Bersambung lagi kita berkelana di Pulau Mutiara yang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap - food heaven gitiewwww!!
Petang tu aku dah siap mandi dan tukar baju...barulah segar dan selesa. Then lepas solat isya barulah kami bertiga bergerak ke destinasi seterusnya. Masa ni macam terasa perut dah lapaq naa. Ohhhh....malam ni kami ada makan-makan lagi di dua tempat yang berbeza. Hahahah....makan lagi...gitu lah. Bak kata org Penang kalau dah mai Penang tak pekena nasi kandaq tak lengkaplah percutian anda....apa yang kami makan? jommm tengok.
Roti Nan Tandoori Kapitan Keling adalah tempat yang aku nak sangat pergi. Belum pernah mai lagi. Katanya nan tandoori di sini sangat sedap. Ohhhh...wajib aku mencubanya. Beriyani Claypot di sini pun sedap juga orang kata...ohhhh noooo....itu next time boleh cuba. Sebab tujuan aku nak pekena nan tandoori ajer.
Malam tu bukan kami bertiga ajer tetapi juga di hadiri oleh family Zaharah....meriah gitu. Selain kami....2 orang abang Zaharah and family juga mai joint kami sekali. Terima kasih Mat Noor and family dan juga Razak and family.......nice knowing all of you. Sangat peramah family Zaharah ni dan kedatangan kami mendapat layanan yang bagus daripada mereka. Terharu plak rasanya. Pelbagai topik yang kami borakkan sementara menantikan nan tandoori kami sampai.
all of us......terima kasih semua. Orang Penang memang best!!!!
menu yang terdapat dalam restoran ini
tu dia......nan tandoori dah mai!!! rasanya...sangat sedappppppp. Highly recommended. Juga terdapat beberapa cawangan restoran ini di Penang. Yang kami pergi ni terletak di
Jalan Masjid Kapitan Keling (katanya paling sedap). Rempah ratus dalam ayam tandoori tu pergghhhhhh sangat meresap dan sedap gilossss.
aku order nan cheese and ayam tandoori
masing-masing dah tak sabar nak mamam...
restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan
tengok tu...licin aku makan. Rasa mcm tak cukup nak order lagi tetapi........lepas ni kami nak makan nasi kandaq plak....so cancel!!!! Terima kasih kepada Zaharah sebab belanja kami makan di sini..
Hahhhhhh...percaya tak? Kami nak makan nasi kandaq di waktu malam buta gini. Ketika ini jam menunjukkan jam 11.30 malam. Buat tebiat ke apa? Hahahaha...itulah penangan Nasi Kandaq Beratur yang mula berniaga pada jam 10 malam. Tak caya? Sila tengok gambar di atas.
Kenapa ia dipanggil Nasi Kandar Beratur? Sebabnya.......sesapa yang datang sini kalau tak beratur tak sah. Bukan takat beratur seminit dua tetapi beratur selama sejam lebih atau 60 minit. Pengsan!!! Sib baik aku tak pengsan sebab bukan aku yang beratur....orang lain yang beraturkan untuk aku...hehehe. Aku beratur kejap jer....tu pun sebab nak berposing depan camera.
Nasi Kandar Beratur sangat diperkatakan di mana-mana di atas kesedapannya. Ye ke? Sebab masa ni aku memang belum pernah mencuba...bila aku dah datang Penang ni maka wajib lah mencuba. Orang kata...kalau tak beratur takda feel. Gitu? Rata-rata yang beratur ialah orang luar....and not locals (i mean org penang). Dulu org KL sibuk duk kata Line Clear terbaik!!...la ni orang duk kata Nasi Kandar Beratuq plak terbaik!!! Hmmmm....tunggu aku punya comment camana plak.
Nasi Kandar Beratur ini terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling...belakang aku tu adalah masjidnya.
oh yea lupa nak bgtau. Ketika ini juga aku first time berjumpa dengan my blog reader iaitu Rosli Mat (kanan sekali) dan wife, kak Shima yang menetap di penang. Sebelum ni duk bersms dan berFB ajer. Memang dah janji nak jumpa di sini. Nice meeting both of you!!!!
masa ni tengah beratur.......utk posing jer tu. Zaharah, Norma dan Shazana yang tolong beraturkan utk aku..hehehe thank you uolss!!!!
tengoklah keadaan di sini......ramai org sedang beratur.
tak sah kalau tak beratur sejam lebih di sini....tengok tu sanggup hanya kerana sepinggan nasi kandar. Sebab aku first time...sanggup ajer. Tapi takat nak datang selalu ke sini demi nasi kandar...ohhh tidakkkkkk.....aku tak sanggup naaa.
sajer nak bgtau aku pernah makan di sini. Cehh...poyo kan.
dah sampai turn kami.....tengok tu lauk pauk yg ada di sini.
mamak ni tengah duk ceduk lauk untuk aku.......wallaaaaa..
tu diaaaa....nasi kandar aku dah ready. Harganya lupalah plak. Tapi standardlah...mana2 lebih kurang ajer harganya
Nak tau comment aku??? Hmmmmm....for me biasa-biasa ajer. Sebabnya? Lauknya tak panas, nasi sejuk dan ayam goreng tak fresh. So penilaian aku overall ......cukup sekali aku makan di sini. Sebab first time mencuba....oklah ambik experience. Aku pernah rasa di tempat lain yang lagi sedap. Aku makan tak habis.....setengah pinggan ajer makan.
Pada aku...kalau nak makan nasi kandar sedap....lauk kena panas, ayam goreng panas, nasi panas dan makan diwaktu tengahari. Barulah kawwwww!!!!!!
Semasa aku berada di sini....aku berjumpa dengan ramai orang Penang. So, bila aku kata nak pi makan nasi kandar beratur....dorang kata ada kat tempat lain yang lagi sedap sebenarnya. Nak tau kat mana? Nanti aku citer. Sebabnya boleh dikatakan semua org Penang yang aku jumpa sebut di tempat yang sama...di mana tu? Tungguuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!
oh yea....pada malam tu Buzu dan Zul juga joint kami makan nasi kandar. So bertanbah ramai dan bertambah meriah. Macam2 benda gak kami duk berborak.
borak punya borak.....tak sedar rupanya dah dekat 2 pagi kami masih berada di sini...huhuhu
ok good nite.....masing2 dah tak larat dan penat. perut pun dah terlalu kenyang. Esok masih ada lagi tempat yg nak pergi.
Demikianlah seharian di hari pertama aku berada di Penang. Ya Allah pengsan tengok makanan yang kami duk jamah pada hari tu. Memang kenyang gilossss. So, malam tu kami pulang semula ke seberang dan aku dan Zaharah tidur di rumah abang Zaharah sekali lagi. Jumpa lagi esokkk.
sebelum balik.....kami posing lagi. From left: Buzu, Kak Shimah, Zaharah and me
para jejaka pulak... From left : Azim, Zul, Rosli dan Azuan
p/s - happy sgt coz gambar majlis pelancaran cabaran sihat yg aku organize tu masuk dalam paper Utusan today.....pic aku takda. Hanya pic peserta dan penaja. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar
Wow terliur tina tengok makanan itu semua....mmg betul apa Leez cakap nasik kandar kalo nak makan lauk pauk kena panas dan pedas baru meyengat.....kan :-)
ReplyDeleteramainya org beratur...
ReplyDeletepatut le nama pun rest beratur
meriahnya Leez...syok makan ramai2
Tina -
ReplyDeleteyes you're rite.
Kalau makan nasi kandar sejuk tak kaww lahh..hehehe
kak hanim -
ReplyDeleteada yg kata nasi kandar yg ini sedap...tapi sy rasa biasa2 ajer...setiap org tekak lain2 kan.
Yang paling sedap kat penang nasi kandaq kampung melayu...jauh skit dari area town tapi berbaloi2...makan pagi atau malam mmg kaw kaw la hehe..m
ReplyDelete