July 10, 2011

Day 1 - Perhentian Getaway Trip : Dinner @ B'First Cafe


Mekasih Azimashaary....ahkak cilok lagi pic kamu. Huhuhu jangan saman hokay!!! Al-maklumlah kan bila dah busy sangat ni...aku sampai tak dan nak snap sana sini. Sib baik Azim paling rajin nak snap gambar. Yelahkan blogger fofular dia ni...kena rajin snap gambar. Sapa tak teruja kenal dengan blogger fofuler kan...hahaha. Ramai peminat plaks tu.....tapi peminat saiko yg ramai minat dia. Hahahah jangan marah ajim.


Oklah...pas kami dah balik from snorkeling tu. Balik bilik terus mandi dan bersiap untuk dinner malam tu plak. Aku dan Nani tak kuar bilik pun ambil angin petang. Azim duk bbm suh mai lepak tepi pantai. Sakan berborak dengan Nani dalam bilik tak sedar dah nak maghrib masa tu. Hmmmm...jawabnya terus kuar untuk dinner ler pas solat maghrib.


Ya Allah waktu tu angin bertiup sangat kencang. Memang sangat dingin kami ketika itu sambil menikmati santapan malam di tepi pantai. Bukan main-main punya angin tetapi angin yang sangat kencang boleh buatkan kami terhoyang hayang ke sana sini. Uishhhh over plaks minah ni menulis. Hehehe. Jom tengok apa yang kami santap malam tu. Alhamdulillah makanan sedap dan kami sangat berselera. Perut memang lapar sangat baru lepas berenang dan snorkeling.


waktu senja di tepi pantai B'First cafe

sangat berselera melihat makanan kami ini....


daging masak kicap dan sambal.....sedap uolsss. Dagingnya sangat lembut dan menyelerakan.


Tomyam Campur...dalam tu ada ayam, daging dan sotong...pun sedap!!


telur dadar....sambal belacan dan timun tetap ada....fuhhhh pedas berapi


bersiap sedia untuk santapan malam......sejuk sangat masa ni....tapi azim steady jerkkk.


tadaaaa....inilah dia model kami malam itiewwww... pak azuan. Dia paling last bangun...hehehe. Licin tak makanan kami???




Lepas dah kenyang makan malam...kami semua plan nak jalan-jalan tepi pantai. Kebetulan pulak malam itu bintang-bintang di langit berkelipan menyerikan kehadiran kami di Pulau Perhentian. Kat area kami duk ni....kurang sikit happening di waktu malam berbanding di Perhentian Kecil...itu orang kata. Sebab aku first time datang sini...tak tahu sangat.


Di antara chalet/resort yang berhampiran dengan chalet kami ialah Arwana Perhentian Resort, Samudera Chalet, B'First Chalet, Flora Bay Resort dan Fauna Beach Chalet. Pantai di sini pun pendek ajer....itu ajer chalet yang ada. But bagi aku....dah kira okay dan bersyukur. Di sepanjang pantai tu pada waktu malam still can see orang jalan-jalan di tepian pantai mengambil angin malam. Cafe-cafe pun ada dibuka dan yang paling happening aku tengok ialah di B'First Cafe. One of the reason aku rasa sebab makanannya yang sedap. I think so!!!




jalan-jalan di Fauna Beach Chalet....ok gak chalet di sini...cumanya chalet ini lama skit berbanding kat Bayu Dive yang kami stay itu.


disebabkan pada tarikh hari tu ialah besday aku...dorang mendera aku naik buaian tu sambil nyatakan wish aku sempena besday. Hmmm....kalau dah naik buaian haruslah aku nyanyi lagi "Buai Ku Laju....Aku Nak Kawin Dengan Anak Raja" (mcm dalam citer bawang putih...bawang merah)...ahaksssss mengada betul minah ni. Semoga doaku itu dimakbulkan Allah..amennnnn. :p


Azuan dan Azim kata...kami duk atas jambatan lama ini sebab menunggu suami yang tak pulang-pulang....hahahahah sangat lawokkkkkk. Berderai-derai kami ketawa.


gambarku bersama Pak Azuan and Nani.....teman seangkatanku. Thanks korang sporting nak joint aku ke Perhentian. I likeeeee!!!



Ok....tamat sudah hari pertama aku di Perhentian Island. Fuhhhh...padat betul jadual aku di sini. Nak memilih gambar utk buat blog punyalah pening sebab terlalu banyak sangat. Malam tu aku, Azim and Azuan duk lepak kat cafe Bayu Dive sampai jam 2 pagi sambil melihat-lihat gambar yang kami ambil siang tadi. Borak-borak dan ketawa berderai kami tak habis-habis.


Yang bagusnya kat sini...ada wifi free uolsss. Aku pulak memang bawak netbook ke sini....sambil2 tu aku membaca dan membalas birthday wishes daripada kawan2 di FB. Terima kasih teman-teman semua. Tahun ni aku tak celebrate apa2 pun.....aku larikan diri ke Perhentian utk seketika bersama teman-teman ini...pun sudah memadai dan menggembirakan hati aku. Bila umur makin meningkat...tiada makna lagi nak sambut besday ni. Bf pun dah takda takda sapa pedulik. Dulu masa bercinta...ada gaklah merasa dapat bunga...hmmmmm semua tu kenangan masa muda. Dr K ada wish me birthday sehari sebelum aku ke Perhentian.....thanks dear!!!




2 comments:

  1. motip sangat pi highlight pasal peminat saiko..hehehehee

    takperrr ambik jer gambar ni tak saman punya..

    next!!

    mana entry lagikkkk

    ReplyDelete
  2. axim -

    sajer jer bagi hang glamer lagi....hehehe.

    dah update....pelan2 kayuh

    ReplyDelete