August 2, 2012

Part 3 : Majlis Cukur Jambul Ariesya & Hari Lahirku @ Kelab Darul Ehsan



Salam Ramadan Hari ke-13.
Kejap ajer kan dah masuk hari ke 13. Rasanya baru ajer start puasa hari tu. Ada lebih kurang 2 minggu lagi kita nak berhari raya dan meninggalkan Ramadan. Sedih plak rasanya. Adakah kita akan berjumpa lagi Ramadan di tahun hadapan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Ok sambung lagi citer majlis ni. Kali ni nak citer pasal besday ku plak hehehe. Sebab kebetulan majlis cukur jambul Ariesya di buat pada tarikh lahir ku....jadi apa kata kita celebrate sekali. Aku pun rasanya dah lama tak celebrate besday ramai-ramai mcm ni. Padahal umur makin meningkat tu tapi tetap ada hati nak tiup lilin kannnn hehehe. Abih tu...korang ingat yg nak meniup lilin tu utk owang muda ajer ke? Dulu masa budak2 memang lah selalu tiup lilin utk besday.....terkenang zaman muda-muda ahakss.

Kepada teman-teman lain yang aku tak jemput tu minta maaf banyak-banyak sebab majlis ni pun aku tumpang majlis anak buah. Segan nak jemput ramai-ramai. tetamu terhad pada 200 orang sahaja. Yang ramai tetamu my bro lah. So, aku hanya sempat jemput teman2 yg selalu jumpa ajer...mostly teman2 sepejabat. Yang lain-lain tu sedara-mara dan sepupu aku. Lain kali kalau ada rezeki lebih dan tetiba terasa muda nak tiup lilin lagi aku akan jemput teman-teman lain semua termasuk teman-teman blogger yg disayangi. Jom kita tengok gambar.


my nephews yg 3 orang ni tetap nak duduk depan kek...sian Rayyan tak nampak...so aku terpaksa dukung dia.

segan pun ada masa ni....sebab ramai2 nyanyikan happy besday...thanks semua.

akhirnya aku turunkan anak buahku Rayyan ke bawah...sebab tak larat nak dukung dia...berat!!! hahaha

tiup ala-ala slow motion.......mcm retis lah konon



red velvet cake yg sangat sedap.

bersama kak rose dan mai...teman office

ni plak bersama kak rosecun teman office jugak. Thanks for the besday gift.

bersama my bro izuan dan anaknya Daniel

bersama my cousin kak dalila. Thanks for the besday gift kak!!

bersama teman-teman blogger ...Sepul  + Nita + Umar dan juga Qis + Burn. Muahhhh....thanks uolss.

sessi memotong cake utk tetamu

thanks semua...kak zila, kak rose, kak yong and mai. Muahh muahh

thanks to my auntie, cousins, anak sedara dan semua sedara mara yg hadir

 thanks to my adik sayang Maya......muah muahh. Thanks for the besday gift dear.

 thanks to Reza and Shima......muahh muahh. Thanks for the besday gift shima.

bersama Maya, "Remy Ishak" and Irfan.......thanks semua

 with my beloved family. Anak buah lagi 4 orang takda dalam gambar. 2 orang tengah tidur dan 2 orang lagi entah main ke mana. Hanya Rayyan ajer ada....daddy dukung.

 love my family so much. Tanpa mereka...entah apa akan jadi pada diri ku.

 saki baki red velvet untuk tuan rumah. Special order dari Kitchen Studio Jamu Mak Dara

gift untuk tetamu...dalam tu ada butter cake.


Alhamdulillah habis sudah update majlis ini. Tu diaaaa....sampai 3 part aku wat entry majlis ni. Tu pun ada lagi pic yg aku tapis-tapis tak masuk dalam ni. Btw....thanks sgt2 pada yg hadir. Bila tetamu yg dijemput datang pada majlis kita maknanya dia ingat pada kita dan menghargai jemputan kita. Kepada yg tak hadir dgn seribu alasan...hmmmm tak mau cakap apa. Pas ni.....tak mau jemput lagi. Masa ni kita nilai mana satu kawan ada sebab tertentu dan mana satu kawan susah senang bersama.


p/s - next entry pasal kisah puasa plak yea.




7 comments:

  1. salam ramadhan leez .....tak jemput akak pn ya . sob..sob ...

    ReplyDelete
  2. Leez tina suka and craving giler velvet cake and not to forget baju lawa siot...hehehe

    ReplyDelete
  3. happy birthday leez.. moga panjang umur dan murah rezeki sentiasa..

    sungguh macam retis gitu.. thumbs up..

    ReplyDelete
  4. Salam!

    Happy belated birthday! :)

    ReplyDelete
  5. happy belated birthday leez. semoga dipanjangkan umur, kesihatan yg baik & dimurahkan rezeki. ameen..

    ReplyDelete