April 11, 2012

Kembara Umrah 2012 : Mekah - Jeddah





Episod terakhir aku di tanah harom. Fuhhhhh berentry-entry nak habiskan. Al-maklum stay di sana 12 hari maka banyaklah cerita-cerita dan gambar-gambar nak dipaparkan di sini. Banyak lagi cerita lain yang pending sebab aku nak habiskan dulu entry di tanah harom ni. Aku ni jenis kalau boleh nak habiskan memblog sesuatu trip as soon as possible. Aku tak suka simpan lama-lama....pastu mesti aku lupa dah. 

Hari ini ialah hari terakhir kami di tanah harom. Malam sebelum tu kami ada briefing untuk penerbangan balik esoknya. Ketua rombongan kami, Ustaz Halim ada penerangan sikit pasal air zam zam, beg kami yg berat sarat barat tu, jadual bertolak dan pasal tawaf widak esoknya. Flight kami jam 9.45 malam keesokan harinya tetapi jam 11.30 pagi kami dah berangkat meninggalkan tanah harom. So, pagi-pagi tu kami diwajibkan melakukan tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal ......meninggalkan tanah harom. Kepada yang keuzuran, cukuplah hanya melakukan doa selamat tinggal sahaja. 

Lepas kami ada briefing pasal flight malam tu...aku singgah kedai beli tali ikat beg dan apa-apa benda yang patut untuk kali terakhir sebab esok selepas melakukan tawaf dan doa wida' kami dah tidak boleh membeli-belah apa-apa. Malam tu aku sempat singgah beli burger. Padahal kat bilik tu beg tak kemas lagi...masih ada saki baki barang yg aku belum packing. 




Pagi tu lebih kurang jam 9 pagi kami dah berkumpul di bawah lobi hotel bersama-sama dengan beg kami. Simpan beg kat lobi dan masing-masing menuju ke Masjidil Haram menunaikan tawaf wida'. Aku pulak masa ni memang uzur...bersama-sama 2 orang lagi teman iaitu Kak Zila dan Fazlina...kami ikut Ustaz Mohammad menaiki teksi menuju ke bahagian pintu luar di tempat saie. Ikutkan boleh ajer kami jalan kaki tapi Ustaz kata jom ikut dia naik teksi sebab dia nak singgah di hotel belah sana nak ambil barang pada temannya. 

So, kami berempat turun di bahagian belakang Masjidil Haram iaitu pintu nak masuk ke tempat saie. Dulu masa aku gi umrah tahun 2005, hotel yg aku stay memang kat area sini. Aku memasuki pintu Babus Salam setiap kali nak masuk masjid. Kali ni bila aku sampai pagi tu...terkejut sekejap sebab dah lain bebenor. Sekarang ni tempat ni dah tinggi terus menuju ke tingkat dua tempat saie. Dulu satu tingkat ajer.....jalan ajer terus ke bahagian bawah. 

Tujuan kami melalui pintu di tempat saie ini ialah kami tak boleh memasuki Masjidil Haram sebab dalam keadaan uzur datang bulan. Jadi, kami masuk melalui laluan saei dan dicelah-celah tu kami boleh nampak baitullah. Maka di situlah kami berdoa selamat tinggal. Ustaz suruh kami pergi sendiri dan jumpa dia balik di tempat tunggu teksi tadi. 


kalau tak silap aku ni hotel-hotel di kawasan Masjid Kucing....tak lama lagi kena robohlah tu

bersama Kak Zila. Kalau tak silap aku kat belakang itulah rumah dimana Rasulullah dilahirkan.

kat belakang aku ni ialah tempat saie (dari luar). Kalau kita jalan terus boleh masuk ke pintu tempat saie tingkat atas. Kami turun bawah tangga tu untuk melalui saie yang tingkat bawah.

bersama dengan Fazlina...teman jemaah di sana. Faz, I know you're reading my blog...come we set one day to meet up. Make yourself free yah!!!

Alhamdulillah dah sampai tempat saie. Maaf gambarnya kurang sharp....bergoyang pulaks

di celah-celah tempat saie ini kami boleh melihat kaabah dan pintu multazam. Kami bertiga berdoa selamat tinggal di sini. Tanpa disedai air mata aku menitis lagi disini....sebak rasanya hendak meninggalkan kaabah dan tempat suci ini.  Ingat lagi dulu....disinilah tempatnya aku selalu bersolat...senang dan mudah sebab masa tu tak ramai lagi jemaah membuat umrah ke tanah suci berbanding sekarang ni. 

sempat lagi tu berposing di sini. Kena hati2 sebab tidak dibenarkan ambil gambar di sini. Aku sorok-sorok ajer.




Habis sudah kami di sana....naik teksi sekali lagi dan balik ke hotel kami. Masa ni kami berkumpul di lobi hotel sekali lagi sementara menantikan bas kami sampai. Aku just lepak dengan teman-teman jemaah lain.  Tepat jam 11.00 pagi mcm tu bas kami pun sampai. 


kami standby di depan hotel bersama-sama dengan jemaah lain
beg kami semua dah beranak-anak hehehe

beg aku yg bawah sekali warna coklat tu....perghhhh berat giler. Ada lagi satu beg isi kurma dan satu lagi hand carry beg.

air zam zam untuk jemaah2 semua.

masa ni.....sedih plak rasanya sebab dah nak meninggalkan tanah harom. Entah bilalah aku dapat dtg ke sini lagi. Insya Allah aku akan dtg lagi.

bersama Fazlian...kenalan jemaah di sana

perjalanan ke Jeddah mengambil masa sejam setengah. Kami berhenti di Masjid Terapung Jeddah untuk solat jamak Zuhor-Asar dan makan tengahari di sini. 


berposing sakan di Laut Mati. Over kan minah ni. 

masa ni angin sejuk bertiup. Walaupun panas terik tetapi hawa sejuk angin





Kami sampai awal di Terminal Haji Jeddah. Masa memang banyak lagi....so hanya melepak ajer di luar. 

Alhamdulillah urusan check-in kami di sini berjalan dengan lancar. Beg aku memang excess pun dah jadi 35kg huhuhu. Aku tumpang beg kat jemaah satu family ni...fuhhh selamat tak kena bayar.

kami jemaah wanita mengambil gambar beramai-ramai. Kumpulan jemaah aku ni ramai orang muda....tu yg kami jadi rapat sepanjang berada di sana.

ni pulak jemaah lelaki....Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka.

Makcik Ina, Makcik Azmah dan Kak Zila. Sayang anda semua!!!!


Di dalam flight perjalanan selama 9 jam....aku hanya tidur ajer. Tidur tak sedar diri...bangun hanya untuk makan ajer. Siap steward tu kejutkan aku nak bagi makanan...hahahaha. Alhamdulillah semua dah selesai ibadah aku di sini. Aku juga selamat sampai ke tanahair. My brother fetched me kat airport. 

Terima kasih banyak-banyak pada rakan pembaca blog ini yang sudi bersama aku mengikuti dari entry pertama hinggalah ke entry yg terakhir ini. Segala comment dan ucapan doa untuk aku semua tu....aku sangat hargai dan terima kasih banyak-banyak. Love all of u muahhh!!!!!






36 comments:

  1. JOhari:
    Alahai..lupa letak nama plak di komen sebelum ni.Saya lah ni org Sabah..hehehe..sorry.Asyik baca telenovela la ni..Didoakan semoga cepat langsungnya..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah happy ending tu nantinya...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..suka baca telenovela ni..smoga smuanya berakhir dengan ikatan yang suci dan yang penting k.leez dah gembira kembali...smoga temui kebahagiaan yang dicari..:-)

    ReplyDelete
  4. Semoga happy ending ye...InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. pertama kali nak komen kt sini ..selalu tu jd silent reader ..sy berdebar2 tgk enty nie .. lagi rasa deabr2 tgk gmbr masjid, org yg buat umrah semua .. subhanallah ... sy doakan sis bertemu jodoh dgn si dia .. aminnnn

    ReplyDelete
  6. Salam.. suka sgt baca ur entries.. rindu pada baitullah terubat sket bila tgk gambar2 u kt sana.. insyaAllah, mtk2 adala rezeki utk ke sana lg..
    lastly, i wish u all the happiness di dunia & akhirat & hopefully dpt khabaran gembira dlm waktu terdekat ni.. ;)

    ReplyDelete
  7. amin....semoga bahagia...leez happy akak lagi happy

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, tamat sudah a journey of lifetime ni. Wakjan doakan agar saudari dapat kembali semula ke bumi suci itu. Juga doakan saya agar dapat menjejakkan kaki kesana pula ...

    ReplyDelete
  9. tersenyum sy bace entry ni.. happy ending.. thanks kak leez sbb bg sy info tentang tanah suci mekah. sy x pernah lagi jejak kaki ke sini dan insyaAllah satu ari nnti sy akan sampai juga kesini..

    ReplyDelete
  10. Sy pun pertama kali buat UMRAH 3-17 Mac 2012. Sampai sekrg masih kuat lagi perasaan rindu pada KAABAH.
    Alhamdulillah... semoga kita diberikan rezeki dan dapat datang ke rumah Allah lagi.

    ReplyDelete
  11. Kak Leez..nak tengok habibi akak....pleaseee

    ReplyDelete
  12. Leez...semoga telenovela ni akan difilemkan pula di alam nyata...Insyaallah cepat-cepatlah hendaknya jodoh bersatu. Amin

    ReplyDelete
  13. Johari -


    lain kali jgn lupa letak nama tau ...hehehe.
    Sy tau awak adalah pembaca setia blog ni kan hehehe.

    ReplyDelete
  14. ummi-khalish -

    thanks yea mendoakan utk kak leez. Semoga pertemuan itu ada jodohnya Insya Allah.

    ReplyDelete
  15. kak hanim-

    thanks akak...sy pun suka kalau kawan2 sy gembira hehehe

    ReplyDelete
  16. rozita -

    thanks...itulah yg diharapkan

    ReplyDelete
  17. Nurul Diana -

    thanks sbb berjaya memberi komen di sini hehehe.
    Nanti singgah lagi tau.
    Thanks mendoakan utk saya juga.

    ReplyDelete
  18. hood -

    thanks membaca entry umrah ini. Sy pun seronok kerana dapat memberi sedikit ilmu dan info kepada pembaca semua. Alhamdulillah semua suka.

    ReplyDelete
  19. Anony -

    siapa ni yea? bglah nama.
    thanks mendoakan utk saya.

    ReplyDelete
  20. Azizan -

    sy mendoakan agar tuan dpt menjejakkan kaki ke tempat suci ini. Semoga apa yg sy paparkan di sini berguna kepada semua yg ada plan nak ke sana.

    ReplyDelete
  21. Bariah-

    oooo sama lah lebih kurang tarikh kita ke tanah suci. Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan. Yea..mmg rindu sgt kat sana.

    ReplyDelete
  22. Alin -

    kalau nak tgk habibi akak...kena jumpa akak personally kay

    ReplyDelete
  23. kak chah -

    nanti sy cari pengarah yg bagus utk menfilemkan telenovela ini hahahaha....
    sy bukan artis kak....

    ReplyDelete
  24. yana -

    heheheh kena tersenyum yea.?

    semoga yana ada rezeki ke sana Insya Allah. Byk2 doa yea.

    ReplyDelete
  25. Salam leez,

    Terharu citer masjidi harom...terharu jugak citer telenovela....hehehe.... apapon semuga Allah memberi yang TERBAIK.....akak like.

    ReplyDelete
  26. mamaton -

    hehehe...thanks kak.
    cerita tanpa telenovela akan jadi boring...sbb tu sy selitkan sekali hehehe

    ReplyDelete
  27. Salam kak, air zam-zam tu besar x botol dia?sorang jemaah dapat berapa?bukan ape,kite nak g jemput parent kita nanti. xtau muat x barang-barang dorang nak sumbat dalam myvi..hehe.. oh ye,diorang pegi dengan irna yakin gak.

    ReplyDelete
  28. salam kak.. nak tanya ni, air zam-zam tu besar mana ek botol dia?sorang jemaah dapat bape liter?bukan ape, kite nak amek parent kite nanti.. tak tau muat x barang2 diorang nak sumbat dalam myvi..heee..oh ye, diorang pegi dgn irna yakin jugak!

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum "tuan rumah"..

    Subhanallah.. rindu sungguh saya dgn semua tempat2 dlm gambar ni. Semoga Allah memanggilku menjadi tetamunya sekali lagi. Ameen.

    ReplyDelete
  30. salam kenal :)..bestnya baca kembara mekah ni..boleh dijadikan panduan nanti :)...amin...

    ReplyDelete
  31. Terima kasih bnyk2 kak leez...saya baca semula akak di madinah n mekah sbb in sha Allah saya akan menunaikan umrah thn ini.... .i luv uuuuuu

    ReplyDelete