Salam semua.
Pada majlis persandingan ini kami menerima satu kejutan yang tidak disangka-sangka. Selesai sesi menepung tawar dan santapan meja beradap kami naik semula ke atas pelamin untuk sesi bergambar dengan tetamu yang hadir. Bertali arus tetamu naik ke pentas untuk bergambar dengan kami. Kemudian acara memotong kek persandingan 3 tingkat pulak. Habis sahaja memotong kek....tiba-tiba emcee pada majlis ini membuat pengumuman bahawa ada satu kejutan untuk pasangan mempelai. Aku masa tu cuak jugak. Yelah apa bendalah kejutan tu...jangan depa suruh kami berdansa atas pelamin sudah!!!...pengsan kekerasan ahkak dik oi!!!.
Tiba-tiba.......kami ternampak kek di bawa ke arah kami dari pintu depan dewan. Kek yang sangat cantik berbentuk Eiffel Tower uolsss!!! Aduhhhhh.......sapa plak yg buat kejutan ini. Suka sangat masa ni. Cantik giler kek ni uolss. Sekali lagi kami memotong kek yang disaksikan oleh ribuan tetamu pada masa itu. Setahu aku ketika itu sudah pun jam 3 petang. Bukan takat itu ajer....kami juga dikejutkan dengan kehadiran wartawan TV3 untuk merakamkan detik bersejaran kejutan untuk pengantin. Ya Allah nevesssssss!!!!! Siap mempelai disuruh beri ucapan sikit apakah perasaan kami bila dikejutkan dengan kek Eiffel Tower ini. Giler tak terkejut....
Lepas sesi dengan TV3.....masih ramai tetamu yang hadir nak bergambar dengan pengantin. Ada yang menunggu lama untuk bergambar dengan kami berdua. Sorry yea...sebab kena take turn untuk naik ke pelamin bergambar dengan kami. Perasaan aku ketika itu??? Happy sangat2 sebab aku dapat melihat ramai sungguh jemputan yang datang untuk memeriahkan majlis kami.
my hubby dengan ibu tersayang
ibu mertuaku.....terima kasih ma...menerima liz sebagai satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga. Sebak pulak masa ni....
mamaku tersayang dengan my brother merangkap wali ku ketika menikah
mamaku dan satu-satunya menantu lelaki dalam keluarga kami
mamaku tersayang. Aku sebak ketika ini sebab arwah papa tiada ketika kami sama-sama meraikan my big day....
para penari dari Senitra Vision mendendangkan 3 jenis tarian
majlis santapan beradap
pengantin hanya sempat suap 2-3 sudu nasi...sebab sibuk melayan tetamu untuk bergambar dan bersalam ketika ini
aksi manja suap-menyuap....ahaksss
sesi memotong kek
ketika diumumkan ada kejutan untuk mempelai....Kek Menara Eiffel. Kek ini ditaja oleh Cake Bros......mereka berdua ni owner Cake Bros. Thanks bro for the lovely cake.....awesome!!!!!
cium kek gitiewww
Eiffel Tower Cake the best!!!!
sesi ucapan dari mempelai kepada para tetamu
dah mcm menyanyi plak aku ni yea....hehehe. Yang paling manis ketika ini ialah ucapan "I Love You" oleh my hubby kepada aku dan disaksikan oleh tetamu yang hadir. Para hadiran siap jerit wuhhhhhhhhhhhhhh.........hehehehe....malu ahkak tau!!!!
semasa kami diinterview oleh TV3. Rakaman detik ini telah pun masuk dalam slot Majalah 3 oleh TV3 pada 17 Mac yang lepas.....next entry aku masukkan detik2 manis ini di sini.
bersama taukeh Cake Bros.....mereka berdua yg membuat cake Eiffel Tower itu dan cara2 membuat kek tu juga masuk dalam slot majalah 3.
Banyak plak gambar2 dalam entry kali ini. Next entry.....pic kami bersama family dan teman2.
p/s - Alhamdulillah rezeki kami berdua.....