April 22, 2012

My Umrah Pics @ Al-Islam May Issue





Salam semua.
Sudahkah anda mendapatkan majalah Al-Islam terbaru di atas? Cepat-cepat beli sebelum kehabisan kay.
Tetiba kan aku nak promo majalah ni. Okay...sebenarnya nak bgtau bahawa kembara umrah yg aku pergi baru-baru dah pun masuk ke dalam majalah Al-Islam keluaran Mei yg terbaru ni. Sekarang masih panas berada di pasaran. Tengoklah tajuk kecil di atas "1001 Coretan Kembara Umrah".

Kembara Umrah ini ialah anjuran majalah Al-Islam dan ia terbahagi kepada 4 kumpulan dengan tarikh keberangkatan yang berlainan. Aku ditempatkan dalam Kumpulan 3 dan kononnya aku ni mewakili majalah Al-Islam. Aku diamanahkan menjaga jemaah wanita. So balik ajer Malaysia aku kena buat sedikit write-up tentang pengalaman umrah untuk jemaah Kumpulan 3 ni. Hasilnya...tengoklah sendiri pada gambar-gambar di bawah.


 Pada muka surat ini ialah catatan umrah Kumpulan 1

 muka surat belah kanan tu ialah catatan umrah Kumpulan 3 - aku ler yg tulis ahaksss!!!

 yang muka surat belah kiri ialah catatan umrah Kumpulan 2

 ini pulak ialah catatan umrah Kumpulan 4...

 ini ialah sedikit catatan umrah yg aku tulis semasa di sana......

 ehhh..ehhhh...ada pulak terselit nama aku kat situ.....ahaksssss

 gambar jemaah dalam kumpulan 3..aku yg tudung hitam terselit tu.

Aku nak selit pasal hal umrah ni. Ada seorang hamba Allah ni duk tulis something kat kotak message belah kanan dalam blog aku ni pasal aurat ketika buat umrah. Aku terima kasih byk2 lah yeaa pada hamba Allah tu sebab sgt concern kannn. Aku nak jawab sikitlah pasal benda ni. Alhamdulillah aku dah 2 kali gi umrah dan aku memang merujuk ilmu tentang umrah pada ramai Ustaz, golongan cerdik pandai agama termasuk my beloved mum yg telah pun menunaikan haji sebanyak 2 kali dan umrah sekali. Pasal menutup dagu tu....baru first time i heard about it. Salah ke cara aku menutup aurat semasa gi bertawaf dan saie tu? Aku tengok jemaah-jemaah lain pun sama mcm aku....pakai telekung dan hanya nampak muka dan 2 tapak tangan. Dalam Al-Quran pun cakap menutup aurat kecuali muka dan 2 tapak tangan. Tak kata pulak nak tutup dagu. Satu lagi.....selepas sahaja kita bertahlul maknanya kita sudah bebas daripada berihram.....tak perlu nak tunggu sampai balik Malaysia. Hmmmm......cara nak menegur tu biarlah cara yg betul dan menggunakan bahasa yg elok. Tak payahlah berperibahasa bagai utk menampakkan orang lain ni naif sangat pasal agama. Sama ada umrah aku di terima atau tidak itu semua urusan Allah. Kita sebagai manusia takda hak nak kata tawaf orang tu salah ke betul ke atau sah ke atau tidak sah. Hanya Allah yg mengetahui semua tu. Wallahualam...........

Saya menulis tentang umrah di sini utk berkongsi ilmu pengalaman saya di bumi harom dengan kawan-kawan sekelian tetapi tidak terlintas di hati saya untuk bermegah-megah dengan sesiapa. Tak salah berkongsi ilmu Allah jika kita ikhlas disamping boleh mengajak rakan-rakan yg lain sama-sama utk menunaikan umrah satu hari nanti Insya Allah. Semoga niat suci saya ini diterima Allah. Jika ada kesalahan fakta harap dimaafkan. 

p/s - masih sakit tekak, batuk dan selesema. Semoga aku cepat baik sebelum berangkat destinasi percutian minggu depan.



19 comments:

  1. haiisshh... sy jeles bila baca part last tu. seronoknya akak ni. jalan je kejanya. :)

    ReplyDelete
  2. hehehe adam dan hawa...Syukur Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. akk, yg adam tu sebelah kanan sekali kan..kan..kan?

    ReplyDelete
  4. salam,
    dah nampak adam dah.nanti nak beli majallah al-islam..lagi satu ari tu ada tonton 30 minit Ust Don,pasal aurat,aurat wanita sekeliling muka,cupung telinga kiri dan kanan,dagu bawah tu termasuk aurat..yg akan fahamlah kalau salah tonton balik Ust Don

    ReplyDelete
  5. next trip pergi bercuti ke mane? hebat ade penulisan panjang2 ni..

    ReplyDelete
  6. leez ....get well soon.

    seronoknye ada citer Tanah Harom lg, nanti akak dptkn al-islam.

    ReplyDelete
  7. Kak Leez...takde majalah free ke? hehehehe

    ReplyDelete
  8. Kak leez,

    sy pernah ternampak header dlm surat khabar ruangan tanya ustaz, dagu itu bukan aurat...

    sy rase benda2 mcm ni..klu xtau..blh google, lps tu kene refer org yg lbh arif contohnya ustaz @ ustazah...nk lebih fhm, tanye lbh dr sorg n lps tu bt kesimpulan...xblh nak tegur org suke2 ht...

    ReplyDelete
  9. Well Leez,

    akak pun ada baca pasal org2 yg tak puas hati dalam blog Leez ni.. Lepas baca akak geleng2 kepala. Akak pelik lah dgn depa ni.. Kenapa nak susah payah menulis kalau takat nak sakit kan hati org. Benar2 tak faham.. Doa dgn ALLAH dia leh mintak ampun, dosa mengaibkan kan org kan susah nak mintak maaf. Payah kann.. Pelikk..

    ReplyDelete
  10. Dapat masuk magazine again! Congratz, kak! Bila nak berangkat ke Korea?

    ReplyDelete
  11. Semuga berpanjangan kasih Adam dan Hawa itu ye..Insyaallah...

    ReplyDelete
  12. Askm..patutlah kita tak jumpa Leez..sbb Nekcik 28/02 tu dah bergerak balik Malayzie!!!

    ReplyDelete
  13. vahhh fofulerrnye akak tuuu.. ehhheee

    ReplyDelete
  14. salam...

    selama ni saya silent reader jer.... tapi hari ni nak komen.. sbb semalam try bukak blog ni, x dpt.. :( so sedih... sbb saya suka baca blog ni.. bnyk info psl travelling plus.. saya plan nak pi uk& europe next year.. dan dah bookmark blog ni utk reference...thank God hari ni dah bleh access ^_________^

    just nak cakap.. ignore what other ppl say... at least ur writings have helped ppl like me..

    cheers!



    syida

    ReplyDelete
  15. leez,
    pelik ye nape byk tul org PHD ni. ikut pemahanan aku masa pi umrah dulu takde plak kena tutup dagu. islam ni mudah..cuma bila terlalu fanatik inilah jadinya. sama jgk mcm purdah...sape kita nak cakap ni salah tu salah? yg menegur2 ni konfirm masuk syurga ke klu menegur org dgn cara tu? sabar ye leez...

    ReplyDelete
  16. Saya alia, yang memberi komen tentang tutup dagu tempoh hari. Minta maaf lah sekiranya komen saya menyentuh perasaan cik dan puan-puan. Saya cuma memberi nasihat. Untuk makluman saya sendiri telah mengerjakan haji dan beberapa kali umrah. Saya bukan muda umor pun dah 45 tahun. Yang saya maksudkan ialah bahagian bawah dagu hingga ke leher. Bukannya tutup dagu yang bawah bibir. Sekiranya cik dan puan-puan melihat program 30 minit ustaz Don ada ditunjukkan bahagian dagu mana yang dikatakan aurat. Boleh lihat di You Tube. Juga rujuk ustaz Zaharuddin.net dan Dr. Basit Abdul Rahman (pembimbing Haji dan mendapat Dr. dari Universiti Madinah). Semasa laksanakan ibadah haji dan umrah saya sendiri melihat betapa ramai jemaah yang tidak memahami pelaksanaan Haji dan umrah dan sebab tersirat. Saya juga terkejut apabila terdapat jemaah yang tidak hiraukan aurat sehingga rambut terkeluar ketika tawaf. Para ustaz sendiri mengakui ramai yang ke tanah suci tidak membuat penyucian jiwa sebelum ke tanah suci. Dan apabila pulang dari umrah dan Haji tidak istiqomah seperti apa yang dilaksanakan disana. Itu pentingnya kita kena ada ilmu. Di Malaysia kita berpegang kepada Mazhab Shafie jangan bandingkan dengan mazhab lain. Mazhab Hanafi tidak memakai stokin. Tetapi Mazhab Shafie kaki adalah aurat. Di Mekah atau dimana sahaja kita perlu menutup kaki samaada dengan stokin atau kasut yang bertutup. Saya sayangkan semua wanita Islam. Sedih melihat ramai yang tidak tahu tujuan kita dijadikan khalifah di bumi. Amat kurang penghayatan dan tatacara hidup zaman Rasulullah dan sahabat. Begitu juga lihatlah laman web masjid negara bagaimana busana muslimah memesongkan akidah kita umat Islam. Ianya agenda kafir. Kita dipesongkan dengan 5F- Fashion, Food,Family, Film dan Fun. Ayoh bangkit dari cintakan dunia tingkatkan kualiti amalan wajib dan banyakkan amalan sunat. Rugi sekiranya kita tidak laksanakan. Pohon sepuloh jari kemaafan sekiranya ianya tidak menyenangkan. Nasihat untuk membina bukan membinasakan. Suatu hari anda semua akan faham. Wasallam

    ReplyDelete
  17. puan alia..
    tak salah menegur tapi gunakan bahasa yang menyenangkan sesapa utk membaca dan memahaminya. Cara awak menegur seperti memerli dengan bahasa yg sinis. Sdgnkan org yg alim ulamak yg tinggi ilmu agamanya pn pandai menggunakan bahasa yg tidak mengguris hati org lain. Dah pergi haji dan umrah beratus2 kali pun tapi menegur org dgn cara yg sombong....org yg membaca pun rasa jelek dan tak respect. Jangan hanya pandai menegur org tapi diri sendiri pun tak tentu perfect.

    ReplyDelete