Destinasi seterusnya ialah ke Pusat Grosir Jembatan Merah yang terletak di pusat bandar Surabaya. Merupakan pusat belanja yang mempunyai pesona tersendiri dengan lokasi yg sangat strategik berhadapan dengan Hotel Ibis Rajawali. Kalau anda plan nak shopping sakan disini....boleh stay di hotel tersebut berjalan kaki ajer.
Mall ini mempunyai 4 tingkat bangunan yang menjual barang-barang berkualiti seperti kain-kain, pakaian, telekung, tudung, blouse muslimah, barangan kelengkapan rumah, perhiasan rumah dan dapur. Bangunan kedai di dalamnya macam ala-ala Mangga Dua di Jakarta. Kedai-kedai di sini beroperasi di awal pagi dan tutup jam 5 petang. Kami sampai di sini pada jam 2.30 petang.
Aku actually tak plan nak shopping apa-apa pun di Surabaya ni. Sama ajer barangannya di Jakarta dan Bandung. Sajer ajer datang ke sini untuk melihat-lihat pusat grosir ini. Bangunan ini agak besar dan tidak mustahil anda akan tersesat. Aku tengok kedai-kedai kain di sini banyak jual kain lace untuk pengantin yg glamer-glamer tu. Ada juga kedai yang sama mcm kat Jakarta dan Bandung yang mempunyai banyak cabang perniagaan di banyak daerah di Indonesia ini. Harganya??? Lebih kurang ajer.....yg pasti anda kena pandai membuat penawaran harga. Blouse muslimah pun banyak. Fesyen terkini jenis jubah tu pun banyak....cantik dan up to date jugak.
blouse wanita pun banyak
fesyen kebaya dan kain batik jawa juga ada dijual
fesyen kebaya dan kain batik jawa juga ada dijual
beginilah bentuk di dalam bangunan mall ini
wahhh...nampak tu byk kedai jual kain
fesyen evening dress berkemban :)
kedai Mumbai Textile ini mempunyai byk cabang di serata daerah di Indonesia
baju fesyen jubah terkini
pelbagai fesyen tudung...hmmm aku mcm tak berapa berkenan....skrg dah melambak fesyen tudung bawal mcm kita kat Indon
bukti aku berada di Pusat Grosir Jembatan Merah
Sekian, aku tak beli apa-apa pun di sini. Sajer jalan-jalan. Seterusnya kami sambung lagi berjalan menuju ke Masjid Sunan Ampel. Apa istimewanya tempat ini? Jom baca sejarahnya.
Sekian, aku tak beli apa-apa pun di sini. Sajer jalan-jalan. Seterusnya kami sambung lagi berjalan menuju ke Masjid Sunan Ampel. Apa istimewanya tempat ini? Jom baca sejarahnya.
Raden Achmad Rachmatulloh adalah seorang yang alim, bijak, berwibawa dan banyak mendapat simpati dari masyarakat. Sebagai seorang yang pandai dengan ilmu-limu agama, dia mendapat kepercayaan Raja Majapahit untuk berdakwah dan menyebarkan agama Islam di Surabaya. Dia pun memimpin sebuah dakwah di Surabaya dan dengan inisiatif nya Raden bersama masyarakat sekitar telah mendirikan sebuah masjid pada tahun 1421 M, untuk media dakwahnya. Di tempat tersebutlah, Raden Achmad yang kini dikenal sebagai Sunan Ampel menghabiskan masa hidupnya di masjid itu. Hingga akhirnya pada tahun 1481 meninggal dunia, dan makamnya pun terletak di sebelah kanan depan masjid Ampel.
Masjid yang dikenal sebagai masjid terbesar kedua di Surabaya itu setiap menjelang bulan ramadhan selalu padat dengan pengunjung. Di tempat ini kononnya, menjadi tempat berkumpulnya para ulama dan Wali Allah dari berbagai daerah di tanah Jawa. Di tempat ini pula, para ulama membicarakan ajaran Islam sesuai petunjuk Allah. Masjid Sunan Ampel yang dibangun dengan gaya arkitektur Jawa kuno dan Arab terasa kental bagi masyarakat setempat. Kemudian oleh warga setempat Masjid Sunan Ampel dibangun sedemikian rupa agar orang yang ingin melakukan solat di masjid dapat merasa nyaman dan tenang. Hal ini tampak jelas dengan adanya lima pintu gerbang yang merupakan simbol dari Rukun Islam.
Masa kami berjalan menuju ke Masjid Ampel ini akan melalui Pasar Ampel terlebih dahulu. Menurut cerita suasananya tidak ubah seperti Madinah Mukarramah sebab terdapat ramai orang Arab Indonesia yg berniaga di sini. Hmmm....ada sikit lah ciri-ciri tersebut tapi yang tidak menariknya pada pemerhatian aku.....ini tempat suci tetapi dicemari dengan peniaga-peniaga jalanan yg tidak bercirikan seorang Muslim. Yg perempuannya tidak memakai tudung dan yg lelakinya selamba masih duduk di situ walaupun azan Asar telah berkumandang di situ. Yang datang berduyun-duyun menuju ke masjid utk bersolat ialah orang luar dan bukan org yg disekitarnya. Hmmm.....tidaklah sesuci mana pun. Orang Arab yg meniaga di sekitar ini merupakan daripada keturunan nenek moyang mereka yg pernah datang ke sini menyebarkan agama Islam ke Tanah Jawa ini. Jadi, yang tinggal sekarang ialah anak cucu mereka yg bermastautin menjadi rakyat Indonesia. Memang nampak muka mereka mcm orang Arab. Di dalam pasar ini ada jualan jubah, tasbih, kurma, tudung dan barangan kelengkapan haji.

jalan besar menuju ke Masjid Ampel
slah satu pintu gerbang menuju ke Masjid Ampel ini
bestnya kalau berpeluang p shopping kat sini.
ReplyDeletesalam cikgu tie -
ReplyDeleterasanya shopping di sini sama ajer suasana bershopping di jakarta bandung.....best gak.