Bersambung lagi. Sajer nak bagi suspen masa kat entry yang pertama tu. Sebaik kami sampai di Pulau Perhentian Besar....kami kena berjalan sedikit untuk sampai ke chalet yang kami menginap. Sudah termasuk di dalam package..kami stay kat Bayu Dive Lodge. Tempat ini actually exclusive for divers tetapi disebabkan chalet lain dah penuh, maka chalet ini menjadi pilihan travel agent. Kami okay ajer asalkan tempat tu selesa dan still available.
Sebaik sampai, jangan tak tahu....minah salleh yang jadi receptionist tau. Dorang ni duk pulau sampai berbulan2 sebab jadi dive instructor. Sambil-sambil tu kerja part time kat chalet ni. Masa nak register, aku panik kejap sebab namaku tiada di dalam rekod. Ni yang aku nak marah ni tapi aku kena berlagak cool sebab aku yang menjadi organizer. So, aku slow talk dengan agent tu thru phone bertanyakan camana benda ni boleh terjadi. Rupanya ada miscommunication between this chalet and agent. Chalet ni bising-bising kata agent tu tak follow up dengan dia. Hmmm...lantak kau lah...yang penting aku nak bilik aku ada. Alhamdulillah sib baik still have room available. Cuma masalahnya kami kena berpecah and tak dapat duduk dekat antara satu sama lain. Pulak tu ada 3 bilik kena pindah bilik lain on the next day pulak. Hishhhh....geram pun ada. Kedua-dua tak professional langsung.
masa nak register...kecoh kejap masa ni pasal kes bilik tu
here we are.....Bayu Dive Lodge
masing-masing memikul bag menuju ke bilik
Overall aku suka dengan chalet ini sebabnya....chalet ni masih baru about 2 years ago dibina. Lanscape cantik dan persekitaran chalet sangat bersih. Kalau dah namanya chalet...tentulah senibinanya diperbuat daripada papan....style kampunglah. Interior dalam chalet pun okay especially bilik airnya kena turun tangga di bawah. Overall aku memang sangat berpuashati. Cumanya kalau tak pakai aircond siang agak panaslah. Bilik kami ada aircond tau..hehehe.
Chalet ini juga betul-betul di tepi laut. Cumanya kami tak dapat bilik depan laut. Dapat bilik belah belakang pun dah okay bagi kami sebab sangat impressed dengan lanscape yang cantik dan persekitaran yang bersih.
bahagian depan chalet
cilok pic daripada blogger azim...jangan marah hahhh!!!!!!
cantikkan....memang puashatilahh
ni pulak bilik airnya.....kat belah bawah
ni dalam bilik kami....
Sampai sahaja masuk di dalam bilik, aku relax-relax dulu dan tidur sekejap. Mata pun mengantuk yang amat sebab dalam bas semalam memang aku tak dapat nak lelapkan mata. Tak biasa naik bas....memang susah aku nak tidur. Lebih kurang sejam lebih aku lelapkan mata, then barulah aku mandi membersihkan diri. Perut pun dah lapar nak makan tengahari.
Package kami termasuk breakfast, lunch and dinner. Tetapi kami tidak makan di Bayu Dive Lodge kerana agent memilih tempat makan di chalet sebelah ajer. Aku pun tak tau kenapa dia tak pilih makan di chalet yang kami stay tu. Tempat makan kami di sebelah tu ialah B'first Cafe. Dekat ajer hanya beberapa langkah.
Alhamdulillah makan di sini tersangatlah sedap dan menyelerakan sungguh. Ooooo patutlah agent tu pilih makan di sini. Pulak tu makan di tepi pantai dengan tiupan angin yang sungguh menyegarkan. Jom tengok apa yang kami makan.
ni kat B'first Cafe....simple ajer tempat ni tetapi makanannya sedap. Kat belakang tu ada chaletnya tetapi dah penuh masa ni. Kami cuma makan ajer di sini.
ayam masak lemak kuning...sedap uolssss
sayur campur...
telur dadar.....sambal belacan/ timun pun ada...fuhhhh sedap pedas berapi...
muka ceria masing-masing sebelum makan......masa ni still malu-malu sebab tak berapa kenal lagi
sedapnya kami menjamu selera di tepi pantai...hari2 mcm ni kan best...ahaksss jangan beranganlah minah oi....
lapaq dan berselera sangat...habis licin makanan semua hehehee....
ehh..ehhh...sukanya pompuan ni....sebab dia dah kenyangkannnn.
Lepas makan dah kenyangkan. Takkan aku nak baring atas katil plak kan. So, aku dengan Azim pi tepi pantai duk mengambil gambar. Saje nak bagi digest makanan dalam perut. Sambil tu bolehlah berposing sakan tepi laut dan mengambil gambar permandangan laut disekitarnya.
Masa ni cuaca sangat best terang benderang. Risau gak kalau cuaca mendung sebab nanti air laut keruh sukar nak snorkeling pulak. Nak amik gambar laut pun tak cantik biru jernih. Alhamdulillah cuaca bagussss. Aktiviti kami selepas ini ialah bersnorkeling di tengah laut. Dah tak sabar rasanya. Aku pernah dive dulu di Bali tetapi masa tu mana ada lesen.....sajer nak amik experience. So, trip kali ini aku hanyalah bersnorkeling. Next year InsyaAllah aku nak amik PADI licence pulak. Barulah gempak..kau hadoh??? Amboiii statement berlagak tak hingat ahakssss......
ni plak cafe di Bayu Dive Lodge
kat cafe ni foodnya more to western ....sebab matsalleh dan minah salleh melambak stay kat sini. Kiranya neighbour sebelah bilik kami tu kiri kanan memang mat salleh lerr....dorang tu semua divers. Kelassss tak?????
PADI licence disediakan di Bayu Dive ini
I was here at Perhentian Island on 1st July....besday aku tu hehehe. Sajer nak larikan diri dari kota KL celebrate dgn cara bersnorkeling kat sini.
boleh baring-baring kat sini sambil menenangkan diri dari hiruk pikuk kota KL. Memang aku betul-betul tenang di sini...i likeeee!!!!
pada pandangan aku....panorama laut dan pantai di Perhentian Island tidak dapat menandingi keindahan Redang Island tetapi panorama di dasar laut...Perhentian memang terbaik!!!!!!!
di Perhentian Island banyak chalet budget tetapi di Redang banyak hotel dan chalet yang besar-besar.....itu bezanya....
aku ingin terbang bebas....
kalau aku byk duit....tiap bulan aku dah ke sini utk tenangkan hati dan jiwa...ahaksss
oklah sekian dulu entry untuk kali ini. Next entry aku nak citer pasal snorkeling pulak. Banyak sungguh gambar aku trip ini.....pening nak pilih gambar yg terbaik. Dah dua hari aku balik KL tetapi mind aku asik teringat Perhentian ni...ishhhhh payah ni. :p
salam Sis Leez, u r another travelholic like me! I love reading your blog, keep writing them :) Let's exchange link.
ReplyDeleteBtw, island is a perfect getaway! I always love the feeling sitting doing nothing by the beach.
haiyoooooo pic saya dicilokkk..kena saman ni...grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
ReplyDeletesama lah ngan saya pun kak..duk buat odit pun teringat ingat kat Perhentian..
*sebenarnya teringat kat skandal..ahakss..
besttttttttttt!!!!
ReplyDeletepasni nak gi mana plak?? nak joint bleh??
by.ya @ Traveller's Anatomy ...
ReplyDeletehi!!!
i also like u..travelholic... :)
i already follow ur blog...very nice..need time 2 read all.
leez,
ReplyDeleteada org ckp kat i buat lesen diving di Koh Tao murah. tp aku lupa under apa, mebi PADI. but mmg murah, below 700. hehe
by-ya -
ReplyDeleteyea...thanks you dropping by my blog :)
wowww...you too travelholic...i like. Ok will exchange link then.
island is the best place to relax your body and mind as well...peace.
axim-
ReplyDeleteyolah tu...nak saman pun saman lahh...ada ahkak kesah?? hahaha
huikkk....windu skandal??? tak sheshuaiiiii....
zila -
ReplyDeleteso far belum plan apa2 lagi for next trip. Dalam tahun ni rasanya gi cuti2 mesia jer kot. Nak kumpul duit lah....
Gi obersea next year Insya Allah. Nak ikut? jommmm....
fatt -
ReplyDeleteaku dah survey PADI licence kat perhentian...takat RM700+ tu boleh dapat tapi 3D2N....rushing woooohhhh.
Kalau yang stay 5D4N plak dalam RM1400 gitu. Tulah aku tengoh pikir nak gi berapa hari. Instructor tu kata....kalau gi masa singkat takut kita tak mahir lagi....pastu masa suntuk sangat.