June 28, 2012

Cabaran Sihat Musim 2 : Majlis Pelancaran & Sessi Bengkel Kaunseling



Salam semua.
Lately ni kesibukan melanda sebab busy dengan aktiviti Cabaran Sihat Musim ke-2 bersama Kevin Zahri sekali lagi. Sebagai organizer..... pelbagai cabaran, dugaan, suka dan duka aku mengendalikan event ini. Selain motivate para peserta ...ia juga memotivatekan diri aku sendiri jugak. Dorang timbang berat, jalani latihan kecergasan dan melalui pelbagai cabaran....aku pun joint sekali. Alhamdulillah ada nampak positive sikit.

Last year masa musim pertama aku tidak berkesempatan mengikuti kelas kaunseling bersama Kevin sebab masa tu busy sangat. Yelah....kelas dan pelancaran dalam hari yg sama. Kelam kabut aku ke sana ke mari. So, this year aku mengambil peluang duduk sekali mengikuti kelas kaunseling ni. Kevin mengajar tentang tahap metabolisma bagi setiap individu...di mana ia bergantung pada faktor berat, tinggi dan usia seseorang. Then....pengiraan kalori. Berapa kalori yg kita ambil dan bakar setiap hari. Berapa banyak kalori yg diperlukan tiap individu juga berbeza. Apa aktiviti kita setiap hari dan apa yg kita makan setiap hari pun kena amik tahu. Setiap makanan yg kita ambil kena tahu berapa kalori. Tidur kena cukup 8 jam...akan membakar lebih kurang 500 kalori. 

Ooooo baru paham. Sebab tu ada org dia exercise bagai nak rak....tapi tetap tak kurus. Kenapa agaknya? Mungkin dalam masa yg sama dia mengambil banyak makanan yg berkalori tinggi. Satu kg yg susut bersamaan dengan 7,700 kalori yg terbakar. Just imagine...kalau kita hanya membakar 1500 kalori sehari termasuk berjalan, exercise, tidur , memandu, basuh kain, memasak...tetapi dalam masa yg sama kita makan banyak sampai 2000 kalori (cth: ais krim, nasi beriyani, roti canai, ayam goreng dan mcm2 lagi dalam sehari). Apabila ditolak...berapa ajer yg tinggal....so tak mencapai matlamat utk menurunkan lebih kg sehari atau seminggu. 

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal pengiraan kalori ni boleh beli ebook Kevin Zahri di website dia sendiri : www.kevinzahri.com


 30 orang peserta bergambar masa hari pelancaran

 sessi menimbang berat peserta

 Kevin sedang memberi sedikit ucapan kata semangat kepada para peserta

 the next day ialah sessi bengkel dan kaunseling di Prince Court Med. Ctr

 mcm masuk kelas Matematik...sbb banyak pengiraan!!! kira apa? Kira kalori lahhh.

 bersungguh-sungguh Kevin memberi penerangan kepada peserta

 dia akan pergi seorang demi seorang peserta tengok sama ada peserta faham atau tidak

break time.....pun ada yg sempat bertanyakan soalan. 


Nanti next entry aku share dengan korang aktiviti2 mingguan yang dijalankan. Nampaknya semua peserta berpuas hati dengan progress penurunan berat badan masing-masing. Setiap pagi sebelum start aktiviti peserta diwajibkan menimbang berat badan. Syukur sangat...bolehlah aku tersenyum lebar lepas ni.


p/s - stress...stress..stress....closing ceremony ada lagi 2 minggu tapi byk benda x siap lagi uwakkkkk



June 26, 2012

Swimming Activity !!!!


Salam semua.
Entry kali nak citer pasal aktiviti sihat pulak. Semalam pasal makanan sihat dan kali ni aktiviti sihat plak...hmmmm skema sangat!!! Sajer jer nak share dengan kawan-kawan semua tentang aktiviti swimming aku yang dah lama tak buat. Rasanya last aku swimming masa kat Medan, Indonesia. Itupun kejap ajer. Lepas tu...aku dah tak aktif pun. Sebabnya aku ada masalah dengan tonsil - asik sakit tekak ajer. So, doctor advice me to stop for a while til aku fully recovered. 

Start aku jatuh cinta dengan aktiviti ini semenjak aku dah pandai swimming. Sanggup tu hired trainer semata-mata nak belajar swimming ni. Alhamdulillah berbaloi sangat dan akhirnya aku dapat swimming dengan jayanya. Since that, aku pantang tengok laut dan pool. Perghhhh...jadi giler meroyan tengok air. Hehehe...teruk betul. But i tell you....kalau nak bagi perut kempis swimminglah jawapannya. I can see the different dulu. Pastu satu ajer yg aku tak tahan....mudah kena selesema dan batuk. Itu salah satu kekurangan daya tahan dalam badan aku...mudah kena jangkitan. 

Sekarang ni aku sangat menrindui nak berenang dalam pool yang besar. Memang rindu sangat2. Bila lah agaknya aku dapat jadi mcm dulu....seminggu 3-4 kali mesti spent at least 1-2 hours swimming.











aktiviti snorkeling yg paling ku rindui

tidak lupa aktiviti diving yg sangat ku tunggu-tunggu....


Jika takda aral melintang lepas raya nak amik PADI licence .....kat Sabah kot. Itupun bergantung pada tahap kesihatanku camana. Kalau doctor kata ok...i will go for it!!! Insya Allah.


p/s - semoga adikku tabah dengan dugaan yg mendatang. Sentiasa ingat Allah....Dia akan melindungi kita disaat kita dalam kesusahan. 




June 24, 2012

Halal Korean Food @ Sweetree Ampang Putra





Salam semua.
Entry kali ni aku nak citer pasal makan-makan pulak. Makanan yang pertama kali aku mencuba. Sejak balik dari Korea hari tu...tetiba aku gatal mulut nak merasa makanan Korea pulak. Kebetulan pulak nak dapatkan Halal Korean Food tiada masalah di sini. Restorannya pun dah dekat sangat dengan rumah aku.  Untuk pengetahuan semua...orang Korea memang mengamalkan healthy food. So, marilah kita sama-sama mencuba hehehe.

Ada beraneka jenis makanan Korea di restaurant ini...Sweetree. Aku ke sini dengan teman travel merangkap tourist guide semasa aku ke Korea hari tu...hehehe jangan marah Kak Zila. Pening kepala jugak nak memilih yang mana satu. Aku bercadang utk tidak mengambil nasi...nak merasa mee pulak. So akhirnya  kami memilih makanan di bawah ini. Maaf gambar tak clear sebab pakai hp camera ajer.


 nama makanan ini ialah Yuk Gye Jang. Spicy noodle and beef with vege. Kuahnya pekat...rasa masam skit mcm asam pedas hehehe. Ni makanan pilihan Kak Zila. Makanan ini juga dilengkapkan dengan side dish - Kimchi and beberapa sayuran lain.

 close-up makanan tadi.

Harganya ialah RM16 semangkuk

 ni pulak makanan pilihan aku Jjam Bong. Spicy noodle and squid with vege. Memang sedap. Mee tu ialah buatan sendiri yang first time aku merasa. Bukan mee kuning tau. Makan semangkuk besar ni memang tak larat nak habiskan. 

Harga makanan itu ialah RM19. Makanan Korea ni memang mahal skit.

 ini pulak ialah Kimbab Teriyaki Sauce. Sedaappppp!!!! Highly recommended. Aku suka sangat. 

 ada pelbagai perisa....boleh pilih mana-mana yg kita nak rasa.

pastu masa kami tengah makan...tetiba taukeh kedai tu bgtau nanti nak singgah ke meja kami nak tunjukkan demo membuat Korean Candy. Masa kami tengah makan,....dia pun datang. 

 cara membuatnya : brown sugar and baking powder. Pastu panaskan seperti gambar di atas.

Dia tuangkan ke atas tempat ini dan biarkan seketika. Then...dia  bentukkan seperti di atas. Tunggu jap sampai candy ni mengeras. Hmmmm...sedap.


Kalau ada sesiapa yang nak merasa makanan Korea yg halal di KL ni....datanglah ke restaurant ini. Decoration dalam restaurant cantik dan sejuk mata memandang. Maaf aku tak sempat nak snap pic. Restaurant ini terletak di kawasan Korean Village di Ampang. Alamat seperti di bawah :


Sweetree
No. 13L-1-2, Jama Ampang Putra,
Taman Putra Sulaiman
68000 Ampang, Selangor
Phone : 03-42517242


p/s - Ya Allah kau lindungilah ahli keluarga aku daripada manusia ini yg hidupnya sentiasa bergelumang dengan bomoh dan jin. Ingatlah....sepandai-pandai tupai melompat...kau akan jatuh jua akhirnya. 





June 21, 2012

Day 2 - Family Trip to AFamosa Melaka



Salam semua.
Maaf yea dah beberapa hari tak update....kesibukan melanda. Balik umah dah malam...badan penat dan terus tidur. Ni pun aku nak update curi-curi masa kejap. Hope lepas ni aku dapat mengupdate blog ni setiap hari. Aduhhh....

Ok sambung kisah percutian di Melaka.
Esok paginya kami dah bersiap untuk melihat-lihat binatang. Anak buah aku yg paling excited. Ikutkan malas nak pergi sebab dah pergi pun 2 tahun lepas. Ok takpalah...joint jugak. Nak duk kat banglo nak wat apa...nanti aku makan tidur ajer kerjanya. Kat luar ketika itu panas berdeting...fuhhhh benda yang aku tak suka. Nanti kulit muka mak terbakar...tak rela!!!

Biasalah kalau pergi dengan budak-budak....janji nak gi sebelum jam 10 pagi. Akhirnya jam 11 pagi baru bertolak...huhuhu. Nak ke Animal World Safari ni tak jauh pun...still dalam kawasan AFamosa tapi tetap kena bawak kereta. Mama ku just stay kat banglo bersama2 dengan my niece yg baby tu dan neneknya...juga 2 org maid kami. So, aku, my bro yg lain, sis in laws dan anak buah yg 4 org tu semua pergi.


sampai ajer dah nampak gajah ni. Anak buah aku dah terkinja-kinja nak naik. Daddy dia kata....tunggu kita naik kat dalam punya.

4 orang anak buah lelaki....yg baby my niece tu tinggal kat banglo tak bawak.

sementara menunggu bapak2 dorang membeli ticket...kami duk lepak kat sini. Aku lupalah how much the ticket. Tapi kalau tak silap aku.... gi safari + water park dalam RM75 dan kalau Safari sahaja ialah RM48. Harap figure tu betul..hehehe.

sedang menunggu lori sampai untuk jalan-jalan melihat binatang2 liar plak. Masa ni kepanasan yang amat...fuhhhhhh tak selesa aku.

inilah lori yg kami naik.....lori ni dijadikan seperti bas....siap ada tempat duduk dan jaring. Kalau takda jaring mcm ni....tak pasal2 kena ngap!!!!

tengok tu muka berminyak dan berpeluh......errrrhhhhhgggggg tak suka!!! Bila lah mesia nak turun snow yea?? *gila ape*....

yea yea dah nampak zirafah. Suka betul anak buah aku tengok zirafah tu. Adik2 aku sibuk memperkenalkan satu persatu animals dalam ni kepada anak masing2.

keadaan kami dalam lori ini......

tergolek kau rimau!!! Sudah kenyang kah???? Ada singa dan mcm2 haiwan lagi dalam ni tapi aku tak snap pun...sebabnya... aku malas!!! Habis tengok binatang2 ni...kami turun dari lori yg memeningkan kepala aku ni...dan kami tengok haiwan jinak lain plak.

comel plak aku tengok kambing biri2 ni. Kalau kat Australia or NZ...bulu dia lagi tebal.

suka betul Danish bagi makan kambing ni dengan sayur kacang panjang. Tak takut kena gigit ke sayang??

Daniel plak sakan bagi rabbit ni makan sayur. 

Budak-budak memang sukalah tengok binatang....

ni plak dia bagi keldai makan roti....siba baik tangan tu tak kena ngap hehehe

mula2 landak ni berada dalam kandang. Bila kami baling makanan...barulah dia keluar. 

siapa kata kancil tu tak wujud? Sang kancil selalu dijadikan bahan cerita  buku kanak-kanak sebagai seekor binatang yang cerdik. Ni buktinya kancil tu wujud.

ok kami stop dulu untuk lunch. Package Safari ini termasuk dengan lunch. Boleh pilih sama ada nak nasi goreng ini atau nasi minyak. Rasanya???...hmmm so-so ajer.

anak buah aku dah excited nak naik atas gajah. Aku malas sebab tak suka baunya yg busuk. So, aku tukang snap ajer.

sukanya mereka-mereka ini.

sebetulnya tidak dibenarkan snap pic di sini. Tapi...aku ni kan mamarazzi yang sangat degil. Tengoklah mata gajah tu duk jeling aku...buat muka bengang. Sekali dia angkat ke atas belalai tu nak sembur air...terus aku mencecet cabut lari. hahahaha.

satu lagi trip.....tengoklah muka zarief yg ketakutan hehehe. Harga nak naik ni ialah RM20.

then...kami bergerak plak nak tengok cowboy show. Dulu aku pernah tengok show mcm ni di Safari Bangkok...sebijik. Tapi tak paham sebab dia cakap bahasa Thai.

show ni ada aksi tembak-menembak. Anak buah aku yg 2 org tu..Zarief dan Rayyan menangis ketakutam. Terpaksalah mummy bawak lari anak ke tempat lain hahahaha.

bersama my beloved nephew Zarieff.....masa ni belum menangis lagi.

udah start aksi tembak-menembak. Siap ada api tu...kelass!!! Oklah show ni.....best jugak. Nampak real.

tengoklah muka masing2...melopong tengok cowboy show. Danish siap tutup telinga sebab bunyi tembakan kuat sangat.

habis sudah. Pelakon2 yg menjayakan cowboy show di tengah-tengah panas. Bisa rentung ni. 

jom kita balik......


Sebaik kami habis melihat animals di Safari Park ni....seterusnya ialah bermandi-manda di Water Park. Ohhhh noooo...aku tak joint. Dengan panas terik ketika ini....aku lebih rela duk dalam banglo tu. So, aku balik ke banglo sorang-sorang dan yang lain pi bermandi-manda pulak. Lagipun aku memang tak boleh gi pool buat masa ni.

Sambil banglo...apa lagi....acara membuat tahi mata dalam bilik hehehe. Lebih kurang jam 8 malam baru kami pulang ke KL. My bro sajer extend sampai malam sebab nak bagi anak-anak dia rehat dan tidur dulu. Tapi kena bayar extra lah. Sepatutnya check-out time ialah jam 12 tengahari. Ok...selesai sudah my family trip ke Melaka. Oklah...best juga sesekali enjoy with family.

p/s - tengah stress membuat persiapan acara penutup Cabaran Sihat