Salam semua.
Weekend baru-baru ini aku bersama adik-beradikku yang lain spent our time together bercuti ke Genting Highland. Lama dah rasanya aku tak berjimba ke sana....dah 2 tahun lebih rasanya. Mama ku tak ikut sebab keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Sib baik ada pembantu yg menemani beliau di rumah. Ajak jugak mama tapi dia kata nak duk rumah ajer. Ku doakan agar mama cepat sembuh dari sakitnya. Sian mama :(
Actually percutian ini untuk meraikan sambutan besday my beloved nephew, Zarieff yang ke dua tahun. Kelasssss anak-anak zaman sekarang. Bila besday ajer sama ada wat party ataupun bawak pergi. Zaman aku dulu.....huhuhu takat beli kek ajer....pastu tiup lilin hehehe. Masa ni aku sampai lewat sikit sebab kerja. Lepas habis appointment kat luar....aku terus balik rumah dulu. Aku tumpang my bro Izuan dan yang lain-lain dah bergerak awal sebab depa cuti hari tu.
Awal lagi kami dah booking hotel di Awana Genting. First time aku stay di sini. Sebelum ni selalunya aku stay di First World Hotel atau takpun aku balik hari ajer. Dari KL ke Genting hanya mengambil masa sejam ajer....so balik hari pun boleh. Awan Genting ni lokasinya tidak sampai di puncak Genting. Half way sebelum sampai Genting.
Sampai ajer di Awana, terus masuk ke bilik sebab my bro yang lain sudah check-in awal. Depa duk menunggu aku sampai sebelum kami keluar beramai-ramai ke puncak sana nun. Simpan beg semua...kami terus bergerak keluar menuju ke Genting Skyway untuk menaiki cable car.
bilik kami di tingkat 15. Di dalam ni ada 2 buah queen bed. Kami booking 2 unit sahaja. Rate satu malam ialah RM216....booking melalui link ini.
atas meja tu bersepah sebab depa baru habis lunch di bilik. Mama bekalkan kami nasi tomato....thanks mum!!!
kalau anda berkunjung ke Genting dan di dalam perjalanan tu ternampak bangunan seperti ini...maknanya anda sudah menghampiri Awana Genting.
untuk menuju ke sini....dari Awana tu beluk ke kiri dan turun lagi sehingga nampak roundabout. Pergi ke arah pukul 3 dan teruskan perjalanan anda sehingga nampak signboard ke Genting Skyway. Tempat ini agak tersorok sedikit. Banyak tempat parking....tiada masalah. Actually ada disediakan shuttle bus ke sini dari Awana tetapi susah nak angkut stroller semua....so kami naik kereta ajer ke sini.
sementara menunggu ijam dan izuan parking di dalam bangunan ni...kami berposing dulu.
2 orang budak ini excited sangat masa ni....sebab tak sabar nak naik cable car. First time katanya...ehhhh...aku pun first time dik nonnn.
sian 2 budak kecik ni...kebosanan menunggu. Rayyan tu beriya baca magazine Vision Four....apasal baca terbalik wahai anak sedara ku??? hehehe. Hotel punya siap angkut bawak ke sini...aduhaiiii!!!!
tempat membeli ticket ialah di tingkat atas.
Di awal pagi jam7.30 cable car ini sudah beroperasi dan tutup pada jam 12.00 malam. Entrance fee ialah RM6 seorang untuk sehala. Kami beli 2 hala...senang sikit. Untuk children pun dikenakan harga yang sama...ayohhhhhh kenapa takda harga diskaun utk budak2????.
ticket utk naik cable car 2 hala...
masa ni hari Jumaat tau...so orang tak berapa ramai. Yang aku nampak beratur nak naik cable car ni kebanyakkannya pelancong2 arab dan India
hendaklah anda dalam keadaan cepat dan pantas ......cable car tidak menunggu anda tetapi anda yg kena bersedia untuk terus naik. Di dalam ni katanya boleh muat utk 8 orang dewasa. Kami semua bahagikan kepada 2 group.
alhamdulillah selamat masuk semua.....berdebar-debar jugak masa nak naik ni. First time tu....hehehehe.
dari atas aku sempat snap word ini....
aku zoom camera....boleh nampak Genting Hotel nun di atas sana.
tetiba mcm excited plak aku naik cable car ni. Selesa, mudah dan permandangan pun cantik. Boleh nampak hutan dan bukit bukau yang tinggi......best lah jugak.
with my sis in law Alya....my nephew masa ni nak menangis takut hehehe. Lagipun dia dah mengantuk nak tidur.
aksi mereka berdua ni sangat over tau!!!!!
tengok budak kecik tu.....nak tutup muka dengan bantak peluk dia. Takut katanya hehehe. Tak lama kemudian terus terlelap. Besday boy mcm moody skit.
yeaaaaa...dah nak sampai. Perjalanan menaiki cable car ini mengambil masa 20 minit. Terfikir tak kalau tetiba cable car ni berhenti kat tengah-tengah tu. Apa korang nak buat???
dah nampak Genting Hotel ini dengan jelas
Alhamdulillah dah sampai dengan selamat......fuhhhh lega!!!!
Jalan dan terus berjalan nak menuju ke First World Hotel untuk main indoor game.
sampai di sini tetiba kami semua tergerak nak gi keluar jap.....ada sesuatu yang menarik perhatian kami. Apkah itiewwwwwwwwwwww?
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
Lamboghini????? Ada 3 buah tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Wahhhhhhh haruslah aku ke situ untuk melihat. Kepocinya minah ni....tu pun nak tengok. Ehhhh...mestilah sebab aku memang bercadang nk tukau keta. Tapi???? mampukah aku memiliki kereta ini wahai kawan-kawan? Sudahhhhh...jangan berangan!!!!!
berposing tu adalah wajib hokay!!! Tak kisahlah kereta siapa pun....yang penting kau mampu??? Mampu tengok ajerlah huhuhuhu.
Tetiba kan.............aku terjumpa seseorang di sini Adakah orang tu yang memiliki kereta mewah ini?? Ohhhh tidakkk.....aku memang jeles hokay!!!!
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>> (heiiii tak habis2 ke kau ni asik nak scroll ke bawah ajer?? hehehe)
terjumpa mamat ni. Adakah kereta itu dia yg punya??? Tetiba dia buat pengakuan kat FB...yg colour kuning tu dia punya....beli cash katanya. Errrkkkkkkk.....(tolong bagi mangkuk aku nak muntah) hehehehe.
Pak Ajuan ke Genting membawa tetamu dari Jakarta. Sejak bila kau jadi tourist guide ni wei????
Okay cukup....aku sambung lagi nanti. Entry seterusnya aku tunjukkan apa yg kami buat di indoor game. Jumpa lagi nanti...tunggguuuuuuuuuuuu!!!!!
p/s - aktiviti wajib aku setiap hari skrg ini ialah wat cardio and workout!!!!
syoknya sis jalan2
ReplyDeletemacam berjanji je kak liz ngan bro azuan tu...pakai baju blue... I loike!!! hehe...
ReplyDeleteTempat paling best utk relaks dalam cuaca dingin dan paling dekat ngan KL...
ReplyDeleteJadi tourist guide to best friends aku masa kat jkt dulu. Kengkawan yg baik kenalah jaga bukannya ambil kesempatan... tak begitu datin?
ReplyDeleteanyway.. yg kuning tu dah sampai tapi saiz dia lain... xxxxxs... boleh masuk dalam beg!!
Leez samalah dengan Tina dalam proses keep fit hahahaha.....berat semakin berat. Anyway nice captured and nice vacation with family members.
ReplyDeleteGenting nak tutup 2 tahun. Tapi tak semua bahagian dia tutup:
ReplyDeletehttp://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/07/genting-tutup-2-tahun-taman-tema-20th.html