June 16, 2011

Part 4 - JB-Singapore Tour : Lunch @ Pasir Gudang




Hari terakhir kami di JB...kena balik KL dah. Sebelum balik kami singgah kat Pasir Gudang untuk makan tengahari pulak. Plan nak makan kat sana sebab katanya ada ikan siakap goreng sedap. Oklah....why not kita cuba kan. Aku teringin nak makan kat Senibong tetapi ia dibuka pada waktu malam pulak. So, dengan bantuan GPS Garmin ini kami menuju ke Pasir Gudang ini.


Setelah call kedai makan ini...dia suruh menghala ke Kg Pasir Putih. Nama kedai makan ini ialah Kedai Makan Rahmat terletak di tepi laut, Pasir Gudang. Ketika ini dah pukul 2 lebih petang. Taukeh tu kata ia tutup jam 3.30 petang. Alamak...sempat ke? Siap pesan kat dorang jangan tutup dulu...tunggu sehingga kami sampai. Kami sampai lebih kurang jam 3.15 petang mcm tu...Alhamdulillah sempat lagi. Lauk pun masih ada lagi.


Yang specialnya di sini ialah ikan siakap goreng dan udang goreng kunyit. Lauk-pauk yang lain pun ada....memang sedap masakannya. Tapi yang aku pelik....kenapa disebabkan ikan siakap goreng ajer...orang sanggup makan kat sini. Ikut logik....takat goreng ajer....boleh buat sendiri apa. Beli ikan siakap kat pasar...pastu goreng dan buat cili kicap...cicah ajer. Makan panas-panas dgn nasi. Entahlah aku pun pelik. Tapi lauk-pauk lain memang sedap pun. Dikatakan orang yang makan di sini memang ramai setiap kali waktu makan tengahari. Mungkin yang istimewanya di sini ikan dan udangnya fresh lagi.


Aku lihat...kedai makan ini didirikan style makan atas laut. Oklah sambil makan kita boleh lihat permandangan laut. Angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa. Selain tu kita boleh lihat Singapore dari jauuuuhhh. Kedai makan ini telah dirasmikan oleh Sultan Johor yang sekarang. Ketika itu baginda masih lagi Tengku Mahkota Johor...lama dah beberapa tahun dulu.



kedai makannya style mcm ni tetapi yang ini ialah kedai makan jiran sebelah.

pinggiran laut di Pasir Gudang.....

inilah kedai makan tu.....sambil makan boleh lihat permandangan laut di sebelah...oklah nice

tempat nelayan.....


besar jugak dalam kedai makan ini....masa aku snap ni dah nak tutup....


lauk-pauk boleh pilih di sini......


udang goreng kunyit...berselera aku makan...sebabnya udang ni fresh.


inilah dia ikan siakap goreng yang aku kata tu. Yang buat kita berselera makan di sini sebab ikannya masih panas....dan isinya sedap dan fresh. Cicah dengan cili kicap.


kami makan seramai lima orang dengan lauk-pauk di atas. Ikan amik 2 ekor dan udang pulak 2 pinggan. Jumlah semua RM125.


tadaaaa.....licin kami makan....maklumlah masa ni lapar bebenor...hehehe.





Kami adalah pelanggan terakhir makan di tempat ini. Lepas makan...kami singgah di beberapa tempat dan after maghrib terus pulang ke KL. Masa ni adalah minggu pertama cuti sekolah...so kereta memang penuh on the road. Sampai rumah lebih kurang jam 12 tengah malam. Alhamdulillah percutian jalan-jalan cari makan yang singkat tetapi penuh dengan bermacam-macam aktiviti dan aku sangat berpuashati. Inilah caranya untuk aku menghiburkan hati yang sedang gundah gulana. Serba sedikit ia mengubat kelukaan di hati ini.




p/s - Trip aku lepas ini ialah berkelana berjumpa kawan-kawan asing di dasar laut....Insya Allah awal bulan Julai ini. Trip yang sangat-sangat aku nantikan. Fuhhhh tak sabar rasanya. Sedang menghitung hari. Doakan segalanya berjalan dgn lancar.








7 comments:

  1. tak tahan mlihat udang tu leez
    merembes ayaq liuq

    ReplyDelete
  2. kak hanim-

    mmg sgt merembess kak....sebab ia fresh

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. LIBL -

    mmg sedap ikan tu.....panas2 dan fresh...

    ReplyDelete
  6. Hi Leez...saya baru upload gambar2 masa makan kat sini..nnt datang singgah yer kat blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan....makan hehe dan jangan lupa follow tau TQ TQ TQ

    ReplyDelete