Bersantai sakan kami di Novotel Surabaya ini.
Memang tidur nyenyak banget...al-maklum bermimpikan Afgan malam tadi kan..ngeh3. Awal pagi lagi kami dikejutkan dengan laungan lagu senamrobik di perkarangan swimming pool. Jenguk kejap tengok...waduhhh ramainya orang di sini. Macam bersemangat nak joint tapi aku tak bawak baju sukan pulak..hehehe.
Masih lagi berlenggang kangkung. Pi turun bawah jap nak pi breakfast. Boleh tahan ramai orang yang breakfast pagi tu. Dalam hati duk berdoa.....minta2lah jumpa Afgan kat cafe bawah. Hmmm.....mak frust tau....tak jumpa dia pun uwakkkk. Banyak choice makanan di sini....and boleh tahan sedap jugak. Kenapa aku banyak kali jumpa mamat encem kat area hotel ni...kat dalam cafe ni pun sama....ishhhhh....menjamu mata. Jangan tak tahu....kat hotel ni rupanya ramai artis cowok Indonesia yang encem2 stay sini. Masalahnya aku tak kenal depa pun...siap senyum-senyum lagi bila terserempak. Bila sampai lobby hahhh kauuuu berpusu-pusu peminat nak bergambar. Walllaaaaaa......artis rupanya :)). Pagi ni kami memang tak plan pergi ke mana-mana pun. Just duk jalan-jalan sekitar hotel dan golek-golek dalam bilik. Best sesekali bercuti santai macam ni.
Lepas breakfast aku duk snapping sana-sini di sekitar hotel ini. Kalau ikutkan hati memang aku nak jer terjun dalam pool tu tpi swimming suit lupa nak bawak. Oppsss...silap..... baju swimming seksi aku tu lupa nak bawak. Ishhhhhh..!!!!!
breakfast time
ini yg aku jamah pagi tu
ini yg aku jamah pagi tu
swimming pool di sini sungguh menggugat diri ku
nun di atas tu kelihatan bilik kami...
selain lepak-lepak...aktiviti kami ialah mengadap internet yg disediakan di lobby.....apa lagi check FB lahhhh
hotel lobby
Flight balik ialah jam 6.30 petang. Aduhhhh lama lagi ni. So, lepas check-out kami lepak di lobby hotel ajer sambil mengadap internet yg disediakan di situ. Catz pulak sempat lagi tu pi saloon cuci rambut kat kawasan hotel ni.
Satu yang bagus tentang hotel ni...depa melayan guest sangat bagus. Walaupun kami dah check-out and melepak di situ sementara menunggu petang sikit b4 gi airport tetapi still sediakan drinks untuk kami. Baguslah macam ni. Lain kali rasa mcm nak datang lagi ke hotel ini Insya Allah.
bersedia untuk pulang ke KL
orang di hotek ni tolong kami snapkan gambar......thanks!!!
novotel surabaya in the house!!!!
Perjalanan ke Juanda International Airport dari hotel ini mengambil masa 30 minit lebih kurang jika menggunakan jalan highway. Bayarannya lebih kurang Rp70,000 sahaja. Senang ajer nak dapatkan teksi. Di depan hotel memang banyak teksi Bluebird dah standby dan mereka menggunakan meter. Kami bertolak dari ini lebih kurang jam 3.30 petang gitu.

Perut pun dah laparkan. Sampai airport nak lunch dulu sebelum check-in. Kami makan ayam penyet lagi tapi rasanya kureengggg!!! Pulak tu perut ku sebu semacam. Hmmm...tidak memenuhi citarasaku langsung. From the pic above u can automatically know how the taste was look like.
semangat nak makan tapi hampehhhh!!!
ini kek surabaya dan brownies yg aku beli kat bakery....sedap banget deh!!!!!
ini rupa bentuk kek surabaya
pisang salai my mum's favourite
kerepek apple yg aku beli..
keropok udang
sekian sajer entry tentang Surabaya. Fuhhhhh berhari-hari aku nak habiskan walaupun percutian ini mengambil masa 3 hari sahaja. Overall aku rasa cukup puashati dan enjoy with this trip. Cuma satu ajer.... aku terkilan tak dapat nak berjalan-jalan ke Mount Bromo yang sangat cantik itu. Kenapa? Difahamkan gunung tersebut masih meletus dna mengeluarkan debu asap...so amat merbahaya kepada pelancong untuk ke sana. Insya Allah aku akan ke tempat ini lagi nanti fokus untuk melihat keindahan Mount Bromo yg sangat indah itu.

seronok kan kalau ke Indonesia ni.. makanan banyak dan sume kita leh makan.. Best tu ada kerepek epal..
ReplyDeleteSalam Leez, teringin juga saya nak kesana. novotel tu jauh ke dari bandar ke dan berapa sewa nya satu malam.
ReplyDeleteAtau hotel mana yang Leez syorkan untuk 2-3 malam di Surabaya nanti.