Entahlah tetiba malam ni nak menulis versi rindu pada arwah papaku. I miss him so much. Sedih bila semua orang duk menyambut Father's Day. Tapi aku...buat tak reti ajer sebab papaku sudah tiada. Sudah 6 tahun papa meninggalkan kami anak beranak. Rasa macam sekejap ajer dan masih teringat-ingat arwah seperti masih ada bersama kami.
Baru-baru ini aku tetiba termimpikan arwah. Dalam mimpi tu arwah papa dan mamaku ikut aku berjalan-jalan makan angin. Itu ajer mimpinya. Entah aku taknak fikir apa maksud mimpi itu. Yang penting...esoknya aku berpuasa dan sedekahkan bacaan Yaasin untuknya. Aku memang jarang bermimpikan arwah selama 6 tahun pemergiannya. Tetapi malam tu.....aku macam gembira sebab dapat berjumpanya dalam mimpi. Itu tandanya aku sangat-sangat merindui arwah. Rindu sangat-sangat.
"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara - sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anak yang soleh yang selalu mendoakannya"- (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah). Papa, anakanda tidak lupa mendoakanmu setiap kali selepas solat. "Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan mereka yang dikasihi Allah... Ameen"
Bila keadaan bersedih dengan pelbagai dugaan mcm ni...jiwaku sangat sensitif. Aku akan cepat terasa dengan sesiapa sahaja. Masa ni jugak aku terus teringat arwah - "papa, sesungguhnya anakmu ini sedang bersedih. I really need you pa...". Hubungan kami memang sangat rapat. Sepanjang hayatnya....akulah anak yang paling rapat. Aku tak segan nak berkongsi cerita apa saja dengannya....samada cerita peribadi atau cerita gembira. Malah apa saje situasi....di antara anak-anaknya papa mesti menyebelahi aku anak pompuan tunggalnya ini. Kalau aku pulang ke rumah lewat malam...dialah orang yang paling tidak nyenyak tidur. Dia akan call aku kat mana sekarang dan bila nak balik. Aku anak sulung dan satu-satunya anak pompuan tunggal.... memang sangat manja dengan papaku. Kalau dia sakit-sakit badan...aku yang dia akan panggil suruh urut. Banyak sangat kenangan aku dengan papa....sedih nak cerita satu-persatu. :(
Peristiwa di bulan May tahun 2005 ketika aku mengerjakan umrah bersama mamaku di tanah suci Mekah....tetap aku kenang sampai bila-bila. Lagi 3 hari sebelum kami pulang ke tanahair...papaku jatuh sakit dan terus koma. Sehari selepas aku pulang...arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ya Allah berat sungguh dugaanku ketika itu. Sesungguhnya dugaan demi dugaan aku tempoh sepanjang tahun yang sama. Tahun yang sama juga aku berpisah dengan kekasih hati setelah 2 tahun berkawan....disusuli pemergian papa tercinta. Aku bingung seketika.....2 orang lelaki yang aku sayang tiada lagi disisiku.
Insya Allah jika ada rezeki dan sihat tubuh badan...aku ingin mengerjakan umrah sekali lagi akhir tahun ini . Semoga niat suciku ini dimakbulkan Allah. Berada di sana nanti pastinya aku akan ingat semula kenangan di saat-saat aku menerima berita papaku sakit. Bagaimana ketika aku mengerjakan solat hajat di depan pintu multazam....mendoakan agar aku dapat berjumpa papaku di tanahair. Syukur doaku dimakbulkan walaupun ketika itu arwah terbujur kaku dalam keadaan koma. Pada tarikh 17hb Mei 2005 papaku meninggal akhirnya.
kita sama, dah tak dpt ucap hari bapa lagi..
ReplyDeletesedihnya baca n3 leez kali ini.
kak hanim -
ReplyDeleteKita sama2 dah takda bapa....sebab tu akak rasa sedih bila baca entry saya.
Ini juga peringatan for those yg masih ada bapa. Hargailah ketika ada..nanti dah tiada tak boleh nak buat apa2 lg..
ReplyDelete*doakan sy jugak untuk pergi umrah next year ye kak..klu nak booking tiket tu remind kan sy tau