March 29, 2012

Kembara Umrah 2012 : Mekah Part 1




Salam semua.
Lately ni aku sangat-sangat busy. Balik rumah dah malam dan badan letih nak tidur. Maaf yea kekadang tu aku tak sempat nak update blog ini. Sure ramai tertunggu-tunggu sambungan kembara umrah ni kan. Nak update blog mesti mempunyai daya kerajinan yang tinggi dan daya ingatan yang tinggi juga untuk mengingati segala fakta. Sepanjang berada di sini...aku memang tak mencatat apa-apa nota pun. Cara untuk aku mengingati fakta penting ialah dengan melihat gambar-gambar yang aku snap satu persatu. Dari situ datangnya idea dan automatik aku boleh refresh balik memori-memori di sini. 

Ok nak sambung balik perjalanan kami dari Kota Madinah ke Tanah Harom Kota Mekah. 
Oh yea lupa nak habaq...semasa dalam perjalanan tu aku tidur-tidur ayam ajer....sebabnya aku kena menjaga air sembahyang untuk bermiqot di Bir Ali. Sebelum bertolak tadi tu....aku sempat mandi sunat ihram terlebih dahulu di hotel dan kemudiannya mengambil wuduk. So, maknanya aku masih dalam berwuduk ketika perjalanan ini. 


 masih di Madinah....dalam perjalanan ke Mekah.

 dari Madinah ke Mekah mengambil masa 6 jam dengan menaiki bas melalui highway. Permandangan ialah bukit bukau yg berbatu batan dan padang pasir.

 disepanjang highway ini juga kelihatan pokok kurma di tepi-tepi jalan.

 padang pasir pun ada.....

kemudian berhenti di Masjid Bir Air untuk bermiqot.

Untuk pengetahuan semua, untuk memasuki kota Mekah jemaah hendaklah dalam keadaan berihram iaitu mengerjakan umrah wajib. Untuk berihram kita bermiqat terlebih dahulu di luar kota Mekah dengan berniat ihram bersyarat. Jadi, kami semua singgah sebentar di Masjid Bir Air untuk berniat ihram. Di sini juga kami mengerjakan solat sunat ihram 2 rakaat. Aku malas nak berebut-rebut semasa berwuduk di sini...maka sebab itulah aku berwuduk terlebih dahulu di hotel tadi. Dari Madinah ke Bir Ali ni tak jauh pun....lebih kurang 30 minit macam tu.

Selepas berniat ihram...maknanya kita berada di dalam ihram. So, kena jaga pantang larang....iaitu sebanyak 13 pantang larang kena jaga sehinggalah habis bertahlul. Then, barulah kita bebas melakukan apa sahaja. Diantara pantang larangnya ialah tidak boleh  - membunuh binatang, menggugurkan rambut, memakai wangi-wangian, menutup muka dan banyak lagi. Agak berat jugak pantang larang tu....so kalau boleh semasa dalam ihram kita hendaklah cepat-cepat selesaikan tawaf, saei dan bertahlul.....then selesai sudah satu umrah....kita bebas. Then next day kalau nak buat umrah lagi....kita kena keluar dari tanah harom Mekah ke tempat bernama Tanaim untuk bermiqot sekali lagi. Lepas tu buat tawaf, saie dan bertahlul....selesai sudah umrah kedua pulak. 

Semasa kami sampai di Bir Ali ini.....aku dan 2 orang lagi jemaah telah terpisah dengan jemaah lain sebab menantikan mereka mengambil wuduk. Akhirnya kami ditinggalkan oleh mereka. So, kena ikut pintu lain pulak. Setelah selesai solat sunat dan berniat....semasa nak balik tu rupa-rupanya jemaah-jemaah lain sedang menunggu kami bertiga hehehe. Ingatkan nak tunggu solat Asar tetapi Ustaz Muhammad kata takpa nanti solat di tepi highway.




Di dalam perjalanan tu aku asiknya melihat permandangan padang pasir yang kering kontang tanpa sebarang tumbuh-tumbuhan hijau. Kalau ada pun....pokok-pokok tu dah jadi kering. Ketika ini dah nak masuk musim panas...so cuaca agak panas di luar sana.

Lebih kurang sejam selepas itu, kami berhenti di R&R tepi highway untuk menunaikan solat Asar. Semua jemaah turun dari bas dan menuju ke surau. Hmmmmm cantik lagi surau di PLUS highway berbanding di sini. Pelik jugak aku....Arab Saudi ni negara kaya tetapi kenapalah depa tak boleh pikir nak buat R&R yang cantik dan sempurna sikit untuk kemudahan jemaah-jemaah yang datang ke sini. Tulah...susah nak cakap sebab walaupun kita sesama Islam tetapi pemikiran dan ideologi agak berbeza. Agak daif jugak keadaan surau di sini dan tidak terjaga. Toilet pun hmmmmmmmm.....susah nak cakap. Bab-bab toilet ni aku agak cerewet sikit sebab aku tak boleh masuk toilet yg kotor dan berbau...sanggup aku tahan tak kisah.

Ok sekarang kami bertarbiah semasa dalam perjalanan ini yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad . " Labaikkallah Hummalabaik Labaikkala Syarikalakalabaikkk.................Innal Hamdah Walnikmata Lakawalmurk Laasyarikalak" -  disebut berulang-ulang kali

Then lepas tu aku pun zzzzzzzzzzzzzzzzz......



Lebih kurang jam 9 malam kami sampai di kota Mekah tetiba aku terjaga selepas Ustaz membuat pengumuman bahawa kita sekarang sudah menghampiri Kota Mekah dan boleh nampak menara Masjidilharam. So, aku cepat-cepat bukak buku untuk membaca doa sampai ke Kota Mekah. Masa ni tetiba air mata aku mengalir...sebab aku bersyukur pada Allah akhirnya aku kembali lagi ke sini dan selamat sampai ke sini. Bersyukur sangat masa ni. Dah tak sabar rasanya nak solat di Masjidil Haram.

Sila lihat gambar di atas....keadaan jem teruk jugak masa ni. Sebabnya....ketika ini jemaah sedang berpusu-pusu baru keluar dari Masjidil Haram selesai menunaikan solat Isyak. Masa ni kami berada di bawah terowong. Ustaz bgtau....kat atas terowong ini ialah Masjidil Haram. Ohhhhh...patutlah berlaku kesesakan di sini. Sebaik sampai....kami terus menuju ke Hotel Saraya Iman untuk makan malam. 

Masa ni kami tak check-in bilik lagi. Lepas makan kami telah diarahkan menuju ke Hotel Menazil yang agak jauh sedikit (lebih kurang 150 meter) untuk penyerahan kunci bilik. Pengumuman dibuat bahawa kami semua jemaah yang seramai 30 orang ini akan berpecah dua iaitu 17 orang stay di hotel ini dan lagi 13 orang stay di Hotel Al-Saraya. Alamak!!!! Awat jadi macam ni??? Aduhai.......sekali lagi dugaan lain datang. Banyak-banyak bersabar okay....jangan banyak songeh. Nama aku disenaraikan duduk di hotel yang sana. Ohhhh syukur sebab hotel sana tu agak dekat sedikit dengan Masjidil Haram. 

Sebaik sampai di bilik kami.....alamak sempitnya. Kami ditempatkan 4 orang sebilik.....hinggakan nak letak beg kami pun tak ada space. Fuhhhhhhh....sabar jangan banyak merungut hokay. Kena bersyukur walaupun bilik agak sempit tetapi hotel kami boleh dikatakan agak dekat jugak dengan masjid. Aku just think positif bahawa kita datang ke tanah harom ini untuk beribadah dan bukannya nak tidur enak-enak di dalam hotel. Tujuan bilik tu sempit pun ada hikmahnya.....sebab kita disuruh bersolat di masjid dan bukannya bersolat di dalam bilik. Haah kannnnn....betul jugak tu.


 inilah hotel yang aku stay. Tak sanggup nak tunjukkan gambar bilik kami sebab dah mcm tempat kucing beranak heheheh.


Lepas meletakkan beg dan berkemas sekejap...kami pun bersiap untuk ke Masjidil Haram. Kami masih di dalam ihram dan kami kena cepat-cepat selesaikan membuat tawaf di kabah, saei safa-marwah dan bertahlul menggunting 3 helai rambut. Kami pergi ikut berkumpulan semua jemaah dan dipimpin oleh Ustaz Muhammad. 

Sebaik masuk ke Pintu 1- Abdul Aziz......Subhanallah aku dah nampak kaabah di dalam masjid. Ketika ini sekali lagi menitis airmataku.....syukur sangat aku diberikan rezeki untuk melihat kaabah secara live sekali lagi.  Ketika ini aku perasan ada di antara jemaah yang baru pertama kali mengerjakan umrah turut menitiskan air mata pabila terpandang kaabah. Ustaz Muhammad terus bawa kami ke bawah untuk melakukan tawaf mengelilingi kaabah 7 kali. Masa ni aku tengok punyalah ramai jemaah.....dah mcm musim haji. Then, kami solat sunat tawaf di belakang Makam Nabi Ibrahim dan berdoa di depan Pintu Multazim. 

Sebaik selesai tawaf....kami bergerak ke tempat saei pulak untuk melakukan saei safa-marwah sebanyak 7 kali. Then bertahlul mengguntingkan rambut 3 helai. Habis sudah selesai umrah kami yang pertama. Masa ni dah jam 3 pagi......terasa agak penat sangat. Mata sudah mengantuk sangat dan kami plan nak balik bilik ajer. 


 Lepas subuh dan sarapan....kami keluar hotel untuk jalan-jalan di sekitar sini.

 terjumpa Ustaz Halim....dia pun sakan bershopping di sini.

 yang dalam petak berwarna merah tu aku ingatkan Safron untuk buat nasi beriani tu...rupanya tembakau hehehe.



 kami berpatah balik dan singgah kejap di kedai runcit sebab aku nak beli top-up hp line Arab Saudi....

 ais krim Arab yg sangat sedap...slurrrppppppppppppp



 dah nampak Masjidil Haram.....

 kami berempat yang menginap sebilik

 pembangunan pesat di Kota Mekah.......bangunan pencakar langit

 Zam Zam Tower dah siap


 masa duk sakan berposing tetiba ternampak Kak Sham - editor Al-Islam. Dia ikut group yang awal pergi.



 pintu Abdul Aziz

 inilah tempat shopping Bin Dawood


 di dalam tempat shopping Bin Dawood

 semasa kami duk bershopping ni...

aku sempat shopping baju untuk mama ku....



Kemudian.....kami balik semula ke hotel untuk bersiap ke masjid untuk solat Zuhor. Malam tadi masa kami buat umrah aku memang tak bawak camera masuk ke dalam masjid. So, kali ni aku nak bawak dan amik gambar mana yang patut.

Oklah....aku stop dulu...nanti sambung lagi cerita-cerita menarik di dalam Masjidil Haram.

p/s - Pesanan untuk teman-teman.....jangan asik duk keliling satu dunia tapi terlupa untuk mengerjakan umrah/haji di tanah suci. Di sini lah tempat yang paling indah berbanding negara-negara lain yang aku dah pergi.

11 comments:

  1. Alaaa.... sambung lagi sinetron ni.... berdebars-debars tunggu episod seterusnya...

    GG

    ReplyDelete
  2. Bila agaknya dapt ke sana lagi...

    Wah bestnya ada cerita dua dalam satu...

    ReplyDelete
  3. Ehem ehem ... ustaz tu nak masuk line kot hehehe ...

    Saya membaca artikel ini sambil membayangkan diri ini dah berada di sana. Doakan agar saya juga boleh berkelana ke sana nanti ekk ...

    ReplyDelete
  4. boleh bagi A++++++ baca telenovela ni. tak sabar nak tunggu endingnya. heee...

    ReplyDelete
  5. alai sambung lagi telenovela ni..... cepat tk sabar nak tau ending...hehe..

    ReplyDelete
  6. Syukur....semestinya terbaik....

    ReplyDelete
  7. rindunya kat sana...moga dpt lg menjadi tetamu Allah utk ke sekian kalinya.....

    ReplyDelete
  8. rindunya kat sana..semoga dpt lg menjadi tetamu Allah utk ke sekian kalinya

    ReplyDelete
  9. Salam


    mudah2an tercapailah hajat nak kesana insyaallah.

    ReplyDelete