April 28, 2014

My Wedding - Majlis Resepsi Part 3


Salam semua.
Pada majlis persandingan ini kami menerima satu kejutan yang tidak disangka-sangka. Selesai sesi menepung tawar dan santapan meja beradap kami naik semula ke atas pelamin untuk sesi  bergambar dengan tetamu yang hadir. Bertali arus tetamu naik ke pentas untuk bergambar dengan kami. Kemudian acara memotong kek persandingan 3 tingkat pulak. Habis sahaja memotong kek....tiba-tiba emcee pada majlis ini membuat pengumuman bahawa ada satu kejutan untuk pasangan mempelai. Aku masa tu cuak jugak. Yelah apa bendalah kejutan tu...jangan depa suruh kami berdansa atas pelamin sudah!!!...pengsan kekerasan ahkak dik oi!!!.

Tiba-tiba.......kami ternampak kek di bawa ke arah kami dari pintu depan dewan. Kek yang sangat cantik berbentuk Eiffel Tower uolsss!!! Aduhhhhh.......sapa plak yg buat kejutan ini. Suka sangat masa ni. Cantik giler kek ni uolss. Sekali lagi kami memotong kek yang disaksikan oleh ribuan tetamu pada masa itu. Setahu aku ketika itu sudah pun jam 3 petang. Bukan takat itu ajer....kami juga dikejutkan dengan kehadiran wartawan TV3 untuk merakamkan detik bersejaran kejutan untuk pengantin. Ya Allah nevesssssss!!!!! Siap mempelai disuruh beri ucapan sikit apakah perasaan kami bila dikejutkan dengan kek Eiffel Tower ini. Giler tak terkejut....

Lepas sesi dengan TV3.....masih ramai tetamu yang hadir nak bergambar dengan pengantin. Ada yang menunggu lama untuk bergambar dengan kami berdua. Sorry yea...sebab kena take turn untuk naik ke pelamin bergambar dengan kami. Perasaan aku ketika itu??? Happy sangat2 sebab aku dapat melihat ramai sungguh jemputan yang datang untuk memeriahkan majlis kami.


my hubby dengan ibu tersayang

ibu mertuaku.....terima kasih ma...menerima liz sebagai satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga. Sebak pulak masa ni....

mamaku tersayang dengan my brother merangkap wali ku ketika menikah

mamaku dan satu-satunya menantu lelaki dalam keluarga kami

mamaku tersayang. Aku sebak ketika ini sebab arwah papa tiada ketika kami sama-sama meraikan my big day....









para penari dari Senitra Vision mendendangkan 3 jenis tarian

majlis santapan beradap



pengantin hanya sempat suap 2-3 sudu nasi...sebab sibuk melayan tetamu untuk bergambar dan bersalam ketika ini

aksi manja suap-menyuap....ahaksss

sesi memotong kek









ketika diumumkan ada kejutan untuk mempelai....Kek Menara Eiffel. Kek ini ditaja oleh Cake Bros......mereka berdua ni owner Cake Bros. Thanks bro for the lovely cake.....awesome!!!!!





 cium kek gitiewww

 Eiffel Tower Cake the best!!!!







sesi ucapan dari mempelai kepada para tetamu

 dah mcm menyanyi plak aku ni yea....hehehe. Yang paling manis ketika ini ialah ucapan "I Love You" oleh my hubby kepada aku dan disaksikan oleh tetamu yang hadir. Para hadiran siap jerit wuhhhhhhhhhhhhhh.........hehehehe....malu ahkak tau!!!!

semasa kami diinterview oleh TV3. Rakaman detik ini telah pun masuk dalam slot Majalah 3 oleh TV3 pada 17 Mac yang lepas.....next entry aku masukkan detik2 manis ini di sini.

bersama taukeh Cake Bros.....mereka berdua yg membuat cake Eiffel Tower itu dan cara2 membuat kek tu juga masuk dalam slot majalah 3.


Banyak plak gambar2 dalam entry kali ini. Next entry.....pic kami bersama family dan teman2.


p/s - Alhamdulillah rezeki kami berdua.....






8 comments:

  1. warna baju cantik la..jarang tgk pengantin pilih warna gitu. Pengantinpun cantik berseri2..makeup pun perfect!!! semuanya bagus2..bertuahnya :)

    ReplyDelete
  2. Best baca psl kawen2 ni....kita lah yg blm sampai jodoh lg...huhu

    Tahniah....semoga kekal bahagia selama2 nya...

    Errrr....Selamat berkenalan....

    ReplyDelete
  3. Rezeki pengantin baru tu leez...Semoga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah..

    ReplyDelete
  4. Dear Leezzzz bestnya Jm yg tgk pic ni je dh boleh rasa keseronokan dan kemeriahan ituwww. Alhamdulillah amin selesai sudah. Jm hanya mampu berdoa semoga rumah tangga leez kekal bahagia aminn. Woow menantu perempuan dan satu2 nya menantu lelaki dlm family. Bila nk kongsi detik pertemuan dan percintaan tu sbb bagai pinang d belah dua cantik dan hencem

    ReplyDelete
  5. Cantiknya kak leez, baju pun cantik sangat dengan warna lembut mcm tu. Tahniah!

    ReplyDelete
  6. Cantik sgt akak n husband pakai baju pengantin warna tu... suweetttt~!!!

    ReplyDelete
  7. Salam Kak, saya nk wish selamat pengantin baru..harap tak terlambat sgt hehehe...

    Semoga murah rezeki, semoga terus travel :D

    cantik baju n pelamin!

    ReplyDelete
  8. cantik warna baju pengantin, make up cantik, kiranya semuanya nampak cantik..tahniah yer

    ReplyDelete