Salam pembaca semua.
Bersambung lagi di hari ke 6 pengembaraan ku di bumi Kiwi. Hari semalam kami sampai hotel di Queenstown ketika tu dah gelap. Kami stay di Shotover Lodge yang terletak 5 km dari bandar Queenstown dengan harga NZD32.3 (RM84) satu malam untuk seorang. Kalau nak stay di bandar Queenstown harga hotelnya agak mahal sikit. After dah register semua...kami bawa pakaian mana yang patut ajer. Yang tak sepatutnya kami biarkan di dalam kereta. Malas nak punggah segala barang tiap kali kami check-in di hotel yang baru. Ketika ini masing-masing mengambil tugas....ada yang ready nak memasak...ada yang ready nak kumpul baju kotor masuk ke washing machine...ada yang baru nak mandi. Memandangkan aku agak lambat bersiap....terkial-kial baru nak mandi. Teman2 yang lain bersiap bawa bekalan bahan metah ke kitchen untuk memasak. Kebetulan pulak hotel kali ni kitchen di tingkat lain...tak sama macam hotel-hotel yang kami pernah menginap dulu.
Sebaik aku habis mandi....tetiba agak kecoh di luar bilik....apahal tu? Nampaknya takda rezeki kami nak memasak malam tu. Ketika itu agak lewat malam juga......ramai penghuni hotel dah pulang ke bilik masing-masing dan kitchen memang sunyi sepi. Rupa-rupanya teman-temanku tak jumpa pemetik api atau mancis di kitchen. Kat hotel ni masak guna gas....tapi still kena guna pemetik api. Kat hotel lain kami guna dapur elektrik ajer...so takda masalah. Takkan lah kami nak ketuk bilik penghuni lain semata2 nak pinjam mancis. Memang takda seorang penghuni pun di kitchen. Huaaaaaaa........maka tak dapatlah kami memasak malam tu. Sedihnyaaaa....udahlah perut kami ni kelaparan. Bahan2 mentah utk memasak memang banyak.....sayang pulak kalau tak digunakan. Akhirnya.....kami terpaksa gunakan ikhtiar yang terakhir iaitu makan nasi dengan sardin ajer. Nasib baik kebetulan ada sardin tin yang dah siap bersambal iaitu tidak perlu dimasak semula. Sayur salad ada banyak lagi. Malam tu kami makan nasi panas dengan sambal sardine segera dan sayur salad...nyummmm nyummmm sedap jugak.
inilah hotel yang kami stay.....agak jauh jugak dari bandar Queenstown...lebih kurang 5 km
pagi yang indah dan udara yang segar
cik leez dah siap nak mendaki gunung lagi sambil main salji. Pagi ni kami nak golek2 atas salji
ini bilik kami malam tu....satu bilik ada 3 katil. So kami ambil 2 bilik semuanya
dalam bilik juga ada sinki, fridge dan microwave.........tapi takda dapur memasak. Kalau nak memasak kena pergi ke tingkat atas....ada kitchen di situ.
bilik air yg comel
Pagi tu lepas check-out dari hotel....kami dah bergerak menuju ke The Remarkables. Agak2nya apa yang menarik tempat ni yea. Gigih sungguh nak kesana geng cik kiah ni yea. Semuanya bersemangat dengan pakaian jacket tebal, mafla, boot dan glove....as usual aku tetap dengan style pakai winter cap setiap kali gi tempat ada snow. Pagi tu semuanya bersemangat dan tak sabar2 nak menjejaki The Remarkables.
The Remarkables ialah pergunungan bermain ski yang terkenal di Otago, Pulau Selatan New Zealand. Jarak dari bandar Queenstown ke kaki gunung di tempat ini lebih kurang 15 km dan dari kaki gunung tu untuk mendaki puncak The Remarkables mengambil masa sejam perjalanan atau 21km lebih kurang. Pergunungan ini terkenal dengan aktiviti bermain ski yang dibuka setiap kali musim sejuk. Memandangkan kami sampai pada awak musim bunga...jadi masih ada lagi sedikit saki baki salji terdapat atas gunung tersebut. Kalau pergi pada musim lain....setahu aku memang tak ada aktiviti ski sebab salji sudah mencair. Alhamdulillah memang rezeki kami nak sampai sini ketika musim bunga.
Kawasan keseluruhan The Remarkables ini ialah sebesar 540 ekar. Terdapat 3 gunung-gunung yang terdapat di kawasan ini dan gunung ini telah dinamakan The Remarkables oleh Alexander Garvie pada tahun 1857. Purata penurunan salji tahunan di sini adalah 3.67 meter.
Nampak tak ketinggian ini ketika kami mendaki......satu lagi cabaran yang akan kami lalui. Ketika kami sampai di kaki gunung menuju ke Remarkables pada fikiran kami tidaklah sejauh mana dan perjalanannya agak mudah. Tetapi.....sangkaan kami meleset belaka. Kami kena melalui jalan berbatu batu seperti dalam gambar di atas. Bukan itu sahaja...kami juga terpaksa melalui jalan berbengkang bengkok tanpa ada penghadang jalan. Sila-silap kalau tanpa pemanduan yang cekap....kereta boleh tergelincir dan terjunam ke gaung. Fuhhhhh satu lagi cabaran yang akan kami lalui.
Pada mulanya Norlia ingat takat 5 km ajer....so dia rasa takda masalah memandu sejauh itu. Tetapi selepas 5km....masih lagi tak sampai2...alamak. Masa ni masing2 dah cuak.....dah mcm nekad nak patah balik jer. Tapi bila tengok ada jugak kereta yang sama2 mendaki mcm kami....kami gagahkan juga. Nekad ajer ni. Permandangan memang sangat cantik...boleh nampak bandar Queenstown dari atas.
jalan bengkak-bengkok......tapi permandangan mmg cantik....nampak tak gunung-ganang bersalji tu
so beautiful scenery.....nampak bandar Queenstown dari atas.
wahhhh......dah nampak salji.....kami rasa makin menghampiri ke destinasi yg dituju. Nampak tak jalannya camana? Scary kan!!!...so kena berhati2. Aku rasa mereka memang sengaja buat jalan tanpa tar untuk mengelakkan licin musim sejuk ketika snow turun. Tapi yg menakutkan....ada jugak yg memandu laju ketika mendaki ni...seram mak!!!
tengoklah gaung tu.....seram tak? Alhamdulillah kami berjaya menharungi sekali lagi cabaran kedua ini. cabaran pertama ketika ke Milford Sound dan kedua ketika ke sini The Remarkables
Alhamdulillah dah sampai The Remarkables. Excited giler masa ni. Terima kasih Norlia kerana telah berjaya memandu ke tempat ini dengan hemahnya. Syukur pada mu Allah.
jom kita tengok apa yg menarik di sini. Niat di hati nak main ski.....erkkkkk pandai ke??? Berangan haishh minah ni. Nanti baru nak gerak...terus tergolek...percayalah hehehe.
ni ialah lokasi utk membeli ticket utk aktiviti skiing, tubing dan naik skyway. Kalau tak tahan sejuk boleh masuk dalam bangunan tu
ramai sedang sakan dengan aktiviti skiing
tak larat kami nak mendaki pijak snow ke atas....so kami naik escalator yang disediakan di sini.....
here i am...The Remarkables yang sangat sejuk dan cantikkks
Subhanallah cantiknya permandangan ni....
Ikut plan nak naik skyway tu.....tapi hanya dibenarkan kepada yang nak skiing sahaja.....so terpaksa kami lupakan. Masa plak suntuk ketika ni....kami plan main tubing ajer. First time...entah apa jadi nanti...seram gak. Tawakal ajer lah.
harga seorang untk aktiviti tubing ini ialah NZD35...kami tak silap akulah. Kalau silap,....maafkan aku.
yahoooo dah berada di atas....bersiap sedia untuk tubing...agak2nya camana bentuknya yea.
mula2 kena duduk mcm ni...iaitu duduk diatas tiub bentuk pelampung ni. Then....kawan kita akan tolak kita ke bawah.....masa ni kita akan menggelongsor menyusuri salji ini....memang best uolssss
bersiap sedia menunggu turn
wahhhh sakan geng cik kiah ni dengan helmet hehehe.....
yehaaaaaa....aku berjaya akhirnya. Bestlah pengalaman yg berharga ni. Sekali dah cuba.....meronta2 nak main lagi hehehe. Akhirnya 3 kali jugak aku turun naik ke atas main tubing ni hehehe.
permandangan dari atas tempat aktiviti tubing
nak balik dah....sempat lagi meramas mesra dengan snow hehehehe.
mcm nilah perangai aku.....kalau gi tempat snow...mesti nak buat ABC hehehe...cuma lupa nak bawak sirap ajer hehehe
kenangan dengan our brilliant driver and chef ,...Norlia.
mengabadikan kenangan bersama2 di The Remarkables sebelum turun semula ke bawah.
jom kita berposing
alhamdulillah selesai sudah kenangan indah kami di sini. Kami nai turun sekarang.
Hati kami gembira sebab dapat bergolek dan beramas mesra dnegan snow di sini...maaf pic golek tak dapat disiarkan sebab muntah hijau korang tengok nanti....hehehe. Sekarang kami berdebar2 pula nak turun ke bawah....satu lagi cabaran kami kena lalui. Ya Allah gerun jugak ni. Tunggu next entry baru aku ceritakan pengalaman kami masa pulang nanti.
Ke manakah kami selepas itu? Semua muka excited sebaik sampai ke sini....kenapa agaknya???? Tunggu next entry yea hehehe.
p/s - makin hari makin mendebarkan
bestnya nanti nak join sis travel la
ReplyDeleteno other word..jus nk ckp jelezz tgk leez main salji..nak main salji jugakkkkkk hhehehe
ReplyDeletethe remarkables ni kalau cruise tasik wakaitipu boleh nampak jelas tapi nak sampai sana teruknya jalan. kami tak sampai situ pun tapi boleh bayangkan jalannya sebab jalan gunung byk sangat tepi2 gaung. depa boleh pulak speed.
ReplyDeletebestnya akak gi new zealand...jeles tgk..
ReplyDelete
ReplyDeleteNurzakiah Hanum -
boleh insyallah...nanti kita roger2 yea.
ReplyDeleteJM -
hehehe...jangalah jeles.
Nanti awak pun ada peluang golek2 di atas salji.....ada rezeki tu nanti
ReplyDeleterainini-
tulah memmang rezeki kami sampai di sana...tupun sebab kami mempunyai kawan yg cekap memandu. Kalau tak.....memenag tak merasalah kami.
ReplyDeletemekjah-
isyaallah ada rezeki awak nanti ke NZ....
Hai...salam perkenalan...
ReplyDeletedtg sini dari blog henry kakiberangan...hehehe
serious jeles blh main tubing tu...
Main tubing tu sama mcm kat Everland di korea... Mmg best...
ReplyDeletewaaaa!!!bestnyer!!!tgk gmbr pn rasa cam dah berada disana.hihinway nk tnya,ada nmpk x org drive motorhome ke the remarkables tu?agak2 klu i bw motorhome gi sana ok x?
ReplyDelete