Salam semua.
Aku memang terlalu sibuk dengan event Cabaran Sihat ni sehinggakan nak update kat blog pasal event ni pun aku tak sempat. Next week dah nak closing ceremony.....kejap jerk masa berlalu. Kesemua 5 aktiviti yang telah dirancang berlalu sudah. Tunggu next week jerk keputusan siapa kah pemenangnya. Nanti aku update kat sini details berkenaan venue closing ceremony event ini. Semua dijemput datang yea.
Entry kali ni aku nak tunjukkan aktiviti senamrobik yang telah diadakan di Celebrity Fitness Bangsar dan aktiviti jungle trekking yang telah diadakan di MARDI Serdang. Memang aktiviti yang sangat fun dan campur pulak telatah para peserta yang mencuit hati.
Untuk pengetahuan semua...ramai sangat nak menjadi peserta event cabaran sihat ini sehinggakan ada yg call kami merayu2 nak masuk. Apa nak buat kami hanya boleh menerima 30 peserta sahaja. Next season boleh try lagi yea. Yang menjadi tarikan mereka untuk menjadi peserta ialah aktviti2 yang disediakan dan tips2 sihat daripada kevin. Fuhhhh...nak prepare semua ni bukan perkara mudah. Aku kena berhadapan dengan pelbagai suka duka ketika mencari penaja. Anyway...terima kasih banyak2 kepada semua para penaja event ini yang sudi bekerjasama dengan kami. Next season bolehlah sponsor lagi yea....torche!!!
keceriaan di wajah peserta cabaran sihat musim 2
jom kita menari salsa bersama instructor celebrity fitness
cikgu kevin sedang tunjuk camana nak buat workout di sini
tips sihat daripada cikgu kevin....
bersungguh2 cikgu kita tuuuuu.....
the following week plak aktiviti jungle trekking di mardi
sessi timbang berat sebelum mendaki....kevin tunjuk pada para peserta progress penurunan berat badan masing2...
tu diaaa... pintu gerbang nak masuk hutan...
dollah jadi chief paling depan masa nak mendaki
mcm keretapi.....peserta kena daki...pastu turun....pastu mendaki lagi...memang fun and enjoy masa ni
tolong menolong antara peserta...syabasss
di saat akhir...pendakian makin tinggi tetapi tetap terpancar semangat di wajah setiap peserta...sahut cabaran namanya tu.
masa ni dah slow down sikit sebab masing2 kepenatan
ada r&r tau dalam hutan mardi ni.....kita bergambar dulu
dah habissss....siap berendam dalam anak sungai ni....caiyokkk peserta.
Ok ada lagi 3 aktiviti yang aku nak citerkan di sini. Tunggu next entry yea. Yang pasti aku rasa lega dan boleh tersenyum sebab para peserta nampak enjoy dan bersemangat dengan event ini. Apa taknya....badan pun dah ringan dan ada confident pada diri masing2. ALhamdulillah.
p/s - plan nak beraya di negara orang. Tapi di mana yea?
BYK INFO DARI BLOG INI..THANKS EMPUNYA DIRI..SELALU BACA ENTRY KAT BLOG NIH!!HEHE :)
ReplyDeleteHi sis,
ReplyDeleteTertarik pulak dgn cabaran sihat tu?? camna ekk nak sertai nye??