January 6, 2011

Jalan-Jalan to Kuala Selangor-Shah Alam : Kelip-Kelip @ Kg Kuantan


Sambung lagi....
Seterusnya kami semua bergerak ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip. First time aku gi tempat ni. Jarak dari tempat makan kami di Pantai Remis ke sini ialah lebih kurang 15-20 minit gitu. Tempat ni di kawasan Pasir Penambang. Ketika ini kami sampai lebih kurang jam 9.00 malam...orang dah ramai...almaklum malam minggu cuti perayaan plak tu.

Kawasan kelip-kelip ini dibuka pada jam 7.30 malam dan tutup pada jam 10.30 malam. Jangan sesapa yg nak dtg tempat ni lewat malam pulak. Aku ada tanya brother yg bawak sampan tu....dia kata kelip-kelip ini hanya aktif mengeluarkan cahaya hingga jam 10.30 malam sahaja. Selepas waktu itu.... makin lama makin kurang kelip-kelip yg mengeluarkan cahaya. Asal habitatnya di tanah dan hidup selama 3 bulan. Selepas itu ia bergerak hinggap ke pokok berembang yg banyak tumbuh di Sungai Selangor dan mengeluarkan cahaya hingga boleh hidup selama 2 minggu sahaja. Gitulah ceritanya.



dah ramai yg beratur panjang......beli ticket di kaunter utk harga sebuah sampan yg memuatkan 4 orang sahaja dikenakan RM40. Kami split kepada 2 dan sebuah sampan kami naik 3 orang sahaja


beratur dgn penuh kesabaran



Bagi aku dengan harga RM40 utk sebuah sampan adalah sangat mahal. Kami juga dibekalkan air mineral....tak payah pun takpa. Ia mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja di dalam sampan utk melihat kelip-kelip itu. Patutnya dikurangkan sedikit harganya utk pelancong tempatan. Utk org luar takpalah dgn harga tu. Hmmm...jawabnya sekali ajerlah aku pi tempat ni.

Bila tengok kelip-kelip ni di pokok-pokok tepian sungai ni memang nampak cantik sangat seperti pokok krismas yg berlampu-lampu. Impressed lah jugak. Tapi aku still tak puashati dgn harga yg dikenakan. So, kesimpulannya aku pergi sekali ajerlah yea...huhuhu.





Buzu dan Zul dgn penuh kesabaran menanti giliran...


begitu juga aku dan qis......


tu dia...dah bersiap dengan pakaian keselamatan utk menaiki sampan......


juga ada papan tanda yg melarang membawa balik keli-kelip ini,.....satu kesalahan


amboih buzu...semangat gitu dgn pakaian life jacketnya...hehehe


mereka bertiga di belakang kami......

masa ni dalam sampan.....aku naik satu sampan dgn buzu dan zul


frust juga sebab tak dapat amik pic kelip2 tu walaupun dah off flash....kalau pakai flash kelip2 tu akan berhenti mengelip selama 5 minit....


pic ini dari kamera qis.....melambai2 pada mereka


jeti yg sangat sibuk dgn pelancong.....pelancong dari luar negara pun ramai.


menurut bro yg bawak sampan...mereka kena ikut giliran satu persatu mengambil penumpang. Lebih kurang 5-6 pusingan mengambil penumpang utk satu malam


dah sampai di daratan.....jom balik


singgah jap kat kedai souvenir .....


ada FM tp mcm menyesal plak tak beli sebab aku rasa harganya RM8 mcm mahal ajer....tak berapa cantik pun..



Then, selesai sudah aktiviti bersampan melihat kelip-kelip di Kuala Selangor. Buzu dan Zul terus balik sebab dah hampir lewat malam pun. Kami yg berempat ni plak meneruskan perjalanan ke I-City di Shah Alam pulak. Tunggguuuuuuuuuuu next entry!!!!





9 comments:

  1. tudiahh berjalan higga ke malam. busuk tak sampan tu kak ?

    ReplyDelete
  2. Leez
    akak pun selalu menyesal kemudian..
    kalau x beli FM..kdg2 tu bila sampai RM 8, rasa mahal sgt kan, tp bila balik nyesal plak.
    Skrg mahal ke murah ke akak beli je satu..:)

    ReplyDelete
  3. ermmm....percutian dlm negeri pun tak kurang hebat kan...uhsss....mesti Cuba nieee

    ReplyDelete
  4. Ada gak gambar kat atas sampan. Akak langsung tak de... Sal ptg tu dah tgk tak leh.. So tak bawak lah.. Boat kami leh naik ramai.. Dlm 8 org gitu..

    ReplyDelete
  5. sepul -

    ni semua trip org muda...jgn jeles hokay..
    sampan tu takda bau punnn....huhuhu..

    ReplyDelete
  6. kak hanim -

    betul tu kak...
    sy pun selalu jadi mcm ni
    kalau yg RM8 FM local saya rasa mcm mahal nak membeli...pastu menyesal..
    tp kalau beli yg mahal2 kt oversea tak kisah pulakk..hehehe.

    ReplyDelete
  7. ct-

    memang best...kena pandai pilih tempat mana nak pergi...

    ReplyDelete
  8. ooo...yg akak pergi ni mesti kat area satu lagi...
    yelah mahal kan naik 4 shj dgn RM40..
    boleh plak bawak camera....dorang x kisah

    ReplyDelete
  9. firely dah tak bnyk mcm dulu , dulu lagi bnyk tapi sebab pencemaran dan penebangan hutan jumlah dia dah kurang

    ReplyDelete