia ada gak offer kami bekerja di situ kalau berminat. Tapi kena ikut procedure2 tertentu kalau nak bekerja di UK. Dia takda masalah nak buatkan permit kerja. Takpalah.....kami selesa bekerja di Malaysia ajer. Kat sana banyak potong tax dan cost of living sangat mahal.


Petang tu kami nak lepak2 di taman. Lupa dah apa nama taman ni

baru habis musim sejuk...pokok togel ajer heheeh

Ramai yang membawa anak2 bermain playground di sini

sepatutnya kami nak buat wedding outdoor photoshoot di sini juga...tapi tak larat nak tukar baju dgn cuaca yg sejuk ini. 



apalagi....kami berdating ajer....sambil berposing laki bini huhuhu



kalau pakai baju wedding lagi nampak cantik dgn permandangan mcm ni

menahan kesejukan....padan muka kami tak bawa jacket hehehe....dalam kereta lahhhh

amboi encik....apa hal tu????

tolong ignore fesyen yg ntah apa2 tu...hehehe. Sebab sepatutnya pakai jacket di luar.



 laki bini bergurau senda dan berposing syok sendiri hehehe

 sian si bini dah kena dera sebegitu rupa...hahaha

alhamdulillah dengan perkahwinan ini...


Waktu tu dah nak maghrib. Marilah kita beredar dari sini. Esok ada satu hari lagi untuk kami berjalan2 di bumi Kingdom ini sebelum balik ke Malaysia. Ke manakah kami? Tunggu esok aku update.

p/s - alhamdulillah.....