Salam semua.
Busy busy busy ..... hingga takda masa nak update blog. Maafkan ku yea. Rasanya bulan ni yang paling teruk aku tak update blog. Gambar dah siap upload tetapi nak menaip cerita tu yg aku tak ada kesempatan. Next week lagi busy....sebab sibuk dengan raya haji, staff day dan my holiday yeahaaaa.
Ok aku nak sambung lagi tentang percutian aku tahun-tahun dulu yang aku tak sempat nak ceritakan di blog. Masa tu aku tak aktif dengan dunia blog lagi. Aku just petik sketsa-sketsa yang tidak dapar dilupakan di sana.
A. Percutian ke Bali, Indonesia (2006)
Percutian aku ke Bali untuk kali kedua. Kali ni aku pergi bersama my bro and family. My bro ni baru first time nak jejak Bali. So, kononnya aku jadi tourist guide dia ahaksss. Percutian kali ni....kami main terjah ajer. Hotel dah booking melalui internet cuma....transport kami tak booking apa2 pun. Jom aku ceritakan apa yg aku boleh ingat.
1. Masa hari pertama kami sampai di sini, lepas check-in hotel...kami jalan-jalan di sekitar Kuta Square sampai mencari sewa transport yg bersepah-sepah tepi jalan tu. Macam-macam kerenah pak sopir yg kami jumpa. Dorang yg tegur kami dulu sama ada nak sewa van atau tidak. Akhirnya lepas nego semua...kami terjumpa dengan Pak Ardi. Tak ingatlah berapa sewanya. Kami rekemen sopir ni dalam forum cari....dia jadi popular kejap. Kenapa kejap? Sebab...lepas tu aku dengar citer dia demand....naik harga sesuka hati. Hmmmm...gitulah.
2. Aku shopping sakan masa ni.....sebab dah tau apa nak beli dan di mana nak beli. Yang aku ingat...aku borong pelbagai bentuk lampu meja sampai 3 unit. Murah beb!! Beli kat tepi jalan ajer. Sepanjang jalan kat area Ubud tu.
3. Masa kami sampai di Tanah Lot...air laut agak surut ketika itu. So, kami boleh berjalan kaki hingga ke pulau yg berbentuk pura dorang tu. Siap berjalan-jalan hingga ke belakang pulau. Orang pun tak berapa ramai. Lepak lama jugak di situ sambil berposing dan menghirup angin laut
4. Kami stay di Karthi Hotel. Hotel ni memang dah lama tapi yang bagusnya....lokasi strategik dan bukak pintu bilik ajer dah boleh terjun berenang2 dalam pool. Tapi yg tak sukanya...atas bumbung hotel kami mcm ada binatang (bukan tikus). Setiap malam buat bising.....susah kami nak tidur dan buat sampah di dalam bilik air. Tu yg paling aku tak selesa di sini.
4. Masa hari terakhir aku di sana....flight kami belah malam. So, waktu check out ialah tengahari. Lepas tu tak tau nak buat apa....kami just berjalan kaki sekitar Kuta Square. Duit plak kehabisan kering kontang. Tak pernah aku jadi mcm ni sampaikan duit habis. Pastu adik aku cakap..."ko ada credit card kan...jom kita makan pizzahut". Maka kami makan besar di pizza hut dan melepak sana dari jam 3 petang sampai 7 malam...hahahaha. Lepas tu baru balik hotel ambik beg dan berangkat ke airport.
hari pertama kami sampai di Kuta....
ini lah kedai jual lampu meja yg aku borong sakan tu....
pura di Tanah Lot. Tengoklah di belakang aku tu...kami siap boleh jalan kaki ke sana sebab air laut surut.
hari nak balik...bosan sebab duit dah habis. Kami jalan kaki sampai ke Hotel Bali dan berposing di sini. Siap makan Pizza Hut di sebelah hotel ni.
B. Percutian ke Phuket, Thailand (2007)
Percutian ini aku gi berdua ajer dengan temanku Sha. Kami stay 3 malam 2 hari sahaja di sini dan segala urusan booking hotel aku buat melalui online sahaja. Package utk island hopping aku tak buat apa lagi. Jom kita tengok apa yg aku boleh kongsikan pengalamanku di sana.
1. Sebaik sampai di Phuket, kami jalan-jalan sekitar bandar Patong tu untuk mencari package island hopping for tomorrow. Terjumpa satu travel agent ni....nego punya nego dapat harga yg terbaik punya berbanding tempat lain yg agak mahal. Lagi satu food di Phi Phi Island mereka sediakan makanan halal.
2. Kami terlupa nak bawak compas utk tengok kiblat. So, tanya kat house keeping yg Muslim di hotel ni pasal kiblat.....susahnyaaa sebab depa tak paham English. Akhirnya kami tawakal tengok pada mana matahari terbit dan terbenam.
3. Masa hari pertama tu aku memang bawak bekalan nasi beriani yg mama ku bawak. So, memang agak kenyang sampai ke malam jugak. Malam kami just jalan2 dan massage badan. Tak pergi mana-mana pun. Tetapi esoknya lepas balik dari island hopping kami dah kelaparan yg amat. Pening nak pikir mana nak cari halal food. Then, entah camana ternampak seorg wanita duduk di pondok tourist information depan hotel kami. We assume that lady ialah Muslim. Yes....she's Muslim and her English so fluent. Dia tunjukkan satu gerai halal tak berapa jauh dari hotel kami. Jalan just 50 meter dah sampai. Kami makan tomyam dan seafood. Makanan di sini sgt sedap, terangkat, meletopp dan pedas berapi....semua ada. RM50 makan dua org...sangat berbaloi sebab sgt sedap.
4. Masa island hopping gi Phi Phi Island and few island yg lain mmg best gilakk. Tapi yg buat aku frust masa ni tak pandai berenang...so nak snorkeling pun aku takut dan tak confident. Puas lah tourist guide tu ajak kami turun. Tourist guide tu plak memang suka berbual dengan kami berdua....asik buat lawak ajer. Masa kami diturunkan ke satu pulau ni (tak ingat nama)....disediakan pelbagai jenis buah-buahan utk dimakan. Sakan duk menjemurkan diri di tepi pantai. Memang free show uolssss. Apa dia? Sepasang mat dan minah salleh tengah berlari2 anak di tepi pantai dengan hanya tutup di bawah sahaja ..... yang atas free show uolsss. Terbuyai-buyai atas bawah hahahaha. Pastu kami sempat berbual dengan seorg minah arab from Iraq....two pieces ajer dia pakai. Terkezut kami. Dia kata dia mmg Muslim. Huhaaaaa.....jangan harap nak pakai mcm ni kat negara sendiri hehehehe.
5. Walaupun stay di sini 2 malam ajer tetapi setiap malam kami tetap pergi massage. Biasalah aku ni.....mesti nak interview tukang massage tu. Aku tanya pasal life dorang di Phuket....especially those yg menjadi pelayan aka GRO kepada tourist2. Siap bergelak ketawa sebab cakap mcm ayam dan itik. Minah ni hanya tau simple English jer.
ini hotel yg aku stay......masa ni dikatakan hotel kami yg paling tinggi di Patong
Masa kami lalu di sini....orang yg bawak tuk tuk ni beri salam pada kami. Ohhh...Muslim rupanya.
gambar di Patong Phuket. Sajer tak nak tunjukkan pic kat island hopping...sebab pic tak berapa sesuai utk tontonan umum ahakssss.
C. Percutian ke Jogjakarta dan Solo (2007)
Percutian ini memang aku tunggu-tunggu kan sebab aku memang nak sangat menjejakkan kaki di sini. Kalau nak tahu camana adat kebudayaan Jawa yang sebenarnya...di sini lah tempatnya. Jogjakarta dan Solo terletak di kawasan Jawa Tengah. Masa ni AA tak mendarat di Jogja lagi....so kena turun di Solo terlebih dahulu....then baru gi Jogja (one hour journey). Ok takpa....at least merasa gi 2 tempat. Masa ni aku gi dengan my mum and my bro + family. Aku hire agent sewa kereta yg aku dapatkan di internet juga....lupa plak nama dia. Bagi aku trip ni sangat best. Jom baca kenangan aku di sana.
1. Sebaik kami sampai Solo....kami kena bergerak ke Jogja. On the way to Jogja tu......akan melalui Prambanan...salah sebuah tempat suci penganut Hindu dulu. Nak masuk ke sini kena bayar....utk local hanya Rp3,000 shj dan utk foreigner Rp90,000 mcm tu lah...aku pun ingat2 lupa. Masa ni aku pakai tudung bawal.....konon nak menyamar jadi mbak Indon. Sekali kantoi sebab depa terdengar adik aku bercakap Melayu masa nak sewa payung. Bila pikir balik.....nak bayar mahal2 sekadar nak tengok batu yg dah pun runtuh pasal gempa bumi. So, kami cancel...tak payah masuk...hahahahah.
2. Kami stay di sebuah hotel yg lokasinya berhadapan dengan stesen keretapi. Bising plak bunyi keretapi malam-malam buta. Kalau nak gi Jalan Malioboro just walking distance. Masa kami gi ni...setelah setahun peristiwa gempa bumi di Jogja yg meragut ramai nyawa dulu. Aku ternampak rekahan pada hotel yg kami stay tu,.....ayohhh camana ni. Siap tanya hotel...adakah kami selamat stay di sini. Depa kata jangan risau semuanya selamat.
3. Kenangan bershopping di sini. Memang murah kalau nak beli barangan kraftangan yg ada corak batik Jawa di sini. Banyak jugak aku beli....kain batik jawa sutera, kusyen cover corak batik Jawa, beg corak batik Jawa dan mcm2 lagi lah tak ingat. Masa hari pertama kami shopping tu...pak sopir turunkan kami di pakir sebelah pasar berigharjo. Pasar tu punyalah besar giler...dan bersambung dengan Matahari Mall. Bila dah byk sangat meneroka dan berjalan...tak sedar kami dah berada di bangunan Matahari Mall. Nak patah balik ke parkir punyalah jauh. So, plan nak terus naik teksi dan balik ke hotel. Tapi baru teringat....pak sopir kami tak habaq pun. Mesti dia tertunggu kami. So cancel....kami naik teksi ajer ke parkir tu. Kesiannya......kami tengok pak sopir tu menunggu kami di kawasan parkir. Hanya mobil dia sahaja di situ....takda mobil lain. Dia nampak letih sangat...kesiannya. Aku tanya dah makan ke belum...dia kata belum. Pastu aku bagi Rp50,000 kat dia utk duit makan. Sepanjang kami berada di Jogja ni...pak sopir ni baik sangat. Dia kata kalau ada kerja baru ada gaji...kesian kan.
4. Hari berikutnya dengan misi kami nak menyamar lagi di Borobudur. Kat sini pun harga yg lebih kurang masa kat Prambanan....local and foreigner harganya berbeda. Aku dah pesan dgn my mum and bro jgn cakap apa2. Biar aku sorang jer berbicara Indon masa nak beli ticket tu. Aku dah standby pakai tudung indon yg byk manik2 kat atas kepala tu. Mak aku pun aku suruh pakai tudung indon. Akhirnyaaa....aku berjaya jadi mbak yg pandai berbicara bahasa Indo dengan telo Jowo hahaha. Bila nak check ticket...org tu boleh plak tanya adik aku "dari mana? KTP (IC) ? Aku yg kat belakang...terus tolak dia suruh jalan cepat dan aku yg tukang jawabkan. "Iya dari Jakarta!!" (dgn telo Indon). Hahahahah lepas jugakkkkkk...kami berjaya. Bila ingat balik nak ketawa pun ada.
5. Aku berjaya mendaki sampai puncak atas batu batan Borobudur tu. Boleh nampak permandangan dari atas dan boleh nampak letusan gunung merapi yg tak jauh dari situ. Masa ni gunung merapi belum meletus teruk lagi...baru sikit. Masa balik dari sini...kami singgah kebun buah salak. Ya Allah sedap dan manisnyaaaa buah salak kat sini. Kat sini memang subur dengan tanaman buah salak. Aku petik terus makan....manis giler uolssss. Kami beli berkilo-kilo. Plan nak beli anak pokok buah salak.....tapi kata pak sopir tu tak boleh tanam di tempat lain sebab faktor tanah yg tidak sesuai. Ohhh ye tak ye jugak.
6. Malam tu kami kepenatan yg amat. So, aku tanya kat hotel boleh tak carikan tukang urut kat sini. Aku dan my mum plan nak mengurut badan plak. So, mbak tukang urut akan datang ke bilik kita. Kiranya dah tua jugak tapi sedap dia mengurut. Sambil mengurut kami berbual. Dia bgtau camana keadaan dia masa peristiwa gempa bumi yg berlaku tahun lepas tu. Masa tu berlaku waktu subuh pagi. Kepada yg bangun solat subuh memang sempat menyelamatkan diri dan yang tengah enak tidur tu memang mati kena hempap dengan batu batan bangunan. Mbak tu kata masa tu dia berada di pasar...keadaan sangat kelam kabut. Dia tengok jalan raya bergoncang seperti beralun-alun turun naik. Macam kiamat dia gambarkan. Menakutkan plak aku mendengarnya. Cuba tetiba masa aku tengah sedap mengurut bangunan ni bergegar....camana aku nak capai baju dan pakai baju...aduhhhhhh tak sanggup.
berada di puncak Borobudur
bergambar berlatar belakangkan Borobudur
Masa ni kami nak tengok rekaan fountain yg sangat cantik....tapi tak leh nak bawak balik sebab berat uolsss
masa pakai tudung bawal ini lah aku kantoi masa nak beli ticket di Prambanan. Masa ni di kedai jual barangan perak.
D. Percutian ke Jakarta dan Bandung (2008)
Percutian ke Jakarta/Bandung untuk kali ke dua. Masa ni kami pergi berempat...semuanya perempuan. Kami stay di rumah seorang teman org Mesia yg bekerja di Jakarta. Lepas duit hotel uolsss hahaha. Kami stay di Pondok Indah, Jakarta. Ramai artis Indon stay di sini. Nanti aku citer kami gi umah sapa..ahaksss.
1. Kali kedua sampai di Jakarta/Bandung memang excited dan dah plan apa nak shopping. Aku banyak belikan baju pengantin my cousin seorang mak andam. Kat sana kan byk jual kain lace dan kebaya indon yg sesuai dibuat baju pengantin. Baju utk diri sendiri pun aku banyak shopping.
2. Kami pergi ke Bandung hanya sehari sahaja. Pergi pagi dan balik malamnya. Kawan aku yg kat Jakarta tu dah risau kenapa kami tak sampai rumah lagi. Rasanya jam 2 pagi jugak kami sampai di Jakarta semula. Shopping di factory outlet kejap2 ajer....pastu makan ayam penyet dan shopping di Pasar Baru.
3. Kami banyak spent time di Jakarta....sempat buat creambath di sebuah saloon di sana. Bestnya...sebab dorang buat sangat puashati dan satu lagi harganya murah giler. Kenangan terindah.
4. Masa nak balik....kami sempat singgah di rumah Ahmad Dhani vokalist kumpulan Dewa. Tapi dia takda masa tu....hanya sempat turun dan ambil gambar rumah sahaja hehehe. Rumah penyanyi Inul Dangdut pun kami lalu ajer.
5. Masa kat airport hari kami nak balik....beg kami berduyun-duyun tak terkata. Dah kata dalam hati ni...mesti kena excess baggage. Tapi temanku Kak Rose memang pakar bab2 menggoda ni. Cowok yg jaga kaunter tu punyalah hensem giler mcm artis. Dia tengok plak cewek2 semuanya. Apalagi Kak Rose mengayatlah dia. "Aduhhh gantengnya mas persis artis cinetron". Suka dia plak tu. Kami terlebih 5kg....lepas uolsssssss!!!!!
semasa shopping di bandung
Rumah Mode FO tempat wajib pergi
beli eksesories di Mangga Dua
singgah hard Rock Cafe Jakarta utk beli tshirt
beli baju swimming Muslimah di Tanah Abang
letih ahkak menaip utk entry ini. Sambung lagi nanti iya. Entah bila aku nak update lagi blog ini...sebab next week aku dah start busy uolssss. Oklah byeeeee...jumpa lagi.
p/s - Selamat Berkorban. Tahun ni kami beraya di Temerloh sebab buat korban di sana Insya Allah.
la sis org temerloh ke
ReplyDeletesatu kg sis... anum pun balik t'loh
Nak tgk gambaq island hoping plissss. Plisssssss.
ReplyDeletekak leez,
ReplyDeletedh lame tau tunggu sambungan ni...cepat2 sambung eh...best tu
Lama giler tak berkunjung ke sini hihihi macam tuan belog nih jugaklah busy memanjang.....bile agaknya boler bercuti sama kan
ReplyDelete