October 25, 2013

Day 3 : Journey to New Zealand - Dunedin Town


Salam Jumaat yang diberkati.
Untuk episod kali ni banyak dipaparkan gambar2 bunga sempena musim bunga yang indah di New Zealand. Bunga yang kita tak dapat tengok di negara sendiri kerana hanya tumbuh di negara yang beriklim sejuk 4 musim. So...sakan aku snap photo sana sini bila tengok bunga tu. Masa baru sampai di Christchurch pun aku dah snap banyak tetapi kali ni lagi banyak. Banyak sangat pokoknya tumbuh di sini.

Pabila kami sampai di Dunedin..terasa excited sangat sebabnya inilah bandar paling besar yang kami jumpa sejak menjejakkan diri ke NZ ini. Masa kat Christchurch kami tak sempat jalan2 di bandarnya....hanya di pinggir bandar ajer. Tapi bila sampai di Dunedin ni barulah rasa bernyawa skit....nampak banyak bangunan unik yang bercirikan Scottish dan negara Europh. Nampak banyak orang dan kereta.....happening lah jugak. Tetapi kasihan kat sopir kami Norlia sebab agak keliru dengan undang-undang jalanraya di sini. Serba salah jadinya nak belok kanan ke tidak....padahal dah nyala hijau...tetapi kereta dari arah bertentangan tidak berhenti. Pelik ahhhhh!!! Pening kepala dia. Sejak kena tahan polis tadi...dia jadi tak tentu arah kalau nampak kereta polis hahaha. Kalau silap jalan....tak mustahil kena buru dengan pak polisi. So...terpaksalah dia memandu dengan sangat berhati-hati.

Kami singgah jap dan parking kereta di tengah bandar. Jalan kaki untuk mencari kedai souvenir di sini. Orang kata kalau beli di sini memang murah kalau dibandingkan beli di tempat lain. Masa ni jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Hampehh....apakandaya kedai dah tutop masa ni. Boleh dikatakan semua kedai dah tutup kecuali coffee house atau restaurant. Bohsannyaaa. Kalau kat negara sendiri...masa nilah paling happeng. Tapi kalau di NZ...semua orang dah balik rumah. 


bangunan di Dunedin

kat sin banyak kereta jenama Toyota

jalan di tengah bandar mencari kedai souvenir



mcm kat London plak....salah satu hobi aku suka bergambar di  pondok telefon yang unik

tu diaaaa.....kedai souvenir dah jumpa. Alangkah sedihnyaaaa....sebab dah tutup. Takpa....esok pagi kul 9 dah bukak.....kami serang sini dulu.

Stesen Keretapi Dunedin di Pulau Selatan New Zealand, direka oleh George Troup , adalah stesen keempat di NZ. Namanya diambil sempena nama arkiteknya - " Gingerbread George" .

nampak tak bunga sakura ni.....lebat berbunga

memang banyak bunga ini ditanam di depan bangunan railwat station ini.

para model di depan railway station yg unik ini



banyak bunga-bungaan di depan ini.....spring @ Dunedin








bergambar depan pokok bunga ini adalah wajib walaupun di mana sahaja



kami stay di Garden Motel yang terletak di bandar Dunedin....rate utk seorang NZD38 (RM98). Dalam bilik ni ada 6 buah katil....just nice utk kami 6 orang. Oh yea lupa nak bgtau. Semua hotel yang stay di NZ ini telah dibooking awal melalui online. 

kitchen yang luas dan selesa. Setiap hotel yang kami stay siap dengan periuk belanga dan pinggan mangkuk. Garam dan lada hitam pun ada.....semua tempat ada. Barang2 lain yg ada ialah fridge, microwave, electric oven dan kettle. Lengkap semua...takda masalah kami nak memasak di sini. 

dengan seramai 6 orang dalam satu rumah...bilik air cuma satu sahaja. So....kena take turn lah nak masuk dalam bilik air. Pandai2 lah mengatur waktu dan ambil nombor utk masuk hehehehe.


Memandangkan kami berada di NZ ni agak lama....termasuk di Sydney lebih kurang 2 minggu kami di rantau orang. Bawak baju pun sangatlah terhad. So, setiap malam memang kami akan basuh baju di washing machine yang disediakan di hotel. Tapi kena bayarlah...NZD2 untuk sekali membasuh dan NZD2 untuk sekali mengering. Kumpul semua baju kotor. Malam tu ada yang memasak dan ada yang membasuh baju.

Memu kami malam tu ialah Chicken Chop and vege serta Tomyam seafood. Chef Watie masak tomyam......dan Chef Norlia masak Chicken Chop and vege. Appertiser plak...aku buat cucur ikan bilis campur carrot. Malam tu kami tak makan nasi ....meratah lauk ajer. Alhamdulillah syukur kenyang sudah. Selesai makan.....kami takda aktiviti malam di luar. Sejukkkkk....tak mampu nak keluar. Lagipun takda apa2 pun kat luar tu. So....kami berborak2 sakan. Maklumlah dah dekat seminggu jugak kami bersama-sama di rantau orang dan serba sedikit dah kenal hati bumi masing-masing.....baru kenalkan. Maka masing-masing buka cerita tentang pengalaman kenal pasangan masing-masing. Camana kenal suami...camana kenal tunang (aku ler tu) dan camana kenal boyfriend. Hehehe......masing-masing ada topik yang mengelikan hati sampai kan kami ketawa terbahak-bahak bagai nak rak. Haiyohhh...sib baiklah tak kena sound dengan jiran sebelah. Geng cik kiah mengilai di malam buta hehehehe. Aku ceritakan camana aku kenal tunang aku dan camana aku first dating dengan dia....memang lawak!!!! Lepas dah ijabkabul nanti...aku share pengalaman itu di dalam blog ini plak...hehehe. 

Lebih kurang jam 12 malam barulah kami tidur tetapi ada 2 orang geng cik kiah yang tidur di ruang tamu tak tidur lagi. Rupanya melayan tengok citer tv yang tidak akan dapat ditonton di tv Mesia......oppsss. Kami dah tidur tapi suara depa masih kedengaran asyik sangat menonton...hahahaha. 


 Chicken chop resipi Chef Norlia....alamak lupa nak snap pic tomyam seafood oleh Chef Watie.

aummmm...lazatnyaaa


setiap pagi...norlia akan menyusun beg kami. Berat dan padat.


Pagi tu kami akan pergi ke satu tempat ni. Ibarat kami berada di tempat asing. Bunyi-bunyian yang bermacam-macam...bingit juga. Tetapi tetap terhibur dan happening...ke manakah??? Di situ juga Norlia terjumpa teman manja yang dicari-cari hilang selama ini.....siapakah?????

Tunggu aku update next episod yeaa.....


p/s - tak sabar nak coti2 Mesia......




15 comments:

  1. indahnya!

    tuan blog dah round the world ye? cemburu..

    ;)

    ReplyDelete
  2. Leez apa je mknan yg boleh bawa dari msia? Akak Dengar nz ketat bab mknan ni ...Nanti cerita ye

    ReplyDelete
  3. salam. cantiknyer bunga sakura tu, putih macam kapas : )
    seronoknyer dapat gi NZ : )

    ReplyDelete
  4. Arrrrgh bestnye NZ..saya rindu nk pegi sini lagi! ..cuaca cun nih..

    ReplyDelete
  5. kak cepatlah citer lagi..
    best giler...

    ReplyDelete
  6. kak citerlah lagi..tak sabar tunggu next episode..best giler..

    ReplyDelete
  7. bestnye tgok bunga sakura tu ....cantik gila . Sgt2 cantik.

    tak sabar lak akak nak tahu citer camne leez jumpa en tunang tu...cepat2 story ya.(sgt kepoci kn akak)

    ReplyDelete
  8. Ha'a..susah jgk nk drive kalau mcm tu..kalau JM dalam situasi yg sama pun akan gelabah coz kita tahu undang2 dorang kan...

    Mmg cantik betul bunga-bunga sakura yg sedang mekar kembang tu..JM pun boleh rasa kesejukan dan suasana kat sana bila tgk pic ni..Arghh..bila turn JM pulak niee

    Bestkan kalau travel ngan chef-chef ni..heeee

    ReplyDelete

  9. blog-tips-kurus -

    taklah satu satu world saya round....sikit2 jer...

    alhamdulillah takat ni...

    ReplyDelete

  10. kak hanim -

    kalau paste makana tu mmg boleh bawak....tpi mesti ada ingredient
    rempah ratus tak boleh..
    nanti saya share di sini

    ReplyDelete

  11. miesha -

    mmg rezeki saya dapat tgk bunga sakura di musim bunga di sini...mmg sgt cantik

    ReplyDelete

  12. Chawanna -

    saya byk refer blog u tau..
    mmg kebetulan masa kami pergi tu....sama season dgn time u gi NZ...
    saya pun dah mulai rindu NZ

    ReplyDelete

  13. Norazlin -

    lambat akak reply hehehe...awak pun dah balik ke malaysia

    ReplyDelete

  14. kak badar -

    insyaallah lepas nikah nnati saya citer kisah camana sy jumpa en tunang hehehe

    ReplyDelete

  15. JM-

    sy bertuah dapat travel dgn chef2 yg pandai masak ni....asal kenyang sudah kan hehehe

    ReplyDelete