Ashburton - Temuka - Timaru - Farlie - Lake Tekapo
Hari ke-2
Awal pagi kami dah bangun untuk bersiap. Sebelum tu bersiap masak dulu untuk bekalan kami makan tengahari nanti dan breakfast pagi tu. Pagi tu Chef Watie mengambil tugasan masak nasi lemak dan Chef Norlia pula prepare sandwich. Selesai semua jam 7.00 pagi jugak kami bertolak menuju destinasi seterusnya. Plan awal nak keluar awal jam 6.00 pagi tapi tetap terlajak jugak. Tapi bagi aku...dah ok tu...just nice. Kami kena keluar awal untuk mengelakkan sampai ke destinasi seterusnya lewat malam. Agak bahaya jugak jika memandu di tengah malam di sini memandangkan kami semua ialah six roses. Setiap hari tugasan aku ialah untuk set destinasi menggunakan GPS.
Perbezaan waktu Malaysia dan New Zealand ialah 4 jam ke hadapan. So pada pukul 7.00 tu dah mula nak terang mcm Msia jugak. Di Ashburton sempat jugak kami bergambar di luar hotel yang kami menginap. Masih tak puas nak bergambar kat pohon cherry blossom tu. Pagi tu destinasi kami ialah menuju ke Lake Tekapo.....kami kena melalui Temuka dan Timaru. Selepas Timaru kami akan melalui Highway Fairlie.
pohon bunga cherry blossom di hadapan hotel yang kami stay
masa ni waktu awal pagi...masih gelap skit....
sepanjang perjalanan dihiasi dengan permandangan indah ladang biri-biri dan lembu. Gambar di atas sangat cantik tapi memandangkan diambil ketika dalam kereta...so tak berapa nak jadi.
Kami sampai di pekan Temuka ....tetiba ternampak Supermarket Pak'nSave. Katanya di sini agak murah sikit berbanding supermarket lain. Yang menariknya di supermarket ini ada free WIFI....tidak kira di mana2 lokasi. Masa ni geng2 cik kiah terkinja2 bila dapat WIFI free...gigih nak update FB huhuhu. Untuk pengetahuan semua....di NZ ni tidak mudah nak dapat free WIFI. Kena bayar kalau nak dapat WIFI. Tapi kalau uols gi kedai makan or cafe....beli makanan atau minuman dulu baru dapat free. Katanya di Temuka ini juga terdapat souvenir yang murah2....tapi kami tak sempat beli pun...sebab mengejar masa.
Niat di hati nak cari hp line di sini supaya senang nak berhubung dengan family dan en tunang di tanahair. Sebelum tu banyak kali jugak kami tanya di mana2 stesen minyak tapi malangnya dorang tak reti nak ajar camana nak gunakan line tu first time. So bila sampai di Temuka kami singgah di satu kedai buku ni sebelah Pak'nSave....syukur pekedai tu berjaya connectkan hp line kami di sini. Kami gunakan 2Degrees telecomunication dengan belian NZD5 untuk kad yang baru dan top up lagi NZD20.
kedai-kedai di sepanjang perjalanan
Next....kami melalui pekan Timaru....tapi kami hanya lalu sahaja tak singgah pun. Risau kalau singgah nanti sampai malam pulak. Selepas tu....kami melalui Pleasant Point Highway Fairlie. Sepanjang perjalanan memang disajikan dengan ladang biri-biri dan lembu yang sangat banyak. Tak terbilang banyaknya. Nampak pokok2 pine yang banyak di dalam ladang2 tersebut. Terfikir jugak....apa faktor pokok2 ini ditanam di ladang2 ini. Tujuannya untuk melindungi kawasan ladang ini daripada tiupan angin. Even nak masuk kawasan ladang pun ditanam dengan pokok2 ini. Akhirnya......apa jadi pada kami???
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
Kami telah menceroboh ladang biri2 orang New Zealand tanpa permission. Cuba lihat apa geng cik kiah ni dah buat di sini
nampak tak pokok2 ni ditanam camana....sangat cantik kannn.
kami berposing di sini dengan memasuki kawasan ini tanpa keizinan sehinggakan tuan punya ladang melihat kami dari jauh (nampak tak rumah yg berbumbung biru belah kiri tu). Alamakkkk...tuan ladang duduk di kerusi sambil memerhatikan gelagat kami. Hehehehe....korang berani tak?
Bukan takat berposing tu....ketawa mengilai pun ada hahahaha. Berkeliaran sekejap six roses di daerah larangan ini tanpa menghiraukan tuan rumah yg sedang memerhati hahahaha....memang jiwa kental kami semua ni.
feeling ala-ala di Nami Island Korea bila tengok pokok2 pine berderet2 ni. Tak payah berebut2 dengan pelancong lain...ibarat tempat ini kami yang punya. Cehhh tak malu!!!! Jom kita angkat kaki sebelum tuan ladang ni bawak senapang patah.....larikkkkkk.
Nak dijadikan citer kami telah tersesat jalan dengan melalui celah2 kampung hasil tunjuk ajar GPS....entah kampung mana yang dia dah bawak. Tapi best jugak sebab kami boleh melihat lembu dan biri2 dengan jarak dekat. Sesapa nak posing dengan lembu silakannn......
tengoklah ahkak ni....tetap jugak nak posing dengan lembu. Gigih turun kereta nak berposing tu. Alahai mcm lah kat Mesia takda lembu cik kak oi..... hahaha.
satu lagi haiwan yang menjadi igauan kami berada di depan mata. Gomokkkk uolss....bukan calang2 biri2 ni...baka baik punya. Kalau kat Mesia tak hidup lama punya...sebab panas terik. Tengoklah bulu nya....tebal dan gebu. Yang aku hairannya....haiwan2 ni bila kami sampai...pandailah pulak mengalih pandangan ke arah kami. Kalau kat Mesia mcm ni...jangan harap!!! Dia akan ragut rumput tu tak pandang kiri kanan langsung.
tengoklah anak biri2 tu...comel giler!!! Next kami melalui pekan Fairlie.....lalu ajer tak turun pun.
kami meneruskan perjalanan sehingga nampak permandangan indah ini. Lokasi ini terletak di Highway Fairlie.....sebelum sampai Lake Tekapo. Jom kita berhenti lagi untuk berposing di sini.
seronok memandu di South Island ni...kereta tak banyak. Umpama jalan ni aku yang punya uolsss.
geng cik kiah sakan berposing...excited tgk snow cap mountain
jom kita sambung lg perjalanan....lama lagi nak sampai Lake Tekapo ni
sekali kami nampak permandangan ni...fuhhhhhhhhhhhhhh mcm lukisan uolsss. Jom kita stop lagi.
deretan snow capped mountain yg sgt mempesonakan
ya ampunnn...geng cik kiah ni tak takut ke??? Dok berposing di tengah jalan tak takut kena langgar ke korang ni? Itulah dia South Island.....sunyi sepi dengan manusia...hanya yang ada gunung ganang bersalji dan biri2 yang bilangannya lebih ramai daripadan penduduk NZ sendiri. Masa kami berposing ni tak nampak sebuah kereta pun lalu. Apa lagi....berguling2 lah kami di tengah jalan hahahaha....kekwat sangat.
posing Siti yang paling stylo hehehe...
mesti korang terfikir....sejuk ke? tengok mcm panas ajer matahari memancar. Yea uolsss memanglah ada matahari siap berkaca mata hitam lagi...tetapi cuaca nya ya ampunnn sejuk giloss lebih kurang 5C siap berangin lagi....tak ke hampiri beku tu. Kami kelaparan nak makan tengahari pulak....akhirnya kami jumpa satu tempat picnic di tepi highway ni. Jom makan......just nice for 6 of us.
juadah tengahri kami ialah nasi lemak siap ada sambal, ikan bilis dan telur rebus lagi. Memang menyelerakan makan di waktu sejuk2 ni sambil tangan terketaq menyuapkan nasi ke dalam mulut....tangan beku uolssss!!!! nasi lemak pun nak jadi beku jugak hehehehe.
Dah kenyang....jom kita sambung lagi perjalanan. Tak sabar dah nak sampai Lake Tekapo. Apa agaknya menariknya pasal Lake Tekapo?? Adakah kami berjaya sampai mengikut masa yang dianggarkan atau kami terlepas waktu yang sesuai??? Kita tunggu episod akan datang hahahaha.........
p/s - gigih nak siapkan story NZ utk majalah
Lengang betul jln kat sana..siap boleh posing2 maut atas jalan raya tu...cantik beul view sepanjng perjalanan terutama deretan pokok2 tak berdaun tuh..best kan jln ramai2..pastu sediakan sarapan..pastu bawak bekal dlm perjalanan..enjoy!!
ReplyDeleteya ampunn... siap angkut periuk nasik skali tu tak menahan! epikkk! hahaha rindunya nak balik sanaaa! ewahh!
ReplyDeleteLeez jgn lupa pelawa akak gi jenjalan dgn Leez sgt2 enjoy baca blog Leez ni.
ReplyDeletecantiknye gambar...haissh...ni yg buat membuak-buak perasaan nak pegi ni!
ReplyDeletejumpa tak biri biri yang dah lenguh kaki tapi masih nak ragut rumput. ? siap menongkat lutut je. rasa mcm nak kidnap dan sembelih je.
ReplyDeleteBerape kali tuh turun kereta berposing, nampak sangat satu gang kepala tak betul, bila nye nak sampai Kalo camtuh.. Haha
ReplyDeleteBest kan benti memane pun ambik gamba cantik..
lawa sungguh..best...tahniah kerana melawat NZ dan selamat bertunang.
ReplyDeleteLeezzzz
ReplyDeleteSyokkkknya tgok permandangan
Nasib baik sempat posing b4 tuan ldg buat keluar senapang patah..haha
ReplyDeleteJM -
jalan mmg lengang tak byk kereta. Tu yg kami mcm buat tebiat posing lentuk atas jalan raya hehehe
ReplyDeleteJohn(Henry) -
Hahahah...geng cik kiah bawak periuk dari rumah. Senang akngkut periuk terus dlm keta....barulah namanya berkelah.
ReplyDeleteJamaliah -
Insya Allah kak...nanti sy khbar2kan di sini my next trip. Boleh jer join.
ReplyDeleteMimie-
Jom pergi....kumpul duit pelan2 and mmg takkan menyesal
ReplyDeleterainini -
tak jumpa plak yg mcm tu....hmmm kalau jumpa dah lama saya snap picnya. Melepaslah plak.
ReplyDeleteshah-role -
dah nama geng cik kiah....mmg jadi kepala tak betul pantang jumpa scenery cantik. masing2 perasan jadi model hahaha.
You punya pic kat NZ pun awesome gak
ReplyDeleteM. Khairuddin -
Thanks....jomlah bercuti ke NZ plak....
ReplyDeletekak hanim -
tulah...takut gak tuan ladang tak dtg dgn senapang patah. Tu yg kami cepat2 blah dari situ....tak sedar diri bila tgk pokok pine hehehe
tak sabar bc cerita akak seterusnya...
ReplyDeletesalam sys... ikan bilis tu bawak dr mesia ke? atau beli di nz??
ReplyDeletesys, ikan bilis bwk dr malaysia ke?
ReplyDeleteBooking tept tinggal
ReplyDeleteGuna booking.com ke?mcmna nak booking tpt yg awak tinggal ni