November 2, 2011

Stress!! I Need A Break Babe ~~~~


Nampak word di atas? Yeaaaaaaaa.... aku tengah stress sekarang. Stress pasal kerja. Banyak benda nak pikir dan selesaikan. Sampai satu saat aku macam give up pun ada. Tapi aku tak boleh buat macam tu..sebab ni periuk nasi aku dan aku bekerja untuk mencari rezeki. Insya Allah pelan-pelan aku kayuh.....semoga Allah permudahkan segala urusan pekerjaanku. Ameen

Satu lagi aku stress pasal urusan jual beli rumah aku. Letihlah nak layan benda-benda ni. Masa nak beli rumah memang banyak procedure dan sekarang ni aku nak jual rumah tu pun lagi banyak kerenahnya. Letihlah aku nak pikir sorang-sorang. Nasib baik my bro tolong aku mana yang patut...at least boleh kurangkan sikit burden dalam kepala aku ni. Been spending quite a lot utk urusan jual rumah ni.....memang penat. Nak dapat duitnya berbulan-bulan menunggu. Tapi nak membayar mcm2 perkara time-time tu jugak kena keluarkan duit. Habis lari budget aku nak bercuti hujung tahun ni. Diam-diam duduk rumah ajer lah.

Ikutkan hati sekarang jugak aku nak pi jauh-jauh. Kepala aku ni mcm stress sangat. Nak tau tak apa yg aku fikirkan???????

1) Aku nak keluar dari Malaysia ni and jalan-jalan di negara sejuk. Pastu nak enjoy dan gelak-gelak sambil makan Turkish kebab...ahaksss bestnya. Masa ni aku tak nak pikir pasal benda lain.
2) Aku nak gi spa utk massage satu badan dari kaki ke kepala. Pastu memanjakan diri dengan sauna dan jakuzi. Bestttnyaaaaaa. Masalahnya aku takda masa nak gi. Aku dah bayar in advance kat Jari Spa tapi tiada kesempatan masa nak ke sana.
3) Aku nak berenang, menyelam dan bersnorkeling sambil menikmati keindahan di dasar laut. Bunyi keheningan air di dasar laut memberi ketenangan di jiwaku. Ohhh...asyiknyaa. I miss that moment.
4) Sambil berbaring atas pangkin di tepi pantai dan menikmati keindahan laut dengan angin yg bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pastinya aku akan terlelap di situ. Oohhh....tenangnya jiwaku.
5) Menikmati lamb chop kegemaranku sambil melayan live band. Pulak tu singer tu mendendangkan lagu English evergreen. Wowwww... i love that kind of music.
6) Terapi minda dengan bershopping baju, handbag, kasut dan make-up yang aku nak. Kumpul semua tu and then suruh sesapa bayarkan. Boleh? Over plak minah ni kan. Actually shopping merupakan terapi yg membantu menghilangkan stress dan dgn syarat ada org yg tolong bayarkan...ahaksss.


Aikkk baru enam perkara ajer. Ada banyak lagi sebenarnya.....tunggu aku akan buat sambungan lagi. Malam ni idea mcm tak begitu menjadi. Mata pun dah mengantuk dan tersengguk-sengguk aku dibuatnya. Diharap angan-angan ini boleh membantu aku menghilangkan stress. Bawak mimpi pun jadi lahhhhh.

Byeeee...niteeee!!!

14 comments:

  1. Memang stress dengan urusan jual rumah...so sloww la diorang wat keje..ada je alasannya... :(

    ~Mohon Visa Japan semudah ABC je..~

    ReplyDelete
  2. relaks kak syarliz. I know u can do it. yeahhhhhhhhh

    ReplyDelete
  3. bestnyeeeee.. semua wish list ni aku baca aku pun nak buat... tapi ongkosnya tiada.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. babe..i miss ur posting regarding ur journey...hihihi..bila nk jln2?

    ReplyDelete
  5. Relaks leez.. jangan stress stress. Kang tak pasal pasal high blood pressure. Wish u all the best

    ReplyDelete
  6. Kalau stress sangat jom follow Tina g Jelebu early Dec nak rehatkan minda melihat keindahan alam semulajadi,boleh mandi sungai, mandi air terjun dan boleh bercamping kalau nak buat aktiviti lasak atau caving pon bole...let me know ya babe.

    ReplyDelete
  7. wa -

    tulah memang stress. Byk kerenah dan procedure yg boleh buat kita pening kepala. Tu yg menambahkan lg stress.

    i dah tgk your blog...wahhh satu geng kita...kaki travel jugak eh... i like!!

    ReplyDelete
  8. anum -

    tension dan menambahkan stress yg ada. Boleh pengsan mcm ni hehehe

    ReplyDelete
  9. Aqilah -

    Insya Allah dik...dengan bantuan kawan2 sekeliling hope event ini suksess...thank you all!!!

    ReplyDelete
  10. Marsha (wah mcm nama artis heheh) -

    ikutkan hati semua nak buat utk hilangkan stress...tapi apakan daya ada yg tak mampu dan kekangan masa.....

    ReplyDelete
  11. finizaini -

    ikutkan hati sekarang ni i nak terbang. tetapi disebabkan i terlalu busy dan stress dgn kerja...camanalah nak pi bercuti. Tunggu yeaa after habis event...i akan gi jalan2 dan update this blog dgn cerita jalan2 yg best.

    ReplyDelete
  12. rozita -

    Insya Allah akan cuba tangani stress dgn perlahan2. So far dah check high blood....alhamdulillah okay hehehe.

    ReplyDelete
  13. Tina -

    mcm best jerrkkkk. Tapi tidur dalam khemah ke??? errkkkk i susah skit tang tu hehehe.
    Ok nanti i check blog u kay...thanks dear.

    ReplyDelete