Sambung lagi. Dari Vivo City kami terus bergerak ke Esplanade Singapore...jalan kaki sikit nak tengok singa yang kuar air tu - Merlion. Mula-mula kami berpusing-pusing gak kat area ni sebab tersalah jalan (walaupun pakai GPS..hehehe). Puncanya sebab kami tak berapa pasti nak parking kat mana. Kat GPS tu tulis mcm-mcm tempat kat Esplanade tu....park lah....hotel lah.
So, finally kami sampai jua dan ternampak arrow ke parking Esplanade. Fuhhhh...lega. Masa ni dah jam 5 lebih jugak. Risau dah malam nanti...melepas aku nak bergambor dengan singa air ni...huhuhu. Setiap kali gi Singapore asik terlepas ajer nak singgah sini...masa terhad and rushing sangat.
Masuk Esplanade....nampak ada tulisan "Singapore Arts Festival 2011". Kat sini juga diadakan pelbagai aktiviti kesenian seperti teater, pameran arts dan macam-macam lagi. Umpamanya segala kegiatan kesenian memang berlangsung di sini. Rasanya konsert2 artis terkenal pun berlangsung di sini....i think so :p.
Ok...kami kena jalan sedikit untuk sampai ke Merlion itu. Sambil berjalan...kami snapping sana sini. Cuaca pulak mcm mendung ajer....so kualiti gambar agak berkabur tidak begitu terang. Ke orang yg ambil gambar tu memang tak pandai nak setting camera...hahahah. Pandai jerrrr!!!!!!
bangunan pencakar langit kelihatan di sebelah kanan jalanraya
Marina Bay Sands Hotel...perrghhhh menakjubkan!!!!..ada pulak sampan atas bangunan tu ahaksss
aku mcm jakun skit masa ni...sebab first time aku sampai....oklah cantik
p/s - hairan!! manusia dihukum kerana satu kesalahan tetapi mereka tidak melihat berapa banyak kebaikan kita selama ini pada dia.....pasrah ajerlah. Sekarang orang buat kita....takpa jangan balas apa-apa. Manusia yang bersabar tinggi darjatnya disisi Allah dan Allah sayang.
I miss Singapore and I am going there soon :)
ReplyDeleteDiana-
ReplyDeletehappy holiday to spore hehehe :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete