June 29, 2011

High Tea @ Rennaisance Hotel KL


Entry kali ni nak citer pasal makan-makan pulak. Blog ni kalau tak pasal travel...mesti pasal food kan. Gitulah konsepnya. Tak pun citer pasal aktiviti apa yg aku buat di hujung minggu bersama family. Ni pun pasal family gak. Last Sunday aku gi makan high-tea dengan my mum, my bro idham, my sis in-law and my nephew si kecik itu di Rennaisance Hotel KL. Ada orang sponsor kami makan di sini. Siapakah itu? Ada lahhhh....rahsia.


Apa yang aku boleh komen tentang makanan di sini....hmmmm boleh tahan. Konsep makanan yang dihidangkan more to western food. Tetapi ada juga Korean food and Japanese food. Malay food tak jumpa pun. Dessert pun banyak western. Kueh Melayu pun takada. Oklah aku enjoy makan di sini sehinggakan masing-masing menunjukkan muka kelat sebab terlebih kenyang. Pagi tu kami tak breakfast pun sebab nak kosongkan perut. Memang masa sampai tu lapor yang amat.


Lepas habis makan...adik aku siap ajak kami makan lagi di HRC KL sebelah tu. Nak mampusss!!! Dia kata nanti bil suruh orang kaya baru tu bayarkan hehehehe. Sebab dia ada membership HRC. Siapakah itu? Ada lahhhh..... (bukan aku hokay!!). Ok jom kita tengok gambar.


my bro and anaknya...si kecik yg bertambah lasak. Dia berlari lebih laju drp neneknya. Mak aku tak larat nak kejar dia...hahaha.

mamaku bersama anak bongsunya dan cucu kesayangannya....


my sis in-law Alya and anaknya


si kecik ni sebenarnya boy tetapi rambutnya mcm girl...curly. Ramai yg tegur suka tgk rambutnya itiewwww.


bersemangat sebab lapar eh???


ini Japanese food.....seafood mentah


mama ku bergaya di depan makanan yg hendak disenduknya


ni pulak Korean food...byk sayur jeruk...


apa ni? kupang.....sedap bila dimasak panas2 kat situ gak....


ni pun Japanese food....sorry aku tak leh nak telan this kind of food


dessert yang sangat mervelous......suka!!!!!


first time aku makan macarons....hmmmm biasa ajer rasanya


makanan more to western food tapi ada nasi...camna tu? kalau dah tekak melayu tetap nak letak nasi kannnn... :p


si kecik tu sakan makan pasta sambil tengok video mickey....if not, dia akan buat kacau atas meja tu.


anak sapo lah ni?? ehhhh...aku ler tu wei!!!! :p



ni pulak blueberry tart...sedappp!!!


dessert ni kejap ajer dah nak habis....ada byk lagi choice lain belah sana tetapi aku lupa nak snap. Sebabnya..... sambil pegang camera aku bawak pinggan. Camno tu????


macarons, strawberry coklat, marshmallow and fruits


alamakkk...budak kecik ini sudah turun dari kerusinyaa. Dia dah start lari sana sini....penat nak kejar.


muka kenyang senang hati. Tadi masa sampai meja kami terpisah...entah tak tau naper depa susun mcm tu. Aku tanya adik aku...kau gaduh dgn aku ke? Pastu bila dah nak balik.....aku pulak baru lepas amik dessert...ehhhh dah berbaik2 semula? Adik aku rapatkan meja sebab nak bagi anak dia lari2...heheheh.


di lobby hotel....si kecik wat muka boring sebab dia nak kuar dari stroller nak lari2 lagi.


alhamdulillah kenyang dan syukur dengan rezeki Allah. Terima kasih kepada hamba Allah yang membayarkan makan-makan kami itu. Hehehehe......


Wassalam.......jumpa di next entry plaksss.







6 comments:

  1. teringin nak makan macarons...rasa apa Kak Leez?

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya...berapa hege per head...terliur tgk dessert. macarons tu sgt2 sweet kan?? for me xbest lah

    ReplyDelete
  3. Alin-

    macarons tu rasa mcm biskut ajer tapi manis ler. Tak berapa minat

    ReplyDelete
  4. Zila -

    i dapat voucher yg berharga RM80 for 2 person. Tpi i makan free ajer. Mmg macarons tu x best...manis ler. Tak minat.

    ReplyDelete