Oklah...sebenarnya aku telah ditagged oleh travel blogger yg fofuler Backpackersbusuk. Aku dah lama tak gi wat lawatan ke blog kawan-kawan termasuk ke blog kawan kita ni. Entah camana masa cuti Raya Haji hari tu aku singgah jap kat blog dia.....siap tinggalkan comment tu. Esoknya next entry aku telah ditagged. Rasa terharu dan berbangga plak kan. Blog aku yg selama ni tak berapa mendapat perhatian travelling blogger lain......tetiba menjadi perhatian plak..hehehe. Terima kasih Fatt...aku hargai jasamu itu. Ok jom...kita start dengan Part 1.
Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Aku hanyalah seorang rakyat jelata yg biasa-biasa sahaja. Bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat media. Hobi setiap hari ialah meng-update blog...ahaksss. Entahlah berblogging ni mcm dah addicted plak. Salah satu perkara....aku kesian dgn pembaca blog aku yg tertunggu update dari aku. Aku muka menjadi blogger dah lama gak.....semenjak tahun 2006. Masa tu aku guna fotopages. Then start tahun 2008 aku beralih kepada blogsport pula hinggalah sekarang. Tujuan aku berblogging adalah kerana travelling juga. Di sinilah tempatnya untuk aku meluahkan pengalaman aku sepanjang di negara orang........dan ia boleh dikenang dan diingat sampai bila2.
2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Aku terjebak dengan dunia travel ni sejak kecil lagi. Even parents aku pun kaki travel juga. Dari kecil parents aku suka bawak kami sefamily jalan2 serata negeri. Then, bila dah besar dan rezeki pun ada...barulah kami menjejakkan kaki ke oversea pulak. Dan tak sangka hobi ini turun kepada anak-anak sehinggalah sekarang aku menjadi seorang pengembara yg tidak pernah kenal erti jemu. Selagi badan sihat dan ada rezeki lebih aku akan terus mengembara dan terus mengembara. Insya Allah.
3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Untuk diri aku sendiri.....kedua-dua boleh digunapakai. Pendapat aku....menjadi seorang traveller ini lebih adventure dan kita akan meneroka segala sudut dan tempat mengikut kehendak kata hati kita....selagi boleh jalan aku akan terus berjalan. Bila aku pergi ke negara orang berjalan sendiri tanpa menggunakan travel agent...aku gelarkan diri aku seorang traveller. Aku juga boleh bergelar tourist...bila aku menggunakan travel agent. Mana depa bawak...aku ikut. Itu tourist namanya. So, kesimpulannya aku boleh gambarkan diri aku traveller dan tourist...dua2 pun boleh.
4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
bagi aku...ia bergantung kepada negara mana yang aku hendak pergi. Jika negara tersebut menghadapi masalah pertuturan Bah. Inggeris....aku akan ikut tour agent. Contohnya ketika aku pergi ke Beijing dan Turkey. Negara lain semuanya aku pergi sendiri-sendiri. Booking hotel thru online and cari info di internet tempat-tempat jalan mana yang harus aku pergi. Sebenarnya cara inilah yang selalu aku praktikkan. Memang nampak rumit sebab kena sit down wat research tetapi disebaliknya kita akan rasa kepuasan yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Turun naik bas, cab, train dan berjalan kaki berkilo2 meter jauhnya...ohhhhh itu pengalaman yang sangat hebat.
5. Siapakah travel partner anda?
So far travel partner aku berubah-ubah...not stick to one person sahaja. Korang yg baca blog aku pun dah boleh baca travel partner aku mcm2 orang ada...hehehe. Sesiapa sahaja boleh menjadi travel partner aku...asalkan orang tu juga seorang kaki travel. Sebabnya...hanya orang travel shaja yg boleh memahami jiwa orang travel. Sebab aku pernah menghadapi bad experience berjalan dgn seorang yg bukan kaki travel. Sukati dia nak gi mana2 tanpa memberitahu ahli group yg lain dan seorang yang tidak boleh bertolak ansur. Haishhhhh...susahlah mcm ni. Bila kita dah ramai2 mcm ni ...salah satu perkara ialah sikit lebih kurang dan mesti berbincang atas apa-apa perkara. Kalau 2 benda tu tak ada pada diri anda.....baik korang travel sendiri2 ajer...
Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
Tahun 2000 bersama satu keluarga ke Padang & Bukit Tinggi. First time jugak aku naik flight. Masa tu aku naik Pelangi Air....dah tutup dah company tu. Pengalaman yg seronok sebab first time aku jejak ke Indonesia dan sangat impressed dengan adat budaya Minang dan makanannya yang sangat sedap.
7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
Diantaranya ialah :
a) Singapore
b)Indonesia - Jakarta, Bandung, Padang, Bukit Tinggi, Bali, Solo, Jogjakarta, Surabaya dan Malang. Medan ajer aku belum pergi....Insya Allah tahun depan
c) Thailand - Hadyai, Phuket, Bangkok dan Chiang Mai
d) Vietnam- Ho Chi Minh
e) China - Bejing dan Tianjin
f) Australia - Melbourne
g) Arab Saudi - Jeddah, Mekah dan Madinah
h) Turkey - Istanbul, Bursa, Pamukalle, Capadocia, Konya, Bolu dan Ankara
i) England - London, Northampton , Manchester
j) Scotland - Edinburgh
k) France - Paris
l) Switzerland - Jungfraujoch, Zermatt, Interlaken dan Zurich
m) Holland - Amsterdam
n) Belgium - Brussels
o) Bahrin - Manama
8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
YA - jawapanku
a) Jakarta/Bandung - 3 kali
b) Bangkok - 2 kali
c) Bali - 3 kali
d) London - 2 kali
9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa
LONDON - aku dah jejak tempat ini sebanyak 2 kali tetapi aku tak pernah rasa puas. Sebabnya...dulu aku stay kat Northampton dan selalu rushing nak balik. Niat di hati nak pergi lagi....kali ini aku nak jadi backpackers....jalan di segala celah bandar London. Aku nak stay kat bandar London ajer. Ada sesapa nak joint aku???
10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
a) Korea
11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
a) Kenangan bercuti di Turkey. Ada mamat Turkey ni nak berkenalan dengan aku. Siap mintak email address lagi. Huhuhu...aku mcm tak berminat masa tu.....then aku bagi email tipu yang tidak wujud langsung. Hahaha....kesiankan mamat tu.
b) Kenangan semasa di Amsterdam. Aku taknak citer di sini sebab ia terlalu peribadi...biarlah ia menjadi kenangan manis dalam hidup aku...ahakssss
c) Kenangan di Turkey - aku hampir ditinggalkan bas sebab terlalu asyik mengambil gambar. Pastu siap kena gelak dengan ahli rombongan...then kena denda...heheheh.
d) Kenangan di Melbourne - pertama kali aku melihat ladang bunga tulip. Ya Allah....kenangan yang sangat manis. Pulak tu masa tu orang takda di kawasan tu sebab hujan. So, aku rasakan seperti ladang tu aku yg punya. Aku boleh buat apa sahaja tanpa sebarang gangguan.
e) Kenangan di Swiss. Pertama kali pegang snow. Sampai ajer aku terus menggolek-golekkan badan aku di atas timbunan salji. Mat salleh kat sana gelak2 ajer tengok telatah aku..hehehe.
f) Kenangan di Edinburgh. Tetiba salji turun dengan lebatnya di depan mata aku...padahal masa tu dah masuk musim Spring. Kenangan yang sangat indah.
12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
a) Semasa di Hadyai - ketika aku mengikuti rombongan bas ke Bangkok dan singgah bermalam di hadyai masa nak balik. Tetiba masa bangun pagi nak balik esoknya....hadyai dilanda banjir yg amat dahsyat. 4 hari 4 malam aku tidur di hotel tanpa air, elektrik dan talian telefon. memang sangat pahit kenangan ini.
b) Semasa di Beijing - aku kehilangan duit sejumlah RM700 semasa sedang shopping. Panik giler masa tu. Duit tu aku masukkan ke dalam envelope. alhamdulillah ada seorang hamba Allah juga org malaysia yg membawa rombongan daripada Kedah telah menjumpai envelope itu. Dengan budi baik pertolongan tourist guide aku...akhirnya aku jumpa jugak duit tu.
c) Semasa di Melbourne - ketika itu di ladang bunga tulip. Nak naik bas balik ke hotel. Kami menunggu bas lebih daripada sejam di tepi jalan besar yg dikelilingi oleh hutan dan ladang bunga tulip. Hujan dan kesejukan terlampau ketika itu. Aku rasa mcm nak rebah ajer sebab menahan kesejukan. Pulak tu pakai baju nipis....aduhhhh azab betul.
d) Semasa di Ho Chi Minh - aku bengang dengan org Vietnam yg sangat kurang ajar. Sehinggakan aku dah tak boleh tengok muka dorang especially peristiwa di airport masa nak balik.
e) Semasa di London - aku panik sebab excess baggage sehingga 10 kg. Giler tak??? Sib baik aku kena bayar dalam 5 kg ajer. Dalam pound uolsssss.....so sila convert ke ringgit Malaysia.
13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Apabila aku berada di negara orang...perkara pertama yang mesti cuba ialah makanan tempatan negara tersebut. Kalau itu negara Muslim memang takda masalah aku nak cuba.
14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya
kebab di Edinburgh. Aku ni memang suka kebab....tak kiralah kat mana sajer aku sampai...aku tetap nak cari kebab. Turkish kebab memang ada di mana-mana negara...cuma yg membezakan rasanya dan cara persembahannya
kebab di Swiss. Kebab ini digulung dengan pita bread. Sangat sedap...cumanya kat sana takda cili sos mcm kat negera kita.
Fish and Chips di London....my favourite food. Kenapa di sini takda fish n chips sesedap di sana? Kalau nak buat sendiri pun boleh sebab banyak choice frozen fish. Cuma kena grill ajer.
kebab with pita bread....pure daripada Turkey. Sedap sangat dengan rotinya yang sangat lembut. I likeee.
Nasi timbel dan ikan gurame bakar....my favourite food jika aku dtang ke Indonesia. Ikan gurame ni memang takdapat di negara kita. Rasanya sedap dan lemak.
Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Dua-dua aku guna. Selalunya kalau beg troli aku guna utk letakkan pakaian aku. Backpack pulak aku guna utk letakkan camera DSLR dan netbook. Satu lagi aku ni tak berapa suka nak guna backpack yg besar mcm backpackers tu sebabnya aku tak larat nak pikul beg yg berat di bahu aku. Mak nak bawak badan lagi...pastu nak bawak beg yg berat lagi...ohhh tidak. Baik mak heret ajer beg troli tu....hahahaha.
16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan
ni pulak beg size M. Beg ini aku guna jika percutian aku tu mengambil masa seminggu. Contohnya ketika aku pergi Melbourne, Indonesia dan Vietnam. Selalunya aku akan bawa juga xtra beg size S yg boleh dimasukkan ke dalam beg ini. So, masa balik aku akan keluargakn beg itu untuk hand luggage. Kalau aku shopping baju2 mahal...aku akan masukkan ke dalam hand luggage.
aku hanya ada 2 backpack. Yang paling kanan tu yang selaku aku guna ...utk letak camera dan netbook. Yang belah kiri tu besar sikit dan selalunya aku gunakan jika aku bercuti ke pulau.
17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
1) camera DSLR 2) netbook 3) ubat-ubatan
18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
Tiada...sebab bagi aku setiap benda yang aku bawak tu adalah sangat penting.
19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Amik gambar tu memang sangatkah wajib sebab aku ni seorang yg suka bergambar. kalau tak bergambar di sesuatu tempat tu bagi aku sangatlah rugi. Melalui gambarlah bukti bahawa aku pernah jejak ke tempat tersebut. Kalau takat amik gambar permandangan aku rasa baik korang jangan pergi melancong. Gambar permandangan kita boleh dapat dimana-mana...google ajer dah kuar. Tapi gambar kita di tempat permandangan tu ada ke????? Satu lagi aku jarang update blog tetapi aku selalu update status di FB. Sedaya upaya aku akan cari Wifi di hotel.
20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
Lagi mau tanya...sudah tentulah aku seorang yg suka bergambar. Kalau takda sesapa yg tolong amikkan gambar aku....amik gambar sendiri pun aku tak kisah. mak ok ajer!!!!
21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah
terlebih diva semasa di bandar melbourne....hover kan. Aku suka gambar background tu...mcm lukisan.
seperti ladang bunga tulip ini ana yg punyaaaaa...hahaha. Sakan bergambar ala diva sebab masa ni orang takda pun. Kalau rumput tak basah ...memang aku dah golek2 kat situ...ahaksss
kau mampu??? Aku sempat jadi PA kepada Obama untuk beberapa minit. Korang kena datang London untuk jadi seperti aku u. Diva tak???
Kononnya....aku sorang ajer yg mampu naik ke atas gunung ni...padahal.....orang tak heran pun hahaha.
semasa di Turkey. Aku tengok gambar ni mcm ada yg tak kena ajer. Konon nak berlagak ala diva tapi tak berapa nak menjadi...hehehehe.
22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Jawapan aku ialah YA. Sila lihat gambar-gambar di bawah.
pinggan hiasan adalah perkara wajib yg aku kena cari setiba di negara orang. Setakat ini aku ada lebih kurang 20 jenis piring dari pelbagai negara
pergi ke HRC adalah perkara wajib juga sebab aku nak mencari tshirt dan short glass HRC.
replika kaca ini juga aku wajib cari....Setakat ini tak berapa banyak aku ada...sebab hobi ini start sejak aku gi Europe 2 tahun lepas
keychain juga wajib ...at least satu setiap negara
perkara paling wajib ialah mencari Fridge Magnet. Kalau tak jumpa aku akan cari di airport....tak kisahlah walaupun harganya mahal.
23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)
Soalan Bonus :Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)
pertama kali aku jejak London...bandar yg aku idamkan sejak kecil lagi. dan cop stamp tu menunjukkan aku dah jejak 2 kali ke tempat ini
tarikh aku pergi ke Europe country dan balik dari sana. Kenangan indah semuanya
Fuhhhhhh.......mcm nak pitam mak buat assignment ni. Ohhhh Fatt...berapa markah ko nak bgi aku ni??? Ahaaksssss.
14. sedap nyee! tgh lapor ni ;)
ReplyDelete21. setuju2, byk diva.. hihi
22. peh byk gila..shopaholic ni ;)
26. ameen ;)
Salam. firstime nak komen ni heheh neves.
ReplyDeleteOk mulakan,
Banyak gile negara dah pegi best nye...jeles. nanti nak buat camtu gak la, kene cari sumber nih.
Wah gile la pengamalan pahit semuanya yang hardcore2. Paling ngeri rasanya yang banjir kat hatnyai tu kot. Sampai 4 hari takde letrik air? Ish ngeri2.
Gambar2 pose diva semua terbaik! Pemandangan cantek! Superb.
Wah banyak gak cawan kekecik tu yer! Best nya...aya suka gak kompol cawan kekecik tu tapi setakat ni tak banyak la. baru ada 2-3 bijik je, mug tu banyak la.
salam kak... hahaha.. good assignment lah... rasa-rasanya ada hadiah menanti ke tak.. hehehe..
ReplyDeleteso excited nak tgk assignment yg lain pulak...
have a nice day, sis...
perghh ako kagum ngan koleksi gelas hard rock tuh!!!
ReplyDeletememang dulu pun ako teringin gak nak kumpul gelas tu tapi tak kesmapaian lagi huhu....
part souvenirs tu mmg mengancam!
ReplyDeletesuka tgok cara possing ala diva tue...sgt enjoy..
ReplyDeletekalau sy jd lecturer sy bg A kat assigment akak ni. hihii.
ReplyDeletesy yg baca jd teruja nak pegi.
nak ikottt akak pegi London. hihii. mesti best jalan ngan akak yg suka bergambar.
moga impian akak akan tercapai.
aduishhh sumpah guling2 terbakar tgk gambo kt old trafford tuuuu cesssssss hahaha
ReplyDeletesourvenir tuh kan papi dulu cmtu tp aku awal2 dh sound, ko beli lagik brg2 cm gini senyap2 aku buang haha super dengki. sebabnye dia suka mbeli tp xjaga, jadik berabuk aje bende tuh. tp kalu ade tmpt nk letak mmg cun abis la
leez,
ReplyDeleteaku jaki ok! jaki sbb ko dah pegi europe 2x! hehehe...dan aku jgk jaki sbb tgk koleksi souvenir ko yg gedebum itewww...best! best!
ok aku consider entry ini dah disubmit. nti aku akan datang balik utk review. terima kasih sbb sudi luangkan masa utk menjawab assignment yg aku kasik..kih kih kih...TQ! :D
curlast ko maria! eh, maria ke? hahaha..adoyaiii mengancam sungguh koleksi souvenirs akak nih! kalo ade almari kaca, mau tayang sume.
ReplyDelete*riak!* ahhaha.
kemang -
ReplyDeletehahaha...actually byk sgt pic diva aku...itu sebahagian ajer.
aku pun lapor tgk gambaor2 makanan tu..huhu
aku hanya giler shopping barangan souvenirs...yg lain biasa2 ajer
Janggel -
ReplyDeleteaikk...kenapa tetiba nak neves? ahakss
mmg my aim nak jelajah satu dunia...sbb tu sedaya upaya selagi masih muda ni aku nak jejak seberapa byk negara. Itu janji aku pd diri sendiri.
Pengalaman pahit ada byk lagi sebenarnya...itu sebahagian yg aku ingat hehehe. Itu semua kenangan yg aku tak leh lupa.
Gamabr2 diva tak leh blah....aku tak peduli apa org nak kata..sebab aku mmg suka bergambar,..hehehe
kodok -
ReplyDelete1st time buat assignment sampai tidur pun lewat,...hehehe
demi pasal travel....i sanggup jer buat apa sajer..hehehe
agak2 dapat berapa assignment ni yea? ahaksss
AKO -
ReplyDeletepergi ke HRC memang tempat wajib jika i gi overseas....sanggup tu cari walaupun tempat tu agak jauh..
i hanya cari tshirt and shor glass.
jarang kirim dgn org brg2 tu selagi i tak jejak tempat tu...
Biqque -
ReplyDeletebab2 souvenirs memang benda wajib....sanggup berhabis sebab itu sahaja kenangan yg kita simpan.
ogy -
ReplyDeletehehehe biasalah....i ni suka berposing dan aksi2 diva tu mesti ada hehehe
Fazlinil -
ReplyDeleteheheh thanks...ada gak yg hargai assignment i tu....walaupun ntah apa2 yg i tulis.
niat di hati mcm nak gi london lagi....tgklah nanti...tgh duk pikir lagi ni.
sesapa nak ikut i berjalan...kena tahan sabar dgn i yg suka mengambil gambar...hehehe...but seronok sebenarnya.
ely -
ReplyDeletehahahah...gambar yg old trafford sajer nak bagi jeles kat MU fanatik fan...ahakss
souvenir tu memang aku spent byk gak. Sbb tu aku simpan elok2 bagi cantik....siap beli lemari baru sebab koleksi dah bertambah..hehehe
fatt-
ReplyDeleteko buat lah lagi assignment mcm ni...sebab aku mmg suka dan sgt teruja.
At least boleh kasi semangat kt kawan2 kita yg nak gi travel di masa akan dtg.
pasal souvenir tu....aku memang spent byk utk semua tu. Sebab bagi aku.... itu sajer kenangan yg kita boleh tatap hari2. Sesekali aku akan tenung almari aku tu sebab aku rasa bangga byk jugak negara yg aku dah gi...kasi semangat datang lagi.
john -
ReplyDeletekelassss ko jah...hahaha
bab suvenir tu memang akak jadi gila skit. Sanggup spent byk ke situ.
Pastu bila tayang kat lemari kaca....dah mcm muzium lak kan.
tapi benda tu semua boleh bagi semnagat kat kita utk travel lagi dan lgi.
leez, sori eh lambat review..aku baru sampai ke blog ni..fuh gile sambutan mmg hangat...tp seronok baca cerita korang :D
ReplyDeleteala, aku bkn blogger fofuler..aku takut sbnrnya jadi fofuler sbb tgjwb dia besau. apapun terima kasih jgk pd ko sbb byk trafik dari blog ko drive ke blog aku..so this time aku nak drive plak trafik ke blog ko...sama2 kita memfofulerkan diri...hihihi :D
ok now aku nak review jwpn ko yek..ready! 1, 2, go!
1. dah lama rupanya berblogging. tp mmg betul, addict jgk benda ni. tp mmg seronok sbb sbb bleh simpan kenangan travel kat sini & share minat dgn kwn2 yg sekepala :)
2. ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. rasanya kebanyakan traveller ada background parents yg suka berjalan. aku plak...tataula inherit sapa sbb both parents aku opposite
3. tapi klu planning gi korea sendiri u kena prepare sbb org sini rata2nya tak tau ckp omputih. tp dorg suka menolong...so maybe u bleh try. korea sgtlah maju & public transport dorg sgt efisyen. i rasa klu u buat sendiri pun ok..tp klu nak guna guide student msia pun ramai jgk yg bleh membantu sbb kat cni nak cari mknan halal agak susah kecuali di area itaewon. tp nk bgtau siap2...kat korea mmg byk tangga...mmg kalah batu caves..so be prepared. kitaorg haritu smpai fobia nmpk tangga. pehhh...mmg gile!
5. huiii...aku pun penah terkena tau leez...dia bdk porem tp takyah la aku sebut nama dia. kitaorg pening dia pi mana sbb hilang tetiba..rupanya dia pi merayau2 tak bgtau...hangin betul. kitaorg punya la risau takut kena kidnap ke ape ke sbb ape2 aku yg kena responsible, tp muka dia toya je...sabor jela. dan aku paling pantang kalau bila aku ajak berbincang jwpn yg org kasik, "mana2 jela, aku tak kisah!". mmg pfftt la jwb gini..kdg2 kita stuck takleh wat decision so sbb tu kita ajak bincang..tp kalau kasik jwpn tu baik aku takyah ajak bincang, tul tak? aku mmg cukup pantang 2 benda ni...iskk...urut dada dibuatnya
6. masakan minang mmg sedap, aku tak nafikan
7. jeles tgk list ko..bila la aku nak smpai europe ni...adoi!
8. london 2x...seronoknya
9. tidak syak lagi...betul la selama ni org europe yg aku jumpa ckp queesntown tu mcm swiss...mmg sama...lelagi tang gunung tu...
11. org turkey ni gelojoh ye...pantang nmpk pompuan asing laju je nak berkenalan..tapi hensem tak? hehehe
12. pglmn di hadyai tu sgtlah scary. aku takleh byg takde letrik tengah2 malam..some more kat siam...aku dok terbyg antu siam jek...dahla antu dia scary gila *pengaruh movie*
ReplyDeletetapi cerita ko psl HCM ni kan, aku dpt simpulkan mmg rata pglmn sume org yg balik dr cni mesti mengata org sana..mmg dorg ni perangai cam laha sgt eh? kwn aku siap gaduh2 lagi dgn peniaga sbb dorg kuangajar sgt...tul eh?
14. lapo aih aku tgk makanan2 yg ko tayang ni...my feveret is ikan gurame & fish and chips. btw nti pi NZ jgn lupa try fish & chips yg guna ikan Hoki...mmg sedap...leleh~
21. wah tak menahan...byk gile gmbr diva ko...bleh lawan si biqque...hehehe...tp my faveret yg kat tasik kat edinburgh tu..putih hitam, sama kaler dgn baju..DAN aku mmg tergelak tgk gmbr last sbb baca caption ko lawak. sekali imbas mcm ala-ala diva versi mak datin...hahaha...jgn marah eh leez, gurau2 je..tp mmg aku tergelak sungguh :D
23. AKU JELES GILA TGK KOLEKSI SOUVENIR KO!!!! ok, ni mcm kena cari lemari kaca la plak...takmo kalah! :P
25. melben - aku setuju. pd aku org melben mmg suka tolong tourist. unlike sydney..sbb kat sana ramai tourist dan foreigner
bali - haritu masa seken visit aku ke sini aku rs cam piss off sgt dgn bali sbb dorg tak hormat org islam, main2 perkataan assalamualaikum..apa lagi..dptla middle finger dari aku. pastu dorg suka usik pompuan..pastu dptla hadiah bodoh dari aku. aku mmg tak suka nak disgrace org lelagi bila kat tmpt asing but this time aku takleh handle sgt sbb aku rasa dorg kurang ajar. pastu last sekali kitaorg kena follow dgn 3 lelaki..aku rasa dorg ada niat jahat. tpksa kami masuk 2-3 kedai sbb nak melengahkan dia...mmg aku benci dgn bali pastu..sbb aku rasa org sana tak hormat pompuan, tak hormat religion org lain dan dorg tak syg periuk nasik dorg sbb mganggu tourist
soalan bonus - comel stamp pasport yg ada gmbr ketapi tu..iskk bila aku nak dpt stamp ni ye..huhu
ok leez, thanks a lot sbb sudi luangkan masa menjawab questionnaire aku. hahaha...aku tau mmg pjg tapi aku hrp ko enjoy. klu ada lagi soal selidik camni aku akan tag ko. nti aku kasik markah masa buat conclusion lepas habis sume ni eh! TQVM :D
first time dtg sini :-)
ReplyDeletewahhhh banyak nye souvenir, berbaloi kan..bile rindu tgk jea memenda tue.
jauh dah lyz ko jalan..aku baru terkedek2 neh..:-)
nanti aku blk umah mak mentua aku, aku amik gambo souvenir yg dia kumpul punye lah bykk pening pala aku haha
ReplyDeletehadyai tuh... u memang kebal!
ReplyDeleteswiss memang cantik, i gi titlis, touched 3-4 cities there before heading to paris... turkey in the plan but few years lagi kot kan. sbb if i gi i nak make sure i ada 2 weeks to spare baru best betui dak.
bestnya baca n3 kali ni
ReplyDeleterangkuman semuanya :)
bravo kak leez!!!perghhh jeles2x..nnti nak pi europe jgn lupa adik2 hakak okehhh..kami nak joiiinnnnn!!!
ReplyDeletebest nye..banyak negara dah jejak. =) jeles..jeles. =P
ReplyDeleteshopaholic kah?? hehehe. byk betol souvenir...but seriously..paling nice yg glas h.r.c...wiww.. suke tgk. tp x suke kompol. sbb malas menjage. haha.
gambar sis sngt diva! tapikan..paling suke pic sis pegang snow kat edinburgh..wiww.. nampak sngat superb!
btw..salam kenalan yer.. =)
Wah best nye. Mmg susah nk travel alone..sapa nk amik gmbr kita kanz. Haha. Ehh apa plan tahun ni, nk itut boleh dak. Email yek noorlii@yahoo.com . Ths coming octobr will go to melbourne alone. Excited n takut2. Ada sesapa nk join. So far tiket dh beli rm400..one way. Dr melbourne pi sydney. Dr sydney blk kl blum beli tiket lg. Ahaks.
ReplyDeleteYes its is the best city to enjoy lot to go to every place mentioned.
ReplyDeleteAssignment Help