April 11, 2011

UK Trip : Buildings @ Edinburgh





Kali ini punya entry...korang layan gambar ajer lah yea. Gambar-gambar ini ialah sekitar bangunan-bangunan unik di bandar Edinburgh. Keaslian dan keunikan bangunannya menggamit sanubariku which is you cannot see at other places. Kat bandar Paris lebih kurang jugak bangunannya macam ni but di bandar Edinburgh ini aku rasakan lebih unik dan sangat cantik. Almost every corner mengekalkan keaslian bangunan sebegini. I like it so much!!! ~~~

Lepas sahaja habis meronda di Edinburg Castle...kami terus berjalan-jalan di sekitar bandar ini untuk membeli souvenirs. Kalau korang hendak mendapatkan souvenir seperti fridge magnet, key chain, piring dan mcm2 lagi...boleh ke kawasan ini di Royal Mile. Tempat ini khusus kepada pelancong yang hendak mendapatkan souvernir dengan harga yg berpatutan. Setiap kedai menawarkan harga yang berbeza. Tips yang aku boleh berkongsi dengan korang semua ialah survey dulu beberapa kedai barangan souvenirs yang anda plan nak beli. Kat situ memang banyak kedai. Then....compare harga di antara kedai tersebut....yang mana lebih murah...korang pi balik ke kedai tu. Kalau kedai yg agak tersorok ceruk corner memang sangat murah. Kalau kedai yg betul-betul di tempat yang strategik....waduhhh mahal banget sehhh!!!




berdiri di tengah jalan...kereta pun tak nampak..hehehe

jangan korang parking kereta merata-rata tanpa membayar parking....siaplah kena saman. Kat sini memang sangat strict. Kalau boleh tidak menggalakkan bawa kereta dalam town.

inilah Royal Mile yang sibuk dengan pelancong....byk kedai souvenir di sini. Salah satu sebab ialah ia berdekatan dengan Edinburgh Castle

teksi di Edin

i think this is church. Aku sibuk sangat bershopping brg souvenir sampaikan takda masa nak amik tau apa nama bangunan unik ini. Yang mengambil gambar aku semua ni ialah Denniz. Dia yg rajin snap sana sini. Aku serahkan tugas itu kepada dia..ahakssss!!!!



cuaca sgt terang tetapi sejuk nak mampus..hehehe



di sepanjang jalan di Edinburgh


aku banyak membeli di kedai souvenir ini,.....uncle ni baik sangat....sudi bergambar dengan aku. Actually aku nak amik pic dia dengan Scottish attire ni. keunikan bangunan ini

dah namanya United Kingdom.... telephone booth di sini sama ajer yg kat London



bas hijau ini ialah bas pelancong hip-on hip-off....


Royal Mile Street




Lebih kurang jam 2 petang kami semua dah penat. Nak rehat sekejap. So, nak pergi mencari hotel yang kami dah booking sebelum ni. Stay kat guesthouse ajer. Sebab kami memang membawa kereta, so takda masalah nak mencari tempat ini. Follow GPS ajer. Tapi kalau anda semua tiada pengangkutan, i suggest better u all stay kat area Princess Street. Tempat tu memang happening and walking distance ajer nak ke shopping area tapi mahal sikitlah. Tempat yang aku stay ni juga dalam town tetapi berpeluh ketiak lah kalau nak pi jalan kaki ke shopping area tu. Harganya sangat berpatutan GBP55 (RM275) utk 2 malam (single room).


Address: Relax Guesthouse11 EYRE PLACE EDINBURGHEH3 5ESTel: 01315561433 (441315561433)Email: info@relaxguesthouse.co.uk


Lepak dalam bilik dalam 2 jam macam tu....siap mandi dan makan sandwich yang aku buat tu. Then, kami keluar semula untuk pergi ke Hard Rock Cafe. Ikut arahan GPS......senang ajer dan dekat plak dengan hotel kami. Kos tinggi betul membawa kereta ke sini. Tak larat nak membayar parking. Sejam ialah GBP2 (RM10). Mahal wei!!! Pastu ada insiden berlaku apabila kawan aku terlupa dia letak duit parking berapa. Sekali balik....hahhh kau!!! Kena saman GBP30 (RM150) sebab lebih daripada wktu. Bengang ajer dia. Tak pasal-pasal membazir kat sini.



HRC Edinburgh



aku membeli 3 helai t-shirt di sini (aku punya satu ajer) dan short glass HRC.


i wuz here babe!!!



parking kereta kat situ...kami berjalan kaki ajer kat area sini...




ketika ini, waktu dah nak hampir maghrib ....sejuk sangat weiii!!!




sambil berjalan...sambil snap sana-sini...


dah jam 6.30 petang dan dah nak malam....kedai-kedai pun dah mulai tutup. Tutup awal tau kat sini.



sekali tu.....aku ternampak sign board menuju ke restoran kebab halal.....lapaq plak!!


tu dia....aku pun masuk tanya dulu...halal ??? Turkish tu jawab...alhamdulillah ..halal.....hehehehe sukanya aku


ini alamat kedai halal tu....betul2 kat town area tetapi kedainya agak tersorak di sebalik bangunan


aku makan kebab dan nasi.....disebabkan Denniz pun Turkish...so dorang speaking bahasa turki among themselves. Pastu pekedai tu bagi kami lamb penuh satu pinggan...memang dia bagi lebih. Kenyang wei nak habiskan....but i like turkish kebab tau!!!



roti pita pun ada....sedap dan lembut.


suasana di dalam kedai ini. Sempat berborak dengan taukeh restoran ni...dia kata weather di Edinburgh ni unpredictable. Jangan terkejut kalau esok pagi turun snow di tengah bandar ini. So, kita tengok esok betul tak kata dia....


posing dulu sebelum mamam....




Malam tu aku dikejutkan dengan berita bencana tsunami di Jepun. Television di sana buat coverage tentang bencana ini hampir setiap jam. Malam tu aku busy mengupdate my pics dalam FB. Badan pun letih sangat. Malam tu tidur dengan nyenyaknya.





4 comments:

  1. best...bestt..
    turkish food...huhu..bestnya.

    Gambar pun cantikss

    ReplyDelete
  2. Hi Sis..

    Juz blogwalking and stumbled upon ur blog. Syiok plak sebab cerita trip the Edin, Paris etc because I'll be going there later this year jugak!..So best la kot boleh pick up useful tips kan? Thanks ya

    ReplyDelete
  3. kak hanim -

    sy mmg suka turkish food esp kebab....i likee

    ReplyDelete
  4. ray -

    woww....bestnya....miss this place.
    Hope tips dlm blog ni can help u..
    enjoysss...

    ReplyDelete