Salam semua.
Maaf yea dah beberapa hari tak update....kesibukan melanda. Balik umah dah malam...badan penat dan terus tidur. Ni pun aku nak update curi-curi masa kejap. Hope lepas ni aku dapat mengupdate blog ni setiap hari. Aduhhh....
Ok sambung kisah percutian di Melaka.
Esok paginya kami dah bersiap untuk melihat-lihat binatang. Anak buah aku yg paling excited. Ikutkan malas nak pergi sebab dah pergi pun 2 tahun lepas. Ok takpalah...joint jugak. Nak duk kat banglo nak wat apa...nanti aku makan tidur ajer kerjanya. Kat luar ketika itu panas berdeting...fuhhhh benda yang aku tak suka. Nanti kulit muka mak terbakar...tak rela!!!
Biasalah kalau pergi dengan budak-budak....janji nak gi sebelum jam 10 pagi. Akhirnya jam 11 pagi baru bertolak...huhuhu. Nak ke Animal World Safari ni tak jauh pun...still dalam kawasan AFamosa tapi tetap kena bawak kereta. Mama ku just stay kat banglo bersama2 dengan my niece yg baby tu dan neneknya...juga 2 org maid kami. So, aku, my bro yg lain, sis in laws dan anak buah yg 4 org tu semua pergi.
sampai ajer dah nampak gajah ni. Anak buah aku dah terkinja-kinja nak naik. Daddy dia kata....tunggu kita naik kat dalam punya.
4 orang anak buah lelaki....yg baby my niece tu tinggal kat banglo tak bawak.
sementara menunggu bapak2 dorang membeli ticket...kami duk lepak kat sini. Aku lupalah how much the ticket. Tapi kalau tak silap aku.... gi safari + water park dalam RM75 dan kalau Safari sahaja ialah RM48. Harap figure tu betul..hehehe.
sedang menunggu lori sampai untuk jalan-jalan melihat binatang2 liar plak. Masa ni kepanasan yang amat...fuhhhhhh tak selesa aku.
inilah lori yg kami naik.....lori ni dijadikan seperti bas....siap ada tempat duduk dan jaring. Kalau takda jaring mcm ni....tak pasal2 kena ngap!!!!
tengok tu muka berminyak dan berpeluh......errrrhhhhhgggggg tak suka!!! Bila lah mesia nak turun snow yea?? *gila ape*....
yea yea dah nampak zirafah. Suka betul anak buah aku tengok zirafah tu. Adik2 aku sibuk memperkenalkan satu persatu animals dalam ni kepada anak masing2.
keadaan kami dalam lori ini......
tergolek kau rimau!!! Sudah kenyang kah???? Ada singa dan mcm2 haiwan lagi dalam ni tapi aku tak snap pun...sebabnya... aku malas!!! Habis tengok binatang2 ni...kami turun dari lori yg memeningkan kepala aku ni...dan kami tengok haiwan jinak lain plak.
comel plak aku tengok kambing biri2 ni. Kalau kat Australia or NZ...bulu dia lagi tebal.
suka betul Danish bagi makan kambing ni dengan sayur kacang panjang. Tak takut kena gigit ke sayang??
Daniel plak sakan bagi rabbit ni makan sayur.
Budak-budak memang sukalah tengok binatang....
ni plak dia bagi keldai makan roti....siba baik tangan tu tak kena ngap hehehe
mula2 landak ni berada dalam kandang. Bila kami baling makanan...barulah dia keluar.
siapa kata kancil tu tak wujud? Sang kancil selalu dijadikan bahan cerita buku kanak-kanak sebagai seekor binatang yang cerdik. Ni buktinya kancil tu wujud.
ok kami stop dulu untuk lunch. Package Safari ini termasuk dengan lunch. Boleh pilih sama ada nak nasi goreng ini atau nasi minyak. Rasanya???...hmmm so-so ajer.
anak buah aku dah excited nak naik atas gajah. Aku malas sebab tak suka baunya yg busuk. So, aku tukang snap ajer.
sukanya mereka-mereka ini.
sebetulnya tidak dibenarkan snap pic di sini. Tapi...aku ni kan mamarazzi yang sangat degil. Tengoklah mata gajah tu duk jeling aku...buat muka bengang. Sekali dia angkat ke atas belalai tu nak sembur air...terus aku mencecet cabut lari. hahahaha.
satu lagi trip.....tengoklah muka zarief yg ketakutan hehehe. Harga nak naik ni ialah RM20.
then...kami bergerak plak nak tengok cowboy show. Dulu aku pernah tengok show mcm ni di Safari Bangkok...sebijik. Tapi tak paham sebab dia cakap bahasa Thai.
show ni ada aksi tembak-menembak. Anak buah aku yg 2 org tu..Zarief dan Rayyan menangis ketakutam. Terpaksalah mummy bawak lari anak ke tempat lain hahahaha.
bersama my beloved nephew Zarieff.....masa ni belum menangis lagi.
udah start aksi tembak-menembak. Siap ada api tu...kelass!!! Oklah show ni.....best jugak. Nampak real.
tengoklah muka masing2...melopong tengok cowboy show. Danish siap tutup telinga sebab bunyi tembakan kuat sangat.
habis sudah. Pelakon2 yg menjayakan cowboy show di tengah-tengah panas. Bisa rentung ni.
jom kita balik......
Sebaik kami habis melihat animals di Safari Park ni....seterusnya ialah bermandi-manda di Water Park. Ohhhh noooo...aku tak joint. Dengan panas terik ketika ini....aku lebih rela duk dalam banglo tu. So, aku balik ke banglo sorang-sorang dan yang lain pi bermandi-manda pulak. Lagipun aku memang tak boleh gi pool buat masa ni.
Sambil banglo...apa lagi....acara membuat tahi mata dalam bilik hehehe. Lebih kurang jam 8 malam baru kami pulang ke KL. My bro sajer extend sampai malam sebab nak bagi anak-anak dia rehat dan tidur dulu. Tapi kena bayar extra lah. Sepatutnya check-out time ialah jam 12 tengahari. Ok...selesai sudah my family trip ke Melaka. Oklah...best juga sesekali enjoy with family.
p/s - tengah stress membuat persiapan acara penutup Cabaran Sihat
happy family
ReplyDeletememang best kat sini kan pelagi if with family! slam kenal n dah follow u 361
ReplyDeleteBanyak2 binatang paling gemar harimau....hehehe kulit dia cantik tapi tulah fears...
ReplyDeleteAnum -
ReplyDeletealhamdulillah...am happy with my family
kesuma -
ReplyDeletethanks yea sudi baca blog ni...singgah lagi yea
Tina -
ReplyDeletehehehe rimau jugak yg you suka kan. Sesekali tgk rimau seronok juga.....comel kan.