Cuba anda semua tengok harga pisang pada gambar diatas. Murahkan!! Kalau kat sini harganya dalam RM5 utk sesisir pisang. Kat mana tu? Harga tu ialah di Kuching uolsss. Pagi di hari ketiga aku di sini...aku telah meronda-ronda di Pasar Pagi Satok. Pasar ini dibuka setiap hari tetapi pada hari Sabtu dan Ahad lagi meriah dan best coz dorang akan meniaga di luar daripada bangunan pasar tu. Bukan sahaja ada sayur dan ikan semua...malah turut dijual barang2 kraftangan Sarawak, pakaian, kasut dan macam-macam lagi.
Pada pagi tu....kami pergi bertiga ke pasar ini. Adik lelaki aku dan anaknya tinggal di hotel ajor. So, aku, mamaku dan Alya nak cari apa benda yg boleh dibeli dan dimakan di sini. Memandangkan kami pun belum breakfast lagi...jom tengok apa yg aku jumpa di pasar ini.
ulam raja ini hanya 50sen seikat....perghhhh. Patutlah masa makan nasi penyet hari tu...bukan main byk dorang letak ulam raja ni...murah rupanya.
Kami duk pusing pasar ini untuk mencari sesuatu. Agak-agaknya apa yang kami nak cari eh? Nanti kat bawah ni aku citer. Sekali tu kami ternampak gerai menjual kueh-mueh kat dalam pasar ni. Wahh....banyak choice. Tetapikan kueh-mueh di sini agak pelik sikitlah. Ada yg sama mcm kueh semenanjung dan ada yang lain sikit. Gambar yang kat atas tu ialah murtabak sayur.....beli gak just nak try. Kueh mueh lain pun kami ada beli gak.
jeng jeng jeng....benda ini lah yg aku duk mencari ke sana ke mari. Dok tanya orang kot2 ada jual kat sini ke. Ohhhh banyakkkkk dorang kata. Tapi yang peliknya aku tak jumpa pun. Sekali tu ada sorang ahkak ni bgtau....kat lorong sana banyak jual dik....akak nampak tadi banyak. Sekali aku pun terjumpa lah ia. Anda boleh teka sayur apakah ini????
Ini namanya ialah Sayur Midin. Korang ada nampak tak yg aku makan masa hari pertama aku sampai hari tu. Yes.....aku beli ni ...yang sayur mentah. Balik KL kami pun masak lah. Rasanya mcm pucuk paku ga. Sedap dimasak goreng belacan. Kat semenanjung tak jual hokay. Hanya terdapat di bumi Sarawak ajer. Kami borong sampai 3 bungkus. Sekali dah masak...alamak jadi sikit ajer. Kalau tau....kami beli banyak sikit.
kak leez....
ReplyDeletemakanan kt kuching yg best kt area mata kucing....area2 tun jugah tu...
kt sane makanan mmg hampeh...even mak sy org sane, ktorg kt sane, wajib mkn kt rumah...xdenye nk mkn kt luar....sbb xsedap slalunya n xbersih...kdg2 yg jual makanan ni dayak, bukan muslim...so kene hati2...tp ade satay yg sedap kt area2 satok jual mlm2....
yg kuih mcm pulut tu sedaaaaaapppp gileeeerrr... hehehe.. i pg kuching bln 4 hr tu...
ReplyDeleteBAYA -
ReplyDeletetulah patutnya akak minta tips skit darimu ttg Kuching ni. Anyway....Alhamdulillah semuanya ok.
missT -
ReplyDeletesedap eh pulut tu?
i tak beli pun...sebab mcm pelik dan takut tak leh nak makan..hehehe.
entah2 kita bertembung tak masa kat Kuching cuma x kenal jer..hehe.
I ada terjumpa my blog reader kat sana.....pn tgh melancong....kebetulan.