Bersambung kita lagi dengan catatan journal tripku ke Surabaya.
Cuti Raya Cina baru ni aku sangat busy dengan macam-macam aktiviti sampai tak sempat nak update blog. Aku gi cuti-cuti Malaysia ajer...nanti aku wat review mana aku gi. Lambat skit lah coz nak habiskan Surabaya trip ni makan berhari-hari jugak. Pelan-pelan kayuh yea.
Ketika aku sampai di Kota Batu, jam menunjukkan ke angka 3.00 petang waktu tempatan. Kota Batu ini terletak di daerah Malang dan ianya di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland juga dikenali sebagai Kota Wisata. Tanah di sini amat subur dan sesuai untuk tanaman sayur dan buah-buahan. Cuacanya juga sejuk dan nyaman. Masuk hotel tak payah on aircond memang dah sejuk hokay. Sesapa yang belum sampai ke sini...amatlah di alu-alukan sebab tak rugi anda ke sini. Nak honeymoon pun boleh..ngeh..ngeh..ngeh.
Terdapat juga beberapa hotel dan villa untuk penginapan parawisata. Pilih ajer mana yang berkenan. Ada yang murah dan ada juga yang mahal. As i said earlier entry, aku datang ke Surabaya bukan untuk bershopping tetapi more to bersantai dan manjakan diri. Jadi kali ini aku pilih hotel mahal sikit dan selesa. Aku menginap di Kusuma Agrowisata Hotel yang betul-betul terletak di puncak gunung dan boleh melihat permandangan bandar Malang dengan begitu jelas sekali dari aras atas. Camana aku tau pasal hotel ini? Mulanya aku dok google pasal ladang epal yg terkenal di Kota Batu ini. Pastu ada satu blog ini menceritakan tentang keistimewaan hotel ini dan highly recommended. Akhirnya.....pejam mata aku booking online ajer dengan harga Rp600,000 (RM210) untuk satu malam termasuk percuma entrance ke ladang epal, strawbery, jeruk dan jambu. Kalau anda gi weekend agak mahal sikit harganya.
Pertama kali aku jejak ke tempat ini....Oh My God...cantiknya!!! Memang sangat berbaloi aku booking tempat ini. Sungguh nyaman, penuh pokok kehijauan, cantik dan segar mata memandang. Tempat ini sangat luas dan berbukit-bukit. Ada yg jenis hotel bertingkat-tingkat dan ada yg jenis villa. Kami ditempatkan di villa yang sangat cantik yg dikelilingi oleh pohon-pohon kehijauan. Tak caya???? Jom tengok gambar-gambar di bawah.
Pak Marji parking mobil di sini dan villa kami di atas tu (kena naik tangga)
tanaman kehijauan di hadapan villa kami
tanaman kehijauan di hadapan villa kami
ni plak bilik kami berdua....simple, nice dan bersih
kami juga disediakan breakfast untuk 2 orang
bilik air yg luas dan bersih
ni permandangan di hadapan villa kami...cantik dan kemas rumput ni
ni plak villa di seberang jalan sebelah bilik kami....sunyi ajer tempat ini
Masuk ajer bilik, kami rehat sebentar untuk membersihkan diri. Penat jugak masa ni coz dari awal pagi kami dah ada kat airport hinggalah sampai ke Kota Batu ini memang tak rehat langsung. Lepas kejangkan otot semua, kami meneruskan acara selanjutnya iaitu melawat ladang epal, strawbery, jambu dan jeruk....terletak di kawasan hotel ini. Sebab kami stay di hotel ini, jadi tidak dikenakan bayaran. Kalau anda stay di hotel lain, boleh juga masuk ke ladang ini cumanya kena bayarlah. Tak pastilah berapa harganya. Kena merujuk pada website hotel ini.
Masuk ajer bilik, kami rehat sebentar untuk membersihkan diri. Penat jugak masa ni coz dari awal pagi kami dah ada kat airport hinggalah sampai ke Kota Batu ini memang tak rehat langsung. Lepas kejangkan otot semua, kami meneruskan acara selanjutnya iaitu melawat ladang epal, strawbery, jambu dan jeruk....terletak di kawasan hotel ini. Sebab kami stay di hotel ini, jadi tidak dikenakan bayaran. Kalau anda stay di hotel lain, boleh juga masuk ke ladang ini cumanya kena bayarlah. Tak pastilah berapa harganya. Kena merujuk pada website hotel ini.
Masa ini just nice cuaca cantik banget. Nyaman dan tidak hujan. Kami disediakan seorang guide untuk membawa kami melawat ladang ini. 2 orang cewek dan seorang cowok...aduhhhh gamat sehhh. Kami ni cewek yang periang dan kepala gilos...ternyata cowok itu asik ketawa ajer dengan telatah gediks kami itiew. Nanti aku citer apa yg istimewa ttg ladang buah-buahan ini di entry seterusnya yea...hehehehe
masa ni tergedik-gedik nak masuk ladang...maklumlah first time nak petik epal. Pi negara omputih tak dapat petik epal...kat Indon pun jadilah. Yang penting...kau hadoh??? Ngeh..ngeh..ngeh... !!!! ~~~~~~
Akak pernah menginap disini beberapa tahun lalu. Kami gi Gunung bromo juga. Best kan...ada kebun epal juga
ReplyDeleteThanks for sharing...������
ReplyDelete