Salam kerinduan di angin lalu.
Bila aku busy ajer mesti proses untuk menyambung entry NZ ini akan tergendala. Banyak lagi sebenarnya nak habiskan entry percutiaan ini. Harap pembaca semua bersabar menantikannya hingga ke akhir noktah. Bukan perkara mudah uolsss. Mula2 nak pilih gambar dulu...kemudian nak pikir balik jalan ceritanya. Maklumlah sejak usia makin bertambah ni....banyak benda aku mudah lupa. So, aku kena rujuk gambar-gambar yang ada untuk refresh balik saat-saat indah di sini. Lepas tu...barulah tangan ini rancak menaip apa-apa yg terlintas di fikiran. Ada kalanya fikiran tak focus pada tajuk...ke laut entah ke mana. Ada kala.....idea datang bertubi-tubi sehinggakan letih menaip setiap butir-butir perkataan. Hikssss.....
Hari ke 5 kami di NZ. Lokasi di Milford Sound.
Mungkin ada di antara yang tertanya-tanya apa kebenda Milford Sound ni. Apalah yang menarik sangat tempat ni sehingga setiap pelancong yang datang ke sini mesti nak jejak tempat ni. Kalau tak jejak...maknanya percutian NZ anda tidak lengkap. Sebenarnya untuk ke sini bergantung kepada nasib dan rezeki masing-masing. Ada kawan aku tu....3 hari tersadai di Te Anau sebab tak dapat ke Midlford Sound atas sebab faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Aku ada nyatakan pada entry sebelum ini kenapa kami berhenti di i-centre pekan Balclutha hari sebelumnya untuk bertanyakan keadaan cuaca di laluan Te Anau-Milford Sound sama ada boleh dilalui atau tidak. Jika cuaca buruk....laluan ini akan ditutup. Menurut kata mereka....boleh dilalui Alhamdulillah syukur.
Kami bergerak dari Te Anau awal pagi jam 6.30 sebabnya.....perjalanan selama 2 jam untuk sampai ke Milford Sound. Kami juga telah booking cruise pada jam 9.30 pagi. So lebih baik kami keluar awal dan dpat pulang awal juga. Kami kalau boleh mengelakkan melalui jalan ni pada waktu malam. Waktu cruise yang seterusnya ialah pada belah tengahari....so better amik yang belah pagi. Untuk mendapatkan harga murah menaiki cruise boleh dapatak secara online melalui link ini.
laluan Te Anau - Milford Sound akan nampak perhentian ini. Kami berhenti seketika untuk mengambil gambar secnery yang cantik ini
nampak tak sungai sebelah tu....airnya deras mengalir
wahhh cantiknya permandangan.....masa ni kami dah terasa berdebar-debar untuk melalui jalan yang lebih mencabar. Kelihatan banyak signboard yang tertulis jalanraya licin dan beku.....so sila berhati-hati memandu. Lepas ni kami akan melalui jalan berterowong sejauh 1.2 km. Bagaimanakah agaknya perasaan kami ketika melalui terowong ini??????
hanya satu kereta saja boleh melalui terowong ini pada satu masa. Maknanya jalan di laluan sebelah kena berhenti semasa kami melaluinya. Sebaik kami masuk ajer.....ya Allah gelapnya...hanya ada lampu yang agak samar. Sila lihat gambar di atas.....jalanrayanya agak berair dan licin uolss. Masa ni semua senyap seribu bahasa. Masing-masing terkumat kamit membawa doa dan ayat suci semoga perjalanan ini selamat. Untuk menghabiskan 1.2 km terasa agak lama. Jalan ini juga bergerak dalam keadaan menurun bukit....so kena berhati-hati. Memang tabik spring pada Norlia kerana berjaya melalui cabaran ini dengan tenang dan Alhamdulillah kami semua selamat.
sebaik kami keluar dari terowong......inilah permandangan yang kami nampak. Ya Allah cantiknyaaaaa bumi ciptaan Allah. Macam tak percaya bahawa ketika ini kami berada di antara gunung-gunung yang diselaputi salji. Tak nampak seorang manusia pun. Yang kami jumpa hanyalah sebuah kereta pelancong yang tersadai tepi jalan seperti menantikan kami sampai untuk berjalan sama-sama. Ya ternyata firasat kami benar belaka...kereta tu memang menunggu kami. Agaknya dia tak confident nak jalan sendirian. Kalau berteman taklah rasa takut dan mendebarkan.
sila tengok gambar ni....scary tak??? bawah tu gaung uolsss....so janganlah memandu dengan laju. Bawak slow ajer sambil menikmati scenery yang indah ini.
kawasan runtuhan....sila jangan berhenti di sini. Ikutkan hati memang aku nak jer berhenti dan posing di sini. Tapi bila tengok signboard ni...terus tak jadi. Kawasan ni ialah kawasan runtuhan salji dan batu batan. So....amat merbahaya. Kalau pergi musim sejuk...lagilah bahaya sebab salji tebal ketika itu. Bawa pelan2 dan baca apa yg patut...Insya Allah selamat.
dulu masa aku bercuti di Swiss...juga permandangan seperti ini kiri kanan dikelilingi gunung bersalji. Tetapi ketika itu kami berada di dalam train. Kali ini bezanya kami memandu sendiri di dalam kereta.
tetiba kami nampak ada orang di tepi jalan...oooo pekerja yang menjaga laluan ini. Pekerja ini yang akan memberi laporan tentang keadaan cuaca dan laluan sama ada selamat atau tidak.
cantiknya.......
akhinryaaaa.....kami selamat sampai di Milford Sound setelah melalui cabaran perjalanan selama 2 jam. Alhamdulillah semuanya selamat. Kami berhenti di sini untuk bertanyakan pada i-centre camana nak redeem ticket. Rupanya kena redeem di tepi jetty cruise. Masa ni masih ada sejam lagi....so kami order hot choc dan muffin. Cuaca sejukk...bestnya nya pekena minuman panas. Kat sini ada free wifi sebab beli air...sempatlah juga update FB huhuhu. Masa tengah menikmati minuman...sekali tengok jam...alamak ada setengah jam lagi lah.....jom kita gerak sekarang.
Kami park kereta di tempat yang disediakan.....tetapi jauhnyaaa nak ke jetty. Lebih kurang 15 minit juga kami kena jalan kaki untuk ke sana. Semput ahkak uolsssss. Amik gambar pun tak sharp sebab tengah berlari2 anak.
akhirnya....sampai di sini.
Milford Sound terletak di Fiordland National Park...dulunya diiktiraf sebagai eight wonders of the world
redeem ticket yang telah dibeli online di sini... harga ticket ialah NZD37 seorang.
Milford Sound merupakan salah satu destinasi dunia yang terkenal di New Zealand (Destinasi Pilihan Anugerah Pelancongan Dunia). Ia terletak di dalam taman Negara Fiordland dan diiktiraf sebagai salah satu Eight Wonders of The World. ia terletak sejauh 15 km ke pedalaman dari Laut Tasman dan dikelilingi oleh gunung ganang setinggi 1,200 meter. Diantara puncak gunung ada yang menyerupai kepala gajah dan singa. terdapat juga hidupan laut yang hidup di perairan ini seperti anjing laut, penguin, ikan lumba-lumba dan ikan paus.
Cuaca ketika kami sampai ini agak suram seperti tanda nak hujan. Agak frust jugak sebab dikatakan jika cuaca terang ada pancaran matahari scenery di sini sangat cantik. Mungkin pada musim panas amatlah sesuai. Kawan aku siap bagitau aku akan speechless sebaik sampai di sini....hmmm bagiku biasa ajer dan secenery perjalanan ke Milford Sound ini lagi cantik berbanding scenery di sini. Agaknya atas faktor cuaca yang mendung.
ok yang ni memang cantik.....kalau ada langit yang biru mungkin akan lebih cantik kot
kami berlari-lari anak untuk sampai ke ferry yang sedang menunggu. Sempat jugak aku snap sana sini.
ambil gambar sendiri sebab nak dapatkan scenery di belakang tu
nampak air terjun yang pertama......
permandangan gunung ganang bersalji
macam mimpi pun ada...alhamdulillah dapat jejak ke tempat indah ini.
entah apa yg direnungkan cik kan ni hahaha.
perjalanan dalam cruise ini mengambil masa 2 jam....
boleh tahan ramai jugak dalam cruise......aku selesa lepak di luar sebab nak merakamkan gambar2 menarik. Ada yang stay di dalam sebab tak tahan sejuk.
nampak tak cik abg tu sakan pegang camera......dalam diam aku pulak merakamkan gambar dia....sajer jer...kononnya kreatif lah tu.
geng cik kiah melaram persis pelancong.....memang pelancong pun hahaha.
ehhhh...ramai pulak yg pakai baju merah......hehehe
Oklah sambung lagi next entry sebab gambar terlalu banyak. Harap jangan ada yg bosan tengok aksi kami ini. Nanti aku sambung lagi kay. Next entry.....gambar-gambar perjalanan pulang ke Te Anau......scary uolsssss......ribut salji berlaku!!!!!! Takutnyaaaaaaaaaaaaa...........tunggu!!!!
p/s - esok nak cuti-cuit Mesia sambil bekerja....
tengok gambar2 ni pon jadilah... huhu! indahnya.. :-)
ReplyDeleteStatement intro tu sama situasi seperti JM..perlu lihat gambar baru leh refresh dah tulis..maklumlah dah lama balik bercuti baru nk tulis kan
ReplyDeleteOhh..barulah tahu apa yg menarik di miford Sound ni..mmg berbaloi la..kalua camtu JM plan nk pegi Autumn season lah..maybe cuaca ok
wahhh..ramainya pakai baju warna merah...dari jauh dah nampak menyerlah...warna kegemaran JM tu...cantik!!!
wah terowong tu mmg seram la...hehehe tp lepas terowong tu, pemandangan mmg cun habess!harap2 satu hari nanti boleh ke sana juga...Amin...hehehe
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeleteme tumpang baca entry and tgk pics yg sgt cantik...teringin nak gi holiday kat NZ...
hai, nice trip
ReplyDeletewah cantiknya new zealand! bilalah dpt pegi ni..wuwuwuw..
ReplyDelete
ReplyDeleteblog-tips-kurus -
harap enjoy menikmati gambar2 di dalam blog ini....thanks for dropping by
ReplyDeleteJM -
sy cadangkan pergi waktu spring sbb byk bunga cantik2 dan masih ada snow sikit2.
baju merah mmg akan menceriakan blog kita hahaha
ReplyDeleteDJ -
yea betul....walaupun seram kat terowong tu.....tapi mmg superb bila menikmati di luar permadangan...kenanagn indah sgt
ReplyDeleteMama Zharfan -
Silakan baca blog ini....saya tak kenakan bayaran pun hehehe.
Harap membantu dan memberi informasi
ReplyDeleteyayarahman -
ada rezeki insyaallah dapat pergi nanti.....kena plan betul2