May 22, 2011

Day 1 : Journey to Kuching - Harbour View Hotel and Bazaar Waterfront






Kali ini aku berkelana pula ke negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Percutian yang telah dirancang lebih setahun yang lalu. Alhamdulillah kami masih bernyawa dan dapat makan angin ke negeri ini. Ini adalah percutian yang kedua ku ke sana. Sebelum ini aku pergi bersama temanku ...kalau tak silap aku pada tahun 2004 yang lalu...fuhhh lama dah. So, kali ni punya percutian aku gi dengan family ku iaitu dengan mama ku, adik ku Idham, adik ipar Alya dan my nephew Zarieff. Ini juga adalah percutian yang pertama bagi mereka ke negeri Bumi Kenyalang ini.


Dah lebih sebulan aku ke Kuching ni dan baru lah sekarang aku berkesempatan nak buat entry di blog...hehehe. Rasanya aku gi Kuching ni beberapa hari selepas aku pulang dari London. Penat di London tak habis lagi...kali ni ke Kuching pulak. Takpalah...demi keluargaku. Ikutkan hati...malas nak gi. Ticket pun dah lama beli...setahun yg lalu.







Awal pagi kami dah bangun untuk ke LCCT....flight pagi. Kesian Reef anak buahku...kejutkan dia di awal jam 4 pagi. Nasib baik dia tak banyak kerenah. Ini juga adalah pengalaman pertama Reef menaiki flight. Masuk ajer dalam flight dia terus tertidur...so takda lah dia buat bising dalam flight. Al-maklum budak-budak kan cepat boring kalau duk lama-lama tanpa sebarang aktiviti.

Perjalanan ke Kuching mengambil masa 2 jam sahaja. Lebih kurang jam 10.30 pagi kami dah sampai di International Airport Kuching....wahh airport baru. Dulu masa aku gi.....masih lagi airport lama. Sebelum gi ketika di LCCT Sepang...kami dah breakfast di Marry Brown terlebih dahulu. Entahlah tak tau kenapa sejak aku balik London perjalanan 13 jam tu aku dah muak dengan makanan dalam flight...nak bau pun aku boleh.. rasa nak termuntah dan kepala pening. Agaknya 13 jam dalam flight duk terbau nasi lemak ajer...sampaikan aku tak leh nak makan nasi lemak tu. So, kali ni ke Kuching...aku pesan dgn mamaku jangan order nasi lemak atas flight...kita makan awal2 di airport ajer. Kejam tak aku??? Hohohoh.


with my mum.....





Sebelum kami fly to Kuching, aku dah buat beberapa persiapan seperti booking hotel dan kenderaan sewa. Aku dah bagitau awal-awal untuk menyewa kenderaan tu dari airport. So, by the time kami sampai kereta dah sedia ada di airport. Kami menyewa kereta MyVi dengan harga RM100 utk 24 jam. Oklah rate tu. Kalau ada sesiapa bercadang nak menyewa kenderaan di Kuching...aku boleh bagi contact number : Hana : 012-8952003.



Dari KL kami ada bawak GPS untuk menyenangkan kami berjalan-jalan sendiri di bandar Kuching. Then, kami terus ke hotel untuk check-in. Aku booking di Harbour View Hotel...hotel yg sangat convenient betul-betul di kawasan waterfront. Jalan kaki sikit dah sampai. Bazaar jualan souvenir tu pun dah dekat. Teman-teman yang rekemen aku untuk stay di sini. Aku booking pakai corporate rate dapat RM150 (superior twin bed) dan RM140 (standard queen)...without breakfast tau. Hmmm.....boleh lah hotel tu.








After dah check-in, relax sekejap...solat, nap kejap dan mandi-manda kami pun keluar semula untuk mencari makanan for lunch. Lebih kurang jam 2 petang barulah kami lunch. Ada kawan rekemen makan di sini iaitu RJ Ayam Penyet Kopitiam. Memang sedap makan di sini dan amat berbaloi-baloi. Kalau ada sesiapa bercadang nak makan di sini, ia terletak di Jalan Nagoor...betul-betul di sebelah restoran Coffee O Corner di sebalah flyover Satok. Kalau korang ada GPS...search ajer Jalan Nagoor.



Mula-mula tu tak tau nama jalan ke restoran ini...siap tanya orang lagi camana nak gi restoran ini. Restoran famous memang orang tau kat mana. Menu yang terdapat di sini ialah Nasi Ayam Penyet, Ayam Bakar dan macam-macam lagi. Nasi Ayam penyet di sini memang sedapppp...yummy. Jom tengok gambar-gambar makanan kami. Perghhhh kenyang berbaloi-baloi.



sedang menunggu makanan tiba....Reef ketiduran sebab masa kat hotel semua orang tidur nyenyak...dia boleh plak nak main ajerrr....hmmmm lasak dah.


tadaa...... tengoklah makanan ku


Nasi Ayam Penyet.... sedappp sangat A+++


Nasi Ayam Bakar...ni pun sedappp


korang mesti cuba dessert ni.... Banana Cheese...... sedapp giler







Perut dah kenyang hati pun senang. Lepas makan kami ke Bazaar di depan waterfront pulak nak cari souvenir di sini. Mamaku pulak nak mencari kek lapis Sarawak. Ada orang pesan kat aku...kalau nak cari kek sarawak kena hati-hati coz tak semua sedap....korang kena rasa dulu. Ada bgtau aku kalau kat area bazaar ni yang sedap ialah kek lapis Liza Binti Husin. Aku cuba dan rasa dulu...yess memang sedap. Aku cuba gak kat tempat lain....hmmmm hampehhh....rasa esen vanilla pun ada...kek tu kering semacam pun ada. Oklah....boleh rekemen kek Liza ni. Tapikan...ada yang lagi sedap kat seberang sungai tu...nanti aku citer. For those yang malas nak gi seberang sungai....leh lah beli yang Liza punya ni.



Di bazaar ini juga ada dijual pelbagai jenis souvenir tradisional Sarawak. Ada tshirt, ada kain pua kumbu, ada FM, ada macam-macam lah. Hmmm...aku tak beli apa-apa pun sebab malas. Aku just tengok-tengok ajer. Mama aku yang sakan membeli. Kalau nak beli ole2 makanan Sarawak pun ada dijual di area bazaar ini seperti tabaloi, kuih cincin dan perencah laksa Sarawak.





kek lapis Sarawak Liza...harganya RM10 satu bekas plastik ni.


my bro and family....sian budak kecik tu kepanasan....memang cuaca panas sangat kat sini


mamaku sakan membeli kek lapis...aku plak sakan berposing dan tukang sibuk hehehe.



beli ma...jgn tak beli


ehhh...cantik plak FM gambar kucing berbulu ni...


mamaku dan Alya sedang sibuk memilih FM.....


ini ilah kueh cincin....aku tak minat sgt sebab penat nak kunyah...kerass


tabaloi sagu.....manis tak suka


pelbagai jenis souvenir di jual di area bazaar ini


ni plak kain2 kain corak pua kumbu...


pelbagai jenis FM ada....aku rasa beli kat pasar minggu satok lagi murah....


apa ni? ini lah gambir Sarawak....oppssss apa khasiatnya eh????


segala jenis lada hitam dan lada putih Sarawak ada dijual....Sarawak kan pengeluar terbesar lada hitam kt Mesia ni...pedas skit lah



Then, kami melintas jalan untuk melepak di kawasan waterfront plak. Masa ni dah dekat jam 5.30 petang....Ya Allah masih lagi panas menyengat. Aku perhatikan kawasan waterfront ni memang bersih dan sangat happening pada waktu malam. Waktu siang ada gak orang....ramai bawak anak jalan-jalan dan melepak. Ada banyak juga kedai jualan makanan di sini. pada malam minggu katanya ada live band lagi...wahhhh best. Dulu masa aku gi sini pada tahun 2004....taklah sehappening sekarang. Malam agak sunyi jer.....seram gak jalan sorang2 di sini. Now dah ada bayak perubahan dan maju sikit. Oklah tu


Lepas berposing sana-sini kat kawasan ini...kami bercadang nak gi seberang. Nak tengok apa yang ada di sana. Dulu aku tak berkesempatan nak naik boat ke seberang. So, kali ni aku mesti mengambil kesempatan ini.







bagi ahkak posing jap ehhh.. :P




oklah penat dah menaip....aku sambung lagi next entry plak. Chowwwwww.....




3 comments:

  1. semua suka...tak tahu nak comment yg mana satu.
    Suka banana cheese tu, FM apalagi...kuih cincin tu pun best kan...semua best.

    P/s Leez nampak slim sikit

    ReplyDelete
  2. nak pi Kuching bulan oktober nanti..boleh la buat rujukan..:)

    ReplyDelete
  3. jalan2 sini cari kuih cincin yg sedappp...;)

    ReplyDelete