Salam semua.
Cerita Sydney bersambung lagi....entry terakhir untuk Sydney trip. Lepas ni kita mencuci mata tengok gambar-gambar meletup di New Zealand plak yea. Fuhhhh berapa bulan nak habis buat entry tu. Takpa....tengah rajin ni Insya Allah boleh habis. Doakan yea.
Ok sambung..
Dari Circular Quay (CQ) station kami mecari pulak bus stand untuk ke satu tempat ni. Kami dah tau nombor bus apa nak naik. Tapi malangnya tak nampak pun bus tu. Hmmm....kena usaha sikit untuk mencari bus stand ni. So, kami bertanyakan pada i-centre yg terdapat di situ. Rupanya depan tu ajer. Nama kawasan bus stand ni ialah Bus Stand C....ada tulis signboard C kat situ. Di situ...barulah kami nampak bus2 yg bermula dengan nombor 5...naik ajer bas mana2. Actully kami nak ke Birkenhead Factory Outlet.
Setiap kali nak naik bas kena standby dengan kad daypass tu...tetapi???? Sebaik aku nak naik bas....tak jumpa pun kad tu. Semua orang dah naik.......aku terkial2 mencari dalam beg...dalam kocek baju...dalam kocek seluar...hampeh!!! Memang takda. Driver tu suruh jer aku masuk.....maksudnya tak payah tunjukkan kad lah. Sebabnya dia tahu...kami bergerak ramai......takkan aku nak menipu kot. Dia faham mesti aku punya tercicir....fuhhhh selamat. Sib baik dia tak suruh beli ticket baru.
Dalam bas aku duk mencari kad tu.....selongkar beg semua....tetap hampeh. Memang sah kad aku dah tercicir. Selalunya aku masukkan dalam pocket seluar....supaya senang nanti. Agaknya masa duk sibuk bergambar di Opera House aku pun letakkan hp dalam kocek seluar juga. Bila nak kuarkan hp...dengan kad tu sekali terkeluar dan terjatuh. Itu andaian aku lah. Tapikan.......esok dah nak balik. Takkanlah aku nak beli kad yang baru. Tawakal ajer lah kalau kena tahan nanti hahaha.
Perjalanan ke Birkenhead Factory Outlet mengambil masa 30 minit dengan menaiki bas dari Circular Quay. Then maklumkan pada driver bas yang kami nak ke sana dan minta dia bgtau nak turun kat mana. Aku tak pasti apa nama tempat tu tapi yang aku tau....kami kena melintas jalan selepas turun tu. Maknanya bus stand belah kiri dan factory outlet tu belah kanan. Driver bas tu siap tunjukkan hala belah kanan ...cross the road dan cari bangunan warna hijau (ye ke...entah aku agak jer). Yang kelakarnya....kami ni degil....tak nak ikut cakap dia. Sebaik kami turun...kami tengok signboard menunjukkan hala kiri. Jalan punya jalan....lalu depan rumah orang....tepi padang....tepi jalanraya...pastu lalu bawah jejambat ....naik bukit...turun bukit. Maklumlah lurus bendul campur degil nak sangat ikut sign board. Kaki dah sakit ni tapi tak nampak pun bangunan colour hijau. Hishhhh......apa dah jadi ni? Ghopanyaaaaaa......kami dah ikut jalan jauh iaitu jalan kereta. Kami ni jalan kaki aje....apa hal nak ikut jalan kereta. Jalan kereta kan satu hala. Ya Allah.......dah berbatu jalan baru tersedar....hahahaha. Dah nak sampai baru perasan yang kami perlu lintas jalan ajer....tak perlu pusing sana sini turun naik bukit. Hishhhhhhh habis kalori aku. Sakit kaki weiii!!!!
nampak tak laluan bawah jejambat ni......kami ikut laluan kereta hahaha....kereta berderet2 nak ke factory outlet tu......geng mak kiah sajer nak exercise katanyaaaa!!!!!
masa ni tak sedar lagi.....hehehee
sebaik sampai dalam bangunan...wahhhhhhh......terkinja2 nak soping masa ni
orang boleh tahan ramai gak.....aku plan nak cari perfume
masa ni kami berpecah ikut laluan masing2 sebab....ikut taste masing2
di sebalik bangunan ini ialah permandangan ini....cantik kannn nampak kapal!!!!!
wahhh...nampak outlet corelle lah......mesti geng cik kiah yg terpecah tu ada kat sini. Memang SAH jangkaan ku.....depa tengah memilih2 pinggan mangkuk. Aku berjalan dengan Siti....tengok2 ajer. Belum masa nya aku nak borong Corelle...tunggu dah kawin lah. Lagipun susah nak pikul ke hulu hilir.....
akhirnya.....aku beli 2 helai legging di Cotton On dan 2 botol perfume di sini. Oklah tuuuuuu........
Pada aku tentang factory outlet ini.....banyak brand yg aku tak kenal sangat dan masih mahal huhuhuhu. Mak bukan banyak duit pun....mak beli barangan branded bila ada sale ajer. Kalau takda sale...mak tak mampu!!!!
Kami spent time 2 jam ajer di sini sebab hari dah nak petang......suhu pun makin sejukkkkkk.
Dari sini kami naik bas lagi ke Circular Quay......aku dah jadi gabra sebab ticket takda. Malas nak bayar lain sebenarnya. So....aku selit di belakang kawan2 masa dorang sibuk nak masukkan kad dalam mesin hehehehe. Sib baik driver tak nampak. Sebaik sampai CQ....kena naik train ke Central Station.....no choice aku kena bayar jugak ticket sehala.
Destinasi seterusnya ialah ke Fish Market untuk makan fish and chips. Menurut kata student kita di Malaysia Hall...kalau nak makan fish n chips sedap pergi ke satu restoran ni di Fish Market....lupa dah namanya....chinese name dan dijamin halal. Nak ke Fish Market...kami naik bas yg ikut laluan tram tu dari Central Station hala ke Lilyfield....bgtau driver kami nak ke Fish Market. Sebaik turun di sana...mcm pelik mana plak area Fish Market ni. Kena jalan lagi....barulah jumpa. Peliknya kenapa mcm suram dan tak happening tempat ni. Lerrr.....rupanya dah tutup. Masa kami sampai tu baru jam 7 malam...hmmmmm sedihnya. Penat2 kami datang rupanya dah tutup. Rupanya depa tutup pukul 4.30 petang uwakkkkkkkkkkkkk. Udah ler perut ku kelaparan masa tu dan craving for fish and chips. Ada gak restoran lain yg dibuka....tapi ahli jemaah kata tak confident nak makan atas faktor kehalalannya. Hmmm....bagi aku kalau dah namanya Fish Market....dorang takkan jual benda lain selain daripada seafood. Dah namanya makan fish and chips.....memang tak guna sebarang sos. Cuma kita tanya dorang guna minyak apa...kalau animal oil baik tak payah. Kalau depa kata pakai olive oil atau minyak kelapa sawit memang boleh makan. Aku praktikkan benda ni masa aku gi Europe....my cousin yg stay di UK yang ajar. So....aku agak frust jugak masa tu.....sebab terlepas nak makan fish and chips di Sydney....esok dah nak balik.
Kami terus balik ke Malaysia Hall lepas tu. Sampai di sana lebih kurang pukul 9 malam. Dalam masa sejam kami bersiap packing barang2 shopping untuk berangkat ke airport. Makan malam dah ready atas meja....kenyang sudah. Ingat tak kami ada hire driver and transport masa sampai situ hari tu....balik pun kami amik orang yg sama. Jam 10 malam dia akan sampai di sini untuk hantar kami ke airport. Masa ni kami lambai2 ratu ke arah Syawal yang akan stay lagi di sini.....dia tak join kami ke NZ esoknya.
sebaik sampai di airport......lepak di sini sebab tempat duduk dah penuh. Akhirnya kami kena halau sebab tak dibenarkan duduk di sini. Rupanya dorang nak tutup area ni. Wahhh strict giler airport di Sydney ni. Udah ler airportnya kecik....tempat duduk pun tak banyak. Kebanyakan yg stay di sini ialah penumpang yang akan menaiki bas awal pagi esok.
selitkan diri di tengah2 orang lain...sebab nak tidur beb...penat udah.
Dah jam 4 pagi....bersiap untuk check-in. Awal lagi kami dah bersihkan diri....berus gigi...solat subuh dan tukar apa yg patut huhuhu.......
yahooooo...tak sabar nak terbang ke Christchurch.
Penerbangan kami ke Christchurch dengan menaiki Qantas Airline pada jam 7.15 pagi. Alhamdulillah proses check-in berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Cuma masa tu dorang mintak e-ticket kami balik dari New Zealand.....iaitu untuk memastikan kami tidak stay permanent di NZ tanpa mengikut saluran yang betul huhuhuhu.
Sebaik sampai di Christchurch.........kami sewa kereta di sana. Ahli jemaah cik kiah terkinja2 nampak sesuatu.......apakah itu????? Tungguuuuuuuuuuu.....hmmm tak habis2 nak wat suspen hehehehe.
p/s - next month nak pi cuti2 mesia lah plak....
asyik nak bagi saspen je, cepatlah citer, hahaha.. tak sabar sudah New Zealand punya pasal. Sape pun pergi mesti dapat gambar cantik2.
ReplyDeleterugi nye tak dpt mkn Fish N Chips kn...kena return lg tu Leez.
ReplyDeleteTungguuu citer selanjutnye...
Alaaa...baru nak tau fish n chip tu..Kami nak ke sydney nov. ni leez. Ada org kata ada fish n chip yg diletakkan ham kat sydney tu..
ReplyDelete
ReplyDeleteRainini-
hehehe...blog ini memg penuh dgn adegan suspen dan debaran...sajer bikin gempak
ReplyDeleteKak Badar -
tulah frust sgt...mmg takda rezeki kami di sydney....kene repeat nampaknya ni hehehe
ReplyDeleteRozita -
lupa plak...nama kedai tu Peter kat Fish Market...nanti u pergilah. Student mesia yg rekemen. Tp bg saya...kalau kita berada di fish market mmg takda haiwan haram tu. Fish & chips mmg takda campur benda lain....sbb tu kena tgk dulu camana depa goreng.
dear sis, im going this april and i'm going to use your itineraries. Tq. Great writing.
ReplyDelete