Sekarang kita berada di kota Madinah Al-Munawwarah.
Suhu ketika ini lebih kurang 20C di pagi hari. Kesejukan yang amat dan diselangi dengan tiupan angin. Pulak tu aku terlupa nak membawa sweater....tahan ajerlah. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah sekali lagi aku sampai di bumi Madinah ini. Dulu masa aku gi tahun 2005...aku stay kat hotel yang berdekatan dengan kawasan perkuburan Baqi....agak jauh jugak nak ulang alik ke masjid. Kali ni alhamdulillah memang sangat dekat dengan Masjid Nabawi....lebih kurang 150 meter mcm tu (dah dekat sangat dengan Madinah Hilton Hotel).
Memang nampak sangat perubahan ketara pembangunan di kota Madinah ni berbanding tujuh tahun dahulu. Bangunan pencakar langit semakin bertambah berdiri gah di kota Madinah. Sejuk mata memandang dan lapang rasa di dada. Menitis air mata ku sekali lagi. Di sinilah tempatnya Junjungan Nabi Muhammad SAW wafat dan dimakamkan. Kita sebagai umat Nabi Muhammad kalau boleh nak sangat wafat di sini .....bersama-sama dengan baginda. Sebagaimana Nabi Muhamamd sayangkan umatnya....kita jangan lupa selalulah berselawat ke atas baginda Insya Allah.
Aku stay di Madinah ni hanya 2 setengah malam sahaja. Agak kelam kabut sedikit nak uruskan banyak benda di sini termasuk aktiviti ziarah di kawasan Madinah. Pada hari pertama tu...aktiviti bebas. So, aku bersama dengan teman-teman sebilik planning nak gi ziarah dalaman iaitu ziarah Makam Rasulullah dan Raudhah. Untuk pengetahuan semua...jemaah wanita hanya dibenarkan masuk kawasan makam 3 kali sehari sahaja iaitu selepas Subuh, selepas Zuhur dan selepas Isya. Kelebihan untuk jemaah lelaki....depa boleh masuk bila-bila masa tanpa mengira waktu....bestnya!!!
Dengan seribu doa dan harapan, kami gi lebih kurang pukul 10 pagi macam tu. Sebaik tiba di dalam Masjid Nabawi ....subhanallah ramainya orang. Kami telah diarahkan berkumpul mengikut zon benua iaitu kalau negara Asean akan berkumpul satu tempat dan kalau golongan jemaah negara Arab akan dikumpulkan satu tempat yang lain. Korang kalau dah kira hebat kudrat masing-masing nak lawan dengan kekuatan Mak Arab...cubalah masuk group dorang. Alamat patah riuk korang kena tolak dengan depa. Kawasan makan Rasulullah dan Raudah tu kecil ajer. Jemaah yang hadir untuk menziarah punyalah beribu-ribu orang...so kena masuk sedikit demi sedikit iaitu satu group akan masuk kemudian keluar...lepas itu diikuti oleh group yang lain. Terjerit-jerit petugas masjid memberi arahan. Aku memang ada pengalaman dulu....tetapi tidaklah seramai macam sekarang ini. Bak kata orang....mcm pergi berperang suasananya...Subhanallah. Maaf ketika ini aku tak bawak kamera. So, gambar ketika ziarah pertama ini memang takda. Tunggu masa ziarah kedua pada next entry aku akan tunjuk serba sedikit gambar yang aku sempat snap secara curi-curi. Untuk pengetahuan semua....jemaah wanita tidak dibenarkan membawa camera dan hp ketika memasuki Masjid Nabawi. Depan pintu masuk kena check beg seorang demi seorang.
Hari kedua di kota Madinah.
Selepas subuh sepatutnya kami pergi ziarah di dalam kota Madinah tetapi cancel lah pulak. So, masa ni free...apa lagi aktiviti aku masa ini.....shoppingggggggggggg!!!!! First time nak shopping agak nervous jugak sebab memikul pesanan kiriman orang. Aku terpaksa bukak buku untuk mengingati apa benda yang dikirimkan. Yelah taste kita lain...kita tak tahu taste orang lain camana pulak. Takpalah.....aku cuba mana yang termampu ajer.
singgah bergambar di payung yang cantik ini.
subhanallah cantiknya kannnn.
payung ini akan dibuka pada waktu siang sahaja...pabila nak masuk waktu maghrib payung ini akan tertutup.
kalau nak tau...shopping area di sini terletak dibawah perkarangan hotel ajer. Melambak-lambak hotel di sini....so kedai membeli-belah jugak banyak. Aku shopping di area Bin Dawood.
kedai Zahra Al Amir di belakang aku ni memang sangat cantik jubah2 yang dijual.....kualiti jahitan kemas dan material kain bagus.
inilah diantara jubah2 yang dijual di kedai tu....tetapi harganya agak mahal (atas 400 Riyal)
kalau aku beli jubah mcm ni....agaknya aku nak pakai masa bila????
jubah hitam pun melambak-lambak. Akhirnya aku membeli sebanyak 7 helai jubah masa ni. 2 helai untuk diri sendiri dan lagi 5 adalah kiriman orang. Fuhhhhh~!!!!! Shopping di kedai pak arab susah sikit nak mintak tawar harga tetapi kalau gi kedai penjualnya berbangsa pakistan atau india.....senang sikit nak nego harga. Pak arab ni agak bengis dan garang. So, aku try to avoid masuk kedai yang penjualnya Pak Arab.
Belum masuk waktu makan tengahari....tetapi perut dah lapar. So, aku dan kak Zila singgah di restoran ini untuk makan kebab....tapi tapau ajer.
makanan nasi campur pun ada.....pekerjanya orang Indonesia
tolong translate untuk aku.....aku tak berapa paham apa yg ditulis tu...hancusss!!!!
chicken kebab....sedap tetapi takda sos cili. So, kalau sesapa yg nak gi umrah...tolong bawak sos cili sendiri. Harga 17 Riyal.
hari esoknya aku try order nasi bukhara, chicken grilled dan pita bread. Harga semua ni 15 Riyal. Ya Allah...sedap sangat nasi tu dan ayam tu. Kami makan berdua tapi tak habis.
masa ni aku nak gi solat maghrib....kelihatan payung telah ditutup. First time nak masuk masjid aku bawak camera. Tips yang aku boleh bagi.....sila sorokkan camera anda di dalam poket seluar (jika anda memakai jubah). Sebabnya petugas masjid hanya memeriksa beg yang kita bawak ajer....dorang tak sempat nak memeriksa badan kita.
ini ialah pintu masuk jemaah lelaki di dalam Masjid Nabawi
sebaik aku sampai di sini....terkejut sangat sebab terlalu ramai jemaah berbanding tujuh tahun dulu. Rasanya sudah mcm suasana musim haji.
gambar agak kurang sharp sebab snap guna compact camera tanpa flash secara sembunyi-sembunyi. Cantikkan senibina ukiran di dalam masjid ini.
masa yang terluang sebelum azan berkumandang....dipenuhi dengan mengerjakan solat sunat taubat dan membaca Al-Quran. Tenang rasa di hati.....sesekali air mataku mengalir. Sebak dan rasa bersyukur. Setiap kali kedengaran azan...aku jadi sebak. Bila dengar imam membaca fatihah dan surah pun aku jadi sebak. Apalagi ketika berdoa....berderai-derai air mataku mengalir.
sempat lagi tu berposing...hehehehe (sorok-sorok)
sementara menantikan azan....aku sempat snap pelbagai ragam jemaah wanita. Ada yg terbaring...ada yg sedang membaca Al-Quran, ada yg sedang berzikir, ada yg sedang berdoa dan ada jugak yg sedang berbual-bual. Segenap lapisan umat Islam serata dunia berkumpul di sini....dengan pelbagai adat, budaya, bahasa dan tingkah laku. Bila bermacam ragam manusia ni....kita kena banyak-banyak bersabar. Kadang-kadang bila aku dah tak tahan sabar asik kena tolak ajer....aku sound balik "please be patience!!" ataupun "sobarrrrrrr". Ehhhhh..sabarkah aku ni????
bersama Kak Zila yg setia bersama aku ke mana sahaja. Luv u kak!!!!
ewahhhhhhhhh...sempat tu lagi berposing dalam masjid. Sibabaik tak kena rampas camera tu. Hehehe...kena pandai-pandai ler nak jadi mamarazzi.
Ini baru Part 1 di kota Madinah. Ada lagi sambungannya di entry seterusnya. Aku mengakui semasa berada di Madinah ni aku agak sibuk sedikit sebab....kami hanya berada di sini 2 malam setengah sahaja. Aktiviti aku ialah ulang alik masjid setiap waktu solat, shopping dan makan di luar (aku jarang makan di dewan makan yg disediakan) So, aku gunakan masa yang ada sebaiknya.
saspen nya nak tunggu siapa org yg misteri tuuu!
ReplyDeleteSubhanallah...lain sungguh masjid nabi sejak 2007 dulu...sangat cantik dan sebak tengok gambar2 tu...
ReplyDeleteBersyukur dah ke sana.
ReplyDeleteMak akak pun masih di sana. Tapi hampir nak balik dah.
bestnya Leez dapat kesana. housemate saya baru balik dari umrah tengah bulan hari tu, semalam parent saya pula berlepas ke sana.
ReplyDelete"our chicken is national from farm to kettle" ...
alamak, saya pun tak reti nak terjemahkan ni huhuhu ...
Hi kak Leez, thanks kak share gambar close up bumi Madinah, first time tgk secara dekat, saya rasa lagi teringin nk pergi umrah jgak. Tak pasti bila ada rezeki dpt jejak ke tanah haram. p/s bab gadis misteri tu suspens mengalahkan movie trilogy series...:D
ReplyDeleterindu sgt nak kesana lagi...tambah2 bila baca n3 leez ni..
ReplyDeletesuspen...suspen...nak tnggu siapa kah itu
Nil -
ReplyDeleteaikk...nak baca citer pasal umrah atau psal org misteri tu hahaha.
Anony -
ReplyDeletemmg nampak perbezaannya skrg. Dulu sy gi tahun 2005...lain sangat dah.
nieda -
ReplyDeleteseronok kat sana...hati kita tenang dan ingat nak ibadah ajer
nice entry. alhamdulillah share dgn kami yang belum berpeluang menjejak kaki kat sana. semoga umur panjang dapat ke sini suatu hari nanti.
ReplyDeleteazizan -
ReplyDeleteawak bila lagi nak pergi? hehe
ohhh...time housemate awak berada di sana....saya pun ada di sana jugak.
Teruk sgtkan bahasa english depa ni....main belasah ajer. nak translate pn tak paham
Magic Chic -
ReplyDeleteinsya Allah ada rezeki boleh ke sana. Kita akan mendapat ketenangan yg sgt indah.
Wahhh...nak tau citer pasal gadis misteri tu ke? hehehe...sabar yea.
kak hanim -
ReplyDeleteyea kak...sy ni pun masih rindu2 lagi kat sana.
nak tau citer pasal telenovela tu...tungguuuuu.
Salam Kak Leez..
ReplyDeleteLama tak singgah sini..tau2 dah balik umrah dan dengan kisah telenovelanya..wah2..dah mcm ayat2 cinta ni..
Nanti ustaz tu balas,
ya habibaty ya ro7i, ana uhibuk..wahashteny aidan...
;
Betul tak?
Ayam tu maksudnye fresh dari ladang ..heee..
ReplyDeletehrtu saya g nami jugak..tp kami guna ITX train..dlm 50min je dr stesen subway di seoul..dkt dgn lotte supermarket.selesa mcm erl..yk sea lg.
ReplyDeleteSalam, ok tak pakai pakej umrah irna yakin travel ni? Insyallah plan nak g awal nx year
ReplyDeleteSalam, ok tak pakai pakej umrah irna yakin travel ni? Insyallah plan nak g awal nx year
ReplyDelete